BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, October 31, 2011

Ada lagi spesis Manusia yg makan Taik...

SUDAH TERANG DAN NYATA..dihadapan rakyat PP khususnya dan amnya dimata rakyat 1Malaysia..siapa sebenarnya rasis,porakperanda kan keadaan siapa sebenar nya Pengkhianat pada Raja Raja Melayu siapa sebenarnya perabiskan wang rakyat..tapi sayang seribu kali sayang masih ramai anak anak muda dan segelintir warga Tua bangka yang makan Taik mengantikan Nasi sebagai makan utama mereka..kerana itu kebenaran yang terpampan dihadapan mata dikabur zat najis najis yg dimakan oleh mereka..Kesian sungguh puak puak ini...apa cara dan upaya untuk menyedarkan mereka..????

Lim Guan Eng rasis SATU LAGI PROJEK UMNO?

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kon Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.


Briged MP Segambut

Satu hari diKedutaan Bangladesh....Poning teman ...!

Sahabat saya ke Kuala Lumpur untuk memohon Pasport 3 orang bangla Jumaat lepas,dan saya menemani beliau. Kami bertolak dari sini sekitar jam12 t/malam dan sampai di perhentian sg buloh jam3 pagi,cadangan saya untuk rehat/tidor bergerak selepas solat subuh tidak dipersetujui oleh warga bangla dengan alasan mungkin ramai menungu diKedutaan Bangladesh.
Dey macha mana ada orang datang pukul 3 pagi tunggu disana...kata saya.
abang taktahu mesti ada orang tunggu sampuk seorang lagi bangla..
sooo ana ikut aje le..jam 3.40 pagi tiba dihadapan pejabat kedutaan...oooooi mak terkejut beruk juga le ana..dah lebih 100 orang nunggu disitu.
selepas menurunkan mereka kami berdua menuju ke masjid Kg Baru.rehat ,lelap solat dan ikuti khuliah dalam keadaan mamai(takcukup tidor le itu).selepas kena nasi lauk ayam terus kembali ke kedutaan Bangladesh..sekali lagi terkejut "kera" le kami..punya le ramai warga Bangladesh menunggu disitu untuk memohon Pasport.
Dan dari perbualan disitu saya difahamkan bahawa keadaan ini dah berlanjutan hampir 2 bulan..1.5juta bangladesh mau kasi bikin buku le abang..kata seorang bangla..
uuuuuhhhh..jangan jangan selepas beberapa tahun 'KITA WARGA MALAYSIA AKAN MENJADI PELARIAN ATAU PATI " dalam negara sendiri...le ooooii.."SIAPA DIA PENGHKIANAT YANG SEDANG MENJUAL NEGARA KITA"...siapa dan siapa..?




"Minta Laporan Polis dibuat dgn segera"...

Laporan Polis perlu dibuat dengan segera..dan pihak berwajib akan lakukan siasatan yang adil sebelum serahkan kepada Peguam Negara untuk ditimbang cukup atau tidak 4tahil dan seterusnya menunggu arahan dari Pihak Pihak Yang Berkuasa untuk tindakan seterusnya.....KESUDAHANNYA PELURU ITU NAIK KULAT..hi hi hi hi..setereotype ..Pita lama berulang lagi....Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'Kesialap tuan Azizi tidak memiliki Pas Kebenaran dari UMNO untuk mengeluarkan Pandangan dari Amnoooonk
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

NONEKatanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONETindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Friday, October 28, 2011

GUA IKUT ENTA:::Pas Production

Bhg1:


bhg2:


bhg3:

Persiapan sebelum diPencenkan..?

Orang No2 Malaysia ..buat apa tu..?Persiapan sebelum dipencenkan ke..?? hi hi hi..kerana nak publisiti pum tayar 1 basikal pun dijadikan berita hebat dalam Media UMNO......


Thursday, October 27, 2011

DAH GAGAL Syabas peeee..?


GAGAL:Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik
dimana ada UMNO disitu ada kegagalan atau haru biru......tengok tengokkan cara nak buang sisa sisa Peninggalan UMNOBN ini..buat kacau daun aje...


SHAH ALAM 27 OKT : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik.

Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan menjelaskan semua perkara di atas semuanya termaktub dan dikehendaki seperti dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

"Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya.

Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

"Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan," jelasnya.

Sebelum ini, laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.

"Ini menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

"Justeru, tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji ini dinaik taraf.

"Menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno," katanya lagi.

Tambah Elizabeth, Langat 2 yang dipertahankan Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Elizabeth yakin pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika Kerajaan Negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

Malahan kata beliau, jika Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun.

Memberi contoh berkenaan kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru membuktikan ketidakcekapan SYABAS dalam menyelenggara paip-paip ini.

Ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

"Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan," katanya.


sekularisem..Mahatir disana..Mulut celepur..disini enot tangan pulak celepur..

Fahaman UMNO atau sekular..?boleh hantar satu kat mahdey..mesti dia suka punya....CARA CARA DAN TAKTIK Baru SYAITAN2 Menghina Islam...melalui makanan dan berbagai cara lain...
Kek Enot pula cetus kontroversi
|
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Baru reda menerima kecaman akibat mengeluarkan kenyataan salah mengenai hukum Hudud, pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah sekali lagi menimbulkan kontroversi dan rasa tidak senang orang ramai.

Kali ini Enot, 32 yang menjalankan perniagaan kek bertindak "berani" apabila menghasilkan kek berbentuk tubuh wanita yang hanya berpakaian dalam.

Gambar kek tersebut dimuat naik di laman Facebook Enot sendiri beberapa minggu yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada rakan facebooknya.

Gambar tersebut seterusnya turut dimuat naik di beberapa laman blog beserta komen-komen yang tertera.

Ada yang menyokong ciptaan kek yang "lain dari yang lain" itu dan tidak kurang juga yang membantah dengan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak sopan.

Namun Enot yang terkenal dengan watak komedi itu tetap mempertahankan ciptaannya itu dan menganggapnya sebagai hasil seni yang kreatif.

"Ni makanan halal dik apanya yang haram?? Adik Tuhan ke tahu letakkan haram dan halal atas kerja seseorang. Jadi kalau tak suka untuk melihatnya delete fb akak dari jadi friend adik ok tq...kita manusia buat kerja kita tak payah nak sibuk buat kerja Tuhan," salah satu tulisan Enot di ruangan komen.

Awal oktober lalu, Enot mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang melakukan zina akan menerima hukuman sula sedangkan hukuman yang sebenar ialah seratus sebatan bagi yang belum berkahwin manakala mereka yang sudah berkahwin direjam sampai mati.

“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak sesuai lagi. Kalau hukum hudud dilaksanakan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya.” kata Enot kepada Sinar Harian.

Ekoran itu, Enot menerima pelbagai kecaman termasuk ada pelanggan yang membatalkan tempahan kek gara-gara tidak senang denagn kenyataannya

Dah puas Bodek..sekarang nak gelak kat orang..bila nak ikut stail lama dia...haruuuuu...

PANDAI PULAK NAK GELAK SAKAN BILA DAH JADI PESARA..MASA BERKUASA TAK MAU..NAK SEKARANG BILA ORANG NAK GUNA PAKAI TAKTIK DIA..BERIA RIA NAK GELAK....HI HI HI KHIK KHIKKKKKKKK..aku pun nak tergelak.

Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
Aidila Razak

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

abdul rashid abdul rahmanMalah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

NONEKatanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.

Wednesday, October 26, 2011

Deepavali...DHPP Pas Bkt Gantang

Deepavali...DSNizar ,Pengerusi Lajnah Perpaduan nasional Pas Perak YB Zainudin bersama YDP Pas Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar, ziarah /lawat keRumah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DHPP Bukit Gantang sempena perayaan Deepavali
Lawatan kami sebelum ini tidak dimaklumkan pada mereka,keluarga kedua mereka terkejut dan teruja dengan kehadiran kami bersama DSN.
Berulangkali sdr Raja menegur saya kenapa tak call sebelum nak datang boleh dibuat minuman dan makanan..hi hi hi hi...
sebenarnya kami sebelum itu dah pun kenyang meraikan 40 tetamu Pas Kawasan Najib (Pekan) yang dalam rangka lawatan 4 hari bermula diPP dan berakhir diPejabat Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Dalam dok meraikan mereka ayam 3 ketul dgn nasi 2 pinggan ditolak masuk dalam perut ku..mana nak boleh tambah lagi..hi hi hi..apape pun "HAPPY DEEPAVALI" kepada semua penganut agama Hindu diseluruh Malaysia.


Pengerusi sekeluarga bersama YB YB dan YDP

Keluarga T/Pengerusi sdr Ravi

bapa Ravi tidak ketinggalan..dah berumur 84....Mungkin juga Pejuang Kemerdekaan?..kena tanya KJ..kenal ke ..?

Tuesday, October 25, 2011

Minuman Penuh zat..dari kerajaan UMNOBN..!

Minuman Penuh zat yang dibekalkan oleh UMNOBN..?adooooh adoooh....macam ini pun masih lagi mahu sokong depa lagi ke..?apa nak jadi anak anak kita kalau dibiarkan terus kuasa ditangan mereka..akhirnya akur pada rm50 dan kain batik sehelai..
Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah
Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

NONEPenemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.

NONEAir yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
  • SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
  • SMK Alor Pasir, Tanah Merah
  • SK Lata Rek, Kuala Krai
  • SK Juara, Rompin
  • SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

Bantuan diPerlukan

Sdr Rosli bin Adnan seorang pesara tentera L/KOPRAL alamat:669 JALAN 2 TAMAN SAUJANA JAYA ASSAM KUMBANG TAIPING.
Stroke sebelah badan(kanan) tidak dapat menguruskan diri,manakala isteri beliau Faridah, kaki dipotong kerana Penyakit kencing Manis .Anak seorang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga kedua ibu bapa beliau.Pendapatan hanya mengharapkan Pencen sdr Rosli sebanyak rm520.
Sebelum ini anak kerja kilang , pendapatan beliau cukup untuk menanggung 3 beranak,tetapi atas keperluan menjaga kedua ibubapa beliau terpaksa berhenti kerja dan sekarang sepenuhmasa dirumah.
KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MEMBANTU KELUARGA INI BOLEH BERHUBUNG TERUS KE TALIAN 016-6752184(FARIDAH) ATAU ziarah kerumah beliau dialamat diatas.Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun:SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.atau setiausaha 019-5403449.maklumkan tujuan sumbang :amaun :melalui sms atau panggilan.



UMNO BN pembela Melayu.....? .VIDEO

sebelum ini:KLIK DISINI
video

Monday, October 24, 2011

Pandai memenor Urus wang Rakyat...!

SIFIRNYA simple..kalau aku terlepas hang akan sapu..baik aku dulu....hi hi kalau Pegawai nya terlepas..Pegawai Tinggi..kalau Pegawai Tinggi terlepas...Menterinya sapu..Tapi KALAU SEMUA TERLEPAS..akhirnya dikepit celah Jari manis aje.....kan Mudah..sooo TIADA ALASAN LAGI UNTUK TERUS BIARKAN MEREKA(bn) MEMEGANG KUASA PEMERENTAHAN DIMALAYSIA INI...Fikir fikirkan...
Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

NONEJabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
NONE“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

UMNO BN pembela Melayu.....?


Mohd akhir..UMUR 63 tahun..menjadi Ahli UMNO sejak 18tahun.....45 tahun dah UMNO..akhirnya "HARAP PAGAR PAGAR SONGLAP PADI"............
SETERUSNYA>>>>>>:
Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong..beliau telah mengusahkan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau disamping isteri beliau buka warung minuman berdekatan Masjid Trong....
ikut apa yang dikatakan oleh Beliau...pada 2002 beliau telah ke PDT taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu dan beliau majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat ingat dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau dimana beliau terkejut dengan makluman Pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 mei beliau masukkan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen )..beliau juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 dis 9 hb bila mana beliau tidak menerima sebarang makluman dari PDT mengenai permohonan beliau.(ada salinan)..*akhirnya SEPERTI BIASA BABAK BABAK AKHIR ..Bila mana seorang Pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari ahad 27 mac 2011
*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu Isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 mac 2011.
setelah berbincang diPejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan EN Harun..tiada alasan.
Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada mac lalu menawarkan rm5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu Tanah tersebut..khik khik...berakhirlah sudah :HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.

nanti saya Uploadkan video..dengar apa ucapan sdr Mohd Akhir ..


tanah sudah mula diratakan..?ada cerita ..disebalik kejadian ada tangan misteri yang mahukan tanah itu utk membesarkan projek mereka yg berdekatan.

durian dah pun berbuah dan mengeluarkan hasil..

Sunday, October 23, 2011

ANTARA beberapa Darjat...

Roboh haram didenda RM500..apa cerita Roboh Halal...masjid pulak tu..?Peristiwa meroboh Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada Khamis, 2.10 petang 26 Mei 2005 adalah satu mala pertaka yang tak dapt dilupakan.

Peristiwa ini telah menunjukkan UMN* boleh buat apa sahaja termasuk menjual agamanya sendiri. Islam Hadh*ri adalah omong-omong kosong untuk menentang kebangkitan Islam.

Masjid yang hampir siap, adalah titik keringat usaha penduduk setempat. Mereka bergotong royong mememastikan kerja-kerja pembinaannya berjalan lancar. Anggaran perbelajaan setakat ini lebih daripada RM100,000.00
...

tunggu denda atau Hukuman diAkhirat kelak..mampu ke menghadapinya wahai banjingan banjingan yang berikan kerjasama dengan hati yg rela dan kotor.(buat petugas yg tidak dapat elak kerana tugas dan arahan tetapi hati penuh hiba lagi bantah..hanya Allah yg mengetahui dan keputusannya)

Denda RM500 roboh rumah guna jentolak

23/10/2011 6:41pm

MARANG — Mahkamah Majistret Marang hari ini mendenda seorang warga emas RM500 kerana merobohkan rumah yang didiami anak dan cucunya sendiri dengan menggunakan jentolak, Mei lalu.

Tertuduh, Mat Yasin Ali, 71, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh dan mendenda RM500.

Peguambela Ahmad Fairuz Jusoh ketika mengemukakan rayuan meminta agar hukuman diringankan memandangkan anak guamnya sudah berusia dan ini merupakan kes pertama melibatkan tertuduh.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan gopoh sehingga mendatangkan bahaya dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan, denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh dengan seorang lagi yang masih bebas menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah di alamat Kampung Batu 13 Jalan Kuala Berang, pada kira-kira pukul 9 pagi, 1 Mei lalu.

Rumah berkenaan didiami oleh Mohd. Sukri Yusuf yang merupakan cucunya bersama ahli keluarga yang lain. — Bernama

kalau jadi sama....dalam mahkamah berapa tahun pulak..?adakah lagi org tua yg mudah Lupa..?

Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin
Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

NONEDua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

mahathir subang airport 220706 mahathir gesturingPakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.

Friday, October 21, 2011

Muka cun gilor..Tapi sayang jadi Pencacai UMNOBN..?

APA GUNA MUKA LICIN DAN COMEL KALAU PENDIRIAN TAKDE..?APA GUNA BERTUDUNG LITUP KALAU BIARKAN DIRI DIRAMAS DAN DIPERAH..?.....SENDIRI JAWABLE..?

tak guna seduit yopppppppp...!

Rektor panggil sidang media tergempar

Posted by admin on October 21st, 2011

Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) telah mengadakan sidang media tergempar berikutan isu pensyarah Fakulti Undang-undangya, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dikenakan surat tunjuk sebab ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Sidang media tersebut telah diadakan di pejabat Rektornya dan dipengerusikan oleh Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin (gambar) di kampus induk UIAM di Gombak pada pukul 12.30 tengah hari Jumaat tadi.

Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang itu bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Rektor UIA, Dr Zaleha berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

“Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,”katanya pada sidang media di UIA di sini, Jumaat.

Isu penggantungan tugas Abdul Aziz mula timbul selepas beliau dikenakan surat tunjuk sebab atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Difahamkan surat berkenaan telah dikeluarkan oleh unit undang-undang UIAM Rabu lalu dan Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan.

Sementara itu, peguam pakar perlembagaan itu, Dr Dzukarnain Lukman pula mendakwa, Abdul Aziz bukan sahaja dikenakan surat tunjuk sebab malah beliau turut digantung tugas.

Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama

Peringatan Buat pemerentah....salahguan Kuasa..berakhir dalam Tong Taik

eloknya ambil pengajaran dari insiden yg menimpa Gaddafi..waktu berkuasa wooow hebat dalam pemgumpulan harta rakyat dan kuasa..akhirnya lobang tandas yang disembunyi...ambil iktibar.

PM Libya: Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap

October 21, 2011
Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters
TRIPOLI, 21 Okt — Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Muammar Gaddafi. — Foto Reuters
Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

Jangan dibiarkan siMaloun dan tangan tangan Ghaib disebalik itu...

eloknya disaman dimahkamah antarabangsa biar sampai terberak dalam seluar dalam..maloun pun geng..

Anya Sun: Saya tak kenal, tak pernah jumpa anak Guan Eng

October 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Seorang pelajar perempuan, yang gambarnya digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk mengaibkan anak lelaki Lim Guan Eng kononnya telah melakukan gangguan seksual ke atasnya, hari ini menafikan dia mengenali atau pernah berkawan dengan remaja berkenaan.

Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan hari ini, juara sukan catur Anya Sun Corke (gambar) menegaskan, gambarnya telah digunakan secara tidak wajar tanpa pengetahuan atau keizinannya.

“Hakikatnya, saya tidak pernah dijadikan mangsa dalam mana-mana keadaan oleh budak ini atau keluarganya,” kata Corke lagi.

Corke yang sedang belajar di Wellesley College, Amerika Syarikat, berkata, dia terkejut dan kecewa dengan perkembangan ini.

“Saya berharap bahawa ia tidak akan berulang,” katanya lagi.

Dia seterusnya berkata, “saya tidak pernah melawat Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu.”

“Saya tidak pernah bertemu atau mendengar mengenai mana-mana pihak yang terlibat (dalam isu ini). Saya pun tidak pernah diserang secara fizikal dalam apa jua cara,” katanya sambil menambah, dia bersimpati dengan remaja terbabit.

Kenyataan Corke dikeluarkan dua hari selepas DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town, kata DAP kelmarin.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu pelajar perempuan satu kelas dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Kelmarin, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

Pengetua sekolah anak lelaki Lim pernah juga telah menafikan dakwaan sedemikian.

Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP awal minggu ini telah mengecam tindakan blog-blog pro-Umno dan beberapa pemimpin Umno yang mengaibkan beliau dan anaknya dengan dakwaan tidak berasas.

Thursday, October 20, 2011

Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat & Negeri.

.. Exco Neg Kedah YB IR Amiruddin Hamzah(Pengerusi Lajnah Asas Tani Pas Pusat) dan YB Hj Ramli Tusin Adun Gunung Semanggol(Pengerusi Lajnah Asas Tani Pas Perak) telah mengadakan lawatan sambil mencari peluang perniagaan yang dapat disalurkan kepada rakyat, ke Kilang memproses makanan Laut ACE FRONT INDUSTRIES SDN BHD diKamunting pada 19hb okt.Rombongan kami telah dilayan dengan begitu baik sekali oleh Pengarah Urusan tuan Hasamudin,selepas taklimat dan melawat tempat memproses sumber laut yang kebanyakkan hasilnya dieksport keluar negara kami juga dibawa ke kolam menternak Udang, syarikat itu di Sg Kerang.
seterusnya lihat video dibawah}}}}}}
Bhg 1


Bhg 2.

Wednesday, October 19, 2011

Awas..Menjelang Deepavali...

kalau setakat dicampur daging Kambing dan Lembu kira boleh tahan..apa kata dicampurnya Daging Katak bersama lembu atau kambing..memandangkan Katak yang berisi semakin maharajela semenjak dua menjak ini..?haru haru..

Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu


GUNA SELAN (tengah) melihat daging kambing yang dijual di Pasar Chowrasta di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.

Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.

“Kita harap peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan menjelang perayaan Deepavali ini memandangkan permintaan bagi daging kambing meningkat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Chowrasta di sini semalam.

Laporan sebakul tak kesah..Laporan sekeping olhe Kotak buruk diambil peduli..

ADOSSSSSS ADOS POLIS MALAYSIA ATAU POLISI UMNO PAK..????Nun dimerata balai laporan berdozen dan bergross mengenai UMNOBN..Polis diam membisu..dengan hanya sekeping laporan Mat Kotak..Polis bergegas nak siasat Aziz bari..eloknya tukar LOGO le...mat ranjau..

Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan

October 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Aziz (gambar) yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.

“Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin beliau diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung isu yang sama ekoran satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.

Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan ke atas Aziz.

Antaranya, Senator Ezam Mohd Nor menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen juga membidas Aziz kerana kenyataannya ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat.

Tuesday, October 18, 2011

UMNO cibai.....

Tuan Firdaus sahabat saya semasa PRK Bukit Gantang..harap sabar atas Ujian Allah terhadap enta..apa pun ini baru ujian ringan dan kesabaran amat penting buat masa ini.....UMNO memang layak berperangai sebegitu kerana bodoh dan bioool....

Gagal Halang Mat Sabu & Guan Eng, Rumah YDP PAS Segamat Disimbah Cat Merah

Segamat, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.

Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.

Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.

“Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka” katanya.

Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.

“Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini,” ujarnya.

Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.

Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi. -HD
greenboc

Dari Perkasa dan naik taraf ke samseng jaga jalan..

cerita ini takyah le nafi..memang seluruh rakyat 1malaysia tahu ..ini adalah kerja kerja samping geng UMNO cibai...ditempat aku pun ada juga..tapi bila sekumpulan ekor tegak meruncing..bila dia seorang seorang..diam membisu bagai tak reti pepe..cibai punya UMNO..soal polis pun 2x 5 dah tahu kekadang buat buat tak tahu dan payah nak ambil tindakan..tambah lagi bila ketua 3line nak buat kenduri..adoooh POLIS bagai jaga Sultan ramai akan turun sebab ramai dari siPolis pun geng 3 line...bila le boleh aman 1malaysia ini..?

Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga [updated]

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT

greenboc

Diri sendiri Pun Katak Busuk ada hati nak cabar orang lain

Katak puru sibuk mencabar..yang diri sendiri belum tentu boleh jadi calon..."KATAK TAK SEDAQ DIRI" sepesis katak yang paling "BANGANG"..ada di KULIM...
Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

anwar qazaf case at syariah court 070110 zulkifli nordinBagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli (kanan), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab,” katanya dipetik Utusan.

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

“Justeru dia perlu letak jawatan,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE“Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

“Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam,” katanya dipetik Berita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE“Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

“Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan,” katanya dipetik Berita Harian.

Monday, October 17, 2011

Sodomy II: Defence closes, prosecution to apply for rebuttal witnesses

KUALA LUMPUR: The defence team in the sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim closed its case Monday.

However, Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden applied for leave from the court to call four more rebuttal witnesses to testify in the Opposition leader's trial.

The rebuttal witnesses are in regards to the evidence by the seventh defence witness Dr Thomas Hoogland, who testified that Anwar was unable to engage himself in the sexual conduct of sodomy due to his back problems.

The prosecution will submit its application to the court Tuesday.

Anwar, 64, is on trial for allegedly performing carnal intercourse against the order of nature on his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan at Desa Damansara Condominium in Bukit Damansara, between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008. He faces a jail term of up to 20 years and whipping if convicted.

Race quotas, politics led to falling UM standards, says World Bank study

October 17, 2011
KUALA LUMPUR, Oct 17 — A World Bank publication has found that standards at Universiti Malaya have fallen and the institution has been kept at a disadvantage because of race-based admission quotas and political interference in university management.

In contrast, Singapore’s decision to prioritise research, keeping English as the medium of instruction and a merit-based admissions policy have all contributed to the success of the National University of Singapore’s success, according to “The Road to Academic Excellence,” which studies what contributes to a world-class research university.

The study also noted that Malaysian secondary school students are not well prepared for tertiary education.

It points out that the Malaysian education system promotes rote learning, conformity and uniformity rather than fresh and creative thinking.

The study is led by two scholars — Philip Altbach and Jamil Salmi — while various chapters see contributions from various academics.

Salmi, a Moroccan education economist attached to the World Bank, also notes that “disturbing political developments, from the burning of churches to the whipping of a woman for drinking beer in public,” also cast a shadow on Malaysia’s “image as an open and tolerant society.”

The comparisons between UM and NUS is contained in a chapter entitled “The National University of Singapore and the University of Malaya: Common Roots and Different Paths.”

The chapter is authored by Hena Mukherjee, a former Universiti Malaya department head with a doctorate in education from Harvard University, and Poh Kam Wong, an NUS Business School professor.

According to the study, “at an early stage, the Singapore government realised the universities’ role in sustaining economic growth.

“In contrast, after 1970, UM’s institutional goals reflected the New Economic Policy, an affirmative action plan for ethnic Malays and indigenous groups, put in place in the wake of disastrous 1969 ethnic riots that took the lives of hundreds of people on both sides of the racial divide.,” the study found.

The authors said that apart from the student quota system, the NEP translated into more scholarships to Bumiputeras, special programmes to facilitate their entry into higher education institutions, and the use of the Malay language in place of English in the entire education system by 1983.

“In UM and in government, the policy impact spiralled upward so that Bumiputera staff members, over time, secured almost all senior management, administrative, and academic positions.

“As NUS kept pace with the demands of a growing economy that sought to become competitive internationally, with English continuing as the language of instruction and research, UM began to focus inward as proficiency in English declined in favour of the national language — Bahasa Malaysia — and the New Economic Policy’s social goals took precedence.”

The study noted however that there has been widespread recognition that the implementation of affirmative action policies in Malaysia has hurt the higher education system, sapping Malaysia’s economic competitiveness and driving some (mainly Chinese and Indians) to more meritocratic countries, such as Singapore.

In the broader study, the lead authors found that research was an important element in the making of a world-class university, as well as top-grade talent.

“We’re both convinced that serious research universities are important in almost all societies,” Altbach, who is the director of the Center for International Higher Education at Boston College, told the New York Times last week in an interview.

Said Altbach: “Independence, luck, persistence, some kind of strategic vision, adequate resources — usually, but not always, public resources — good governance structures, good leadership, the ability to attract good students and so on. But we have found that the quality of the faculty is really crucial.”

Salmi, who co-ordinates the World Bank’s activities related to higher education, told the same newspaper of their new 390-page study, which will be released later this month, that their advice is like that supposedly given for a rabbit stew recipe: “First, catch your rabbit.” Only in this case the advice would be: “First, catch your faculty.”

“The difference between a good university and great university comes down to talent.”

Azizi Bari ..diantara Zulkifli dan Mat Kotak..hi hi

kalau setakat..Mat kotak dan Mat Kapcai..nak banding dengan Aziz Bari...boleh belah le 2ekor

Aziz Bari jawab Awang Selamat

Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

NONESebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.

Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.

lina joy court hearing palace of justice 300507 crowdTafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.

Buku-buku

Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.

majlis raja raja rulers council 300609 2Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.

Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.

Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.

NONEMereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun (1996-1998) . Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum 2008.

Kegilaan Utusan

Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.

NONESaya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.

Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.

Sikap tak konsisten

Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.

NONEHatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.

Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kata Utusan?

Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.


Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.

Saturday, October 15, 2011

Siapa sebenarnya pembohong..?

siapa Pembohong..UMNO atau Media..atau dua dua sameee...lu orang sendiri dengar..tapi apa pun kalau anda diLiwat boleh Jumpa PM kite....atau pun fat lady 1malaysia...dan amaran pada pelanggang pelanggan Pondan dimana mana taman....bayaran kena cantik..kalau tidak Pondan report kat PiiiieM kite...mampus kalian..hi hi hi hi..

Contoh terbaik..bagi bakal bakal calon BN..

Dah elok sangat calon calon wanita khususnya dari UMNOK..mengikut contoh wakil ini..kerana UMNO sejak kebelakang ini dah bagi tu sinonium soal soal sek ,bogel,dan video lucah....sebab UMNO secara terang terangan tayang video Lucah diHotel siap diberi kawalan..tapi rakyat tengok curi curi selalu sangat kena serbu dan cekup...ayuh calon calon...tapi jangan silap langkah ..apape pun boleh rujuk pada fatlady kita dia memang pakar soal ini...

Ahli Politik BOGEL Dalam Video Kempen Pilihanraya


Kontroversi boleh dijual.

Seorang calon parti politik di Poland telah menanggalkan baju di dalam video kempen pilihan rayanya.

Calon parti SLD wakil Katarzyna Lenart, 23, mencetuskan kemarahan ramai di atas video kempen tersebut, tetapi ia menegaskan bahawa itu adalah cara terbaik untuk menarik pengundi muda.

"Kempen saya mensasarkan kepada golongan muda," jawab Lenart. "Dan anak-anak muda hanya berminat dengan hal-hal kontroversi, malangnya."



Lenart berharap agar dapat terpilih di Lublin, muncul dengan berpakaian sederhana pada permulaan video sebelum mengoyakkan bajunya.

Akhirnya, dia menanggalkan coli berwarna merah jambu dan perkataan "CENSORED" (ditapis) menutupi payudaranya.

Satu mesej muncul kemudiannya bertulis: "Mahu lagi? Undilah SLD. Hanya kami boleh lakukan lebih.."

Seorang jurucakap SLD mengadu: "Saya tidak fikir ini adalah jenis iklan untuk parti politik berhaluan kiri. Kita perlu mengharamkan untuk pengiklanan seksis."
sumber pulakdah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails