BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, November 30, 2010

yaaaaho yaaaho..naik lagi..GUMBIRANYA AKU.....

WAAAA PEDULI APA NAK NAIK BERAPA SEN PUN..sebab aritu haram waaa tak undi UMNOBN..lantak kat diorang le....hidup hidup hidup PieeeeM...tanggung tanggung tanggung ..UMNO benggong..


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

nak tunggu sampai gini baru nak bertindak...!


Pokok hadapan dengan pejabat Penghulu Matang dan disebelah nya ada Tabika..takkan nak tunggu pokok rebah atas mana-mana pelajar..baru sibuk sibuk nak tebang...laporan dan aduan kebelbagi jabatan sudah dibuat oleh penduduk..tambahan lagi pejabat Penghulu Matang berhadapan...sampai sekarang tiada sebarang tindakan...
2.sebuah lagi pokok dalam keadaan cukup bahaya dihapan sekolah agama rumah awam simpang...itu pun nak kena tunggu rebah atas mana-mana budak ..baru nak ambil tindakan...gitulah nasib rakyat berkerajaan UMNOBN(gambarnya dah hilang..tapi pokoknya masih disitu)

Sujud dakap jenazah suami

hmetro.com.my

PILU...Hayati mengiringi jenazah suaminya ke HKL untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Helmi.
PILU...Hayati mengiringi jenazah suaminya ke HKL untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Helmi.
ALIH...kakitangan DBKL mengalihkan tunggul pokok yang tumbang.
ALIH...kakitangan DBKL mengalihkan tunggul pokok yang tumbang.

KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.


Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.

Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.


“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.


“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya

sesyen....Tinggi..agung..Persekutuan..atlast berahkir..diMUZIUEM..!

Kes Ling dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

azlanTimbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah.”

Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

NONEMengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

"Saya mahu perbicaraan disegerakan,” katanya.

Majlis Makan Malam bersama Pemimpin PR..

Majlis anjuran Pas Kawasan Taiping...Jamuan Makan Malam bersama pimpinan PR..
Pesuruh Jaya Pas Perak Ust Abu Bakar,YAB Sdr Lim Guan Eng,Samsul Iskandar,YB Nga Khor Meng diantara pimpinan yang hadir bersama Sdr Mohd Sabu sebagai tetamu Jemputan dalam majlis makan malam dan kutipan tabung utk OKT.






para hadirin...asyik ngap ngap...soru dulu.....

Mohd Sabu beramah mesra dengan Orang Kuat Kawasan Bukit Gantang..ust Zul.


PJ Perak,sahmsul Iskandar,...mat sabu ,YAB Lim Guan Eng

Monday, November 29, 2010

aduh..MELAYU PPTERTINDAS LAGI...?

70% tender milik MELAYU PP....tertindas lagi..?siapa sebenarnya melayu yang ditindas k`jaan PP..MELAYU UMNO DAN KRONI nya....ha ha ha ha PADAN MUKA UMNO DAN KRONI....nak berniaga buat cara berniaga...ini politik sampai dalam kelambu..

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

NONEDi sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

second penang bridge 091108 pilling“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

NONETambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

second penang bridge 091108 artist impressionKerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.

Blogger lebih bahlol dari Lembu..

kesiannya..masih ada manusia yang bernama blogger lebih bahlol dari LEMBU SAPI...ha ha ha ha...cerita ini kalau g tau umno pun tak percaya...makan apa jadi sebanggang ini..?

Ekspo Cheng Ho Guna Wang Gelap ?

Ekspo Cheng Ho yang diadakan di Kota Bharu sekarang adalah projek naungan Husam Musa.Ianya diadakan semata-mata untuk memulihkan imej Husam yang tercalar balar sejak dua tahun kebelakangan ini.

Maklumat dalaman yang diterima oleh TGM memaklumkan pada peringkat awal sebenarnya tiada syarikat dari China yang sanggup datang untuk menyertai eskpo tersebut. Kemudian Husam terpaksa beberapa kali berulang alik ke China bagi memujuk mereka menyertainya.

Walaupun dipujuk mereka tidak mahu menyertainya, kecuali ekspo tersebut diadakan di peringkat nasional bukannya di peringkat negeri. Husam mati akal kerana beliau telah beberapa kali terpaksa menangguhkannya akibat tiada penyertaan.

Jalan terakhir yang digunakan oleh Husam ialah 'main pitih'. Kami difahamkan setiap syarikat dibayar RM 50 ribu untuk menyertai ekspo tersebut. Jangan tersilap, bukannya syarikat yang nak menyertai ekspo perlu bayar RM 50 ribu kepada penganjur, tetapi setiap syarikat yang menyertai eskpo dibayar RM 50 ribu oleh penganjur (husam musa) beserta kemudahan lain termasuk hotel dan pengangkutan.

Mengikut laporan harakah daily lebih dari 200 syarikat dari China yang menyertai ekspo tersebut. Jika satu syarikat dibayar RM 50 ribu, bermakna RM 10 juta belanja yang perlu dikeluarkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang hadir.

Itu belum diambil kira dengan kos-kos yang lain seperti penginapan, makan minum, pengangkutan serta kos untuk persiapan ekspo serta kakitangan bertugas. Rumusan kasar yang boleh dibuat, lebih kurang RM 20 juta perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penganjuran ekspo berkenaan semata-mata Husam nak tunjuk dia hebat.

Soal nak tunjuk hebat atau tidak hebat adalah perkara kedua, soal utamanya dari mana Husam datang duit sebanyak itu untuk menganjurkan ekspo berkenaan sedangkan kerajaan negeri hanya memberi peruntukan sebanyak RM 100-200 ribu ?

Kami telah pun mendapat jawapannya. Kami difahamkan ianya menggunakan wang gelap hasil dari kegiatan haram Husam Musa sepanjang menjadi exco. Kami akan dedahkan satu persatu kelak.

Usaha kita untuk menawan Kota Darulnaim masih mempunyai punyai masa lagi Kita tidak boleh menggunakan segala peluru yang ada dimasa sekarang. Apabila sampai masanya kita akan keluarkan segala jenis peluru , bom, dan sebagainya.

Apa yang boleh kami katakan ialah, Ekspo Cheng Ho sebahagian dari titik tolak kejatuhan politik manusia durjana yang bernama Husam Musa.

Jika benar segala dakwaan yang kami terima ini, patutlah negeri Kelantan tak boleh maju dan masih ketinggalan. Seorang exco ada wang gelap berpuluh juta, cuba bayangkan jika sembilan exco lain pun begitu juga. Itu belum dicampur lagi dengan MB, pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak beranak MB. Habis harta negeri dirompak oleh mereka,rakyat pula terus hidup merana.
dari blogger bahlol:disini

Sunday, November 28, 2010

Sumbangan Atap zink..kepada penduduk miskin

Lawatan YB DS Nizar ke Dun Kuala sepetang pada 18hb sempena majlis korban anjuran cawangan Pas Matang Road,YB menerima aduan dari seorang penduduk miskin dari kampung menteri menghadapi kesulitan kewangan untuk mengantikan bumbung rumah beliau,lalu YB DS mengarahkan Pegawai Pusat khidmat beliau untuk mengambil tindakan dam menyalurkan sumbangan zink kepada penduduk itu.
Pegawai pusatkhidmat bersama cawangan matang ,telah menyampaikan sumbangan itu pada 20hb nov.dan seterusnya kerja-kerja membaik pulih dan gantian zink telah dijalankan dengan kerjasama cawangan matang road diketuai sdr Yusof selaku Naib Ketua Cawangan.

Sdr Yusof (berbaju oren) menyampaikan sumbangan zink mewakili YB DS Nizar.kepada tuan rumah


sumber:blog parlimen bukit gantang

wooooit..berjuta dah lesap..bocornya tak diTampal lagi..?

adalah mamat seekor NASIBUNGKUS..nonama komen disni..katanya
taknak percaya isu kononya 130 ahli pas masuk umno..tak percaya tapi kena juga percaya..ha ha haha oiiii mamat NASIBUNGKUS...yang dah habis berjuta ringgit..nak tampal bocor tak sudah sudah...ada hati nak cakap isu banjir dikedah..ha ha ha ha..
hang tengok dengan mata kepala hang sendiri ..rajin rajin g jalan kat bangunan parlimen..nampak tak timba utk tadah air.....ha ha ha...hang tau ke apa itu parlimen atau kenai ke bangunan parlimen.. isu macam itu pun takleh nak selesai ini siTPM dan koncu nya hebat mengutuk k`jaan PR kedah..konon nya tak reti nak handle banjir...apalah korang ini..





ha h ah awaaa,,timba tadah air di PARLIMEN 1MALAYSIA OOOOI..

BERJUTA DAH LESAP..AKHIRNYA TAMPAL DENGAN KAIN PLASTIK...PADAN MUKA KORANG


ah ah ah..terima cash..asyik dok kutuk MB ust Azizan..titisan air ini bernilai juta ooooi

kantin tutup....kena makan nasibungkus..

gambar dari YB khalidsamad

Kalau pun betul..tetapi nak percaya agak payah ..

ha ha ha bukan nak ada PRK atau Pru UMUM..kenapa pulak tetiba ada ahli Pas masuk UMNO..nak percaya macam mana kalau datang dari mulut umno..


Seramai 103 bekas anggota PAS, termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan DUN Selising dalam Parlimen Pasir Puteh, bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.

"Saya sedar perjuangan PAS selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.

Nordin yang mula menyertai PAS selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.

- Bernama

Saturday, November 27, 2010

baru balikbercuti..selama seminggu.

Niat asal dihati ingin ke Negeri China..tapi apa kan daya ku mengatasi keizinan Allah..buat setakat leni hanya mampu KE EKSPO CHENG HO dari negri china..berlangsungdi KOTA BAHRU.KELANTAN .. 21 hingga 26hb nov...baru aje sampai balik..itu yang cuti seminggu..bukan makan angin..tapi mencari wang.DAN juga ilmu...

..sekali lagi terkejut kera le aku...rupanya ISLAM DI CINA berbanyak kali hebat DARI ISLAM MELAYU...(yang dok sibuk-sibuk heboh islam untuk melayu..dan melayu itu islam dan hebat ..hanya le parti perkauman dan UMNO and the Geng)..

kalau nak tahu cerita lanjut rerajinle mencari sejarah ASAL atau pun asli...tentang Laksamana Cheng Ho.dan pengembaraan beliau..bukan sejarah UMNO...

nanti aku masukkan gambar-gambar..leni letih sesangat..
banyak lagi gambar ..sekitar ekspo Cheng Ho di facebook Klik disini

Friday, November 19, 2010

BEBAS,,,,,,,,,,,PDRM..kena adakan kurus khas..?

Perluke PDRM mengadakan kursus khas kepada pegawai-pegawai POLIS.?.menerangkan dimana dlm keadaan apa boleh menahan org yg berhimpun..saya rasa dah banyak kali..mahkamah membebaskan kes-kes macam ini..tapi lagi-lagi polis buat juga kerja macam itu..macam bebaru ini..di Taman Yayasan Kamunting bila ceramah DSNizar dihalang oleh ocpd..sedangkan dimaklumkan bahawa tempat ceramah adalah pejabat parti yang berdaftar..takkan itu pun tak boleh faham...takkan sebab ada tekanan sikit dri umno biul diganggunya ceramah yg diadakan dipremisi sendiri..kalau masuk mahkamah buang kes..yang ruginya rakyat..duit rakyat digunakan utk menanggung kos kes itu ...hasil kerja-kerja polis yang lalai atau ikut arahan mankus umno duit rakyat yang jadi mangsa..duit rakyat duit ko orang dan duit aku sama le... pasal itu aku kena cakap..termasuk duit polis itu sendiri yang jadi mangsa..kerana ikut telunjuk orang biul dari umnobn


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

bersih rally 271207 05Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.

Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42.

Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah.

Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

Macam Kontrak sewa rumah aje sizaid ini kenapa..?

kalau dah nak keluar..keluar saja..ni nk tunggu hampir sebulan awatnya ada deposit tambahan ke lagi..?macam-macam peieee..zaman le ni

Zaid Keluar KEADILAN Kuatkuasa 16 Disember
Oleh Dzulkarnain Taib
zaidKUALA LUMPUR 19 Nov - Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam Pemilihan Pimpinan Pusat 2010, Datuk Zaid Ibrahim mengotakan janjinya untuk keluar parti apabila menyerahkan surat perletakan jawatannya pagi tadi kepada ibu pejabat di Tropicana pagi tadi berkutakuasa mulai 16 Disember depan.

Beliau mengambil langkah tersebut seiring dengan desas desus bahawa mantan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan itu disebut-sebut akan menubuhkan sebuah parti parti dan seterusnya mengetuainya.

Malah pada sidang media dikediamannya pagi tadi dengan dikerumuni oleh penyokongnya, Zaid berkata beliau mahu brtanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember.

Bukan setakat RAYA..UMNOBN sendiri pun PEELAT....

waaa ingat sebab tu sizam beeri & the gang sambut raya pada 17zulhijjah..ha ha ha...geng dia sendiri pun keliru tambah lagi geng PR lagile keliru..

PAS dakwa tarikh Aidil Adha 'sangat pelik'
Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

salahuddin ayub 01 Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeSalahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Thursday, November 18, 2010

Inilah PADAHNYA bila KAKI BxxxT dijadikan Teman seperjuangan.

waaaa..rasa bukan salah soi Lek..tapi UMNOBN yang banggang bila jadikan KAKI BxxxxT sebagai pemimpin ...ini laah padahnya....KONON pejuang islam..mana UMNO UMNO yang kerap buat demo dan BANTAH isu isu PR...ooooi melayu konon...ini cina kaki bxxxxt dok pertikai soal cuti AIDIL ADHA...mana teloq koorang semua..

Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

GUGUR YANG BURUK GANTI YANG BUSUK..?haha ha ha ha

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

INI BARU TUNGGAKAN...SATU BANGLOW....yg lain..?

bayar bukan cukai semasa..cukai tunggakan bererti selama ini tak bayar le kot..apa ingat k`jaan selangor k`jaan pak dia ke..sidoktor..kalau masih lagi terus diperentah oleh BN..sampai masuk kubur pun mereka-mereka ini takkan bayar kot..?apa cerita dgn pimpinan negeri-negeri lain yg diperentah oleh BN..apa cerita pimpinan BN pusat..ada bayar cukai atau masih tertunggak..?

Dr Khir bayar tunggakan cukai banglonya
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, semalam telah membayar sekitar RM11,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setelah diberikan notis untuk menyelesaikan cukai taksiran banglo mewahnya yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di Shah Alam.

khir toyo interview 150910Seorang pembantu kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mohd Noor menafikan berita kononnya kediaman kontroversi milik Khir itu telah disita oleh MBSA berikutan kegagalannya menjelaskan cukai taksirannya.

“Rumahnya tidak disita; beliau cuma diberikan notis untuk menyelesaikan bayaran tertunggak selama enam penggal (dua penggal setahun) cukai taksiran rumahnya semalam. Beliau diberi seminggu untuk berbuat demikian tetapi saya percaya beliau telah menjelaskan bayaran tertunggak itu,” kata pembantu itu ketika dihubungi.

Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan laporan banglo milik Dr Khir di Sekysen 7 Shah Alam menjadi tumpuan MBSA menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Dr Khir sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

khir toyo mansion 060709 06"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya kepada Berita Harian.

Laporan itu kemudian diperbesarkan oleh akhbar Cina yang mendakwa kediaman Dr Khir telah disita selepas beliau gagal menjelaskan bayaran cukai taksirannya itu.

Banglo itu menjadi isu selepas didedahkan kos pembinaannya termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta.

Bekas menteri besar itu bagaimanapun telah menafikan jumlah itu dan sebaliknya menjelaskan ia menelan perbelanjaan RM3.5 juta.

YB DS Nizar sembelih binatang Qurban pada 11 Zulhijjah

3ekor sumbangan utk program qurban ..seekor dicawangan Pas Taman Damai/Taman
Ria.

bergambar sebelum...sembelih Lembu..

Terima kasih kepada penyumbang untuk program Qurban Pas Kawasan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Setelah pihak Harakah cetak membuat berita majlis Qurban Ahli Parlimen seminggu lalu,terdapat penyumbang yang dermawan yang sudi untuk menyertai ibadah Qurban anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Kini tiga ekor telah disumbangkan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang dermawan untuk membantu meringankan rakyat dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang.Mana-mana individu yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban dan Aqiqah masih sempat .

Apa yang menarik ketiga -tiga ekor lembu Qurban akan disembelih DS Nizar pada hari raya kedua 11 Zulhijjah.

Jumpa Nizar di Parlimen Bukit Gantang pada dua raya ini. (dr sisibukit)

sempat lagi minum..Ketua penerangan,SU kaw dan Ust Zul.Ketua Ulamak..Pas kawasan bersama YB DS Nizar

oooi..lapah sampai gini...ini elok buat panggang


Wednesday, November 17, 2010

Program..surau Al-Munir........


Taiko..sembelih ....Ust suhaimi...

Program Tahunan Surau Al-Munir..Qurban..Tahun ini sempena Aidil Adha..pihak surau berjaya menyembelih sebanyak 7 ekor kerbau...sekitar jam 12.30 setelah siap kerja-kerja qurban..daging diagih-agihkan kepada penduduk sekitar dalam DUN CHANGKAT JERING.

lihat gambar selanjut nya dibawah..


kanak-kanak tidak melepaskan peluang..bersama dalam program qurban..

sakit gigi..boleh try...penendang..cabut dagu..hi hi..awas

Daging ..menanti ..Petugas..

daging siap dibungkus utk diagih..kepada yang memerlukan

LAGI GAMBAR..KLIK:FACEBOOK

PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN 1431 Dato, Seri Ir Nizar Jamaluddin


SB nak cari apa..PISAU atau TENGKOK..?

slide1
Terima kasih kepada penyumbang untuk program Qurban Pas Kawasan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.


Setelah pihak Harakah cetak membuat berita majlis Qurban Ahli Parlimen seminggu lalu,terdapat penyumbang yang dermawan yang sudi untuk menyertai ibadah Qurban anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.


Kini tiga ekor telah disumbangkan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang dermawan untuk membantu meringankan rakyat dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang.Mana-mana individu yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban dan Aqiqah masih sempat .


Apa yang menarik ketiga -tiga ekor lembu Qurban akan disembelih DS Nizar pada hari raya kedua 11 Zulhijjah.


Jumpa Nizar di Parlimen Bukit Gantang pada dua raya ini. Maaf tempat akan diberitahu kemudian,sebab SB nak tahu sangat.....?
:sisibukit

Tuesday, November 16, 2010

Babi :rebut Kuasa di selangor..yang ini mati rebut dagingnya..

kalau diselangor...babi dijadikan pertaruhan kerana KUASA.....sekarang diPerak pula Mati berebutkan Dagingnya...macam macam ada di 1MALAYSIA..ha ha ha ha

Tikam mati rakan kerana babi hutan




IPOH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan pengagihan daging seekor babi hutan yang diburu, dua beradik sanggup menikam rakan mereka sehingga mati di hadapan rumah mangsa di kuarters Ladang Sungai Samak, Hutan Melintang, Teluk Intan kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, K. Perumal (gambar), 27, mati dalam perjalanan ke klinik setelah ditikam dengan pisau lipat oleh seorang daripada suspek berkenaan.

Difahamkan kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa dan dua suspek yang berusia 24 dan 21 tahun selesai memburu babi hutan di hutan berhampiran ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kedua-dua rakan mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan pengagihan daging babi hutan berkenaan lalu pergi ke rumah mangsa pada malam berkenaan.

"Kedua-dua suspek naik berang apabila menjumpai sebahagian usus babi hutan di hadapan rumah mangsa.

"Mereka kemudian bersemuka dengan mangsa yang ketika itu sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan dua anak yang masih kecil untuk mendapatkan penjelasan," katanya ketika dihubungi semalam.

Korban ..Gunung merapi...


Korban Gunung Merapi meningkat

YOGYAKARTA - Angka kematian akibat letusan terbaru Gunung Merapi meningkat kepada sekurang-kurangnya 259 orang seperti yang dinyatakan oleh pegawai kerajaan Indonesia, semalam.

Badan Pengurusan Bencana Nasional menyatakan, jumlah kematian itu dijangka terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan tentera berjaya menemui lebih ramai mangsa yang tertimbus semasa letusan Gunung Merapi tersebut.

Seramai 511 orang turut mengalami kesan melecur akibat kejadian itu dan kini sedang dirawat di hospital di sekitar Yogyakarta.

Ketua Badan Pengurangan Bencana Nasional (BPNB), Sukhyar menyatakan aktiviti Gunung Merapi itu menunjukkan penurunan dan tenaga yang dikeluarkan juga semakin berkurangan berbanding letusan terakhir dan paling besar yang direkodkan pada 3 November lalu.

Kerajaan Indonesia turut mengurangkan jarak zon bahaya kepada 10 hingga 15 kilometer pada masa ini berbanding 20 kilometer iaitu semasa letusan pertama berlaku pada 26 Oktober lalu.




leeee ni baru tahu..

Leee rupanya selamani Polis yang mengawal sempadan...kenapa jadi gitu..?saya baru hari ini mengetahui keadaan sebenar..kenapa kenapa.???takkan tentera main aci dan main tembak menembak aje kot..?
Polis Polis...sendiri punya pandangan le....

Polis serah kepada tentera kawal sempadan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan rasminya menyerahkan tugas mengawal sempadan Malaysia dengan Thailand kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis menandatangani serah menyerah tugas dibuat oleh Panglima Markas Dua Briged Brigadier Jeneral Datuk Zulkifli Mansor dan Panglima Markas Lapan Briged Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mutalib bagi pihak ATM manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) diwakili Komander Briged Tenggaranya, SAC Abdul Rahim Jaafar.

Majlis penyerahan rasmi, semalam itu yang membabitkan kawasan sempadan Kelantan, Kedah/Perlis dan pantai barat Semenanjung Malaysia disaksikan oleh Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Nor Daud dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) bahagian Pasukan Gerakan Am, Pengurusan Sempadan dan Keselamatan Lapangan Terbang, Datuk Salleh Mat Rasid.

Salleh berkata melalui perjanjian itu, ATM akan mengambil alih pengawalan sempadan dari PGA selama enam bulan bagi melihat keberkesanan sebelum kajian dibuat sama ada akan meneruskan tugas itu kepada ATM atau kembali kepada PDRM.

Sepanjang tempoh itu anggota PGA akan ditempatkan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor bagi membantu Ketua Polis Negara menangani jenayah, katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

"Polis memerlukan 10,000 anggota dan pegawai tambahan bagi menjaga keselamatan dalam negara dan tugas itu akan dibuat oleh PGA," katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata tugas itu akan dilakukan sebaik mungkin sejajar dengan keputusan yang dibuat bersama antara PDRM dan ATM sebelum ini.

Beliau berharap tugas diamanahkan kepada ATM dapat dilakukan dengan berkesan sejajar dengan saranan kerajaan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman.

"Kita tidak buat apa-apa sasaran dalam menentukan keselamatan dan kejayaan tetapi akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan negara sentiasa selamat dan aman," katanya.

Monday, November 15, 2010

Ingat negeri pak dia kut..London le bukan sarawak..tunggu

S'wak Report: Kakitangan Taib kasari jurugambar
Seorang jurugambar laman Sarawak Report didakwa telah dikasari ketika merakam gambar individu yang keluar masuk daripada sebuah apartmen mewah di London.

Individu yang melakukan perbuatan itu didakwa merupakan kakitangan kepada keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor laman berkenaan.

Laporan laman itu juga mendakwa, salah seorang pemandu Taib telah mencengkam leher jurugambar wanita itu dan memaksanya memadamkan rakaman yang dibuat.

Insiden itu berlaku apabila anak ketua menteri itu, Sulaiman Abdul Rahman yang juga MP Kota Samarahan meminta kakitangannya supaya keluar daripada apartmen mewah di Hyde Park itu untuk mengenalpasti wanita berkenaan, lapor laman tersebut.

Seorang pemandu kepada timbalan menteri pelancongan itu kemudiannya keluar dan "menyerang" jurugambar berkenaan sehingga beliau diselamatkan oleh seorang saksi di tempat kejadian, menurut laporan itu lagi.

Sarawak Report seterusnya menyebut, tindakan itu antara lainnya menunjukkan bahawa keluarga Taib tidak menghargai tindakan laman tersebut dalam memberikan publisiti mengenai harta yang dimiliki mereka.

Menurut laporan itu lagi, insiden berkenaan kini berada dalam siasatan polis UK.

Teruskan YAB LGE..demi kepentingan rakyat..

UMNOBN hanya pentingkan kroni dan berut boroi mereka saja..MMC Gamuda syarikat siapa..?sendiri jawab...yang untung depa saja..rakyat hanya digula gulakn...tak lama merana akibat macam-macam masaalah....UMNOBN..lepas tangan..

Arah henti bina landasan berkembar demi rakyat
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Nov: Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bagaimana pun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.

Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.

"Biarpun saya dihentam oleh orang yang berkepentingan dalam projek berkenaan biarkanlah sebab bagi saya dan kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat. Buat apa pembangunan yang berlipat kali ganda tapi rakyat merana kerana terpaksa tanggung kesan pembangunan terbabit," jelasnya.

Beliau tidak menafikan terpaksa berhadapan dengan kritikan termasuk pimpinan BN ekoran arahan itu walhal mereka sepatutnya mengambil iktibar kejadian banjir teruk dalam sejarah Kedah baru-baru ini yang berpunca daripada halangan timbunan yang tinggi tanpa ada saluran air keluar.

Pada mulanya beliau hairan kenapa setiap kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat demi rakyat ada sahaja kritikan yang menggunung daripada Umno dan BN.

"Kini BN nak kata apa pun katalah kami dah sebati. Kita akan terus memberikan perkhidmatan terbaik pada masa depan," katanya.

Sebagai contoh sambungnya, pada tahun depan kerajaan akan membayar tambang bas percuma pergi balik kepada rakyat yang bekerja di beberapa lokasi khususnya di Bayan Baru semata-mata untuk mengelak daripada kesesakan di jambatan mahupun jalan utama.

"Pekerja di sebelah tanah besar akan meninggalkan kereta mereka di tempat letak kereta, contohnya di Seberang Jaya dan menaiki bas yang disediakan. Cuma mereka bayar caj parkir saja, " tambah beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.

SATU LAGI PROJEK umnobn...

Kebanyakkan ibubapa...menghantar anak kecil ke Pasti,Tadika,Tabik atau sama waktu dengannya...ini lain pulak hal..hasil USAHA umnoapco..selepas 53 tahun UMNO berjaya hasilkan kanak-kanak teman ayah ke kedai Judi...ramalan lebig tepat kut..?

Anak teman bapa beli nombor ekor



SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.

selama ini UMNO buat apa di PP...

amboi amboi..baru le nak sibuk tubuh tabung bantu MELAYU..awat selama ini melayu PP terjamin ke..?sebelum merdeka hampir 3/4 dari tanah PP adalah melayu..sekarang mana p semua itu...takkan k`jaan DAP yang baru nak 3tahun jual besar-besaran...OOOOI UMNO tabung nak tubuh bantu melayu atau bantu Poket UMNO...

Tabung khas bantu Melayu PP


NOR MOHAMED (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan lembu korban kepada kariah masjid di Tasek Gelugor semalam.


TASEK GELUGOR – Kerajaan telah menubuhkan dua tabung khas bagi membantu golongan bumiputera di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai terhimpit ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kedua-dua tabung berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM150 juta untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2011.

Jelasnya, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah dan perumahan serta modal insan yang menjadi antara permasalahan utama orang Melayu di negeri itu.

“Untuk tabung pembangunan sektor hartanah dan perumahan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan fokus utamanya kepada pembinaan rumah mampu milik terutama di bahagian pulau bagi memastikan orang Melayu berkemampuan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

“Sementara RM50 juta lagi diperuntukkan untuk sektor pembangunan modal insan yang akan menumpukan kepada peningkatan penguasaan kemahiran di kalangan orang Melayu,” katanya.

Kemut punya Kemut..akhirnya tersembur Keluar..ha ha ha

Zaid akhirnya keluar PKR seperti dijangka


Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan.

Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu.

Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya.

Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails