BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, December 31, 2010

Polis semakin Ganas..?

Suami isteri dakwa dipukul polis hingga patah gigi


TAN Khoon Hor (kanan) bersama isterinya, Lim Chung Keok menunjukkan gigi mereka yang patah didakwa kena tumbuk pada sidang akhbar di Rumah Club Cina Jalan Maju Jaya, Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 30 Dis. - Sepasang suami isteri pasti mengalami detik-detik menakutkan apabila dipukul empat lelaki termasuk salah seorang daripadanya dipercayai pegawai polis sehingga patah gigi mereka hanya kerana keretanya menghalang kenderaan lain.
Kejadian berlaku pukul 8.45 malam ketika mangsa, Tan Khoon Hor, 35, berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Perak, Ahad lalu, untuk ke tandas.
Katanya, ketika insiden dia baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan sedang menuju ke Johor Bahru.
Tambahnya, semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong.
"Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.
"Saya enggan bergaduh lalu menolak lelaki itu perlahan tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, lebih buruk apabila Chung Keok pula datang membantu menyebabkan wanita itu pula ditumbuk sehingga terjatuh dan patah enam batang giginya.
Tambahnya, secara tiba-tiba datang dua lagi lelaki yang tidak dikenali lalu turut sama memukulnya.
"Kami lalu melarikan diri untuk membuat laporan polis dan salah seorang daripada dua lelaki itu mengeluarkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Dia bagaimanapun tidak memakai pakaian seragam. Kami kemudian ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan seterusnya ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Katanya, semasa membuat laporan, dia dimaklumkan pegawai polis yang memukulnya itu juga membuat laporan mengenai kejadian sama di R&R Tapah.
"Kami menyatakan kepada salah seorang pegawai di balai berkenaan untuk mencari peguam tetapi dia meminta saya tidak berbuat demikian kerana akan membantu menyelesaikan kes itu," katanya.
Khoon Hor menyifatkan tindakan mereka yang memukulnya sebagai melampaui batas dan meminta agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

suwaritimur

ambil kau UMNOBN...teruskan YB Teo...jgn takut UMNOBN..dia orang dah sedia BODOSSSS.

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

- Bernama

Kebangggan 1Malaysia....


ayah bersama 2 anak kebanggan....

Bagaikan Kuah tumpah ke LONGKANG..hi hi

Jakun betul..Jakim..dah terang ..siap mengaku..kenapa tak boleh bertindak..?

kenapa..?tiada peruntukkan tiada Kuasa..tapi kalau nak komen atau Ulas...mana-mana kes membabitkan PR..kuasa akan muncul tetiba...?oooolu orang ingat rakyat masih lagi lembu ke..?

KP Jakim: Kami tiada kuasa bertindak ke atas lelaki mengaku ‘gay’

December 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan pihaknya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki Melayu beragama Islam yang membuat pendedahan berani dalam laman YouTube bahawa dirinya seorang “gay”.

Lelaki tersebut, berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Awan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis, dalam pengakuannya mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka seumpama itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.

Wan Mohamad berkata, Jakim hanya boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung budaya “gay” dan tidak mempunyai kuasa mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.

Sebaliknya, Wan Mohamad berkata agensi-agensi penguat kuasa lain mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.

“Untuk ambil tindakan undang-undang Jakim tiada kuasa, yang boleh ambil tindakan undang-undang adalah agensi penguatkuasaan seperti pihak berkuasa agama negeri dan juga polis.

“Jakim bukan agensi penguat kuasa dalam kes ini, kita hanya boleh ambil langkah untuk menyekat budaya ini dengan bekerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Baru-baru laporan media tempatan menyebut Jakim akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan ekoran pengakuannya.

Bagaimanapun Wan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan menyusun langkah bagi membendung budaya “gay” yang didakwa semakin berleluasa.

“Tindakan yang kita nak ambil tidak semestinya tindakan undang-undang, kita akan ambil langkah untuk menyekat budaya ‘gay’ di negara ini.

“Kita juga mengambil langkah lain dengan menyediakan program pemulihan kepada mereka yang terjebak dengan budaya ‘gay’ ini,” katanya.

Dalam video klip sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.

Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang “ohbulan” yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kempen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It’s Get Better Project.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat turut menggesa semua pihak berkuasa agama setiap negeri supaya memantau kegiatan “gay” secara keseluruhan kegiatannya yang didakwa semakin berleluasa.

Mencontohi 1lady..salah ke.?YB Teo Nie Ching..

Jais pun keluar le dari terus Jadi biawak hidup kepada segelentir golong Munafik..Rakyat akan semakin benci dengan ulasan dan komen yg berat sebelah..ingat matti ingat mati...
tambahlagi ada gelaran Jabatan Agama Islam..malu sikit..biar adil dan saksama dalam tindakan dan komen yang dikeluarkan...


apa salah ku dimana silapku...mencontohi 1Dadu dari 1malaysia..?

Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya di Balakong dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.

Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.



pakaian yang ini tak ketat ke..SELAMBAK aje aku tengok..?lagi pula BigMum ini Islam ke apa..?kenapa tak tutup aurat..?Mazhab mana yang membenarkan..pamer selambak limau bali dia kat org ramai..?kenapa tiada mana-mana pihak komen atau ulas...takde TELOQ ke....?

Thursday, December 30, 2010

ha ha keluarkan garis panduan..padan muka koorang UMNO..mana nak letak BigBIG mum..?

Baju ketat: Keluarkan senarai 'Ok tak OK', kata Teo
gambar diatas Rosmah dalam Pasar Ikan ke..?
yang ini pula dalam Pasarraya ke..?
yang ini buat apa..dalam masjid..ajar mandi junub ke...?
oooi UMNO jgn kasi malule....

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

youth convension 111210 teo nie ching"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama

Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

NONE"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.

dajjai SEDAJJAI besar sikaum Puak yg membawa Fitnah..

INI Gambar asal..dgn nama NIK AZIZ KAMIL
http://2.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TRwjmtLJ4WI/AAAAAAAAN0U/x5BDL7bCV4U/s1600/nik_abdul_aziz_kamil.jpg

Jenis anak anak haram..editnya gambar sehingga jadi macam kat bawah..Laknat
allah bagi kaum puak yg membawa fitnah ini..cilako le koorang..



Apahal..Nama Rais naik mendadak..?

Dah nama Pun Rais...sikit eja ejaan raise......baru NAIK CEPAT SIKIT..apa hal..

apa hal>>? Rais Yatim..

Luorang sendiri baca kat sini: rais yatim..

Apale malang nasib kau wahai PieeeM...sampaikan cuti pun ada bantahan..?

aduh aduh..sedih akudengarnya..PieeeeM umum cuti khas esk pun ada bantahan sampai Menteri sumber MIC kena komen dan beri amaran akan diambil tindakan kalau tidak diberikan cuti..waaaa rasa ini kali pertama insiden seumpama ini berlaku di1malaysia...sebelum ini kalau sebut saja cuti rakyat akan seronok...ini sekarang sampai menteri kena bagi warn...nasib kaule LABUUUUU..


Menteri sumber manusia: 31 Dis tetap cuti umum

Majikan perlu membayar upah kadar cuti umum kepada pekerja jika memerlukan mereka bekerja esok, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.

"Kalau mereka memerlukan pekerja mereka bekerja, kena bayarlah. Itu adalah hak pekerja untuk mendapatkan bayaran hari cuti kerana sudah diumumkan sebagai cuti umum," katanya hari ini.

Beliau berkata jika majikan gagal memberikan cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, pekerja yang terlibat boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan percubaan dua kanak-kanak mencipta rekod Malaysia Book Of Records, di Kuala Lumpur.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 Disember (esok) sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.

Terdahulu, dua beradik dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana mencipta rekod tersendiri.

T Thurgashree, kanak-kanak cilik berusia empat tahun mencipta rekod menerusi 'Most Sit Ups Ever Done By A Child' selepas melakukan 'sit ups' sebanyak 1,111 kali tanpa henti dalam masa 32 minit 21 saat.

Kakaknya T Logassree, 8, pula berjaya mengangkat palang besi bersama plat seberat 21 kilogram dengan menggunakan dua jari kelingking.

Bapa mereka, A M Thanabalsingam berkata kedua-dua anaknya itu telah memulakan latihan fizikal dan mental sejak enam bulan lepas.

"Latihan dijalankan setiap hari selama empat jam merangkumi latihan fizikal, kecergasan dan latihan angkatan. Selain itu, saya memastikan amalan pemakanan yang sihat," katanya.

- Bernama

Penakut betul siJIBBBB..

Ah ah ha..ada apa pada lambang..kalau hati suci dan bersih...takut sangat difitnah atau takut disangkut salib kat leher..ha ha ha ini masaalahnya kalau Islam celup celup..


ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

NONETeresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.

Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.

"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

najib pc 091210 01Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

“Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.

Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.

“Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya.

BUKTI....Sehidup semati..Pasangan suami Isteri..

Suami isteri dihukum gantung edar dadah

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri semalam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lepas.

Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan Zarimah Yusoff, 30, setelah mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada pukul 3.45 petang 3 Februari 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Pihak berwajib sibuk jadi baruah Pihak tertentu dan berpolitik...akhirnya..

hasil pihak-pihak berwajib sibuk jadi baruah demi kepentingan UMNOBN..keselamatan rakyat diabaikan..

Warga emas mati dipukul


Jiran mengunjungi rumah Perumal (gambar kecil) yang dibunuh selepas disamun di Taman Gopeng Jaya, Ipoh semalam.


GOPENG - Bukan sekadar disamun malah seorang warga emas turut dipukul sampai mati menggunakan besi paip oleh sekumpulan penjenayah yang memasuki rumah mangsa di Taman Gopeng Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi hanya mangsa, V. Perumal, 67, dan isterinya yang berusia 60-an berada di rumah teres itu sebelum rumah pasangan itu diceroboh empat lelaki yang menutup muka masing-masing menggunakan tuala.

Dua daripada empat penceroboh itu bersenjatakan sebatang besi paip dan pisau.

"Perumal kemudian diikat kedua-dua belah kaki dan tangan manakala isteri Perumal pula diugut dengan sebilah pisau," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, Perumal kemudian dipukul beberapa kali menggunakan batang besi paip selepas mangsa dipercayai enggan memberi kerjasama untuk menyerahkan barang kemas kepada penjenayah itu.

berganda lagiiiii..

petugas DBKL dinasihatkan..kerja lebih masa..memandangkan PiiieM kita umumkan cuti jumaat ini..dan sempena menyambut Tahun baru 2011..akan berganda..benih benih manusia dipadang-padang dan ditaman-taman ..dimerata tempat bukan setakat diKL...1malaysia..hari pengumpulan benih manusia..ha ha ha

PM: Jumaat cuti umum hargai juara Piala Suzuki

December 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulong pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. – Bernama

jangan jangan ditutup terussss....?

Pendakwaan tutup kes Aminulrasyid

December 29, 2010

SHAH ALAM, 29 Dis – Pendakwaan hari ini menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun selesai memberi keterangan.

Latifah kemudian menetapkan 28 Jan depan untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pendakwaan.

Di kandang tertuduh ialah Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 pagi hingga 2 pagi, 26 April lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Zainon, seorang detektif yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau diarahkan pegawal penyiasat awal kes itu, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin, untuk mencari penunda bagi membawa kereta yang dipandu Aminulrasyid ke IPD berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat nama syarikat yang menunda kenderaan tersebut.

Mahkamah turut mendengar keterangan pegawai penyiasat kes ASP Abdul Halim Ismail yang menyambung keterangannya hari ini bahawa dari segi perundangan, tidak salah bagi anggota peronda menembak belakang kereta yang dipandu Aminulrasyid sewaktu kejadian, jika tidak ada cara lain bagi menghentikan kereta tersebut.

Beliau berkata dalam kes ini, mangsa telah melakukan banyak kesalahan, antaranya memandu secara laju serta berbahaya, dan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara D22, anggota polis trafik dibenarkan menggunakan senjata api jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, jika kereta yang dikejar atau dipintas tidak berhenti, polis akan menganggap kenderaan itu dipandu penjenayah. – Bernama

Wednesday, December 29, 2010

AMARAN..sebelah Pihak saja kkut..?

ha ha ha boleh tergelak dengan amaran semacam ini..dah basiiii dah....!

Tenang: Jangan Berkempen Sekarang Atau Dikenakan Tindakan - SPR

JOHOR BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Jan depan.

Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

SPR telah menetapkan 22 Jan depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Jan. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR katanya mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini berbanding 73.5 peratus pada pilihan raya umum lepas.

-- BERNAMA

Macam-macam punya wayang....

yang siremaja gagal dapat MyKad,lain pulak hal dengan tmpt aku,diberitakan bahawa ramai pekerja dan tokey Kedai Tom Yam dapat Kad Pengenalan Biru..?kenapa..dah konfirm mereka dilahirkan diThailand dtg ke Malaysia utk bekerja di kedaikedai Tom yam..tetiba dimaklum memiliki MyKad..warganera..kenapa boleh jadi gitu..?dengan harapan mereka mereka ini dapat mengundi BN ke..?juga dimaklumkan bahawa mereka belanjakan sebanyak rm15ribu utk mendapatkan WN..aduh aduh...habis negara dilelong ...oleh segelentir manusia..selepas itu bangkit laju dgn isu derhaka dan pengkhianat..

Remaja Siam gagal peroleh MyKad

29/12/2010 5:33pm

PADANG BESAR - Seorang remaja perempuan berketurunan Siam bakal menghadapi masa depan yang suram apabila permohonannya untuk mendapatkan MyKad ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekalipun bapanya adalah rakyat Malaysia.

Ironinya, Nitphapon Leng, 13, yang dilahirkan di negara ini mempunyai sijil kelahiran dan pernah memiliki pasport antarabangsa Malaysia yang meletakkan statusnya sebagai warganegara.

"Peliknya, anak sulung saya yang berusia 16 tahun dan juga anak bongsu saya juga mempunyai MyKad dan MyKid mereka,” kata bapa remaja itu, Leng Ooi Bachit pada sidang media, di sini hari ini. Leng, 36, yang bekerja sebagai peniaga di sini berkata, isterinya adalah warga Thailand namun mereka sekeluarga menetap di Kampung Kubang Tiga dekat sini, manakala Nitphapon pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar.

"Saya sedih kerana Nitphapon dilahirkan di negara ini dan memiliki sijil lahir tetapi haknya untuk mendapat taraf warga negara ini ditolak,” katanya menambah kegagalan permohonan mendapatkan MyKad itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri menerusi sepucuk surat pada November lepas. - Bernama

awas orang Kuala Lumpur...pencuri pasangan berkeliaran


BUKTI...rakaman CCTV yang menunjukkan pasangan warga asing terbabit melarikan beg tangan mangsa.
BUKTI...rakaman CCTV yang menunjukkan pasangan warga asing terbabit melarikan beg tangan mangsa.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga asing dipercayai warga Iran dikesan bergiat aktif mencuri beg tangan dan barangan berharga daripada orang ramai di beberapa kafe Internet dan restoran makanan segera di Jalan Raja Laut, di sini.

Kegiatan mereka dipercayai hanya tertumpu pasangan mangsa warga asing yang leka melayari Internet atau memesan makanan di premis di kawasan itu.


Seorang mangsa, Mahmood Muhi Aziz,28, yang juga seorang warga Iraq yang baru mendapat taraf penduduk tetap dan isterinya, Jamiah Ngah Talib, 49, mangsa terbaru pasangan terbabit ketika melayari Internet di Jalan Raja Laut, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dia baru saja memasuki kafe berkenaan sebelum menyedari kehadiran pasangan terbabit, namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila mereka masuk dan seorang daripada mereka dilihat bercakap di telefon bimbitnya.


Katanya, dia duduk berdekatan pintu masuk kafe yang bercermin manakala isterinya duduk bersebelahan.


“Isteri saya meletakkan beg tangannya di bawah meja di tempat duduknya.

“Selepas beberapa minit kami melayari Internet, isteri saya memeriksa beg tangannya, namun ia masih ada di situ dan tidak menyangka beg berkenaan hilang.


“Saya ke kafe berkenaan untuk memohon jawatan kosong melalui Internet.

“Ketika kejadian, isteri saya membaca akhbar dan tidak perasan suspek memerhatikan gerak-geri kami,” katanya.


Menurutnya, setengah jam selepas itu, dia ke kaunter untuk membuat bayaran sebelum isterinya mendapati beg tangannya hilang.


Mahmood berkata, dia mendapatkan penjaga kafe itu sebelum meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


“Daripada CCTV itu, kami mendapati dua suspek terbabit mengambil beg isteri saya selang beberapa minit selepas saya duduk di meja komputer.


“Akibat kejadian itu, saya dan isteri kerugian hampir RM10,000 termasuk pasport serta buku akaun saya,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra di Dang Wangi, di sini.

Deyyy macca Gobala..lu ada tipu ke..?cakap itu surendran bukan ahli PKR..ini apa macam..?

Nurul Izzah shows proof of Surendran’s PKR membership

December 29, 2010
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR, Dec 29 — In a bid to end N. Gobalakrishnan’s attacks against PKR vice-president N. Surendran, the latter’s division chief has confirmed his membership.

Lembah Pantai PKR chief Nurul Izzah Anwar today texted Surendran’s details.

“No. Anggota: W080004265 Nama: N. Surendran Cabang: Lembah Pantai,” Nurul Izzah, who is also Lembah Pantai MP, told The Malaysian Insider. She is currently overseas.

The past week Gobalakrishnan has upped the vitriol on Surendran, the party leadership and even Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He ignored pleas for a ceasefire, choosing instead to challenge Surendran to prove his membership.

Nurul Izzah's input to support her fellow PKR vice-president will enhance Surendran's legitimacy in the feud.

Gobalakrishnan has also sarcastically suggested that Anwar could likely manipulate the party’s electoral roll.

“I know there are means to slot his name or any name in the voters list if Anwar wishes to do so,” he said yesterday.

The Padang Serai MP claimed that Surendran had never voted in any PKR division or attended any divisional meetings during the party elections last month.

PKR secretary-general Saifuddin Nasution told The Malaysian Insider today that action had to be taken against Gobalakrishnan, saying that a decision will be reached during the party’s political bureau meeting on January 7.

“There has been a lot of unhappiness among party members..As a senior leader from the reformasi days, to come out with statements like this, you are frustrating party members and not helping the party.

“Why must you keep on harping the membership issue? It is not an issue,” said Saifuddin.

Gobalakrishnan’s statements have been in clear contradiction of his party leadership’s stand on the matter.

Yesterday, PKR secretary-general Saifuddin Nasution confirmed with The Malaysian Insider that Surendran was a registered member with the PKR Lembah Pantai division.

Anwar has also responded to the issue by defending the party’s surprising decision to appoint Surendran into a vice-president’s post by calling the civil rights lawyer “qualified” and “credible”.

Surendran has also responded to Gobalakrishnan’s claims by accusing the outspoken lawmaker of “ranting”, adding that he did not view the attacks as a cause for concern.

ha ha..UMNO dulu Kini dan selamanya PakarPutar belit..

December at 11:57 cerita mula

Batu Kurau - Pemuda Pas Larut sudah bersedia dengan Debat yang
dicadangkan oleh Pemuda Umno Larut dalam tempoh bebrapa bulan
yang lepas. Oleh itu debat ini sangat penting kerana di negara maju
perkara seperti Debat ini menjadi amalan, dan menyebabkan penyelewangan
semakin berkurangan. Antara isu-isu Debat ini ialah, 'Islam dan Melayu'
disamping itu juga Pemuda Pas Larut akan membawa misi Islam Adil Untuk Semua.
Debat ini akan dijalankan secara harmoni dan berdisiplin tanpa ada
sebarang kekecohan dan kita akan memberikan sepenuh kerjasama kepda pihak
penganjur. Debat ini akan diadakan di Dewan Padang Astaka Pekan Batu Kurau
pada tarikh 01 Januari 2011, pada jam 9 malam. Manakala moderator ialah
Cikgu Azmi Presiden Teras Keupayaan Melayu Malaysia. Para Peserta Debat ini
terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Larut Ustaz Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno
Saudara Anuar Ariffin. Kami mengalu-alukan kedatangan semua lapisan masyarakat ke
program ini bagi menilai agenda perjuangan yang dibawa oleh Pas(Parti Islam Semalaysia).

hari ini:

Debat: Pemuda Umno jangan berdalih
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Larut mahu Pemuda Umno bahagian itu mengotakan janji dan tidak berdolak dalik berhubung penyertaan mereka dalam forum 'Islam dan Melayu' yang dijadual 1 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin (gambar) berkata, pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat itu.

"Asalnya akan dibuat di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau yang ditetapkan sendiri oleh pemuda Umno, tapi kemudiannya dia bagitahu dewan tak dapat.

"Tak cukup dengan itu, kita dah buat hebahan, kain rentang semua, tiba-tiba semua kena cabut atas arahan dapat amaran pihak polis.

"Kita tidak tahu kenapa, sedangkan kita dapat kelulusan gantung banner dari Majlis Perbandaran Taiping," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, kepada Harakahdaily.

Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Akmal turut memaklumkan, beliau mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut.

"Apapun alasan, kita nak pemuda Umno jangan berdolak dalik, kotakan janji anda kerana anda yang mencabar debat ini,"katanya mengharap.

Ekoran masalah tempat yang berlaku, Pemuda PAS Perak katanya telah mencari tempat alternatif baru iaitu di Dewan Majlis Bandar Selama.

Selain permit bagi mengadakan program itu telah dipohon, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi memberi jaminan keselamatan kepada pihak keselamatan itu.

Debat itu akan mempertemukan Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Arifin.

Manakala Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Pada 26 Disember lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut membuat program sama dengan tajuk Polemik Ketuanan Melayu.

Forum yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ahmad Sabky Yusof, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad.

Bagaimanapun hasrat untuk bersama pemuda Umno membincangkan perkara itu tidak tercapai apabila majlis tertinggi Umno didakwa tidak membenarkan mereka menyertainya.


Gula Gula..Gula merudum diParlimen bukit Gantang

Malam semalam 28hb,,sebuah lori yang membawa muatan gula terbabas diBatu 10 jalan Trong.
Kerja-kerja pemindahan dan mengangkat lori dijalankan pagi tadi .Tiada sebarang kecederaan...






bukan setakat Kelayakan..mmg sah jadi baruahhh UMNOBN..

DEMO PULAK..lagi Rakyat Selangor...depan pejabat SUK..minta simalaun ini belah..dari SUK...?
Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah dimabil kira.

Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin terlibat melobi supaya program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

"Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

"Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?" soal Nik Nazmi.

Abang Baruah..Jadikan adik sendiri alat Pemuas seX

Dunia semakin maju..1Malaysia semakin canggih..abang jadikan adik kandung sebagai alat sex kawan ..agar dapat dibersama kawan adiknya dibilik sebelah..ini kemajuan yang tak pernah dicapai sebelum ini..hasil 53 tahun mendidik rakyat..UMNOBN

A Malaysian lets friend have sex with sister

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A brother allowed his friend to sleep with his younger sister in a cheap hotel in Alor Star in Malaysia while he did the same with the sister's friend in another room during the Christmas holiday.

Their action came to light when their rooms were raided by the Kedah Religious Department (Jaik) on Saturday afternoon, reported Berita Harian.

Investigations showed that both couples had only known each other the day before they were arrested.

Head of the raiding party Md Nasir Md Dali said the they first checked the room occupied by the brother and found him clad only in a pair of jeans while his 22-year-old partner was only wearing a nightgown.

He said the sister was found together with her partner and both admitted that they were not married.

Both men work as fishermen while the women are unemployed.

Md Nasir said the department found it quite shocking for a brother to allow his younger sister to sleep with his friend.

He said another couple was also arrested in another hotel during the operations.

Tuesday, December 28, 2010

Jangan sampai jadi GILER BEBONAR YOP..

Baiknya koorang yg terlibat mohon maaf...idaknya...nanti tak sempat..jadi GILERBEBONOR....ha ha padanmuka korang..KERANA MULUT...tunggu HIDUP NAK MUSNAH..

Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

- Bernama

Hujah dan Menggulung utk apa..?

maklumat melalui OKT Binyamin Isahak bahawa perbicaraan mereka akan memakan masa lagi.

Menurut OKT Binyamin Isahak,Hakim Majistret Jawi akan membuat keputusan pada 31 Disember ini.

Perbicaraan mereka untuk hari ini baru sebentar selesai pada 6.25 petang tadi.Perbicaraaarikh*n tadi lebih merupakan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa menggulung hujah.

apagunanya hujah dan menggulung..selamaperbicaraan banyak sangat percanggahan,bukan waran tangkap*cuma waran saman*waran tak bertarikh*cuma nak serah surat saman*dan entah apa lagi yang kartu marut..tapi perbicaraan sampai sekarang disambung dan disambung..bicara perkara-perkara karut..dah jadi rutin pihak pihak berwajib....

ikut pendapat ramai..sepatutnya buang saja kes dedalam tong sampah..

Hanya Tunduk kepada Pimpinan BN atau yg banyak sogok..?

Saya tak akan tunduk desakan pengikut Syiah, kata Pengarah Jais

December 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi bertegas tidak akan memohon maaf kepada 200 pengikut ajaran Syiah yang ditangkap agensi kerajaan itu dua minggu lalu.

Ini kerana menurut Khusrin, pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa kumpulan itu yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 15 Disember lalu menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah.

“Kita dah ikut kumpulan itu dua tahun, kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Jadi saya tidak akan minta maaf, buat apa nak minta maaf kepada orang yang kita tangkap.

“Kalau berkumpul biasa tiada masalah tapi kalau sudah berkumpul untuk menyebarkan ajaran ini (Syiah) ia memang salah. Sebab itu kita ambil tindakan segera, nanti kalau biar lama-lama jadi makin teruk lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Khusrin mencabar kumpulan ajaran Syiah itu untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati atas penangkapan dilakukan Jais.

“Kalau tidak puas hati, beritahu mahkamah. Kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng.

“Malah dalam Fatwa yang dikeluarkan Selangor juga secara jelas mengatakan ajaran Syiah menyeleweng dan boleh dianggap sebagai kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Selangor pada 1998 memutuskan bahawa ajaran Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah. Umat Islam yang menganut ajaran ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Malah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Semalam kumpulan Kumpulan ajaran Syiah menggesa Khusrin memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais pada 15 Disember lalu pukul 10.15 malam, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Kumpulan yang ditahan juga dipercayai menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.

Hebat Melayu Umno atau Cina..?

Lebih sanggup mati daripada difitnah"
Chia Buang Hing sanggah tuduhan polis

Ong Vic Kee | Dec 28, 2010 01:18:11 pm


"Lebih sanggup mati daripada difitnah," Chia Buang Hing tampil untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan daripada polis terhadapnya, malah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan reputasi dirinya. Chia menafikan tuduhan bahawa beliau menyimpan dadah dan parang dalam kereta, malah tidak pernah menggelar dirinya sebagai "Datuk".

Dalam satu sidang media semalam, Chia Buang Hing berkata dirinya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah atau perniagaan haram, sebaliknya sering melakukan kerja amal. Justeru itu, beliau amat tersinggung dengan "fitnah" bahawa dirinya menyimpan dadah dan parang dalam kereta.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya hanya seorang peniaga membuat bingkai, tanpa latar belakang politik. Beliau memilih untuk mendedahkan pengalaman pahitnya ini kepada semua orang - dizalimi polis hanya kerana enggan menyogok rasuah berikutan cukai jalannya yang melewati tarikh luput lebih 20 hari.

"Bukankah polis seharusnya melindungi rakyat, menjaga keamanan masyarakat dan mengurangkan jenayah? Sebaliknya, (mereka pula) menzalimi saya, fitnah saya..." Chia menyambung, "Sehingga kini, polis masih memfitnah bahawa saya menyimpan dadah, membawa parang dan menyalahgunakan kad VIP dari istana. Mana dadahnya? Mana parangnya? Ini tuduhan yang bukan-bukan!"

Turut hadir dalam sidang media, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, OCPD Petaling Jaya Azizuddin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Chia Buang Hing ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dua gram dadah dan sebilah parang dijumpai dalam keretanya.

Bagaimanapun, dua orang anggota polis yang didakwa menyerang Chia telah dibebaskan semalam, dengan alasan bahawa mereka tidak akan melarikan diri kerana mereka adalah polis.

Gelaran "Datuk"

Berhubung gelaran "Datuk", Chia Buang Hing menjelaskan bahawa dirinya memperolehi kad VIP dari Istana Kelantan kerana sering terlibat dalam kerja amal. Beliau berkata, "Tak pernah saya menggelar diri saya 'Datuk' (dengan kad tersebut). Tak pernah juga saya sebut apa identiti saya. Saya tak pernah menggunakan kad ini. Cuma hari tu... ketika menyemak kad pengenalan saya, mereka (polis) menarik keluar kad (VIP) itu..."

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah berkata Chia Buang Hing mendakwa dirinya bergelar "Datuk". Malah, Hisan Hamzah berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk".

Chia Buang Hing menangis berkali-kali dalam sidang media yang diadakan bersama Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), peguamnya, ibunya dan ibu mertuanya. Sebelum sidang media dimulakan, Chua memberitahu wartawan bahawa dirinya amat sedih setelah membaca kenyataan polis dalam media.

Chia menangis sejak awal pagi semalam, dan mula menulis sepucuk surat yang diibaratkan dirinya sebagai "surat wasiat". Beliau yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia berkata, "Saya lebih sanggup terkorban. Saya lebih sanggup untuk mati daripada difitnah. Saya tidak akan membiarkan mereka berjaya (memfitnah saya). Kerana ia akan menjejaskan hidup saya, perniagaan saya, dan reputasi kuil saya."

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.

Baca: Lagi mangsa keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!"

Penyamun Penyangkak Perogol Perasuh dsbnya yang berkuasa.

Pilihan terbaik Najib utk mengambil alih tugas dalam menyelesaikan Masaalah yang dihadapi FELDA....yang berbaki..hanya Penyangkak,Perogol,Penyamun dan sewaktu dengannya menjadi pilihan Utama Pimpinan Besar UMNOBN..utk menerajui mana-mana insitusi yang menghadapi masaalah....HMPEEEH

PAS sambut sinis lantikan Isa ketuai Felda
Perlantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA yang baru disambut sinis oleh PAS.

idris ahmad pas information chiefKetua penerangannya Idris Ahmadn (kiri) berkata, mereka hairan, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal dengan pelbagai slogan perubahan, tiba-tiba melantik Isa yang pernah disabitkan dengan rasuah pada tahun 2005 oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri.

"Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak (calon lain) di kalangan ahli Umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.

"Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu," kata Idris lagi.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lantikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai penasihat kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

kenderaan semakin bahaya di1malaysia..Naik basikal aje..

ha ha keselamatan di 1malaysia semakin Parah..naik basikal pun dah tak selamat...

2 remaja konvoi basikal maut dirempuh van


BEGINILAH keadaan basikal yang dinaiki Mohd. Sufi dan lapan rakannya selepas dirempuh sebuah van hingga menyebabkan remaja itu maut dalam kejadian di Muar semalam.


MUAR - Hasrat sekumpulan sembilan remaja untuk pergi ke Wet World Batu Pahat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini dengan mengayuh basikal musnah apabila dua daripada mereka maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah van semalam.

Kejadian pukul 4.30 pagi di Jalan Muar-Batu Pahat berhampiran Kompleks Penghulu Sungai Balang, di sini itu mengakibatkan Mohd. Sufi Johari, 15, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd. Amirul Nizam Awang Nudin, 17, meninggal dunia semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Seorang lagi rakan mereka yang masih belum dikenal pasti identitinya kini sedang bertarung nyawa di ICU hospital tersebut. Enam lagi rakan mereka hanya cedera ringan.

Difahamkan, kesemua mangsa menaiki basikal masing-masing dari Kampung Simpang Baba, Jalan Salleh di sini untuk mandi-manda di Wet World Batu Pahat.

Org ini bakal menjadi suk Negeri...tungguuuuu

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran

GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.

Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)

Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad kerana cadangan perlantikan Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.

Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin (gambar) dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi.

Monday, December 27, 2010

Jangan Lompat Lagi..tunggu sampai 29hb

Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan
Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Nak harapkan POLIS..polis samun orang..nak harapkan Majisteret..pun Tinggal harapan..

Apa nak jadi Negara 1malaysia..nak diharap Polis..dia sendiri jadi Penyamun dan Penyangkak..nak diadu Pada masjistret..macam dah kena sumbat mulut...aduh aduh...dimana rakyat nak mencari keadilan..kalau semua yg diharap dah jadi macam Ular sawa kekenyangan ..???????

Lagi mangsa keganasan polis:
"Polis pukul saya kerana mahu duit!"

Ong Vic Kee


Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

Kicap berperisa CICAK...!

Tapi cerita ini ada keraguan..cuba lihat botol Kicap yang isinya hanya tinggal sikit...tak mustahil selepas penggunan ..mereka biarkan botol tanpa di tutup...tapi apa pun itu cuma andaian saya sahaja....macam-macam boleh terjadi dalam 1Malaysia Pimpinan UMNOBN...setujuuuuu..

Kicap pekat berperisa cicak


NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Sunday, December 26, 2010

Dah menjadi Trend..buat tuduhan ada DADah atau senjat yg berbahaya.

ingat lagi kes aminulrasyid..tetiba ada tuduhan...parang dalam kereta..sekarang ini dah menjadi satu trend baru..dirompak,atau ditembak bila jadi kes...disyaki ada senjata tajam atau dadah...kenapa..?

Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut
Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.
NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE"Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya
berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails