BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 30, 2011

Cina macam ini ..UMNO tuduh Komunis dan anti Islam..

kena rujuk kembali siMahdey yang bertungkus lumus potong dan cuba hapuskan bantuan SAR sewaktu kekuasaannya...?mana UMNO pejuang Bangsa dan Agama..dah jadi BANGSAT ke..?tak maluke..cina DAP yang koorang tuduh komunis ini minta tambah peruntukkan buat SAR..ada cina MCA atau Gerakan buat kerja macam ini ..dan juga ada UMNO mau macam ini..hampeh...

Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.

Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.

"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.

"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.

Bumi didiami UMNOBN..akan sentiasa bergolak dgn macam macam isu..

macam tak biasa pulak sibung ini..kalau ada gangguan seksual tunjukkan kejantanan kamu wahai Bung..

Bung dakwa diganggu secara seksual pula

Ahli parlimen kontroversi Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

Dakwanya, kenyataan beliau “diputar belitkan oleh pihak pembangkang” bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.

NONE“Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.

“Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya,” katanya semasa perbahasan soalan tambahan.

Bung menafikan kenyataannya sebelum ini menjadikan wanita sebagai sasaran. Katanya, beliau hanya menekankan berhubung jumlah kemalangan yang tinggi antara tahun 2000 dan 2009, iaitu pada 370,000 kes.

“Sebab itu saya kata JKR (Jabatan Kerja Raya) perlu memastikan jalan-jalan kita mesti diturap tar. Kita mahu jalan tetapi jika ia mengakibatkan kemalangan, ini amat bahaya.

“Sebab itu, wanita tidak harus tersinggung. Saya tiada niat memperkecilkan (wanita). Wanita adalah anugerah Allah dan mesti dijaga sebaik mungkin...

“Tolong jangan anggap saya seorang seksis atau musuh anda. Saya jaga mereka (wanita) juga,” katanya sambil disambut gelak ketawa.

Dari Tukang Urut ..menjadi Posmen Neraka..!

hang pun nak soal Anwar..aduh aduh...apa nak jadi dgn malaysia ini..?

Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’

March 30, 2011
Shazryl (kiri) ialah salah seorang daripada tiga “Datuk T”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Dunia..Tidak...Menteri Botak...Boleh..

satu 1dunia katakan tidak..1malaysia kataka boleh...siapa yang berotak liat dan sombong..tunggu terror mana kamu ada penguhujungnya...nak g mana..?
TI: Bantuan segera pilihan raya adalah rasuah
Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

NONE"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

NONE"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya.

Sepak Terajang Politik Kotor BN..


Lagi lagi rakyat dijadikan mangsa..sepakterajang Politik Kotor UMNOBN.
30hb Mac.Dewn MPT Pekan Changkat Jering.
Majlis Bulanan........seperti bulan bulan sebelum ini..nelayan nelayan sekitar Parlimen Bukit Gantang dikerah hadir ke dewan untuk mengambil bantuan bulanan sara hidup sebanyak rm200.
walau pun sebelum ini iaitu sebelum kemenangan PR di Parlimen Bukit Gantang..semua bantuan sara hidup dibank ini dalam akaun masing masing yang mana kerja lebih mudah dikedua dua belah pihak.
sekarang untuk menerima bayaran ..nelayan perlu hadir sendiri wakil tidak akan dilayani..dan yang pedihnya..hari ini hampir separuh dari nelayan yang hadir kecewa dan geram kerana tiada rekod ,cip kad Pengenalan tidak dapat dibaca oleh kad reader dan seribu satu alasan yang diberikan kakitangan bertugas..

ada diantara nelayan yang belum menerima bantuan dah hampir 6 bulan..ada diantara mereka menerima sekali gus 6 bulan...iss isisis kesian ..nelayan dijadikan mangsa politik pihak BN..asalnya program yang dianjur untuk menarik sokongan BN akhirnya makan tuan..
Rata rata nelayan yang tidak menerima bantuan ditemui..melahirkan kecewa dan geram dengan sikap Pimpinan BN..bagi duit bukan sahaja duit siap dikepilkan envelop yang ada gambar pimpinan BN....bila saya tanya kawan itu gambar siapa...ini lu tak kenai ke...itu orang letup orang....ha ha ha gelak dan senyum le saya..

Tuesday, March 29, 2011

Peliknya..kenapa isu isu macam ini k`jaan UMNPRONOk tak nampak

kes kes macam ini bersepah dimerata-rata kena pa SPRM atau mana-mana pegawai k`jaan yang mengtahdarah duit rakyat tak nampak atau tak diambil tindakan..?kerana hampir kesemua mereka terlibat tak kira sprm atau apa-apa sahaja mereka...?so nak report pada siapa....?...jawapannya tukar aje k`jaan dlm PRU nanti....tengok bagaimana mereka mereka ini akan diusung kemuka pengadilan..siap para hakim akan duduk dikandang org salah..

DO JALAN-JALAN ‘CURI’ MAKAN?



Oleh: SURIATI MAHMUD

PROGRAM ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ yang dihos dan dipopularkan oleh Maria Tunku Sabri semakin kurang popular namun budaya ini diadaptasi oleh ramai Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan Kerajaan yang gemar melancong ke luar negara melalui ‘Program Jalan-Jalan Curi Makan’ yang mereka anjurkan sendiri.

Paling ketara mereka mendedahkan ‘feel’ buruk mereka di dalam Facebook yang boleh ditonton oleh masyarakat tetapi malangnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terpalit dengan Skandal Lembu, Kereta dan Teoh Beng Hock tidak memanfaatkan maklumat berkenaan untuk mencegah rasuah.

Maka timbulkan desas-desus kontraktor yang mengadu kononnya mereka terpaksa menyediakan pakej pelancongan dan wang kocek kepada Pegawai Daerah sebagai imbalan daripada projek pembangunan yang mereka perolehi.

Seorang kontraktor yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu beliau terpaksa bersetuju memberikan ‘Ang Pau’ 10 peratus daripada nilai projek kepada Pegawai Daerah bagi kerja membina Gerai Tamu yang bernilai RM280,000.

Namun beliau tidak tahan kerana selain 10 peratus daripada nilai kontrak, Pegawai Daerah tersebut turut meminta pendahuluan 5 % bagi kontrak baru yang belum dilaksanakan sehingga modal asas beliau berkurang dan menyebabkan beliau gagal menyiapkan beberapa projek dan terpaksa diserahkan kepada Sub-Kontraktor.

“Saya tidak bernasib baik kerana setelah menyerahkan 5 % daripada nilai kontrak, dia keluarkan work order kepada kontraktor lain yang menawarkan komisyen yang lebih tinggi,” ujar Kontraktor X yang bukan sahaja terpaksa meminjam daripada Ah Long untuk membolehkan Pegawai Daerah berkenaan ‘Jalan-Jalan Curi Makan’; malah terpaksa bersembunyi kerana dicari Ah Long disebabkan gagal membayar pinjaman yang diambil kerana projek berkenaan diberikan kepada orang lain.

Kontraktor X bagaimanapun belum bercadang untuk membuat laporan terhadap SPRM kerana bimbang projek saudaranya diganggu Pegawai Daerah tersebut.

“Sepupu saya (Puteri UMNO) sudah bayar RM30,000 kepada Pegawai Daerah untuk buat projek bernilai RM300,000 tetapi Pegawai Daerah tersebut masih minta itu dan ini atau pinjam kerana kekurangan wang. Jadi kalau saya lapor sekarang, dia tidak mau sign surat tuntutan, kesianlah sepupu saya,” ujar Kontraktor X yang bingung dengan senario tersebut.

Bagaimanapun, Kontraktor X akan tampil membuat laporan SPRM setelah projek sepupunya dibayar.

Semakan Sabahkini.net mendapati ramai Pegawai Daerah yang mempunyai Facebook dan menjadikan laman sosial berkenaan untuk menayangkan aktiviti ‘sial’ mereka di luar negara setelah merompak kontraktor atau pembekal.

Ramai Pegawai Daerah terutama Pegawai Daerah Lahad Datu dan Kunak, tanpa segan silu memasukkan gambar mereka melancong ke luar negara dalam Facebook mereka sehingga rakyat bawahan bertanya daripada mana mereka mendapat begitu banyak wang untuk memenuhi hobi mereka melancong bersama keluarga ke Hong Kong, London, Jakarta, China dan sebagainya; sedangkan gaji Pegawai Daerah lebih rendah daripada penjual goreng pisang di Pasar Malam!

Alangkah baiknya jika mereka mempelawa Pegawai SPRM melancong bersama mereka bagi membuat persediaan awal sebagaimana amalan yang dilakukan oleh para pencuri kayu balak dan kuari selama ini.


Mimpi tidur senja atau...mimpi tidur berdiri siarman ini..

kalau kata SAIFOOL yang melamarnya ada juga kebenaran...ini pakatan..muka macam zul katak nordin pun pakatan tak teringin ini muka macam arman..apa hebatnya..?





Saya juga dilamar Pakatan, kata bekas Ketua Wira Perkasa

March 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat.

Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau mengikuti program semalam hanya untuk mendengar dan mengetahui isu-isu yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

“Sampai saat ini saya belum memberi kata putus parti mana saya akan ikut berjuang. Kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip agama, bangsa dan negara,” kata beliau pada sidang media mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru.

Tegas, Arman Azha, beliau akan menyertai parti politik yang mampu memperjuangkan dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air, tidak semestinya kita memperjuangkan bangsa Melayu kita kena menolak bangsa lain.

“Sebenarnya apabila kita memperjuangkan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera kepentingan kaum lain turut diambil kira, akhirnya kita mahukan negara yang muhibah dan perpaduan,” katanya.

Jelas beliau, keputusan meletakkan jawatan itu dibuat atas dasar prinsip kerana Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali tidak mempunyai keupayaan politik dalam perjuangan.

Arman Azha juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu telah dibuat secara matang sejak beberapa bulan lalu.

“Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan,” katanya.

Arman Azha secara rasmi hari ini meletakkan jawatan selaku Ketua Wira Perkasa berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat petang ini.

Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu

Khutbah Jumaat DS Nizar

Kerana terlupa membawa cermin mata..Pemberita Pencacai hanya nampak kehadiran sekitar 200 orang..

Sebahagian daripada mereka membanjiri Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011, sempena solat hajat dan pidato khas Menangkis Fitnah Jahat anjuran PAS. — Foto oleh Choo Choy May
Sebahagian daripada mereka membanjiri Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011, sempena solat hajat dan pidato khas Menangkis Fitnah Jahat anjuran PAS. — Foto oleh Choo Choy May Read More

nASIB BAIK kAU DI SELANGOR....

KALAU DI NEGERI pERAK....siap kau dirembat diusung Polis..kan tak nampak yg lepas..ADUN yang tak kena gantung pun Polis Usung..ini tambah macam hang ADUN Mahkamah aje buat sementara ini..
ADUN Pelabuhan Klang hadir pembukaan sidang DUN
ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah hari ini berpeluang menyertai pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12.

Beliau kelihatan riang bersalaman dengan para wartawan dan ADUN lain semasa majlis pembukaan yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

NONESpeaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim memberitahu sidang media selepas majlis pembukaan itu bahawa Badrul Hisham dibenarkan hadir pada majlis itu setelah peguam ADUN berkenaan menyerahkan perintah mahkamah yang menyatakan bahawa Badrul masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang.

Ditanya bilakah beliau menerima perintah mahkamah itu, Teng berkata beliau menerimanya pada minggu lepas setelah beliau memberitahu satu sidang media pada 22 Mac lalu bahawa beliau belum menerima perintah mahkamah yang mengekalkan Badrul Hisham sebagai ADUN Pelabuhan Klang pada 18 Feb lalu.

Beliau berkata perintah itu perlu diperoleh bagi membenarkan Badrul Hisham menghadiri persidangan DUN Selangor yang bermula hari ini.

Kontroversi timbul selepas Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong pada 16 Jan lepas kerana mendakwa Badrul gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

NONETeng turut ditanya sama ada semua anggota-anggota dewan hadir pada hari ini setelah beberapa kelibat ADUN seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) dan Exco Selangor Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) tidak kelihatan.

"Saya tidak pasti saya belum tengok lagi daftar kehadiran," katanya.

Mengenai dakwaan M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) tidak dapat memasuki dewan persidangan hari ini kerana tidak mengenakan baju rasmi dewan, beliau berkata: "Saya tak pasti saya belum dapat lagi laporan."

Teng berkata pada persidangan dewan yang dijangka berakhir pada 8 April ini, beberapa rang undang-undang akan dibentangkan seperti Rang Undang-undang Perbekalan, Rang Undang-undang Pindaan Perhutanan, Rang Undang-undang Saraan Ahli Dewan Negeri selain daripada tiga usul dari anggota dewan.

Wakil Rakyat BN letu...?ah ah ah ah...

ah ah ah tiada MODAL..cuma doa aje.....sooo kalau tak mau jadi sasaran DOA rakyat buat kerja..

HJ Hadi: Jangan sampai rakyat doakan wakil rakyat mati
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

hadi awang interview 040208 angerHarakahdaily memetiknya berkata keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 (bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Dibelengu kemiskinan

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

NONE"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.

"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.

Hadi turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

Merujuk kes nelayan di Terengganu, katanya nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.

fishing trawlers 231216 fishermen"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.

"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.

Nelayan tertindas

Tambahnya, meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ia seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

pulau betong illegal fishing trawlerSituasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

“Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya

Monday, March 28, 2011

Rakyat semakin memahami..balaci mana yang rela menjadi Kuda tunggang UMNOBN..

ADA SESIAPA LAGI YANG MASIH TAK FAHAM DAN KENAL....KENALI MANUSIA YANG MERELAKAN DIRI MEREKA DIPERKUDAKAN UMNOBN..MEREKA LAH KUDA KAYU SEBENAR DIBUMI 1MALAYSIA..

Teruskan siasatan secara professional..
SPRM geledah pejabat ahli majlis MBSA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah pejabat ahli perniagaan Ang Leng Kiat, yang juga ahli majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

NONEAng ketika dihubungi Malaysiakini, berkata enam anggota SPRM dari ibu pejabat Putrajaya tiba di pejabatnya sekitar jam 10 pagi tanpa sebarang makluman dan mula mengambil beberapa dokumen.

“Mereka berkata sedang menjalankan pemeriksaan rambang ke atas saya dan syarikat saya. Mereka tidak beritahu apa-apa mengenai MBSA,” kata Ang.

Ang terbabit dengan perniagaan dalam industri perkapalan dan katanya pegawai SPRM berkenaan mahu memeriksa fail peribadinya.

"Saya kata teruskan.”

Menurut Ang yang juga ahli jawatankuasa eksekutif DAP Selangor, beliau sedia bekerjasama dengan SPRM dan tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, anggota SPRM masih di pejabat ahli majlis itu dengan menyelak beberapa fail dan rekod pejabat.

NONE"Saya tidak takut dengan semua ini, saya ada peguam yang bersiap sedia. Saya juga sudah biasa dengan perkara seperti ini,” kata Ang.

Ditanya sama ada pegawai SPRM yang menjalankan tugas itu menunaikan tanggungjawab mereka secara berhemah dan profesional, Ang berkata: “Mereka hanya jalankan tugas. Mereka amat profesional.”

"Saya tidak peduli jika mereka mahu mengambil apa-apa asalkan mereka menandatangani borang mengenai apa yang diambil,” kata ahli majlis itu.

Jangan dok layan..mamat India seekorni..

buang masa layan sinalla ini..pembelot besar...

Pemimpin PAS enggan layan hasrat Nalla

March 28, 2011
Mahfuz
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pimpinan tertinggi PAS mengambil pendirian tidak mahu “melayan” hasrat Datuk S. Nallakaruppan yang mahu bertemu pemimpin parti Islam itu bagi mendedahkan sendiri siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, pemimpin PAS enggan memberikan sebarang komen berhubung cadangan Nallakaruppan itu,

“Beliau (Nallakaruppan) tak perlu nak dedah... kita pun tahu siapa Nallakaruppan.

“Jadi tak perlu nak susah-susah nak dedahkan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak mahu melayan “permintaan” Nallakaruppan itu.

“Kita tak mahu layan Nallakaruppan,” jawabnya ringkas.

Nallakaruppan dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.

Menurutnya, banyak perihal Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengambil pendirian tidak mahu melayan Nallakaruppan.

Malah Mustafa juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Tiada komen,” jawabnya

Bangan ..se bahlol..kenapa..?

hantaq surat tarikh 26 November 2011.. kira notis 8 bulan awal....terlampau cekap Polis malaysia...terlampau sasau
Mohamed Azmin Ali
Menteri Dalam Negeri dan celaru dan sasau. Notis Seksyen 111 yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011.


3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis
Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

*Chan Wei See

Tidak Perlu Polis............


Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

JENG JENG...sudah ada tanda tanda...!

PKR: Rumah Azmin Ali ‘dikepung’, diberi notis temu polis



March 28, 2011
Azmin
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.

Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.

“YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis,” kata kenyataan media ringkas PKR.

“Buat masa ini belum ada maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, “polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang.”

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: “@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan.”

Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis.

Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.

“Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini),” katanya lagi.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.

Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula dikatakan membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataannya berhubung insiden itu berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA.

“Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

“Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin menerusi mesej Twitter sekitar 8 pagi tadi berkata: “Saya terima notis Seksyen 111 daripada ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD Ampang pukul 10 pagi ini. Tiada alasan diberikan.”

Mesej terdahulu pula berkata beliau dalam perjalanan ke Shah Alam untuk menghadiri majlis pembukaan sidang penggal keempat Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor pagi ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi pula berkata Azmin telah meminta Ketua Polis Daerah Ampang agar menukar tarikh pertemuan dengan polis kerana perlu menghadiri sidang DUN.

Deyyy Raja katak...lu bimbang..takde Hujan ajele..

Dey macha..kuang kuang lu bimbang melayu hilang Jawatan ..waaa bimbang Melayu UMNO gadai hampir nak habis kepada Taukeh Taukeh cina:

· Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

hal ini apa pasal tak mahu bimbang..dasar dajjal ..pusing kotmana pun fikir jawatan dan duit...
pooooorah.lu kalau betul pejuang bangsa,,,,sepatutnya soal ini lu kena bicara dan lawan...cisss

Konvensyen bimbang 6 KSU diganti bukan bumi
Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

ibrahim ali pc at pwtcMenurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.

Selain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.

"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.

"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.

Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".

"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.

Sunday, March 27, 2011

DS Nizar bersama Penduduk Bkt Gantang.video

video

khutbah jumaat ds Nizar masih tak dapat diupload....aduhhh

Mahdey kaki kelontong..FLASH BACK

WAA COPY DARI :HANIEFLink

YEEES..idea cukup Bernas..

MASA ITU KITA BOLEH NAMPAK PIMPINAN MANA YANG MAU TURUT SERTA...NAK TENGOK JUGA UST KATAK ZUL DARI KULIM IKUT TAK..?CAKAP BUKAN MAIN PANDAI...CEPAT SESIAPA YANG BERKENAAN ANJUR DEMO ITU..KAMI DAH SEDIA...

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

NONE"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.

Sepatutnya Jib yang menyesal bersuamikan Mah..hi hi

Wan Azizah: Saya tidak kesal suamikan Anwar

March 27, 2011


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.

“Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (gambar) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.

“Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal,” kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.

Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga “Datuk T” membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

“Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.

“Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada,” kata beliau.

Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: “Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.

“Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Usaha usaha Kerajaan Negeri ..meringkan bebanan rakyat.

okle kalau macam ini..duit jimat Program bertambah meriah..ini dak..UMNO dok siiiibuk soal Punggok dan Pelacur tak sudah sudah...cilako punya UMNO dan Media sama waktu dengan UMNOBN..
15,000 rai 44 pasangan Raja Sehari
Ismail Hashim

KLANG, 26 Mac: Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek, dekat sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kejayaan 44 pasangan menjadi Raja Sehari.

Kehadiran tetamu sekitar 15,000 orang dari berbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam memeriahkan lagi suasana majlis.

Penaung program, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Exco Agama negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir.

Selain itu, ramai kalangan pimpinan hadir termasuk pegawai kerajaan mewakili berbagai agensi yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program.

Dalam ucapan aluannya. Dr Halimah berkata, dengan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah diharapkan lahirlah golongan masyarakat yang dapat bangunkan komuniti menjadi lebih berjaya.

Sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, khutbah nikah disampaikan oleh Dr Hasan.

Setelah itu, seramai lapan kadi yang dilantik JAIS menjalankan tugas mereka menikahkan kesemua pasangan dalam masa sekitar satu jam.

Menurut salah seorang jawatankuasa program, Haji Jamuliddin Elias, dengan kejayaan penganjuran kali ini menambahkan semangat mereka untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

"Kita merancang program yang lebih meriah dengan jumlah penyertaan lebih ramai pasangan di masa akan datang.

"Kita memberikan banyak kemudahan kepada semua pasangan terbabit termasuk pakaian pengantin kecuali mahar yang mereka usahakan sendiri.

"Meskipun kita membelanjakan sekitar RM100 ribu untuk program hari, namun sumbangan menjayakan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah lebih diutamakan," tegasnya.

Jamuliddin berkata, walaupun mereka terbabit dari seluruh Selangor tetapi majoritinya datang dari Daerah Klang.

Katanya, jika sebelum ini, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Perlis pernah mengadakan program sama sebelum ini, kini Selangor menjadi negeri keempat berbuat demikian.

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

"Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Majlis jamuan berlangsung sehingga jam 5 petang yang dilayani oleh petugas-petugas yang dilantik termasuk Briged Amal.

Sebelah malam, satu forum berkaitan pernikahan diadakan dengan panelisnya Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan artis yang baharu sertai PAS, Bob Lokman.

DS Nizar bersama Penduduk Bkt Gantang

Jumaat 25hb sekitar jam 530 petang DS Nizar melawat penduduk di Pekan Sg Rotan.
Tuan Rumah sebagai penganjur program itu sdr Dhamotran telah menjemput semua penduduk sgRotan.Majlis berlangsung selama satu jam..berramah mesra dan sampaikan sumbangan dari MTD Trong kepada penduduk yang memerlukan.



apa cerita pun kerja hentam UMNO dah wajib..sebab kerja Utama DS pun lawan UMNO..hihi

Kita lihat nanti apa tindakan.GERAK GEMPUR..


jIKA ditakdirkan berlaku diBumi Malaysia..apakah tindakan GG..ini..agaknya nak bongkar apa nanti mereka ini!sewaktu rakyatnya sibuk menyelamatkan diri dari Gempa Bumi..waaaa agak mesti siGG sibuk menyebarkan isu Maya Current dangan ketuanya atau..isu Bini Bigg dengan artis di PD..ha ha ha ..

Titik gempa hampiri Malaysia



KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

uhhh mana boleh Ulas kalau libatkan Pembangkang..

mufti ..berlainan parti berlainan hukum dan stail..sebab melibatkan Pembangkang..kena diam biar Polis siasat..Tapiiii kalau libatkan Pimpinan UMNOOOOO..laju komen ,ulas siap berfatwa...mufti dan menteri ...jadi mangkuk UFTI..ingat neraka woooi...dok menanti tak sabar sabar...nak melahap tubuh hangpa woooi.

Jamil Khir Enggan Ulas Isu Qazaf Yang Melibatkan Pihak Berkuasa

26/03/2011


ALOR SETAR, 26 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau memilih untuk berdiam diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf (tuduhan zina) kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.

Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis,” katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis, di sini hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah, dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik.

Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah berkata trend kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN.

“Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8 . . . seri,” katanya. — Bernama

Utusan Meloya..ingat..ada manusia.....

waaaa ingat Utusan Meloya atau wartawan yang bertanggungjawab kepada berita spin ini..balun sambil twiitt..hi hi hi dia twitt atau twist wahai pemberita yang spin itu..?kepala otak telah disini dgn taik...ini kesannya...

Twitter : PKR Jawab Utusan Malaysia




LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH

KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s ds Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.

Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

26 MAC 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails