BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, October 31, 2010

Minum Milo...anda jadi Kuat dan Sihat..?Tapi lain hal ..Minum ini..


Bagi kat Rakyat Dun galas..MILO,TEH,SUSU... dan macam-macam lagi..duit mana ini..?duit halal atau duit haram..?kalau dari k`jaan 1malaysia...kata aritu..dicampur sekali duit HARAM & DUIT HALAL..apa hukumnya kalau bagi minum kat rakyat..siapa nak jawab..tolong JAWAB MUFTI ATAU PUN UFTI ...?


TEH 1MALAYSIA..


SUSU 1 MALAYSIA..dari kilang memperosesan susu 1malaysia..ha ha ?

SPR MELAYU MUDAH LUPOOOO..

"I HELP YOU YOU HELP ME.."Macam lupo lupo ingat ungkapan ini..?siapa yg ucapkan ini..you help me one stroke i help you 1 million..ha haha..sekarang spr dah cerdik ke..sampai kata Pas salah tawar rm250 kepada pengundi luar sebagai tambang..ditambah lagi lagi tiada mempunyai sebarang kuasa utk mengambil tindakan..kalau dah tahu tiada kuasa..tutup mulut diammmm...tak kena maki hamun org..ha ha ha ha..

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR


GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka,” katanya Wan Rahim.

Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada parti lawan.

“SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada parti lawan.

“Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya atas perbuatan itu.

“Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti dan calon yang bertanding,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka bukan memberikan wang.

“Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang.

“Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat tapi bukan dengan bagi wang,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

SOAAAL MASYUK KANTUNG..Jgn Risau..

bukan setakat Pejabat Pos..lebih baik kalau boleh buka Kaunter bergerak..kemudahan dua-dua pihak..Samaaaannnn...boleh dibuat semaksimun mungkin jika kaunter-kaunter mengalami kekurangan Pelanggang..ini soal masyuk kantung maaaa..ha ha haha..

Saman JPJ boleh dibayar di pejabat bos mulai esok
Mulai esok, pemilik saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Klang boleh membayar saman mereka di lima buah pejabat pos di Selangor dan ibu negara.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata sebagai percubaan, lima buah kaunter yang dibuka untuk pembayar saman adalah Pejabat Pos Shah Alam, Pejabat Pos Daya Bumi, Pejabat Pos Wangsa Maju, Pejabat Pos Jalan Sultan Salahuddin dan dan Pejabat Pos Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau berkata bagi pengguna di tempat lain pula, mereka boleh berbuat demikian di 688 pejabat pos di seluruh negara selewat-lewatnya pada akhir bulan depan.

"Usaha ini boleh menggalakkan orang ramai terutamanya penduduk luar bandar untuk membayar saman kerana sebelum ini mungkin mereka sukar membayarnya sebab ia hanya boleh dibayar melalui kaunter JPJ yang kesemuanya terletak di tengah bandar selain saluran e-Khidmat," katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Lepar Utara di Jerantut hari ini.

Sehubungan itu katanya JPJ telah mengadakan perbincangan dengan Pos Malaysia untuk merealisasikan langkah ketiga itu selepas cukai jalan dan lesen memandu diperbaharui di situ.

Dalam perkembangan berkaitan, Solah berkata orang ramai juga boleh membayar saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di semua kaunter JPJ di seluruh negara dan saman JPJ itu juga boleh dibayar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) menjelang akhir tahun ini.

"Jika sebelum ini saman polis hanya boleh dibayar di IPD atau IPPK manakala saman JPJ hanya boleh dibayar di kaunter JPJ tapi selepas ini kedua-dua saman itu boleh dibayar di mana-mana saja kaunter JPJ atau polis," katanya.

Menurutnya dengan pelaksanaan kedua-dua kaedah berkenaan, ia dilihat tidak lagi menyusahkan orang ramai malah ia lebih cekap.

--Bernama

Sampai Berapa orang nak Jadi calon BN DiGalas..?


apahalnya PRK Galas..calonnya Ab.Aziz Yusoff..nak nampak gambar atau Poster calon pun cukup susuah kenapa..?Muka tak lawa ke...dimana-mana kelihatan Poster Jib .Mustaffa atau pun Kuli..kenapa jadi cam itu..?takut orang kenai atau takut along..?kalau takut orang kenai..mesti calon BN ini ada banyak problem dgn org ramai,tapi lain pulak hal kalau along yang mencari..boleh settle boleh cerita takde hal punya...bikin gempar sikit saja..berjuta atau berkontena wang masuk..ha ha ha ha...atau takut kekawan sekolah cam muka..aiii ngajai setakat SPM... .baru layak jadi calon.Bn ...sebab sebelum ini..kalau setakat gembala Lembu atau Lembu sendiri..paling tinggi pun tunggol kayu .. mmg layak jadi calon BN..bila masa pulak naik martbat UMNOBN..syarat maximum lulusan spm gred 3 boleh jadi calon..?ha ha ha ha ha..waaa Pening bab baru smpi dari galas..terus jadi gelung kepala otak..




Poster Calon memang senang kelihatan..ditampal merata-rata...no Hal..?

Thursday, October 28, 2010

Teloq dah tumbuh BULU...ha ha ha ha...


nak jaga bini pun tak reti....terkejut teloq ditumbuh bulu ke apa seekor ni...?ha ha hahaa

PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan
Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.

“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.

PERKASA menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lau, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).

Sehubungan itu, menurut Arman Azha, PERKASA akan menganjurkan satu bantahan bagi menentang cadangan kerajaan itu.

“Saya akan anjurkan satu bantahan dengan kerjasama bersama semua NGO yang tidak mahu perlaksanaan hub hiburan (ditubuhkan) di Malaysia dalam masa terdekat ini.

“Kami ingin rundingan meja bulat dibuat bersama NGO yang terlibat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Negara agar (tindakan) tidak menganggu gugat imej Malaysia di mata negara-negara OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) dan Islam di dunia,” katanya.

Semalam Arman Azha berkata “lebih baik disediakan hab untuk operasi bagi memenuhi permintaan mereka yang sebegitu di suatu tempat yang khusus."

Katanya, tindakan itu dapat memudahkan pemantauan daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan awal minggu ini, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Umno..Pelbagai..yg mana pilihan anda..?

Gambar dari blog UMNOtuutt
yang ini Umno Muda...



yang ini Umno veteran...uhhh cunnn no..
yang ini..umno ufti sana sini..
apahal UMNO Muda..gemuk gedimpul..lemak sana sini..lain pulak hal UMNO mami dan Umno ufti..cunnnn...seksi pulak tu..ha ha ha..
INI KES UMNO TIBAI UMNO LE...ceritanya hangpa klik link kat atas ..kalau teringin nak baca..

wooooooit..Frust kena Buang kerja..makan melampau..

SAKIT 1MALAYSIA..berstail BARU...ha ha ha..ambooooi makan 4 bungkus roti..mentakahdarah apa si balaji niiiii..

Obes selepas dibuang kerja


BALAGI terlantar di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam sambil diperhatikan oleh ibunya, Rajasundi.


GEORGE TOWN - Siapa sangka lelaki obes, M. Balagi yang berat badannya mencecah 300 kilogram (kg) rupa-rupanya menyimpan kisah duka yang menjadi punca dia mengalami kegemukan melampau.

Bekas pengawal keselamatan di sebuah hotel di sini itu berkata, gara-gara kecewa selepas diberhentikan kerja kira-kira lima tahun lalu dia mengurungkan diri di dalam rumah dan makan dalam kuantiti yang banyak.

Balagi, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Balaji oleh keluarganya, cuba melepaskan tekanan dengan memakan roti sehingga empat bungkus sehari. Jumlah itu menyamai 88 keping roti.

Dia juga suka makan tosai tetapi kurang menjamah nasi manakala minuman kegemarannya ialah kopi panas.

Menceritakan kisah lampaunya Balagi mendakwa dia diberhentikan kerja pada tahun 2005 kerana kerap mengambil cuti sakit.

WAAAAA Bandaraya TELUK INTAN mempunyai 2000 ahli kp..Dahsyaaaat.

Takkan kelapar nak undi 186 india di Galas...temberang sampai sembur keluar kat JUBURRRRR...leeee..SH Atau Pemberitaanya:SAIFULLAH AHMAD ini..ada pening Todiiii ke malam tadi...tELUK iNTAN besar mana nak ada ahli sampai 2000 orang..lagi pun Ketua DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh ..enggan ulas..sebab dia pun naik poning kut...semenjak dia jadi Ketua ..mana ada sampai 2000 ahli..ahli apa..kelab kedai Todi ke..atau Ahli kelab benggong MIC..?yang sedapnya turut hadir dalam majlis todi menodi ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin, ...macam juga AZHAR PILUS DARI PP....


Dakwa 2,000 keluar parti


TELUK INTAN - Seramai 2,000 orang yang mendakwa mereka sebagai ahli Kelab Penyokong Pas (KPP) Kawasan Teluk Intan, keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas Negeri Perak.

S Krishnan yang mendakwa diri sebagai ketua berkata, tindakan itu dibuat selepas mendakwa terdapat golongan samseng merebut jawatan dalam sayap Pas itu.

Menurutnya, Pas tidak membantu kaum India walaupun undi diberikan kepada parti itu semasa pilihan raya umum sebelum ini yang akhirnya memberi kemenangan kepada parti serta Pakatan Rakyat.

“Kami tak dapat apa-apa pun dan dia (Pas) cuma mahu pergunakan kami untuk kepentingan mereka sahaja.

“Mereka kata Pas untuk semua kaum tapi masyarakat India tak dapat apa-apa,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pejabat KPP Kawasan Teluk Intan, di Jalan Changkat Jong, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin,

Krishnan berkata, selain KPP kawasan Teluk Intan, 18 lagi kawasan di Negeri Perak akan mengikut jejak mereka.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media, Krishnan memberitahu Pas Negeri Perak tidak menghormati kaum India dan bertindak samseng.

Menurutnya, demonstrasi itu dibuat selepas kurang senang dengan tindakan Pas Perak melantik individu berbangsa Cina sebagai Ketua Dewan Himpunan Pas (DHPP) Negeri Perak dan mengetepikan ketua yang sebelumnya iaitu S Surianarayanan.

“Kami beri amaran, jangan bermain api,” katanya.

Pada sidang media itu juga, papan tanda pejabat KPP Kawasan Teluk Intan itu diturunkan dan beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai ahli membuang kad keahlian sebagai simbolik kepada tindakan mereka keluar dari parti itu.

Sementara itu, Ketua DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu enggan mengulas lanjut.

Beliau memberitahu Sinar Harian bahawa pimpinan Pas Negeri Perak telah mengeluarkan arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga berita mengenai tindakan demonstrasi itu dikeluarkan dalam media.

Menurut beliau, Pas Negeri Perak akan meneliti laporan media itu nanti sebelum tindakan undang-undang dibuat.

MELAYU DAH LENAA...53 TAHUN DAHHHH..

ADUN MeeLAYU...dari Pulau Betong baru sedar dari tiduq ke...?dah 53 tahun melayu lena...UMNO dah songlap dan pakat jual kat cina..bukan cina LGE yang belum pun berumur 3 tahun jual Tanah Melayu kat PP kut...jadi yang SAHNYA memang UMNO DAN GEROMBOLAN TERIBAT dlm isu ini..itule kan dah kata..jaga dari tidur..basuh muka..pas tu solat..ini tak sedaq sedaq naik pentas...meracau macam kena rasuk HANTUUUUUU.....macam hantu zakat YANG dr AZRI KATA...

Tanah orang Melayu semakin kurang


GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.

Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.

“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.

“Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri.

“Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau bersikap rasis dengan membangkitkan masalah itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu lalu adalah tidak berasas.

“Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).

“Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja,” katanya.

Katanya, keadaan Melayu di Pulau Pinang kritikal adalah kerana kajian mendapati 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Wednesday, October 27, 2010

Peramal..yang GAGALL..

Peramal yang diakui HEBAT..akhirnya gagal meramal nasib sendiri....dan juga tak sempat meramal..BATU SAPI ,dan GALAS....
Paul berjaya ramal kemenangan Jerman ke atas England dengan tepat.

Padan Muka hangpa..PENIAGA PASAR2 MLM,MINGGU DLL

Peniaga pasar Malam ,Pasar Minggu,gerai geraidan lain lian peniaga...apa hangpa nak buat...aku peduli apa..aku tak pernah pun sokong UMNOBN...aku akan terus tentang dasar-dasar mereka selagi..tidak ikut alquran dan sunnah..yang hangpa sokong mati-matian UMNOBN..ah ah ah apa hangpa nak buat lepai ini..pasar malam kena tutup..bungkus nak balik tanam jagung..ahhh mana ada tanah dah lagi habih UBN perait sesama mereka.....ah itu..apa lagi BUNGKUSKAN MEREKA DALAM PRU 13 Nanti..takkan itu pun aku nak ajar.....kamu AJAR MEREKA...


Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.




baca seterusnya"

Pantang tok nenek UMNO..

ini yang jadi satu masaalah besar buat UMNO khasnya PP..kerana LGE..enggan beri kerjasama supaya dapat sama-sama songlap duit rakyat..ini sekarang pulak dia menjadi negeri paling banyak kutipan hasil..PANTANG TOK NENEK UMNO...kalau buat macam ini..sepatutunya biarkan rakyat mampus..janji POKET kaum kerabat UMNO penuh..hi hi hi...ini tak jadi...tambahan lagi kaum puak merican....kalau ada hasil judi kena masuk Poket..ini LGE cuba agih agih kpd fakir miskin bukan MUSLIM..lagi kacau....hasil JUDI mana boleh bagi kpd fakir miskin HARAMMMMMMMMMMMM.....masyuk kantong sendiri baru halallllllll.....tak percaya tanya MUFTIUFTI ....dlm kabinet lanunnnnn...ha ha ha ha.....
MAMPUSSSSSSSSS UMNO KALAU BERTERUSAN MACAM INI....NAK KATA BERKAHIR DIMUZIUM PUN TAK TENTU...PUPUS TAK BERTAPAK..HA HA HA

Pulau Pinang catat hasil paling tinggi
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.

Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Selangor ketinggalan

Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.

Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.

Hasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.

Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.

Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009.

Perlis diklasifikasi kurang memuaskan

Laporan Ketua Audit Negara 2009 juga mendedahkan Perlis sebagai satu-satunya negeri yang diklasifikasikan sebagai kurang memuaskan dari segi sistem penyampaian, terutama selepas gagal memastikan semua agensi negeri diaudit sebelum tarikh tamat 30 April.

Berdasarkan laporan itu, hanya tiga agensi iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyerahkan penyata kewangan untuk diaudit sebelum tarikh tutup, manakala baki enam lagi dilaporkan gagal.

Sementara itu, Bernama melaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2009 menyatakan lapan projek pembinaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak disiapkan
melewati tempoh kontrak, sementara satu projek terbengkalai.

Perak juga ada masalah

Lapan projek itu kelewatan antara 144 hingga 629 hari.

Projek-projek itu ialah Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

"Semakan mendapati empat daripada lapan projek telah disiapkan setelah mendapat Perakuan Kelewatan dan Lanjutan Masa (PLKM) dan tempoh masa berdenda antara RM60,000 hingga RM214,220.

"Manakala tiga projek telah siap setelah diberikan PLKM dan satu lagi projek iaitu Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar masih belum disiapkan dan dalam tempoh masa berdenda.

"Kelulusan PLKM kedua tanpa sebab telah diberikan kepada kontraktor untuk pembinaan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar," kata laporan itu.

Laporan itu berkata punca kelewatan menyiapkan projek disebabkan oleh kelewatan kerja-kerja ujian tanah, kelewatan pihak kontraktor menerima arahan perubahan kerja, perubahan skop kerja dan kerja-kerja tambahan.

Menurut laporan itu, kelewatan telah menyebabkan kos projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkat sejumlah RM168,152 atau 3.5 peratus daripada RM4.91 juta kepada RM5.08 juta.

"Kos projek Bangunan Kompleks Pejabat MPTI meningkat sejumlah RM2.21 juta atau 39.9 peratus daripada RM5.54 juta kepada RM7.75 juta.

Manakala kos projek Bangunan Kompleks Perniagaan dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta atau 33.9 peratus kerana penamatan kontraktor pertama," menurut laporan itu.

Dalam pada itu, projek Pembinaan Dewan Serba Guna Padang Bandaran Kuala Kangsar bernilai RM6.7 juta yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak sebagai agensi pelaksana dan dibina oleh Serata Johor Sdn Bhd terbengkalai dan tidak disiapkan mengikut jadual asal kontrak.

Peruntukan membiayai pembinaan diterima daripada kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan berjumlah RM10 juta dan berdasarkan kontrak, tempoh projek selama 52 minggu itu bermula Mac 2008 dan dijangka siap Jun tahun lepas.

"Berdasarkan laporan kemajuan kerja, pelaksanaan kerja telah mencapai 63 peratus siap. Surat penamatan dikeluarkan terhadap kontraktor pada 30 Jun 2009 kerana tiada kerja dilakukan semenjak 25 Mei 2009," kata laporan itu.

Menurut laporan itu juga prestasi pelaksanaan projek adalah lemah kerana kurang pemantauan oleh PBT dan Jabatan Kerja Raya terhadap perunding dan kontraktor.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan kerajaan negeri Perak dan PBT membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos serta menyenaraihitamkan kontraktor berkenaan.

Leeee.shyukur..Alahamdullillah..kalau idak Gelak besor..BN

apa pun ..anggap sebagai satu Ujian..sebelum humban BN di batu Sapi..Jeti kayu zaman sewaktu dengan Tunku ke apa..?

Drama di Batu Sapi: Ansari terhumban ke laut
Kempen lesu pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pagi ini dirancakkan dengan 'drama kecil' apabila calon PKR, Ansari Abdullah terjatuh ke laut apabila jeti kayu yang dipijaknya tiba-tiba runtuh.

Ansari berjaya menyelamatkan dirinya tanpa sebarang kecederaan meskipun pakaiannya basah kuyup dan beliau kehilangan dua telefon bimbitnya.

Menurut penyelaras kempen PKR, Sim Tze Tsin - Ansari masih bersemangat untuk berjuang selepas kejadian itu.

"Ansari berkeras mahu melawat antara kawasan paling miskin di Sandakan bagi merayu undi. Semangatnya masih tinggi di sebalik kejadian itu.

"Kita tidak lihat ini sebagai petanda buruk, tetapi kejadian ini menunjukkan dengan jelas, BN telah gagal menjaga kawasannya, apa lagi membawa kemajuan. Jeti kayu pun mereka tidak boleh selenggara,” bidas Sim.

Menurut Sim, Pulau Timbang di perairan Sandakan yang mempunyai 227 pengundi Melayu-Bajau dan tinggal di rumah yang daif.

"Kejadian hari ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin. Orang ramai bergantung bergantung kepada jeti ini setiap hari, malah kanak-kanak sekolah menggunakannya ke sekolah,” katanya.

Ansari, ketua cawangan PKR, Tuaran ditentang oleh presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon BN Linda Tsen dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi parlimen Batu Sapi.

Pengundian adalah pada 4 November ini.

Kelapar..barangan Indon,,apahal lak,,?

Tapi apa nak diherankan...PHD nak try barangan Indon..lagi besar jawatan Lagile teringin nak try barangan-barangan luar negar...kalau ok disimpan ..kalau problem dispose....hi hi..
KEPIMPINAN MELALJUI TELADAN...ha ha ha..diskaun diberi utk barangan import...


AJK UMNO kena tangkap basah?



Image Pulau Pinang : Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.

Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.

Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya.

Image

Boleh buka IKS..di kampung...kalau macam ini punya modal...hi hi hi..apa kata Jib&Mah..

Terkejut jumpa puluhan bom

GEMAS – Seorang pemandu jengkaut tidak menduga tugasnya mengorek tebing Sungai Gemas bagi melebarkan dan mendalamkan sungai berkenaan berakhir dengan penemuan berpuluh-puluh bom mortar serta ribuan peluru mesi�ngan kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Sinar Harian difahamkan, ia dipercayai milik Tentera Bersekutu, yang juga peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua yang berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang berkata, setakat jam 4 petang, semalam, dipercayai sebanyak 30 hingga 40 bom mortar dijumpai di tepi lokasi penemuan iaitu Sungai Gemas dan jumlah itu berkemungkinan bertambah.

“Justeru, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang diketuai Cif Inspektor Hamidin Ramli bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar bom dan peluru berkenaan masih belum dapat dipastikan tetapi polis akan meneruskan operasi mencari," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, proses memusnahkan bom dan peluru terbabit akan dijalankan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam tempoh dua atau tiga hari.

Sinar Harian juga difahamkan, kerja mendalamkan dan melebarkan tebing Sungai Gemas itu adalah bagi melicinkan lagi pelaksa�naan projek landasan kereta api Gemas ke Segamat.

Sementara itu, ketika kejadian, pemandu jengkaut terbabit segera menghentikan kerjanya apabila menjumpai puluhan bom yang tertanam dalam tanah, selain peluru di dalam kotak plastik hampir reput terdedah apabila tebing itu dikorek.

Kooi Cheang menasihatkan penduduk berhampiran dan orang ramai tidak menghampiri kawasan atau lokasi penemuan bom terbabit sepanjang kerja :pemusna�han dijalankan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak :kemungki�nan terdapat banyak lagi bom dan peluru lama di tebing sungai yang memisahkan Negeri Sembilan serta Johor.

Tuesday, October 26, 2010

Yahoo..Perdana Menteri Kesayangan Kita..dgn formula Baru.mengekang keruntuhan Moral..Rakyat Malaysia..

elok sangat perancangan Jib...boleh bina banyak lagi sekolah sekolah Pengumpulan Anak Haram cam siAli dari Melaka buat itu...hidup melayu hidup melayu...akan ramai le anak anak yang bakal lahirkan dengan Berbinkan AH...

Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Nak Temberang sampai ke dalam ..

ah ah ah Rais yatim..dah jadi macam kais pagi makan petang....nak tembak konon nak beri kebenaraan kpd PR masuk TV....ha ha ha.sedutan berbualan diantara Rais dan Pimpinan PR di khemah PR dalam kawasan Penamaan Calon Dun Galas...

10.07 pagi:
Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagtau masa dan program kat mana," katanya.

Rupa sebenar..orang yang bercakap...?


ha ha ha ha h...ini rupanya orang yang bercakap seperti dibawah...tak ke pening namanya..mabuk todi..

Setiap Muslim Punyai Peranan Dalam Mengukuhkan Semangat Ummah, Kata Rosmah

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Setiap kaum Muslim mempunyai peranan yang perlu dimainkan dalam usaha membangunkan syiar Islam dan mengukuhkan semangat ummah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pengukuhan ummah dalam Islam tidak dibina berasaskan kepada kaum, kerakyatan, kedaerahan, penaklukkan, kerabat atau kepentingan istimewa, sebaliknya ia merentasi sempadan politik dan nasional.

"Asas ummah dalam Islam adalah prinsip yang membawa kepada pengabdian sepenuhnya kepada perintah Allah, mematuhi segala perintahnya, dan komitmen penuh terhadap perjuangannya," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada peserta majlis "Tilawah Al-Quran Saudara Muslim" di Seri Perdana, di sini malam Isnin.

Turut hadir ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Pengerusi jawatankuasa penganjur majlis Datuk Raja Rezza Shah.

Rosmah dan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penaung bersama majlis.

Rosmah berkata majlis tilawah itu merupakan platform terbaik bagi saudara baru untuk berhimpun dan saling bertukar pandangan berhubung Islam selain memupuk persefahaman lebih baik berhubung nilai-nilai agama dan Islam.

Pada majlis itu Rosmah menyampaikan hadiah kepada para pemenang daripada Kategori Terbuka bagi Qari dan Qariah, Millenium (bagi mereka yang memeluk Islam sejak 2006), Khas (golongan kurang upaya), Azan Putera (kanak-kanak di bawah 12 tahun) dan Azan Remaja (kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun).

Seramai 98 peserta mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan buat kali keempat.

Majlis itu turut menyaksikan dua saudara baru yang banyak menyumbang kepada penyebaran dakwah Islamiah menerima anugerah Tokoh Saudara Muslim, dari kategori Muslimin dan Muslimah, dan masing-masing menerima hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.

Mereka ialah Shah Kirit Govindji Abdullah, 44, (Muslimin) pegawai dakwah di Yayasan Informasi Islam dan Perkhidmatan, dan Noorshin Ng Abdullah, 58, Naib Presiden Darul Fitrah (Muslimah).

-- BERNAMA

Ramai bankrap di Kelantan...Tak SANGKAAA....

RUPANYA RAMAI RAKYATNYA BIJAK PANDAI DIKELANTAN...sila baca artikel kat bawah:

Ramai bankrap di Kelantan kerana jadi penjamin


KOTA BHARU – Ramai individu diisytiharkan bankrap di Kelantan kerana menjadi penjamin korporat atau syarikat dan sebanyak 427 kes bankrap dicatatkan sepanjang 2005 hingga 2009 bagi punca itu.

Pengarah Jabatan Insolvensi negeri, Rohaiza Abd Rahman berkata, punca kedua yang menyebabkan ramai bankrap adalah individu terbabit dengan sewa beli (230 kes) dan di tempat ketiga individu menjadi penjamin sosial (227 kes) termasuk membabitkan jual beli kenderaan.

“Di Kelantan mereka yang menjadi penjamin paling ramai dikesan diisytiharkan bankrap. Ramai di kalangan mereka yang tidak menyedarinya kerana ada yang menjadi penjamin kepada saudara mara atau rakan-rakan.

“Oleh itu masyarakat diingatkan supaya meneliti kapasiti atau keupayaan sesebuah syarikat sebelum bersetuju menjadi penjamin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengesan banyak kes individu terpedaya tanpa disedari nama mereka digunakan sebagai penjamin dan jika boleh elakkan orang lain menggunakan nama anda tanpa persetujuan.

Sementara itu, katanya, golongan berusia 35 hingga 44 tahun dikesan paling ramai bankrap berbanding usia lain di negeri ini.

Rohaiza berkata, sepanjang Januari hingga kini seramai 258 kes bankrap dicatatkan manakala bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 265 kes.

“Bagi negeri ini menjadi penjamin berisiko bankrap kerana mungkin individu terbabit mudah percaya dengan saudara, mara atau rakan yang meminta menjadi penjamin.

“Mungkin bagi masyarakat di bandar raya besar penggunaan kad kredit berlebihan yang menjadi punca ramai yang bankrap, namun di Kelantan penjamin yang berisiko tinggi,” katanya.

Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.


Ini Cerita England..disini..?

ini cerita england..lain pulak hal cerita disini...Islam dijadikan bola tanggung oleh..Pimpinan UMNOBN..untuk mencari untung dan Nama..cilakale mereka-mereka INI..

Adik ipar Tony Blair peluk Islam

26/10/2010 3:21am

LONDON 26 Okt. - Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth kini memeluk Islam kerana kagum dengan kesucian agama itu selepas melawat Iran enam minggu lalu.

Booth yang merupakan seorang wartawan penyiaran berkata, beliau mendapati Islam banyak memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada umatnya.

“Nama saya ialah Lauren Booth dan saya adalah penganut agama Islam.

“Saya mendapati umat Islam adalah sangat penyayang dan saya bangga menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Booth ialah adik tiri kepada isteri bekas Perdana Menteri Britain itu, Cherie yang merupakan peguam hak asasi. - AFP

Monday, October 25, 2010

BN BOLEH...PR TAK BOLEH..

makan gaji duit rakyat atau DUIT UMNO...HA HA HA HAHA..?DAH TERANG LAGI BERSULUH...SPR BOLEH IKTIRAF bn..TAPI PR TAK BOLEH DIIKTIRAF..lagi baik beri saja kemenangan Percuma/cepumas kat UMNO..senang....duit tak habis,tak payah penyokong PR susah payah pegi galas bantu PAS..ha ha..

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.

galas bn candidate announcement 241010 muhyiddin and ku li posterKatanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

apa lah nasib..bdk bdk sekolah...Perut korang pun dikomisyenkan..?

leeee..sampaikan makanan pelajar sekolah pun disonglap hanya kerana keuntungan berlipatganda,tapi dah tentu mesti ada kira punya..takkan kontraktor seberani itu kalau tak ada tongkat sakti yang mendokong perbuatan mereka ini..?

Laporan audit: Pelajar diberi 'sandwich kosong
Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.

DAJJAI betul sisuami .ini..ajaran ayah Pin Ke..?

eiii dapat kat aku..sekeh kepala atas bawah...kerat anunya bagi kat anjing..baru ada akai..manusia jenis ini..

Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya
Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.


Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


1001 JENIS GILORRRR..

AWAT DIA TAK MAI MALAYSIA..CARI SILAILA...LAILA SEDIA MEMBANTU..HA HA HA HA...BTG BESI 2 X2 SINGGAH DIBELAKANG...hi hi hi.

TAK DAPAT PASANGAN
Chen Menikah dengan Dirinya Sendiri

S

TAIPEI, - Chen Wei-yin berpose memakai baju putih. Dia juga menggunakan jasa perencana perkawinan untuk 30 teman undangannya. Namun, ada satu yang tidak tampak, yaitu pengantin lelaki. Rupanya Chen tidak perlu pengantin lelaki karena dia menikah dengan dirinya sendiri.

Gadis Taipei ini rupanya mendapatkan tekanan sosial untuk menikah sehingga perlu membuat resepsi pernikahan untuk dirinya sendiri. ”Usia 30-an (di Taiwan) adalah periode emas. Pekerjaan dan karier saya berjalan baik, tetapi saya belum menemukan pasangan, apa yang dapat saya lakukan,” katanya.

”Saya tidak antiperkawinan, hanya berharap dapat menyampaikan aspirasi dalam cara yang berbeda,” ujarnya. Perkawinannya itu menelan biaya sebesar 5.675 dollar AS. Setelah ia publikasikan di internet, dukungan simpati padanya mengalir tidak kurang dari 1.800 komentar. (Reuters/Joe)

Tiada sebarang Projek atau Janji utk PRK Galas...

HA HA HA MUSANG BERBULU..APA YA..?

Awal-awal lagi . Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan semasa di Universiti Malaysia Kelantan bahawa rakyat negeri Kelantan terutamanya di kawasan Galas supaya tidak mengharapkan projek-projek segera sepertimana yang pernah digula-gulakan sebelum ini semasa pilihanraya kecil yang lalu oleh Barisan Nasional (BN).


GUA MUSANG: About 1,500 poor families here will soon be able to move into three-bedroom flats.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the constituency's first People's Housing Project (PPR), will enable the poor from various races to live in comfortable homes.

"The project will be completed in three years and will greatly benefit the residents," he said after launching the RM180 million PPR Housing Project in Taman Wangi, Galas, yesterday.


Present at the launch were Housing and Local Government minister Datuk Seri Chor Chee Heung, Kelantan Umno chief Datuk Seri Mustapa Mohamed and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah.

This is the first time PPR flats will be built in Kelantan. It is also the first time 50 per cent of the flats, comprising 750 units, will be allocated to non-Bumiputeras.

Normally only 30 per cent are set aside for non-Bumiputeras.


The PPR project will see the construction of 1,500 five-storey flats, comprising 18 blocks, on a 13.8 hectare plot owned by the South Kelantan Development Authority (Kesedar), located across Sungai Ketil.

Measuring 700sq ft, each unit will have three bedrooms and two bathrooms. The flats will also have public facilities such as carparks, surau, multi-purpose hall, kindergarten and playground.

The flats would be sold for RM35,000 each or be rented out at RM124 a month.


Muhyiddin denied that the project was an election gimmick, saying the proposal had been in place since 2008.

He said Tengku Razaleigh, who is also the Barisan Nasional election operations director for Galas, had requested for a PPR project in the constituency and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had agreed.

"BN is taking this initiative to help the under-privileged. The residents have waited for this for a long time."

He said Kelantan and its people were important to the Federal Government which did not want to see the state marginalised from mainstream developments.

Chor said besides the PPR flats, his ministry also spent RM2.6 million on the constituency for dengue eradication pellets and allocations for the three new villages, and more than 20 traditional Malay villages for development and upgrading work.

CALON PR..Batu Sapi...

CALON TERBAIK RAKYAT UNTUK P185


Profil Calon Pakatan Rakyat Parlimen P185 Batu Sapi
Calon terbaik dari Pakatan Rakyat untuk rakyat Sabah terutama Parlimen Batu Sapi.
Nama Penuh : Ansari bin Abdullah

Tarikh Lahir : 11 Ogos 1954
Tempat Lahir : Tuaran, Sabah
Status : Berkahwin (Isteri : Nailly Yassin)

Anak : 2 Orang (Tasya Febrinda dan H Alam)

Pendidikan :
Kolej Sabah, Kota Kinabalu (1973)
Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1978) (Fakulti Undang-undang)

Pekerjaan :
Pengamal undang-undang (Advocates) (Messrs Ansari & Co)

Jawatan Politik :
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ketua PKR Cabang Tuaran, Sabah

Hobi :
Membaca, Fotografi

Facebook :
http://facebook.com/ansari.abdullah

Tukang ..VS..Doktor..

ini bukan menyerang peribadi..tapi kenyataan...Rakyat harus mengetahui...tahap kelulusan dan kepandaian CALON yang bakal mereka memilih...

TERLETAK DITANGAN-TANGAN TUAN PUAN UTK MENILAI....SIAPA PILIHAN ANDA..DAN SIAPA YANG PALING LAYAK DIANTARA DUA ORANG INI..?

Biodata Calon PAS

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed

Umur : 44 Tahun

Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966

Nama Isteri : Zainab binti Jalar

Umur : 30 Tahun

Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980

Kelayakan Akademik :

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.

Pengalaman Kerja :

1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.

1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.

1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.

1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :

2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.

2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.

2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.

2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.

2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

Dan ini pula calon UMNOk

Nama : Abdul Aziz Bin Yusof

Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan Rendah : Sek. Kebangsaan Bertam, Gua Musang

Pendidikan Menengah Ting. 1 hingga 3 : Sekolah Menengah Jerantut

Pendidikan Menengah Ting. 4 hingga 5 : Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.

Sunday, October 24, 2010

ceramah..Ezam..Jem hingga lori tidak dapat bergerak..

ahah ahah waaa ingat yg ini...ini penceramah hanya YDP Pas Bukit Gantang.nun jauh lampu pentas ..rupa..wa silap..itu gelak sakan kat bawah..

wa copy dari Love perak..nak tumpang GELAK...haha hahah hahaha haha..


ha ha ha ha ha ..rupanya keadaan sebenar seperti kat bawah..pecah kepala dibuatnya siKOTAK





petugas keselamatan menjaga kerusi kosong..?ha ha ha

bangku bernombor..itu yg dok selang seli..senang kira nombor hujung aje..dapat jumlahnya

taiko..@..guardman..?khuik khuik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails