BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, April 30, 2011

Umno..retak menanti belah..?

cerita sebelum ini:klik disini

sekali lagi Kg Setia yang terkenal kerana kekebalan UMNO bakal junam...!
29hb April DS Nizar selaku Ahli Parlimen dijemput ke satu majlis yang julung kali diadakan dikawasan Kg Setia..
majlis solat mahgrib dan tazkirah disampaikan oleh Ds Nizar dirumah saudara Yusof dengan kehadiran ahli dan Penduduk sekitar hampir 40 orang menunjukkan tanda tanda jangka hayat dan talian hayat UMNO semakin rapuh..orang kampung yang selalu disangka senang dikawtim UMNO mula menyedari yang diri mereka dijadikan alat untuk kepentingan peribadi Pimpinan UMNO.Dengan tertubuhnya cawangan dan kesedaraan penduduk setempat mereka menjemput DS Nizar utk majlis ramah mesra dan seterusnya Tazkirah buat diri mereka dan semua hadirin .

Turut hadir dalam majlis itu bersama kami ialah seorang sahabat saya sdr Ah lai yang saya suka sangat mengelarkan diri beliau Ustaz DAP(janggut ah lai lebih panjang dari janggut saya) mendengar Tazkirah yang disampaikan oleh DS Nizar..satu pendedahan yang baru buat masyarakat Kg Setia dan sdr Ah Lai diterima baik oleh hadirin termasuk tuan rumah yang mengajak beliau bersama dalam majlis Tazkirah itu.(mampus UMNO ).


Ah Lai sebelah kiri kameraman..berbaju DAP



sdr Ah lai menjamu selera bersama jemaah tanpa sedikit pun rasa kelainan..(kekok)

dah ditegur dah dinasihat..natijahnya tunggu..

Pegang quran pun terbalik..bacaan lagi haru biru..islam ke tidak si Eskay ini..satu Persoalan..?
memang dah sedia LAKNAT..DAN KENAPA pOLIS JADI pENCACAI nAJIS BERSAMA SIpENYAMUN TARBUS 3 ITU..siap beri keselamatan waktu dia nak solat..aduh aduh ..sampaikan siapa yang perlu dilindungi pun polis dah tak reti..?


Aduhhya...Made In Thailand..1malaysia sorak keseronakkan

hi hi hi hi dah pecah Punggok,Pecah Dara sekarang pecah TEMBELANG..siDatok Trio Penyangkak..rupanya VCD made in Thailand.kahak kahak siasatan Polis pun kira hebat juga boleh sahkan aksi berlaku dikondo dan pelakon wanitanya seorang Pelajar..rupanya MADE IN THAILAND..ha ha ha satu Lagi SURUHANJAYA..SEBELUM INI SuRUHANJAYA UNTUK KES MATI,selepas ini SURUHANJAYA untuk Punggok Saifol.dan selepas itu SURUHANJAYA untuk Bxxit Pelacur dari Taihland ..adeh citttttt.busuk punya negara..berapa banyakle wang rakyat di jadikan korban untuk memuaskan hati SEGELENTIR PIMPINAN UMNOBN...?

Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM

TE

KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Semalam, salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Polis sedang menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Iklan FREE sempena ceramah BOB LOKMAN

SEMPENA CERAMAH BOB LOKMAN DAN NIK ABDUH DI MARKAS PAS TAMAN DAMAI PADA 12HB MEI 2011 JAM 9MALAM...HARIAN METRO IKLAN FREE TANPA DIMINTA hi hi hi hi..In,allah cuaca baik hadirin celah Pokok Kelapa Sawit takde ruang..Sound system kena mantop...diharap Penganjur jangan spoil kerana bunyi yang baik sangat diperlukan untuk hidupkan suasana yang mantap...siapa penganjur nya itu,...? kena kepala aku lagi aduhhh...

‘Bob usah hipokrit, riak’

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Apa nak jadi 1malaysia dengan amalan Politik Longkang oleh Pimpinan Kankong..

KEHIDUPAN HARIAN RAKYAT 1MALAYSIA SEMAKIN MERAPU,TAKUT ,RISAU DAN BELBAGAI PERASAAN YANG TIDAK PUAS HATI..BIMBANG MEMIKIRKAN ANAK DISEKOLAH YANG SEMAKIN BEBAS DAN TERCEMAR DENGAN IZIN PIHAK BERWAJIB UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM MEROSAKKAN AKIDAH DAN TERPESONG DARI NILAI NILAI MURNI.PUNGGOK DAN VCD LUCAH MENJADI ISU ATAU SOKONGAN UTAMA UTK MENGEKALKAN KUASA MEREKA UNTUK TERUS MEREKA MEMBOLOT HARTA RAKYAT...bilake jalan Penyelesaian..?

Politik 'longkang' cemari Rukun Negara
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMedia arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

NONE“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju negara?

Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini?

NONEKe mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

NONEMalah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.
Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

alleged four full sex videos on youtube 290411Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

NONEDalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

Friday, April 29, 2011

Khak khaaak..pakai Kalis Peluru..Buah terbaru jika VCD kantoi..

semakin gilor kumpulan Binawe ini yang g pakai baju kalis peluru apa hal..kan Polisi disamping anda..hi hi hi taktik terbaru jika VCD kantoi.."BAJU KALIS PELURU"....

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

April 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

MENYUSUL LAGI

Jangan Mudah Lupa............

setahun berlalu..dimana keadilan yang dijanjikan..?sekarang media 3/4 dan kroni sibuk dengan Punggok dan Pelacur..nasib rakyat disandarkan dalam VCD Lucah..apa punya binawe le UMNOBN ini..?

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji


Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

“Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

“Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

“Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj,” katanya lagi.

“Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan,” kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

“Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Apek semakin sasau..UMNO itu Parti apa apek..?

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu


Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR, 29 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

Thursday, April 28, 2011

Sepatutnya wartawan yg Kurang Ajar itu diTawar sebagai Pelokon Tambahan dalam filem Lucah..binawe punya reporter

Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

NONEAnwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.

Anwar sebelum ini turut memberi kenyataan kepada polis ketika beliau membuat aduan pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

"TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

"(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

"Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya)," katanya.

Sementara itu, peguamnya, R Sivarasa berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

NONEBeliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Namun, beliau tidak menyifatkan soalan yang diajukan polis bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.

Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

"Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan terhadap kes itu.

DSNizar...Rasuah Pemusnah Tamaddun..

Video: dari Blog UMNO.Perak Today...


Mati 1 dah menjadi 2..kenyataan pegawai pegawai kebanyakkan Putar Belit...

sampai bila nak siap..dari Inkues dan jadi suruhanjaya..sampai sekarang entah apa keputusan..mati dari 1 dah menjadi 2..hampir kebanyakkan pegawai yang disoal semuanya putar belit..nak jadi apa kesudahannya...Putar kepala depa baru ada akai..ini akibatnya bila bekerja dengan niat kerana UMNOBN dan nak cari makan..sepatutnya bekerja dengan Niat kerana Allah...

RCI: Pegawai SPRM beri kenyataan bercanggah
Suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati seorang pegawai SPRM memberi kenyataan tidak betul kepada pihak polis mengenai masa dia meninggalkan Plaza Masalam pada hari itu Teoh dijumpai mati dua tahun lalu.

Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 menara komersial Plaza Masalam dan Teoh dijumpai mati koridor perkhidmatan tingkat lima pada 16 Julai 2009.

azlanPerselisihan masa tersebut, dibangkitkan oleh peguam Majlis Peguam, Cheow Wee ketika menyoal penolong pegawai penguatkuasa SPRM di Klang, Zukefly Aziz, yang merupakan saksi ke-55 RCI.

Cheow berkata Majlis Peguam mendapati dari rakaman CCTV bahawa Zukefly meninggalkan pejabat pada jam 6.59 pagi 16 Julai 2009 - bercanggah dengan kenyataan awalnya kepada polis yang dia meninggalkan pejabatnya pada jam 3.15 pagi hari tersebut.

Katanya, beliau membanding rakaman kenyataan polis polis baru-baru ini dan menemui percanggahan tersebut.

Zulkefly berkata, beliau tidak tahu tentang rakaman CCTV yang menunjukkan dia meninggalkan bangunan itu kemudian.

Cheow kemudiannya bertanya mengapa Zulkefly pergi semula ke pejabatnya (di Klang) pada 10 pagi 16 Julai untuk dua jam sahaja dan kemudian pulang ke rumah selepas itu?

Zulkefly menjawab dia sebenarnya tidak pulang ke pejabat hari itu.

Orang ramai di galeri awam itu kedengaran terkejut kerana dalam keterangannya semalam, Zulkefly berkata dia pergi ke pejabat pada 16 Julai 2009 melaporkan diri untuk bekerja.

Cheow kemudiannya bertanya sama ada beliau telah mengubah keterangannya?

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam keterangan hari ini, Zulkelfly memaklumkan beliau tidur di surau bangunan Plaza Massalam di tingkat 13 pada 3.15 pagi hingga 6 pagi namun selepas itu beliau kembali semula ke pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 tetapi beliau tidak mempunyai kad laluan untuk memasuki pejabat.

"Saya kemudiannya pulang ke pejabat SPRM Klang pada 7 pagi, 16 Julai 2009 untuk punch card dan terus pulang ke rumah," katanya.

Ketika disoal Cheow adakah beliau sedar rakaman percakapannya telah bercanggah dengan kenyataannya hari ini, Zulkelfly berkata: "Seminggu selepas rakaman itu saya sedar dan pada saya tiada 'point' yang relevent."

azlanJawapan yang diberikan oleh Zulkelfly turut ditegur pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen agar memberi kerjasama yang baik untuk membantu suruhanjaya itu menyiasat kematian Teoh.

Zulkelfly turut bersetuju dengan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bahawa perkara ini berlaku mungkin disebabkan kecuaian beliau ketika memberi keterangan kepada pihak polis.

Sementara itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Yusmizan Mohd Yusof memberitahu suruhanjaya beliau tidak terlibat dalam operasi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

aya cuma pergi ke syarikat Kim Tan Enterprise pada 15 Julai 2009 dengan rakan sekerja, Shazlin untuk mengesahkan sama ada syarikat itu membekalkan buku sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg Way," katanya ketika disoal peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam.

Mohd Yusmizan memaklumkan beliau rapat dengan Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus namun selepas dua bulan kematian Teoh, Mohd Ashraf dilihat kurang bercampur dengan pegawai-pegawai SPRM yang lain.

Beliau juga bersetuju dengan Edmund bahawa Mohd Ashraf ada menghubunginya pada hari mayat Teoh dijumpai di tingkat 5, bangunan Plaza Malasam, pada 16 Julai 2009 namun panggilan yang diterima daripada rakan karibnya itu (Mohd Ashraf) hanya untuk memaklumkan mengenai ada rumah yang ingin dijual.

"Saya memang sedang mencari rumah untuk dibeli namun ketika Mohd Ashraf menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai rumah itu saya rasa tidak berminat dan saya hanya memberitahu kepada Mohd Ashraf mengenai kematian Teoh dan memintanya supaya datang ke pejabat SPRM, Selangor.

"Saya agak terkejut apabila Mohd Ashraf memaklumkan tiada sesiapa pun yang menghubunginya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya adala

Sementara itu, Zulkefly menafikan ada menghantar atau menerima kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan sejawatannya meminta bersabar dua hari selepas kematian Teoh Beng Hock.

Zulkelfly berkata, ini adalah kerana telefon bimbit berkenaan bukan miliknya.

Penafian itu dibuat apabila buat pertama kalinya suruhanjaya itu memberi kebenaran kepada saksi membuat panggilan telefon semasa prosiding sedang berjalan.

Panggilan telefon itu dibuat oleh Zulkelfly pada 11 pagi hingga 11.15 pagi bagi mengesahkan kandungan SMS yang didakwa oleh peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam bahawa ia telah dihantar oleh Zulkelfly pada 18 Julai 2009 kepada pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail.

Cheow Wee kemudiannya membacakan kandungan SMS dalam prosiding kepada Zulkelfly yang terkenal dengan gelaran 'Ustaz Zul'.

"Sabar banyak-banyak bro. Gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan masalah...lari bukan jalan penyelesaian doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah pasti pegawai atasan beri sokongan."

Bagaimanapun, selepas menelefon nombor yang diberi Cheow Wee, Zulkelfly memberitahu suruhanjaya itu pemilik nombor telefon yang sebenar ialah 'Zul', dan bukan dirinya berdasarkan penerima panggilan itu.

Wednesday, April 27, 2011

HAIRANbin PELIKbinAJAIB

Mana tak hairan bin Pelik..ajaibnya sebab memiliki menayang VCD lucah kena serah DNA secara sukarela..apa punya undang undang le ini lagi karut dari NEGERI PASSOLA..ha ha ha ha ha ha ha ...akan dihebuh 3 tv 3/4 1malaysia...berani kerana benar..sanggup serah DNA atas dasar percaya kewibawaan Polis...hi hi hikhik khik khik khik...natang apa DNA itu wahai eskay.?

Eskay beri polis sampel DNA
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

NONEEskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

"Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama,” katanya sambil tersenyum.

azlanEskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Video selama 22 minit untuk memamaparkan aksi seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dipercayai seorang pelacur.

Mencarut amalan MULIA bn dalam DUN...

speaker sebab itu dia tak dengar..sehala..hanya tau bercakap...kalau org lain cakap lebih lebih lagi kalau BN mencarut atau Maki...dah tentu dia tak dengar..sebab telinga disumbat dengan duit......MAMPUSSSSSSSSSSSSS...NEGARAKU..

ADUN BN MELAUNGKAN "PUNDEK" DALAM DEWAN YANG MULIA ??

ADUN BN Ini Mencarut Dalam Dewan Ketika Pebahasan Titah Diraja


ADUN BN Mencarut Ketika Perbahasan Titah Diraja


Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.

Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang ADUN Bn dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan ADUN Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi.


Ini bukan kali pertama Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut, tahun lepas dia juga melakukan benda yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan perkataan tamil kepada salah seorang ADUN dalam berbangsa India.

Ini semua membuktikan

* ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.

* ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.

* ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India.


Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India, jika tidak sengaja termencarut tidak mungkin dengan senagaj guna perkataan Tamil yang jelas bukan bahasa ibundanya.

Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar - benar ADUN Bn sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja.

Ini membuktikan juga kemunafikan Umno, media dan organisasi kononya pembela raja dan Melayu. Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui Bn sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman Bn maka ia ditutup sahaja. Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata.

che'GuBard

Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Foul-mouthed rep causes uproar

A war of words erupted in the Negeri Sembilan state assembly when a BN rep used a foul word on a DAP assemblyman.

SEREMBAN: A Barisan Nasional state assemblyman caused an uproar in the House when he hurled obscenities at an opposition representative.

When debating the Negri Sembilan ruler’s royal address in the state legislative assembly, Zainal Abidin Ahmad (Sungai Lui) lashed out at DAP’s Teo Kok Seong (Bahau), calling him “pund**”.

The incident happened when Teo said that Pakatan Rakyat won several states in the last general election, except for Perak, which was “seized (merampas) by pirates”.

Teo was referring to BN reclaiming power in 2009 after three opposition assemblymen had quit their parties to become BN-friendly independents.

The opposition had accused the three of having been bribed to abandon their parties but BN and the assemblymen involved denied this.

Irked by the DAP representative’s remark, Zainal stood up and started swearing at Teo. This sparked off a war of words in the House which lasted seven minutes.

M Ravi (PKR-Port Dickson) objected and demanded that Zainal retract his statement, which the opposition representative said insulted the Indian community.

Following this, Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) urged the Speaker, Razak Mansor, to give the BN politician the marching orders.

Cha argued that it was not the first time Zainal had uttered harsh words in the House.

However, the Speaker claimed that he did not hear Zainal saying the disputed word despite those present in the House, including the media, having heard it.

“Everybody heard him say it, how come you did not hear it?” retorted Ravi.

Meanwhile, Yunus Rahmat (BN- Klawang) blamed Teo for the fracas, but the latter said in the Dewan Bahasa dan Pustaka dictionary, the word “pirate” was associated with “merampas”. -FMT

Kalau Murid bengap boleh luku kepala..tapi kalau Pensyarah..?

MURID BENGAP BOLEH DILUKU kepala.. KALAU Naib Canselor bengap..kena katuk dengan hammer baru nak ada akai..sialan punya UMNOBN..

Kedah timbang cukai UUM dibayar ansuran
Harakahdaily

ALOR SETAR, 27 April: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) menasihatkan pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak mengeluarkan kenyataan tidak tepat kepada media berhubung isu cukai tanah kampus itu.

Katanya, UUM perlu cermat dalam kenyataan mereka kerana kerajaan negeri Kedah sentiasa membuka ruang perbincangan dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran.

“Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media,” ujarnya kepada media di Wisma Darul Aman semalam.

Menurut beliau, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada kampus itu sekiranya mereka berhasrat untuk membuat permohonan baru.

Tambahnya, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009 namun selepas merujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) permohonan itu terpaksa ditolak.

“Pihak UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincang dengan PTG dan dibawa masuk mesyuarat Exco permohnan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang,” katanya.

Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan meliputi pebagai bangunan milik kerajaan pusat termasuklah UUM.

Menurutnya, keluasan tanah tapak UUM ialah 2,155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

“Rebat yang UUM dapat selama dua tahun 2006 hingga 2008 UUM hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun dan tindakan oleh kerajaan dahulu menyebabkan rakyat Kedah kerugian RM1.6 juta setahun namun Kerajaan Negeri akur kepada perjanjian.

“Hal ini adalah biasa kerana selama ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang-hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pihak UUM agar mematuhi perjanjian asal iaitu membayar nilai cukai RM1.7 juta kerana tempoh rebat telah berakhir.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Datuk Azdmi Din dan Pengarah PTG Datuk Muhamad Nor Raffie.

memang UMNO dan Perkasa Melayu tak faham faham..

mana mungkin dalam mana-mana Pilihanraya sesuatu Parti mencapai kemenangan tanpa sokong belbagai Kaum..saja UMNO perkauman bawa isu ini...nak sekarang hampir 32 peratus bukan cina sokong DAP,,begitu juga ditempat aku..Parlimen Taiping sejumlah 28098 undi kepada DAp Yb Nga..berapa ramai melayu ada dalam angka itu..?sooo tak perlulah bawa Politik perkauman....mungkin melayu hulu boleh percayai cakap cakap jahat hangpa itu..

Kami tidak menang tanpa sokongan bukan Cina - DAP
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 26 April: Kemenangan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana DAP turut disokong oleh pengundi bukan Cina serta faktor pengundi bandar dan luar bandar.

Jelasnya, tanpa sokongan sekurang-kurangnya 25 peratus pengundi bukan Cina, DAP tidak akan dapat memenangi 12 kerusi itu.

"Tanpa sokongan daripada pengundi bukan Cina, kita tidak dapat menang 12 kerusi dan secara purata sokongan pengundi bukan Cina ialah 32 peratus. Ini analisa yang kita buat," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan para pemimpin Umno dan media mereka kononnya DAP menang di Sarawak kerana memainkan sentimen perkauman.

Sedangkan bagi DAP, mereka menjadikan isu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud sebagai modal kempen utama mereka.

Guan Eng berkata, DAP juga menang di kebanyakan kawasan bandar, berbeza dengan BN yang memenangi kerusi di pedalaman dan luar bandar.

Ini menunjukkan pengundi yang bermaklumat di bandar akan menyokong Pakatan manakala pengundi tanpa maklumat yang cukup di luar bandar boleh dimanipulasikan oleh BN.

"Perbezaan undi yang kita dapat bukan berdasarkan kaum tapi berdasarkan lokasi, faktor geografi iaitu luar bandar dan bandar. BN hanya menang di kawasan pedalaman.

"Yang paling tinggi DAP menang ialah Kidorong, kita dapat sokongan 63 peratus pengundi bukan cina dengan majoriti 7,000 undi. Tanpa sokongan bukan Cina DAP tak mungkin dapat undi sebegini," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Analisa ini tegasnya sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa DAP menang banyak kerusi di Sarawak kerana semangat perkauman.

Menurutnya, rakyat Sarawak sendiri yang mahukan perubahan dan menolak kepimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud yang penuh dengan salah guna kuasa.

"Percubaan Umno untuk cuba menjadikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebagai satu isu perkauman adalah satu tindakan terdesak yang cuba menafikan sebab sebenarnya mereka kalah di sarawak.

"Tiga sebab utama mereka hilang lapan peratus undi popular ialah rakyat sarawak mahukan perubahan setelah lama diperintah Taib Mahmud, tak mahu rasuah berterusan dan mahu urus tadbir yang baik," katanya.

DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan lapan peratus undi popular BN daripada 63 peratus pada pilihan raya tahun 2006 kepada 55 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini.

Namun yang menghairankan DAP adalah, BN berjaya mendapat 77 peratus kerusi walaupun undi popular yang diperolehinya hanya 55 peratus.

"Ini adalah satu kezaliman BN dalam persempadanan kerusi pilihan raya di Sarawak," kata Guan Eng.

DAP cabar Wan Ahmad


Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Wan Ahmad Wan Omar agar memberikan penjelasan yang lebih berhubung dakwaannya terhadap DAP.

Wan Ahmad mendakwa, seorang calon DAP telah memainkan sentimen perkauman apabila dalam satu ucapan tertutupnya berkata, "Sudah cukup orang Melanau menjadi Ketua Menteri."

Wan Ahmad berkata, dia hanya memetik kata-kata Menteri Penerangan, Datuk Sri Rais Yatim.

"Ini bukan kenyataan dari seorang pemimpin badan bebas seperti SPR.

"Saya menuntut Wan Ahmad memberikan penjelasan yang lebih lagi kerana penjelasan ini tidak cukup untuk beliau menuduh DAP bersikap perkauman kerana tidak ada bukti yang diberikan, hanya berkata Rais yang kata begitu.

"Jika tidak, saya difahamkan DAP Sarawak akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata beliau.

Tuesday, April 26, 2011

Lain diTaiwan lain di 1Malaysia..

diTaiwan yang ditadbir oleh bukan Islam..wakilRakyatnya boleh memohon maaf bila sedari ucapan atau tindakn bertentangan dengan Islam..tapi lain hal di1malaysia..Islam dihina dalam soal bersalaman lelaki perempuan diDun Tenang aritu..bukan sahaja lantang dan bebas bercakap siap dibela oleh Melayu yang mengaku Islam..binawe punya Melayu..Perkauman...

Wakil rakyat minta maaf kepada umat Islam

TAIPEI - Seorang wakil rakyat Taiwan memohon maaf kepada umat Islam semalam selepas beliau dan isterinya melabelkan orang Islam sebagai militan dan menyamakan mereka dengan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden ketika beliau berjenaka dalam satu rapat umum politik.

"Saya memohon maaf jika apa yang kami katakan di pentas membuatkan orang Islam marah," kata ahli politik berkenaan, Yu Tien daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DDP).

Peristiwa kontroversi itu berlaku semasa Tien dan isterinya, Lee Ya-Ping berkempen mewakili parti mereka. - AFP

Kalau seram diHaramkan....apa cerita kalau..?

apa harus dilakukan kalau filem Lucah dengan Jaminan Keselamatan..hinggakan disekolah pun murid murid banyak bicara soal filem lucah dengan Jaminan...yang ini sepatutnya dibuat apa..?

Pemuda Maslid desak haramkan filem seram

26/04/2011 7:22pm

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) hari ini meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.

Ketua Umumnya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60-an dahulu.

Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.

"Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

"Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar - Bernama

Fuhhhyoooo SIASAT lagi.....hebat...

tapi siasatan belum lagi dimulakan..hasilnya hampir semua rakyat 1malaysia tahu..mana pegi pengedar,penayang dan pelakonnya itu diammm aje..kenapa..?

SKMM mula siasat kebocoran video seks
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip yang membuat laporan pada 5 April lalu apabila beberapa penulis blog memuatkan sebahagian video klip itu di internet.

NONERozan (kanan) memberitahu Malaysiakini, beliau turut dipanggil di ibu pejabat PKR di Cyberjaya untuk memberikan kenyataan bagi membantu siasatan esok.

Beliau sebelum ini menamakan blog mesra BN www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya.

Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.

Ia bagaimanapun masih terdapat dalam laman www.papagomo.com dan dimuatkan kembali oleh beberapa pengguna Youtube yang lain.

Monday, April 25, 2011

hi hi setakat Hariini..Pengambaran berjalan ikut kehendak Penerbit.....mampus..

Pendakwa namakan Anwar sebagai 'Lelaki Y'

Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

azlanDNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi

Teringin Juga ..teman ibuku beratur macam ini..!

Tapi apakan daya upayaku..aku berasal dari negeri Pasir berdungun sebutir..dirampas gerombolan lanun bukan dari SOMALIA...tapi semalaya...kalau le masih lagi PR memerentah sehingga kini..mungkin dah tercapai hasratku..beratur disamping ibuku sambil melihat senyuman dan keriangan diwajah wajah WARGAEMAS...reaksi sepontan mereka teruja sebab dihargai...

Warga emas serbu Maybank lagi
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 25 April: Maybank terpilih seluruh Pulau Pinang diserbu lagi bukan kerana mahu mencuri sebaliknya warga emas pergi mendapatkan RM100 pemberian penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mulai 23 April - 20 Mei 2011 akan datang.

Sejak awal pagi boleh dikatakan warga emas dan wakil yang dibenarkan dengan tandatangan Adun atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) menunggu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan mendapatkan saguhati dari kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap peningkatan semua aspek yang dikecapi setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentabdiran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri turut meninjau ke beberapa lokasi Maybank sejak awal pagi untuk bertemu dengan golongan berkenaan di samping mendampingi masyarakat yang ada.

Antara lokasi lawatan Lim pagi tadi ialah Maybank Cawangan Kampung Bahru, Air Itam, Maybank Cawangan Glugor, Maybank Cawangan Sungai Pinang, Maybank Cawangan Butterworth, Maybank Islamik Bagan Luar, Maybank Cawangan Jalan Ong Yi How, Maybank Cawangan Bukit Mertajam, Perda, Maybank Sungai Dua di Desa Murni dan Maybank Cawangan Nibung Tebak keesokanya.

Kelmarin Lim dalam sidang medianya memberitahu sampai hari ini kerajaan negeri belum menerima nama warga emas yang memulangkan wang RM100 sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

Bukan sahaja wang malahan tidak ada sepucuk surat pembatalan penganugerahan wang tersebut daripada mana-mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kononnya mereka tidak rela diperalatan apabila menerima wang perjudian.

Sehingga Sabtu lepas seramai 114,668 telah mendaftarkan diri di bawah program berkenaan.

Selain memberikan wang RM100 setahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas waris warga emas juga telah memperolehi RM1,000 sebagai wang pengurusan jenazah sekiranya terdapat warga emas meninggal, yang mendaftar meninggal dunia

NC UUM ..kepala Kangkung..?

kalau betoi cerita ini ..dia lebih baik g jual kangkung kat pasar Mergong...hi hi


CERITA PASAI NAIB CANSELOR UUM LIAT BAYAQ CUKAI
Politik & Isu SemasaDok baca isu VC UUM hentam kerajaan Kedah ni, panas hati juga aku dengar. Dah liat nak bayaq cukai, depa dok hentam kerajaan Kedah pulak. Isu VC UUM ni bukan baru, aku dah lama dengar dari dulu sampai la ni. Tiap-tiap hari bila staff UUM dok mai makan ke kedai aku ada saja isu UUM depa dok cerita.

Bila keluar isu baru ni pasai terasa la juga nak komen pasai VC UUM ni. Dari apa yang aku dengar dari staff UUM yang dok cerita ni, ada beberapa benda yang aku nak tanya kat VC dia ni.

1.VC UUM ada kata UUM ni bukan Universiti mengaut keuntungan, tapi yang aku dok dengar dari staff ni depa habaq kata UUM ni KPI dia menjana kekayaan. Tahun lepas VC UUM umum kata UUM untung RM 80 juta dari penjanaan kekayaan hasil dia meniaga. Takkan untung 80 juta tak leh bayaq cukai sikit kot. IPT lain yang tak bisnes boleh ja bayaq.Liat betoi.

2.Masa VC UUM pi Mekah baru-baru ni, staff ni habaq dia renovate bilik dia RM 500 ribu lebih sebab tak mau dok bilik VC lama yang dah pencen. Dia kata mesti siap sebelum dia balik. Ish sampai banyak tu dia sanggup perabih duit untuk bilik, takkan nak bayaq cukai pun tak leh.

3.Kendian depa habaq lagi, dia repair rumah sampai dekat sejuta sebelum masuk ke rumah kediaman VC. Musykil sungguh aku repair rumah dekat sejuta, cukai sejuta lebih sikit saja pun tak mau bayaq.

4.Baru-baru ni dia pi ke Amerika Syarikat, dekat 90 ribu dia belanja. Banyak juga tu belanja, tak masuk duit claim lagi. VC UUM ni memang terkenal kaki claim. Masa zaman VC Dato Fawzi Basri, dia pernah label VC UUM la ni sebagai “Mamat Kaki Perabih” duit. Sebab dulu dia suka perabih duit UUM.

5.UUM ni dok jana duit dengan hotel, padang golf, go kart, kuda dan banyak lagi. Macam-macam ada kat UUM, takkan dapat duit banyak nak makan sorang. Kongsi-kongsi sama dengan rakyat Kedah ni. Depa yang dok kat Kedah bayaq cukai, tapi tak dak untung. UUM untung banyak tak mau bayaq cukai pulak. Panaih betui.

6.Isu ayaq ni dari zaman BN memerintah lagi. Tapi lani baru nak bising. Dulu masa BN memerintah, ada student mandi tasik sebab tak ada ayaq, lepas tu jatuh dan mati. Tapi tak da sapa yang bising sebab yang memerintah UMNO. Kalau la ni jadi lagu tu, mesti depa kata Ust Azizan bodo tak reti memerintah. Hanya layak jaga sekolah pondok. Kurang ajar punya VC, tak reti hormat orang.

7.Ramai yang dok mai makan depa dok merungut kat UUM sebulan dua tiga kali jemput artis mai menyanyi buat konsert. Kalau mai buat konsert takkan nak bagi ayaq liur kot. Mesti depa bayaq. Nak bayaq artis boleh, takkan cukai sikit pun nak hingaq. Lepas tu Ust hat mai ceramah kat UUM pun depa nak halang. Pelik-pelik. Mai tang tahlil cari Ust, bila ust ceramah kena halang.

Dari cerita-cerita yang aku dengaq, VC UUM buat kenyataan ni pun sebab politik juga. Kan PRU 13 dah nak dekat. Kebetulan pulak dia penasihat untuk UMNO tawan Kedah. Sebelum ni pun UMNO Kedah buat program strategik dalam UUM juga. Ahli Parlimen pun ada jugak buat pertemuan tertutup dengan VC UUM untuk bincang kes nak pejatuh Ust Azizan ni. Sidang media isu cukai dan ayaq ni pun depa strategi la kot nak pejatuh MB Kedah.

Kalau hampa pi UUM, try naik ke bilik mesyuarat senat depa. Mana ada gantung gambar Ust Azizan sebagai MB, tapi gambar menteri UMNO ada. Kalau pi ke pejabat-pejabat dalam UUM, gambar MB Kedah dok kat atas lantai saja depa kata. Panas hati juga aku dengaq. Kat kedai aku pun aku gantung gambar MB Kedah.

Memang padan pun Ust Azizan paku UUM. Dah la menumpang dok di Kedah, lepas tu tak reti hormat tuan rumah. Kalau nak hina tuan rumah pun, sedar-sedar la sikit. Kita orang Melayu sama-sama Islam, jangan dok perlekeh satu sama lain. Wahai Mustafa Ishak, kita sama Melayu, sama Islam. Cukup la hang tendang Nordin Kardi bekas VC hang ke UPSI, jangan la dok buat hal dengan kerajaan Kedah pulak. Harap-harap reti la sama hormat satu sama lain.



Pak Long
Warung Nasi Lemak
Pokok Kayu

SumBer

Agaknya dia ni jadi NC coz betul2 layak @ cuma pandai mengampu..?

sejak akhir akhir ini nampak Komen semakin terang dan jelas...! bagus teruskan...

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

“Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

“Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu,” kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

“Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan,” kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat,” tambah beliau.

Cawangan Pas Kg Setia....



24 April11.Satu Lagi cawangan Pas baru telah berjaya ditubuhkan secara Rasmi.
Pas kawasan Bukit Gantang berjaya menambah satu lagi cawangan dengan tertubuhnya Cawangan Pas Kg Setia dalam Dun Kuala Sepetang.
Kg Setia yang terkenal dengan pengaruh UMNO mula menunjukkan kelainan sejak PRK Bukit Gantang yang lepas, hasil dari gerak kerja Petugas Pas dari luar dan petugas tempatan.Bermula dari situ segelentir penduduk mula munjukkan minat kepada Pas dan susulan dari itu sdr Ulul Azmi selaku Ketua Cawangan Penaja bersama Pas Kawasan berjaya menubuhkan cawangan dengan ahli berdaftar seramai 37 orang,dan setelah melalui proses Pendaftaran malam tadi 24hb April 2011 YDP pas kawasan Ust Nordin secara rasminya merasmikan cawangan tersebut.



Sebahagian dari Ahli Kg Setia bersama YDP dan Nydp..

Sunday, April 24, 2011

satu BERITA...tapi macam macam cerita...aduhyaaa...

Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.

Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu.

Beliau berkata keterangan itu diambil selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai pengakuan RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Kita yang meminta beliau untuk memberi keterangan dan beliau bersetuju untuk membantu pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.

“Tiada sebab untuk kita menahan beliau kerana beliau telah berikan kerjasama dalam memberi keterangan,” katanya.

- Bernama

Raja Petra: Drama Bangkok, sejarah 2008 berulang

April 24, 2011
Raja Petra Kamarudin.
KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai “drama Bangkok” menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

“Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

“Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia,” kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

“(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

“Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu,” kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

“Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat,” tulis Raja Petra lagi.

“Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

“Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini,” katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

“Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

“Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan,” katanya lagi.

“Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

“Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi),” katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

“Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?” kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

HEBAT HEBAT SAMI SAIBABA..akhirnya akan menjadi makanan makhluk bumi....

sehebat hebat saibaba...mati juga akhirnya..apa kah lupa kita kepada kematian yang bakal tiba tanpa kira saat dan waktu...sooo kenapa cukup payah untuk otak dan hati kita menyedari satu perstiwa yang tentu akan menimpa kita..?kita lalai , hilang pertimbangan dan kesedaraan apa daya kita diakhir waktu..?kita gunakan kuasa dan harta benda yang bukan pun hakmilik kekal kita untuk membuat dan cipta belbagai isu dan ragam sewaktu didunia tanpa ada sedikit rasa takut kepada peristiwa yang bakal menimpa kita..? why why...?

Indian guru Sai Baba dies, mourners gather

April 24, 2011

He was 85 and succumbed to heart problems, his doctors said in a statement.

PUTTAPARTHI, INDIA: Indian spiritual leader Sai Baba, one of the country’s most famous gurus, died in hospital on Sunday, triggering an outpouring of grief from devotees around the world.

He was 85 and succumbed to heart problems, his doctors said in a statement, after being in critical condition for more than three weeks.

Thousands of Hindu followers massed at the Institute of Higher Medical Sciences hospital where Sai Baba was being treated in his hometown of Puttaparthi, in the southern state of Andhra Pradesh.

Police used barriers to hold back mourning crowds, and appealed for public calm after the death was announced.

“Sai Baba is no more with us physically. He breathed his last at 7:40 am and died due to cardio-respiratory failure,” the hospital statement said.

“His body will be kept for public worship for two days on Monday and Tuesday.”

Devotees congregated in the town over recent weeks to hold special prayers asking for a miracle to allow Sathya Sai Baba – as he was properly known – to recover.

He was credited by millions of followers around the world with having supernatural powers, including an ability to conjure objects out of thin air, remember past lives and cure terminal diseases.

He counted former Indian prime minister Atal Bihari Vajpayee, judges, actors, generals and other politicians as devotees, as well as Indian cricketing legend Sachin Tendulkar and Hollywood star Goldie Hawn.

Sai Baba claimed to be the reincarnation of a former holy man, Sai Baba of Shirdi, who died in 1918.

His organisation has funded health and education projects in India, including hospitals and clinics that say they are able to cure ailments beyond the capabilities of mainstream medicine.

From his ashram in Puttaparthi, he built an empire of schools and centres that spread his influence worldwide.

One of his biggest financial supporters was the former owner of the Hard Rock Cafe chain of restaurants, Isaac Burton Tigrett, who went to live in Puttaparthi and donated much of his fortune to the Sai Baba trust.

Always dressed in saffron-coloured robes with his trademark afro-style hairdo, the guru survived an attack on his life in 1993 when four men armed with knives burst into his private apartment in what was described as an assassination attempt.

A fight ensued in which two devotees were stabbed to death before police shot and killed the assailants.

Providing free healthcare and performing an occasional miracle cure was a central part of the image and mystique built around a man whose flock is thought to number tens of millions across more than 150 countries.

As well as hospitals and clinics, the Sai Baba organisation operates drinking water schemes, a university, a museum, a planetarium and thousands of prayer rooms and centres across the globe.

While the charitable work and teachings brought him public respectability, his showman antics in which he would miraculously produce gold coins or watches on stage at public meetings also brought him critics and notoriety.

- AFP

Melatah biar bergaya dan bercara..kalau silap..!

AH AH AH INI MASAALAHNYA BILA PIMPINAN MELATAH TAK BERCARA...SETIAP KALI BERPIDATO DIA JUGA BERKALI KALI PESAN..MEDIA MEDIA UTAMA ADALAH KAKITANGAN 3/4 UMNOBN..TAPI DIA SENDIRI MELATAH KERANA DICUIT OLEH SIMEDIA 3/4..AWAS...JANGAN TERPERANGKAP NANTI CUKUP PAYAH UNTUK MELEPAS..

Mustafa minta Azmin jangan percaya media perdana

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.

Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

MIC memiliki TONG SAMPAH KITAR SEMULA YANG HEBAT..

MIC sedia terima semula trio anti-Samy Vellu
Semua ahli MIC yang telah disingkir atau mengundur diri sebelum ini akan diterima kembali dan dikekalkan jawatan mereka, tetapi dengan bersyarat, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Beliau berkata mereka yang telah disingkirkan diberi tempoh selama 30 hari bermula esok untuk mengemukakan surat rayuan bertulis kepada parti.

Keputusan untuk memberi peluang kali kedua itu, katanya diputuskan oleh anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada mesyuarat malam ini.

"Ahli-ahli yang kita dah singkir dari parti selepas Mac 2008, CWC telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua yang telah disingkir, dipecat atau keluar untuk kembali semula menganggotai parti.

"Dan jika mereka dipilih pada pilihan raya parti pada September 2009 yang lalu, mereka berhak untuk mendapat kembali jawatan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Beliau memaklumkan pemberian semula jawatan itu tidak menjadi masalah kerana jawatan-jawatan mereka masih lagi kosong dan belum diisi oleh sesiapa.

Mengenai trio anti-Samy Vellu yang dipecat dari parti pada tahun lepas, kerana mendesak bekas presiden parti itu meletak jawatan, beliau berkata mereka turut akan diterima semula.

Trio itu termasuk bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC, Kumar Aamaan dan K P Samy serta bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V Mugilan.

Penerimaan mereka semula secara terbuka itu, katanya bertujuan untuk memperkuatkan lagi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Trajedi Penodaan Bakal berulang Kembali..jeng jeng

Mula siasatan dan selesai,Ag minta siasata kembali,siasat dan selesai sekali lagi dikembalikkan..sekarang Polis minta masa kerana perlu penilitian yang lebih...jeng jeng kita tunggu dan lihat satu lagi penodaan atau keadilan diharu birukan ....jengggggg...gaya hidup 1malaysia...selagi mana siasatan tidak menepati kehendak pimpinan yang busuk hati selagi itu siasatan tidak memuaskan..(klaJ FaodfmvaLOC,Japsjd,a//.,Sm,DM)
Polis minta lebih masa siasat video seks
Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

NONE"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama.

altantuya trial 160707 tun majid"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Tun Majid (kanan).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

NONEIsmail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.

Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.

Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

azlanPada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Saturday, April 23, 2011

Kalau benar seperti diceritakan...eloknya>>>>>

Kalau benar apa yang diceritakan....eloknya kita Bagi saja zunar menjadi Pieeem 1malaysia sebab kartun dia lebih baik dan berkualiti..ini kartun apa..alif waw nun mim...=sarkis sarkis apa..sampai siapa yang layak nak didakwa boleh dibuat bom dah tak reti dan siapa nak berlakon VCD lucah pun tak reti..

Apa kaitan video seks dengan buat bom?

Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.

NONEDi dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.

Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.

Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

“Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.

NONE“Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku,” katanya.

Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,

“Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.

“Saya cacat. Macam mana nak buat bom?” soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.Main mercun

Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.

NONEMeskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.

Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.

“(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen,” katanya.

NONEMenurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.

“Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.

“Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.

“Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera,” katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails