BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, December 31, 2009

Gambar..hebat tahun2009....

Kalau ada pertandingan..sudah tentu gambar ini akan menang....Pengadillll super Power..
dalm 2 saat 1,2,3,4...........menang..ganeson menang....diistihyarkan oleh pengadil

jumpa ular dgn midah pukul yg mana dulu???


kumpulan ini nak berbicara soal..kebenaraan????

ustazahsuit meluahkan isi hati..beliau....ku sangka bijak rupanya biul juga sikakak

PAS Semakin Celaru

Kesempurnaan PAS dan Kecatatan UMNO ?

1. Setiap kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan persoalan dalam masyarakat kita. Kemelut yang berlaku didalam PAS masih lagi mampu ditutupi oleh PAS dengan menuding jari bahawa segala yang berlaku adalah konspirasi politik UMNO.boleh ke umno menafikan yang mmg umno tidak terlibat...???terang lagi bersuluh..

2. PAS masih lagi mahu kelihatan dengan 'wajahnya' yang warak dan bercahaya bahawa PAS merupakan parti yang maksum dan sangat sempurna, sehingga apa sahaja yang berlaku adalah dari 'tangan-tangan jahat UMNO'.adakah pimpinan umno yg warak seangkatan dgn pimpinan PAS...???

3. Sudah boleh diduga bahawa UMNO akan dituduh menjadi dalang apabila sekumpulan penyokong Pas yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran dan Pengundi Pas (GKPPNS) mengadakan perhimpunan di pejabat parti itu di Shah Alam mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Selangor.tidak pernah menduga,tapi sah mmg umno terlibat....hingga tiada peserta yang dikenali sebagai ahli pas yg sahih...

4. Dakwaan seumpama ini bukanlah perkara baru, malah sebelum ini apa pun yang berlaku di Selangor segala-galanya akan ditunding kepada UMNO, seolah-olah UMNO mempunyai kehebatan luar biasa bagi mengkucar-kacirkan Pas di mana sahaja.mmg hampir semua kemelut dibawah kelolaan pimpinan BN..khasnya dari umno selangor.!

5. Mahfuz dalam kenyataan akhbar hari ini, berterus terang dan sangat yakin bahawa ini merupakan perbuatan UMNO yang maha jahat itu. Apakah Mahfuz sedar bahawa menuduh pihak lain melakukan perbuatan khianat merupakan satu dosa, atau apakah dosa hanya akan diperolehi oleh orang UMNO tetapi tidak kepada orang PAS ?bukan setakat mahfuz ..kami dari peringkat bawahan pun sgt yakin..mmg dibawah rancangan umno bn...!

6. Tuduhan seumpama itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan meretakkan hubungan antara dua parti induk Melayu itu. Ketika ini tiada siapa pun tahu apa motif kumpulan berkenaan dan siapa dalang di sebalik kewujudan mereka. Oleh itu melalui laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Selangor adalah lebih baik Mahfuz menanti sahaja hasil siasatan polis.siapa pula yg kata PAS adalah parti melayu..kalau bukan umno...PAS tidak pernah mengaku bahawa dia adalah parli Bangsa..

7. Menuduh UMNO terlibat dalam apa juga kemelut yang terjadi kepada Pas, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana semua orang sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di dalam parti itu. Adalah lebih wajar jika Pas berfikir juga teori apakah mungkin di dalam Pas atau pakatan pembangkang sendiri ada politiking yang sedang berlangsung bagi menjatuhkan pemimpin tertentu dalam Kerajaan Negeri Selangor.mmg bijak menuduh ..umno perancang utama dalam kemelut yang terjadi kepada PAS..tiada politiking dari PR..kecuali dgn usaha-usaha jahat datang dari umno sendiri..

8. Janganlah terlalu melihat bahawa hanya 'musuh' kita sahaja mempunyai agenda tanpa memikirkan bahawa 'kawan' kita juga mungkin ada agenda. Politik tetap politik, ia tidak ada musuh dan kawan yang kekal. Dalam politik yang sering menjatuhkan rakan dalam sesama parti adalah kawan kita sendiri.walau pun kawan mempunyai agenda tersendiri..tapi yg terjadi sekarang adalah agenda khusus dari UMNO BN

9.Oleh itu tindakan beberapa pemimpin PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang menyatakan perhimpunan berkenaan adalah perancangan politik didalangi UMNO dalam usaha pihak terbabit merampas semula pemerintahan di Selangor adalah tidak munasabah...munasanah atau tidak...siapalah midah untuk menyatakan..org yg biasa buat andaian ular dgn Manusia berbangsa India ...india lebih bahaya dari Ular...

10. Bagaimana pula jika demonstrasi itu dirancang bagi memalukan pemimpin PAS di Selangor dan ia diadakan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa kononnya pemimpin PAS berkenaan sememangnya bermasalah dan tidak mendapat sokongan padu ahli PAS di negeri itu? Inilah antara konspirasi-konspirasi yang perlu difikirkan.he he he aturcara aktiviti pun dah menunjukkan mmg didalangi oleh UMNO BN...

11. PAS perlu ingat, mereka juga bukanlah sebuah parti yang sempurna, pasti ada kelemahan di sana-sini yang perlu diperbaiki, termasuklah gejolak secara diam di kalangan ahli parti itu. Tuduhan bahawa setiap yang berlaku merupakan 'tangan-tangan' jahat UMNO semakin kurang diterima oleh masyarakat dan ahli PAS sendiri. Bersiap sedialah untuk menerima hakikat.mmg PAS tidak sempurna..kalau sempurna dah menjadi Parti ALLAH...tapi siapa UMNO untuk menasihati PAS...cerminkan diri dan pimpinan UMNO...layakke komo semua untuk bercakap soal kesempurnaan....sedangkan UMNO dan BN umpama Kepala Shit..tapi bercakap soal haruman minyak wangi....

Kak Midah
Kuala Lumpur

Angkara BN..dn kuncu-kuncunya...

mmg BN dan koncu nya dajjal betul..angkara mereka ..sekarang k`jaan kelantan Pas kena tanggung sampai 800 juta..sialan betulll...mmg sah..umno BN mmg 1dajjal besar..



RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN
Harakahdaily

KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

ha ha ..Pakai habis ..tiada pembaziran...

kalau dah takda Ilmu....agama dipisah-pisahkan ..ini lah jadinya...logik akai saja..menikah hak aku nak buat camna pun ikut suka aku...tiada lagi boleh dipersoalkan...depan belakang..semua disapu, hak aku hak hang hak mongolia hak malaysia..tak kira hukum hakam...cakap banyak aku pakai C4..atau lebih lagi....pemimpin boleh jadi lah malaysia Boleh...
Wanita diliwat suami lapor polis


SEREMBAN – Seorang wanita membuat laporan polis berikutan sudah tidak dapat bertahan apabila diseksa suami secara luar tabii selama hampir dua tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, wanita dalam lingkungan 43 tahun itu, melaporkan telah diliwat suaminya hampir dua tahun sepanjang perkahwinan.

“Pihak polis sedang memburu suaminya yang berumur kira-kira 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Se-remban, dekat sini, semalam.

Kes tersebut di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

Wednesday, December 30, 2009

Gus Dur...sudah Kembali.....

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah
Dis 30, 09 9:12pm
Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

10 yg PATUT dan yg tidak PATUT

10 sikap yang patut ada

1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat.

2. Memandang masa hadapan dengan jelas.

3. Berkeupayaan bekerja keras.

4. Berfikiran positif.

5. Berani membuat keputusan

6. Pandai mengatur strategi.

7. Berani mengambil risiko.

8. Mempunyai daya kepimpinan.

9. Sikap bertanggungjawab.

10. Berorientasikan ganjaran atau habuan.

10 Sikap yang tidak patut ada

1. Ingkar perintah Tuhan, nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua dan nasihat orang yang lebih berpengalaman.
2. Tidak beramal dengan ilmu
3. Matlamat tidak jelas.
4. Silap kawan.
5. Jiwa rapuh.
6. Nak cepat kaya.
7. Sifat malas.
8. Kurang usaha.
9. Penampilan diri kurang karismatik.
10. Tidak berdisiplin.





AMIWELDER

konsert HIJRAH

Spesis tak sedar diri...ceduk taik tuang atas kepala..


hi hi Lanun Pangkor..masa bila pulak PR ikhtiraf hang jadi MB.semua tahu hang ini dari lanun mengaku MB..AS pun seriau tngk hang dia classkan hang dibawah PENGGANAS.
MALU LAH SIKIT NAK TUNJUK TERROR..KONON PR nak buat demo suruh hang letak jawatan JAWATAN apa??..yg konform Lanun saja....ciiit

Pakatan Perak nafi SMS himpunan desak Zambry letak jawatan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim hari ini menafikan khabar angin bahawa Pakatan Rakyat negeri itu akan menganjurkan satu himpunan mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar esok.

Khalil dalam satu kenyataannya menegaskan, PR Perak tetap berpendirian bahawa pembubaran Dewan Undanagn Negeri (DUN) merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu Menteri Besarnya dan krisis politik yang berlaku di negeri itu dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih kerajaan mereka.

"Prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Khalil juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dianggap sebagai satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan di Perak.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan melakukan siasatan yang terperinci megenai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

Khalil turut mengingatkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat agar tidak mempercayai khabar angin itu sebaliknya mereka harus berhati-hati dengan sebarang provokasi dan fitnah yang berterusan dari pihak musuh.

Selain itu, beliau juga menyeru penyokong Pakatan agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai maklumat yang terbit daripada media pro Barisan Nasional sebaliknya mengambil maklumat yang disisrkan media-media Pakatan rakyat.

"Saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan." katanya.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Negeri juga akan membuat satu laporan polis petang ini bagi menggesa pihak keselamatan mengambil berat mengenai provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan itu.

Pusingan ..BERITA HARIAN pula jadi CELAKA.!

EMMM turn Berita Harian pula dicilakan...tak habis-habis demo buat kerja macam ini.SAMAN AJE..dapat juga duit....buat belanja.


SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

ada betul ke..Pengganas dah Jadi MB..sekarang??

ada betuoi ke cerita ini..aiiiyooo pengganas sudah jadi MB di Perak ini...apa cerita..kalau tak betoi kasi saman itu freemalaysiatoday..

AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas

Tue, Dec 29, 2009

Dalam Negeri

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.
Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

LIM GUAN ENG..ada harapan dilepaskan ke...?

apa macam..Lim Guan Eng kena disoal siasat lagi ke....lagi pun yang sahkan Teoh dibunuh hanya Pakar Forensik bukan nya Ketua Bahagian UMNO..kalau ketua Bahagain yg sahkan baru ngammm.baru sama taste dgn POLISI..pak..he hehe.

Pakar dari malaysia kena lapor diri pada ketua Bahagian ke???diam aje..

Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh

Tue, Dec 29, 2009

Dalam Negeri

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Tuesday, December 29, 2009

peppppeee....sekadar senyum unta....

kuk kuk kuhk..sekadar senyum...pengalaman yang cukup berharga..sebab di msia mana ada pengalaman sedemikian...disini...ramai hantu dari manusia yg mengundi....?


ASHKENT, 29 Dis (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tugas beliau sebagai pemerhati pada pilihan raya parlimen Uzbekistan Ahad lepas sebagai pengalaman yang sungguh berharga.(kat sini tak paham-paham apa itu pilihan raya ..ingat pilihan ikut ubn..saja)

"Saya menganggapnya sebagai pengalaman yang amat berharga bagi anggota delegasi Malaysia yang dijemput menjadi pemerhati pada pemilihan itu kerana kami dapat melihat proses pilihan raya yang diadakan dan ini menjadikan kami lebih memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata SPR dan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Uzbekitan (CEC)telah memeterai satu aturan kerjasama pada 2005, yang melibatkan pertukaran lawatan, pengalaman dan latihan serta kegiatan lain dalam usaha memperkukuhkan proses demokrasi di Malaysia dan Uzbekistan.

"Kerjasama ini diadakan demi manfaat kedua-dua negara berkaitan proses demokrasi dan kegiatan pilihan raya," katanya.

Wan Ahmad mengucapkan terima kasih kepada CEC Uzbekistan bagi pihak delegasi Malaysia, yang dianggotai mereka daripada pelbagai latar belakang kehidupan seperti ahli perniagaan, ahli profesional seperti peguam dan pengamal media.

Delegasi Malaysia turut dianggotai setiausaha kehormat Persatuan Undang-undang Asean S. Radhakrishnan, presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir dan peguam kanan Kamarudin Ahmad, yang juga mempunyai latar belakang sebagai orang politik.

Mengenai aspek sistem pilihan raya Uzbekistan yang boleh dicontohi Malaysia, beliau berkata ia adalah peruntukan kuota sebanyak 30 peratus bagi wanita untuk menjadi calon.

"Pada pendapat saya, kita patut contohi aspek penyertaan wanita ini, yang kuotanya adalah tinggi iaitu 30 peratus. Ia memberi jaminan tentang penyertaan wanita dalam politik, dalam proses pilihan raya dan di parlimen serta dalam semua peringkat badan pembuat keputusan," katanya.

Beliau berkata ini sesuatu yang "menarik" memandangkan di kebanyakan negara, malah di Malaysia sendiri di mana jumlah pengundi wanita ialah 49 peratus dan pengundi lelaki 51 peratus, tidak terdapat peraturan seperti itu.

...umno mau buat kija ini ke..kalau ada pun kena potong 20% ..


ydp ust noordin mewakili DS Nizar..sampaikan sumbangan untuk membaik pulih jalan di kuala sangga..

Kita akan bantu rakyat tanpa mengira kaum-Ustaz Nordin Jaafar

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang menyampaikan sumbangan DS Nizar Jamaluddin berjumlah RM 2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Encik Beh Ah Soon.Turut hadir Setiausaha Kawasan,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basher Ahmad,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Taiping-29 Disember 2009

YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mewakili DS Nizar telah menyampaikan sumbangan DS Nizar berjumlah RM2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Kuala Sapetang.

DS Nizar meminta Ustaz Nordin untuk menyampaikan bantuan segera itu untuk membaiki laluan jalan kaki yang rosak teruk.DS Nizar sewaktu melawat penduduk Kuala Sangga telah berjanji untuk membantu.Bagi beliau keselamatan nyawa murid sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari perlu diberi perhatian.

Jadi beliau meminta Ustaz Nordin menyampaikannya.Ustaz Nordin sewaktu ditemui menyatakan PAS melalui Ahli Parlimennya membantu masyarakat tanpa memilih kaum.

"Pas,akan bantu rakyat sama ada melalui Ahli Parlimen atau Tabung Pas sendiri"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Kita akan panjangkan kepada agensi berkenaan jika perlu apabila membantu rakyat"ujar Ustaz Nordin lagi.

"UMNO,MCA,MIC dan Gerakan hanya bantu mengikut kaum,mereka menjuarai isu perkauman"kata Ustaz Noodin Jaafar."Bagi kita Pas For All"tambah Ustaz Nordin lagi.

JAKA SEMBONG..MENGAMUK..LAGI

Munawar gagal mohon padam penghakiman

PUTRAJAYA - Dr Munawar Ahmad Anees, bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal dalam cubaannya supaya dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat membabitkan beliau.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Raus Md Sharif, sebulat suara bersetuju menolak permohonan supaya diadakan semakan semula untuk membenarkan rayuannya bertarikh 17 Disember 2008 terhadap pensabitan dan hukuman penjara enam bulan berhubung kes liwat itu.

Munawar dan peguamnya, Manjeet Singh Dhillon tidak hadir di mahkamah, semalam, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, adalah satu-satunya pihak yang hadir.

Ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat, Hakim Raus berkata, mahkamah mendapati perenggan 20 hingga 26 dalam penghakiman sebelum ini bukanlah sesuatu yang direka.

“Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah semua pihak. Oleh itu, tidak ada apa salahnya bagi mahkamah ini untuk memberikan pendapatnya berhubung persoalan yang dibentangkan di hadapannya,” katanya.

Dalam kes ini, katanya, mahkamah tidak nampak sebarang sebab untuk menggunakan kuasanya bagi menyemak semula keputusannya sendiri.

“Dalam kes ini, tidak berlaku perkara seperti yang disebut di atas,” katanya.

Munawar, 61, menjalani hukuman penjara enam bulan pada 1998 selepas beliau mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di rumah Anwar di Jalan Setia Murni di Bukit Damansara pada Mac 1993. - Bernama

Monday, December 28, 2009

Utusan Merapuuuuuuuhiii..

Terbodoh Terbangang Di Dunia

mana sibahlol..yg buat kartun bodoh ini....oiii mamt biul..di SELANGOR...PEMBANGKAN NYA ADA UMNOOOOOOOOOOOO...TAU...yang perintah selangor sekarang adalah PR..awatnya bahlul menoo..siannnn..
suara ramai taik kucing hang...ha ha ha ha ha ha bahlu tertipu dgn sandiwaranya..mula kata
Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak..aiii MAMAT SIULLLL PAS MANA ADA BAHAGIAN..dalam pas disebut kawasan..toingggg.tul.no2.selangor dalam parti pemerentah bukan pembangkang..siullll lagi komee


http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs211.snc3/21854_1270914807672_1073914523_865323_7249872_n.jpg

Pelancaran exclusive...Darul Al.kataki..AL KARTUNI..

semua dijemput Hadir...
Jangkaan dirasmi oleh Datuk Nazak..he he he..tapi postpone sebab DN melawat ke Jengka..

aksi.aksi...AMNO>>>lucu akhir abad....poyo betul

lawak bodoh tajaan amno..semakin menjadi..tapi teruskan usaha-usaha anda wahai sipejuang Ngok....rakyat akan tahu lebih banyak kebenaraan...

Gambar : Demo Penyokong PAS? Selangor..


dah buat banner kenapa tak guna waran hijau putih..

SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.


jurucakap..kumpulan..sibodoh biul..pemberita ramai dari peserta..hehehe

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.


rupa ahli dan penyokong pas..he ehe e he he..macam stim rm 10 aje..

aiiii malu pulak....



takde pulak.water canon..air habis ke

FRU..relax saja........





mamat ..ahli seumur hidup..partai bangasatan...



muka..lepaih pekene..sebalut..

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun...

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha.. kesian sungguh, nak menipu tapi tak pandai menipu.. Nak berlakon tapi tak real langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???

Sunday, December 27, 2009

Jadual hari ini..ketat


dijamu..lemang rendang ayam..layanan.. Datin Sri..bertuah lah kome..

rm3 ribu sumbangan membiayai diesel

sumbangan tangga untuk kegunaan penduduk setempat


bot membawa DS dan rombongan


lubang Maut..buat sahabat ku Anas...hampir-hampir terlolos..nasib baik sangkut perut....tidak....???


jalan-jalan simen yg rosak..DS biayai rm2 ribu ..membaikpulih


ada yg mabuk laut...

bermula jam 730 pg dah tunggu kat markas negeri..mengikut jadual Konvensyen ICT bermula jam 8pagi..tapi sehingga 830 selepas sejam dari mula sampai tak nampak sesiapa pun kecuali seorang sahaja dari Padang rengas...
*sikap ini sepatutnya tidak ujud lagi dari kalangan Ahli Pas dari peringkat apa sekali pun...ini tidak bila saja ada mesyuarat mesti masa tidak dipatuhi bukan saja dari kalangan AJK dan Ahli tetapi juga dari Pimpinan,pengerusi Mesyuarat..
*kata pejuang Islam..tapi bila buat janji masih lagi janji Melayu atau janji orang Asli..bila ditanya berapa jauh lagi tempat yg nak dituju...jawabnya sebatang rokok saja bang....rupanya dah 10 km berjalan masih lagi tak sampai.
*sikap berjanji dikalangan pimpinan khasnya dari Ahli Pas....kalau nak mesyuarat dah jadi payah nak diikuti...dah sampai lambat ada pulak macam-macam alasan..nak cover sebab dia lambat sampai..
*selepas itu pada jam 12 t/hari balik ke pejabat bersiap untuk ke Pulau Sangga bersama DS Nizar dan rombongan.
*masa DS tepat janji pukul 2 dia dah sampai jam 130 dipejabat..ahh ini baru betul....tapi masih ada lagi sahabat-sahabat yang belum siap..kena DS tunggu dlm 5 minit.
*dari jeti Kuala sepetang menuju ke Pulau Sangga..lewat hampir 10minit kerana menunggu krew Perak Express..yang mendapat maklumat silap..lewat sikit..ok...
*selepas 30 minit perjalanan ..dgn bot yg agak sempit..sampai dijeti KSangga.
*Ds dan rombongan membawa lemang,rendang ayam,dan macam-macam lagi untuk menjamu penduduk Kuala Sangga...Penduduk disitu..dah lah letrik tak ada..harapkan gen set saja ..air kegunaan harian hanya mengharap pada Hujan...kalau 1 minggu lebih tak hujan..pakatpakat mereka semua tak mandi lah.
*Air untuk kegunaan minum dan masak diambil ditanah besar Kuala Sepetang yang mana bil bulanan dibayar oleh DS Nizar selaku Ahli Parlimen yang sangat prihatian kepada rakyat dalam Parlimen beliau.
*DS juga membiayai duit diesel sebanyak rm3ribu setahun untuk kegunaan sekolah dan lain-lain kegunaan di kuala sangga.
*jalan simen yang rosak..mendapat perhatian DS..bila beliau bersetuju membiayai sebanyak rm2ribu untuk membaikpulih jalan simen di situ.




adalalah rakyat menunggu dijeti..mengadu hal..

Saturday, December 26, 2009

Satu dunia tahu MB perak ..adalah Haram..sekarang...

satu dunia dah tahu MB Perak adalah HARAM..nak..sekarang timbalan menteri Pusat pun ada Haram..bukan saya cakap..tapi Parti Komponan BN yang cakap.....kat-kata zunar semakin menjadi..perak darul KARTUN...sekarang Kabinet Malaysia pun jadi KARTUN...

PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

-- BERNAMA

Senarai..Neg Terengganu Darul Runtuh...

dalam ceramah mlm tadi cegu Bard..mengatakan..Terengganu dikenali sebagai Darul Runtuh..selepas saja k`jaan PR ditumbangkan BN.

BN runtuhkan masjid Bujal.BUKAN DAP yang runtuhkan....umno sibuk...katakan DAP anti Islam..tapi umno dan BN sebenarnya anti Islam.
*bagaimana pemandu jentolak.menjadi seorang pembunuh dgn melanggar seorang wanita selepas merobohkan masjid.
*seorang wanita penguatkuasa yg perlikan seorang makcik yg nak ambil air dikolam masjid bujal sebelum diruntuh..apa ingat itu air zam-zam ke??...kesudahannya pegawai itu..meleleh air liur dari mulutnya sehingga sekarang kerja berhenti..
*Doa-doa rakyat yg dizalimi..Dari Darul Iman ...sekarang jadi Darul RUNTUH....

Senarai Banggunan Rosak di Terengganu...

"Kesemua runtuhan dan kebocoran yang di bawah berlaku di Terengganu.

(1) Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Hulu Terengganu.
(2) Bumbung Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu.
(3) Bumbung Masjid Kampung Puteh, Kemaman.
(4) Masjid Kristal dikatakan Kiblatnya tidak betul & Bocor teruk
(5) Bumbung banggunan Lapangan Terbang rosak
(6) Pencawang Komunikasi, Besut.
(7) Kolam Renang Batu Burok, Kuala Terengganu (bocor).
(8) Kebocoran pada Banggunan Baru permai Park Inn, KT
(9) Runtuhan Perhentian Bas, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
(10) Atap Pejabat Agama Besut (baru siap)rosak

Al Qaradawi..heran dan terkezut...kat Malaysia


Atas tindakan JAIS...syeik ini terkejut besar bila Jais menghalang Anwar berucap di Masjid Negeri Shah Alam pada 19 dis yg lalu..
kata beliau tindakan seperti itu GANJIL IBNI PELIK...kerana malaysia seringkali mendabik dada dipersada antarabangsa sebagai negara Islam..tapi mai kat sini rupanya negara kapal selam.
Anwar terkenal sebagai pejuang Islam dan terkenal seluruh dunia..tapi kat sini dia dihalang berucap dalam Masjid...apa ini??
Anwar sedang difitnah,beliau menyifatkan sebagai "al-muftara" iaitu orang yang sedang difitnah..
inilah malaysia ku...malaysia negara umno...BN..

Ceramah AMK...di Taman Molek..Simpang.



AMK negeri perak dalam Rangka menganjurkan ceramah selama 40 hari berturut-turut sehingga 25 jan 2010..iaitu pada hari perbicaraan DS Anwar berkenaan kes Liwat.
Malam tadi bertempat dihadapan Pejabat PKR di taman Molek AMK telah mengadakan siri ceramah yg disampaikan oleh cegu Bard dan Ahli Parlimen Ampang
Zuraida Kamaruddin.

YB Zuraidah menceritakan keadaan dimasa pengundian Bajet..kiraan PR 60/60..tetapi atas tindak tanduk speaker melenggah-lenggah kan kiraan undi dan atas kerjasama Speaker UMNO....undi sebenarnya 60/62 tapi yg diumum 60/63...ketelusan..semakin hilang walau pun dalam Parlimen..seolah-olah Parlimen dah menjadi milik UMNO BN.

mmg ada maklumat...boikot MP khususnya dari sabah & sarawak,dan bagaimana PM yang sedang dalam program untuk menyampaikan sumbangan kpd satu sekolah cina kena tinggalkan majlis itu dan bergegas ke Parlimen bersama T/PM..

tambah lagi ..bagaimana kiriman duit yang banyak..sehingga melebehi rm 1/2 juta..sipengirim tidak diambil sebarang tindakan tetapi yang menghantar pulak ditamatkan lesen..Pihak Money Changer yang kena....Malaysia dah jadi macam zimbawe..dimana undang-undang dan perlembagaan dalam poket pimpinan UMNO.

Mereka sudah menjadi resah dan gelisah bila ada negeri-negeri diperintah PR..kerana semua maklumat penyelewangan yang lepas ada ditangan PR dan adanya pimpinan UMNO yang takdapat buat duit bukan seperti yg didakwa BN akan lakukan yg terbaik untuk rakyat,,mereka hanya pentingkan poket mereka...

Friday, December 25, 2009

Kalau haq ini berapa denda nya>>>>?


Tidak tutup aurat, kompaun RM500


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).


Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Umno tak mau Komen ke...

Selepas ini mesti ada pimpinan UMNO BN akan keluarkan idea-idea yg bernas..kerana dah 50 tahun lebih mereka takterfikir nak buat macam itu...takkan PR yang berhingusan boleh pulak ambil berat ttg Rakyat yg kurang upaya...mana boleh jadi...mesti kena komen..mesti hentam punya...kan itu tradisi dan pegangan UMNO BN ..kalau Rakyat diutamakan mana boleh dok diam...rakyat didahulukan dalam slogan saja...he he he he
Bantuan Kifalah untuk semua yang mendaftar
Ali Hashim

ALOR SETAR, 25 Dis: Skim Kifalah atau pun khairat kematian yang akan dilaksanakan pemberiannya mulai Jan 2010 sebagai bantuan segera kepada rakyat miskin akan turut memberi tumpuan kepada semua golongan miskin, semua kaum dan warga emas.

Namun begitu, menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan e-Sinar iaitu satu program membasmi kemiskinan.

"Selain daripada itu bantuan akan turut disalurkan melalui senarai yang telah diberikan oleh penghulu, wakil rakyat dan juga Majlis Ketua Kampung atau komuniti.

"Bantuan akan disalurkan hanya melalui pendaftaran sahaja bagi membuktikan individu tersebut adalah layak untuk menerima sumbangan tersebut.

"Projek Kifalah ini juga merupakan projek pertama Kerajaan Negeri yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan bagi membuktikan kita benar-benar memberi komitmen untuk membantu golongan miskin yang memerlukan di negeri ini," kata Azizan.

Menurut beliau lagi skim ini tidak harus ditumpukan kepada golongan miskin sahaja sebaliknya ia harus merangkumi warga emas yang kurang berkemampuan.

Bantuan sebanyak RM500 yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri itu adalah bagi membantu pengurusan jenazah.

"Satu unit dibawah Perbendaharaan Negeri akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi menguruskan segala pembiayaan kewangan, perbelanjaan dan urusan yang melibatkan skim Kifalah ini bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dengan sistematik."katanya lagi.

a hahhlahh..POPE..org No 1..kristian di serang..perempuan

Woman knocks Pope down at Christmas Mass

Advertisement

A woman jumped the barriers and knocked the Pope down

macam-macam adalah...bila pulak nak tengok kat malaysia insiden sebegini baguih....

Kontraktor OKU....bisnes sampai ke INDIA....

KontraKTOR..OKU...BUAT KERJA SAMPAI KE BENUA INDIA...HANCUSSSSS(OKU:Orang Kuat Umno)

Tujuh terbunuh jambatan runtuh di India

25/12/2009 1:17pm

NEW DELHI 25 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 40 lagi dipercayai terperangkap selepas sebuah jambatan runtuh di barat India.

Kejadian itu berlaku lewat malam tadi apabila jambatan yang masih dalam pembinaan merentasi sungai Chambal di negeri Rajasthan runtuh, kata pegawai daerah tempatan, T. Ravikant.

"Beberapa orang yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital," katanya. "Kami khuatir 40 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan."

Pihak tentera turut serta membantu menyelamatkan para buruh yang terperangkap manakala penyelam dan pematri terus menjalankan kerja menyelamat di tempat kejadian. - AFP

Lim Guan Eng gatai mulut......

JGN buat sebarang kenyataan..kami buat kami siasat,kami putuskan...he he he he Lim Guan Eng..gatai mulut cuba bagitau kebenaran....emmmm...tangkap dibawa akta hasutan....lain kali kalau nampak apa=apa kejadian jenayah ..jgn lapor pd polis.....nanti ditangkap dibawah akta hasutan...kita tahu kalau jatuh tingkat 14..kepala boleh pecah atau tidak,tulang rusuk patah atau tidak....kita buat kerja..jangan cuba-cuba menghasut...nanti orang ramai tau kebenaraan...


Beng Hock: Polis akan ambil keterangan Guan Eng

SHAH ALAM - Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang berbaur hasutan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, satu laporan polis telah dibuat Isnin lalu berhubung ucapan Setiausaha DAP itu semasa Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Shah Alam, Sabtu lalu.

“Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan bahawa Teoh dibunuh dan ucapannya itu dianggap cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam.

“Oleh itu kita akan memanggil beliau dalam masa terdekat ini untuk direkodkan percakapannya mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata, mana-mana pihak diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai insiden kematian Teoh.

Ramai yg Tak Percaya..injin saja yg Hilang..

ramai...rakyat yang tak percaya hanya enjin k/terbang saja yang hilang mungkin banyak lagi yg dah terbang dari bumi Malaysia ini..cuma tiada sisatan atau buat-buat tak nampak dsb nya...enjin hilang hanya salah satu.....banyak lagi yg takde rekod hilang atau songglap...kerana kerakusan pimpinan Bn khususnya umno yg pentingkan diri dan kaum kerabat mereka saja..ketelusan tiada langsung dalam diri k`jaan BN...

Mungkin ada lagi yang lesap: Tunku Aziz

SHAH ALAM – DAP tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi aset dan maklumat rasmi milik kerajaan hilang dan diseludup keluar disebabkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak telus.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, ketirisan, penyelewengan dan pecah amanah ini berlaku bukan sahaja membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tetapi pihak yang sebati dengan gejala negatif itu.

“Insiden kehilangan enjin pesawat TUDM ini hanyalah salah satu daripada banyak perkara yang tidak diketahui rakyat.

“Jika enjin pesawat tempur yang bersaiz besar untuk kegunaan pertahanan negara boleh hilang, bagaimana dengan kelengkapan senjata bersaiz kecil dan juga maklumat keselamatan negara?,” katanya kepada Sinar Harian, semalam

Menurutnya, jika sistem kerajaan ditadbir baik, perkara tidak betul seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 tidak akan berlaku.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penyiasatan berhubung kehilangan enjin pesawat tempur itu memakan masa dan hanya dihebahkan setelah dua tahun kehilangannya disebabkan terdapat usaha untuk menutup kes itu daripada disiasat.

“Kita yakin, jika kes berprofil tinggi ini disiasat dengan telus dan teliti, kemungkinan banyak lagi kes berkaitan akan timbul, yang akhirnya membuka pekung pentadbiran kerajaan.

“Rakyat seharusnya membuka mata dan menilai pemimpin yang dipilih untuk melindungi rakyat," katanya.

Beliau mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyifatkan kes kehilangan enjin pesawat tempur sebagai tugas penyiasatan yang rumit dan banyak tekanan, sedangkan penyiasatan masih belum berjalan.

Sabtu lalu, media melaporkan kehilangan sebuah enjin pemintas F-5E TUDM bernilai hampir RM50 juta daripada Gudang Material Udara (Matra1), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih.

Thursday, December 24, 2009

Pedang Seni Di Masa Keemasan Islam

Di era kejayaan Islam, berkembang pesat teknologi pengolahan besi dan baja serta seni membuat pedang. (SuaraMedia News)
Di era kejayaan Islam, berkembang pesat teknologi pengolahan besi dan baja serta seni membuat pedang. (SuaraMedia News)
Dunia Islam dikenal memiliki kandungan sumber daya alam yang melimpah ruah. Salah satu sumber mineral yang memiliki arti penting dalam sejarah teknologi Islam adalah besi dan baja. Di era kejayaan Islam, berkembang pesat teknologi pengolahan besi dan baja serta seni membuat pedang.

Salah satu sentra pembuatan pedang dengan teknologi yang termasyhur di zaman kekhalifahan adalah Damaskus, Suriah. Seni pembuatan pedang dengan teknologi tinggi dalam peradaban Islam dimulai pada abad ke-9 M. Sejarawan Al-Qalqashandi dalam buku berjudul, Subh Al-A'sha, menuturkan pada abad ke-12 M Damaskus menjadi sentra pengolahan besi dan baja yang sangat termasyhur.

Pada masa itu, Damaskus berada dalam kekuasaan Dinasti Ayyubiyah. Ibnu Asakir (wafat pada 1177 M) dalam bukunya berjudul, Sejarah Kota Damaskus, juga mengisahkan kota yang sempat menjadi ibu kota Dinasti Umayyah pada abad ke-7 M dan 8 M itu sebagai pusat pembuatan pedang yang kesohor.

Baja Damaskus dikenal sangat keras dan teksturnya yang indah dihiasi ornamen garis bergelombang (firind). Pedang buatan Damaskus yang kerap disebut sebagai pedang Persia sangat lentur dan ulet. Kehebatan pedang dari dunia Islam sempat membuat peradaban Barat terperangah dan terkagum-kagum.

Salah satu faktor penyebab kekalahan pasukan Tentara Perang Salib dari Eropa ketika bertempur melawan tentara Muslim adalah peralatan tempur. Selain memiliki kuda-kuda yang tangguh di medan perang, pasukan tentara Muslim juga dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan satu kali tebasan.

Pedang Persia sungguh sangat mengagumkan. Ia mampu memotong sutra yang dijatuhkan dari udara. Tak cuma itu, pedang buatan Damaskus juga sanggup mematahkan bilah pedang lain atau batu tanpa hilang ketajamannya. Alkisah, saat Perang Salib berkecamuk, Raja Richard The Lionheart sempat memamerkan kehebatan pedangnya kepada Salahudin Al-Ayubi panglima pasukan tentara Muslim Dengan penuh arogan Richard menebaskan pedangnya pada se - buah baja. Dalam satu kali tebas an, pedang Richard 'Berhati Singa' mampu membelah baja itu.

Sala hu - din pun tersenyum dan ke mu dian melemparkan kain sutra ke uda ra. Lalu, pedang yang disandang nya dihunuskan. Ketika me nge nai bilah pedang Saladin, kain sutra itu terpotong menjadi dua. Kisah itu menunjukkan betapa pedang yang dibuat peradaban Islam sungguh luar biasa tajamnya. Saat Perang Salib itulah, peradaban Barat mulai mencari rahasia teknologi tempa baja yang dikuasai dunia Islam. Tentara Perang Salib menyebut baja yang hebat dari Damaskus itu dengan sebutan Damascus Steel. Teknologi pengolahan besi dan baja Damaskus kesohor karena mampu menempa dan mengeraskan wootz steel menjadi indah dan lentur.

Seni membuat pedang di era kejayaan Islam mendapat perhati j1 an khusus dari peradaban Barat. Secara khusus, Robert Hoyland dan Brian Gilmore menulis buku bertajuk, Medieval Islamic Swords and Swordmaking. Buku setebal 216 halaman itu mengupas risalah yang ditulis ulama Muslim terkemuka pada abad ke-9, M Ya'qub Ibnu Ishaq Al-Kindi, tentang 'Pedang dan Ragam Jenisnya'.

Risalah yang ditulis Al-Kindi itu berisi informasi teknologi pembuatan pedang. Secara khusus, Al- Kindi juga mengklarifikasi beragam jenis besi dan baja untuk membuat pedang. Pedang itu terbuat dari dua jenis besi, yakni alami (yang ditambang) dan tak alami (buatan), papar Al-Kindi. Besi alami, menurut Al- Kindi, terbagi menjadi dua. Ada yang dinamakan Shaburqan atau besi laki-lakiini adalah jenis besi keras yang diolah dalam kondisi panas. Jenis yang kedua adalah Narmahin atau besi perempuan ini adalah besi yang lembek yang tak dapat diolah dalam kondisi panas.

Pedang dapat ditempa dari salah satu jenis besi ini atau gabungan keduanya, ungkap Al- Kindi. Karena itu, menurut Al- Kindi, pedang yang terbuat dari besi alami terbagi menjadi tiga jenis: shaburqani, narmahani, dan gabungan keduanya. Al-Kindi menyebut besi yang tak alami sebagai fuladh.

Besi buatan atau tak alami terbuat dari proses penyulingan dan pemurnian. Besi jenis ini juga dikenal sangat kuat, fleksibel, dan dapat diolah dalam keadaan panas. Al-Kindi membagi kualitas besi ke dalam tiga jenis. Kualitas besi itu terbagi menjadi tiga macam; antique (kuno), modern, nonantique (tak kuno), dan nonmodern (tak modern).

''Pedang dapat ditempa dari semua jenis besi dan baja ini, ungkap Al-Kindi. Menurut Al- Kindi, jenis besi atau baja yang paling berkualitas tinggi adalah jenis antique (kuno). Antique tak ada kaitannya dengan waktu atau usia, namun itu mengindikasikan kemurnian kualitas. Menurut dia, pedang yang berkualitas tinggi itu terbuat dari besi atau baja jenis antique.

Kualitas pedang antique juga terbagi menjadi tiga jenis. Yang paling berkualitas tinggi dinamakan Yemenite. Kualitas nomor dua disebut Qal'i dan yang ketiga disebut Indian. Pada era kejayaan Islam, pedang-pedang yang dibuat para pandai besi di dunia Islam juga ada yang bahannya diimpor dari Sarandib (kini wilayah Srilanka). Sedangkan pedang asli dari dunia Muslim, besi dan bajanya berasal dari Khurasan, Basrah, Damaskus, Mesir, dan Kufah.

Ilmuwan Muslim lainnya yang menguasai teknologi pembuatan pedang adalah Abu Al-Raihan Al- Biruni (973 M-1048 M). Secara khusus, ia menulis kitab berjudul, Al-Jamahir fi ma`rifat al-jawahir. Dalam karyanya itu, Al-Biruni menggambarkan proses karbonisasi besi tempa dan pembuatan baja dari besi tuang. Kitab lainnya yang mengupas tentang pembuatan pedang adalah Kitab Al-hadid (Kitab tentang Besi) yang ditulis Al-Jildaki. Ahli kimia asal Mesir itu mengungkapkan begitu banyak informasi seputar tingkat kemampuan masyarakat Muslim di era keemasan dalam pengolahan besi dan baja.

Prof Ahmad Y Al-Hassan dalam tulisannya berjudul, The Origin of Damascus Steel In Arabic Sources, mengungkapkan hampir semua pedang di dunia Islam terbuat dari 'Besi Damaskus'. Salah satu ciri khas pedang dari Damaskus dihiasi dengan pola hias (firind). Menurut Al-Kindi, firind dapat ditemukan dalam semua jenis besi buatan. Sedangkan, pedang yang terbuat dari besi alami tak memiliki pola hias atau firind. Al-Biruni dalam kitabnya Al-jamahir secara menarik menjelaskan latar belakang dibalik pembuatan pola hias pada pedang.

Besi dalam Alquran
Besi mendapat tempat yang khusus dalam kitab suci Alquran. Secara khusus, surat ke-57 mengambil nama Al-Hadidyang berarti besi. Kata Al-Hadiddi ambil dari ayat 25 surat tersebut. Dalam ayat itu, Alquran secara jelas mengungkapkan bahwa besi memiliki kekuatan dan sangat bermanfaat bagi manusia. Dengan besi itu, umat Islam bisa menolong agama Allah.

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa buktibukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul- Nya, padahal Allah tidak dilihatnya.

Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa. (QS Al-Hadid: ayat 25).Selain itu, Alquran juga menggambarkan proses pengolahan besi. Dalam surat Al-Khafi (gua) ayat 96 Allah SWT berfirman, Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain, Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu.

Teknologi pengolahan besi tampaknya telah dikuasai manusia sejak zaman Nabi Daud AS. Hal itu terungkap dalam surat Al- Anbiyaa' (Nabi-nabi) ayat 80. Dalam surat itu Allah SWT berfirman, Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).

Fakta lainnya yang menyebutkan pengolahan besi yang telah berkembang di zaman Nabi Daud AS juga dengan diungkapkan dalam surat Saba' (Kaum Saba) ayat 10. Dan sesungguhnya telah Kami berikan ke pada Daud karunia dari Kami. (Kami berfirman), Hai gunung-gunung dan burung-bu rung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya.

Dalam surat Saba' ayat 11, Alquran juga memerintahkan dan menjelaskan cara membuat baju besi. Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan. Paling tidak, terdapat sembilan ayat dalam Alquran yang membahas dan menjelaskan tentang besi. Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya) . (QS An-Nahl: ayat 81).(rpb)
.ami welder

__,_




yb umno BN tahap cipan banggang

adakah patut tahap otak macam ini jadi WAKIL RAKYAT...bodoh bin banggang betul...lagi bijak kulikang yg angkut taik..ini yb elaun rm4 ribu lebih bekerja untuk rakyat...kesian....betul pengundi-pengundi yg telah memberi undi kpd sibadut ini..



Banggunan Runtuh Satu Rahmat - Exco Pembangunan Infrastruktur

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)kecewa dengan sikap "tolol" Exco Kerajaan Negeri Terengganu terhadap kenyataan yang menyatakan keruntuhan banggunan adalah rahmat kepada Rakyat Terengganu. Kenyataan berbaur "kebodohan" ini tidak sepatutnya dikeluarkan di dalam Dewan. MAMPAT menyeru Dato' Menteri Besar untuk segera merombak Barisan Exco dan membuang jawatan Exco Yb Yahya dna digantikan dengan orang lain. Sikap lepas tangan, sambil lewa dan tidak bertanggungjawab Yahya sangan mendukacitakan MAMPAT dan Rakyat Terengganu.



NI KENYATAAN DIA...

“Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib

Wednesday, 23 December 2009 13:33 SM Noor


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpgberkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu


Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.

kaaahk kaaahk lawak lagi......

Hantu Umno terima sagu hati AJK masjid di kawasan Bukit gantang..Bukan pengundi saja ada Hantu dari kalangan Umno..tapi yang terbaru,tapi dah lama buat Umno..Hantu juga terima duit sagu hati AJK masjid..bukan satu tapi ada 3 ekor hantu..nanti saya cuba dapatkan gambar Rumah Hantu..dikubur.....lawak samdolllllllll....

Parlimen Bukit Gantang yang mempunyai 27 buah masjid juga dirombak AJK masjid .UMNO Bukit Gantang menggunakan pengaruh mereka untuk memilih orang kuat UMNO untuk menjawat AJK masjid.

Kita difahamkan sebuah masjid dalam Bukit Gantang tiga orang yang telah meninggal dunia dilantik sebagai AJK masjid.

Terdapat jamaah yang mengadu kepada kita bagaimana saguhati yang diberi kepada jawatankuasa masjid yang telah meninggal dunia itu digunakan.

"Orang mati dapat duit saguhati AJK Masjid" dakwa seorang Jamaah yang namanya tidak mahu nama disebut.

Pengadu mengharapkan pihak berkuasa khususnya SPRM mengambil tindakan ."Siapa yang menerima saguhati itu"kata Jamaah Masjid yang tidak mahu dikenali.

sisibukit

Nizar akan kembali sebagai MB .........!

Apa maknanya ini??

Dulu... si SUK Perak ni, bukan main biadap lagi dengan Nizar Jamaluddin, MB Perak dari Pakatan Rakyat. Samdol ni berlagak, betul-betul macam barua UMNO/BN. Memang tak mengasi!! Eeeeiiii... tak pernah aku jumpa manusia yang tak semiak seperti SUK Perak yang sekor ni. Moo... mooo.. sebijik macam lembu udah kena cucuk hidung.

Sekarang, si samdol ni akan atau entah-entah udah pun ditukarkan ke KL. Apakah ini satu ini petanda yang Nizar akan kembali semula ke SUK Perak sebagai MB Perak yang sah. Tak tahan agaknya si SUK, nak bersemuka semula dengan BOSS lama dia, yang dulunya dia derhakai. Mungkin, sebab itu lari ke KL.

betoike dah kena tukar atau dia tukar diri dia?.....walau apa pun Nizar tetap MB yang SAH..kenal dan tahu asal usul menjadi MB...tapi si lanun...mana ada asal usul...

Perangai UMNO..mmmg cinabeng..peringkat Cawangan


pasangan yang ditangkap khalwat..pd22/12/09 jam1.30pg.

Ilmu warisan pemimpin Umno menular ke peringkat cawangan..
*Bekas ketua Cawangan Umno
*Bekas ketua kampung (umno).
*Bekas S/U masjid
*Bekas pengerusi Persatuan polis-polis bersara.
*HJ pulak itu..

ditangkap kerana dsyaki khalwat di rumah perempuan yang juga adik ipar pada si HJ ini pada 22/12/09 jam1.30 pagi .

Isteri si Hj yang juga kakak kepada siperempuan yg ditangkap pulak ada di Kuala Lumpur kerana sakit ,di rumah anak beliau,dikampung pulak siSuami buat kerja dengan adik Ipar yang masih belum berkahwin umur lebih 50 tahun.

tapi untuk umno dan kaum kerabatnya ..benda macam ini biasa saja...boleh disettle ikut pintu belakang.Boss boleh takkan org bawa tak boleh pulak..

mmg ini perangai UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA..macam ini pun berebut nak jadi pengerusi dan Ajk Masjid..poyo betul lah...nanti satu khariah buat kerja macam ini siapa pulak nak cegah.

kahk kahk..satu lagi LAWAK today..

umpama..PENYAMUN diberi kuasa menyiasat siapa dia PENCURI..laporan kena serahkan kepada LANUN..selepas berpuas hati..SILANUN akan bentang laporan untuk diadil oleh satu gerombolan PENYANGAK....kaaahh kahhhh MALAYSIA KU jadi KARTUN....akhirnya PENCURI tidak dikenalpasti...masuk menjadi Ahli PENYANGAK..RAKYAT habis duit membeli dan membayar duit MEDIA dengan harapn dapat BERITA penuh kes KECURIAN itu...inilah MALAYSIA KU...SELAGI UMNO BN menjadi PEMERENTAH....KIKKK KIKKK KIKK..NASIB KAULAH labu.....HANGPA YG MEMILIH..kaum kerabat ini menjadi PEMIMPIN kamu...
Peguam Negara jamin siasat habis-habisan

NEW DELHI - Peguam Negara, Ta:n Sri Abdul Gani Patail semalam memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

:Katanya, kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E disifatkan sebagai 'perkara serius'.

:“Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya,” katanya.

:Laporan yang tersiar minggu lepas tentang kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) itu mendorong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan mengenainya.

Abdul Gani berkata, kes berkenaan rumit kerana ia melibatkan pelbagai agensi, kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.

Menurutnya, pihak tentera telah menjalankan siasatan sendiri berhubung kes itu sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis lebih setahun selepas kehilangan enjin berkenaan.

Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.

“Saya telah meminta pegawai saya menjalankan siasatan lengkap, keseluruhan pergerakan dua enjin terbabit dan saya hendak tahu di mana enjin itu berada sekarang.

“Ini bukan perkara mudah. Ia melibatkan u:saha yang dirancang secara rapi oleh sekumpulan orang,” katanya.

:Abdul Gani berada di New Delhi bagi menyampaikan syarahan pada siri syarahan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO). - Bernama

mmg saya percaya.Pegawai Atasan Mungkin tak terlibat..


mungkin ada spare parts di pasang dikereta-kereta mereka

Kemungkinan besar tiada PEGAWAI ATASAN terlibat..kerana mereka semua sibuk dengan percaturan Pengundi HANTU dan UNDI POS dikem-kem..mana mungkin mereka ada masa nak jual injin..Pegawai LLP ..tngk pegawai atasan dok sibuk aje..dan masuk kencang takkan mereka nak diam ..pakat-pakat jual apa yang ada untuk mendapatkan DUIT tambahan.bukan setakat emjin saja ..isi perut kapal terbang apa saja yg boleh masuk duit ..tolak demo..
Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap
Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di ibunegara.

Menurutnya, selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di ibunegara dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

Siasatan menyeluruh

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup
kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. - Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails