BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, December 30, 2011

Demam Bachok ,Pasir Mas..melanda PP..

DALAM DOK SIBUK BACHOK,PASIR MAS DLL TEMPAT..AKHIRNYA MELANDA PP DENGAN VERSI YANG SAMA ISI YG LAIN...APA KATA HERO LUCAH.BELAAN UMNO..?
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti
Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Wednesday, December 28, 2011

Peluru,Bogel..senjata terakhir UMNOBN..!

hi hi dah habis dah Talian Hayat...UMProno..hantar peluru pun pakai Pos saja....hi hi mengaku Pulak Melayu...masa bila pulak Melayu diajar berperangai macam dajjal ni....semua ini asuhan UMNO,Perkosa dan sewaktu dgnnya..buat aje persidangan..keris diangkat naik konon konon pejuang..pejuang taik kucing aje kome.kalau cakap mengalahkan suara beruk mengawan..cilako le koorang semua yang mengaku Melayu...
Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos
Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.

"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.

Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".

Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuesday, December 27, 2011

Mac atau bila..yang Pasti UMNOBN ditumbangkan

RAMALAN DAH MACAM MACAM...TAPI TINDAKAN DAN HASILNYA APA MACAM..?KENA PASTIKAN UMNOBN KECUNDANG ITU YG PENTING..JANGAN PULAK SELEPAS PRU 13 UMNOBN DAPAT VITAMIN TAMBAHAN..HARU DIBUATNYA..
Pilihan raya umum Mac depan?| Print |
Harakahdaily   
KUALA TERENGGANU, 27 Dis: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.

"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.

"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.

"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.

Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.

Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.

Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali ini khasnya di Terengganu.

Bagi beliau, Umno Terengganu sudah terlalu kekeringan idea dalam menghadapi PAS sehingga terpaksa menimbulkan kembali isu yang sudah berlangsung puluhan tahun lalu iaitu isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman.

Ia dibangkitkan dalam satu titah Tuanku Sultan Terengganu di sebuah masjid baru-baru ini yang antara lain kesal kerana masih ada pihak yang tidak bersembahyang di masjid kawasan masing-masing.

Namun isu ini dijawab dengan mudah oleh penduduk kariah masjid Pengadang Baru dekat sini.

Masjid Pengadang Baru adalah masjid kerajaan negeri tetapi jawatankuasa dan imannya di kuasai oleh pemimpin PAS tempatan.

Ekoran itu, ramai pemimpin Umno tempatan tidak sembahyang termasuk sembahyang Jumaat di masjid itu.

Antaranya adalah Pengerusi JKKK Pengadang Baru yang sembahyang di masjid lain iaitu Masjid Kubang Durian.
(Dua orang kanak-kanak remaja menyampaikan sumbangan derma untuk dana pilihan raya kepada Datuk Mustafa Ali sambil diperhatikan Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dalam majlis makan malam mengumpul dana Dun Ladang).

Ekoran itu, Mustafa merumuskan Umno sudah kekeringan idea untuk melawan PAS.

Oleh itu, pilihan raya ini disifatkan beliau sebagai masa terbaik untuk PAS merampas kembali Terengganu.
Dalam pada itu juga, Mustafa Ali mengingatkan jentera parti agar tidak mengharapkan masalah ‘dalaman’ Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya.

Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya.

Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

“Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional ‘berbalah’ (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri,” tegasnya.

Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya.

Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat

Ajal UMNO dah semakin Hampir ke..???

Takkan cepat sangat nak kibar Bendera separuh tiang...apa pun tunggu sehingga UMNO dikuburkan diterengganu..baru betul...  

  
Khairul Azlam Mohamad   
BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.
“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.
Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.
“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.
“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.
Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.

Kecuaian Pegawai kerjaan atau Geram atas dasar Parti..?

Sepatutnya Pegawai yang terlibat diambil tindakan...Kes semacam ini bukan baru dah banyak dan dimerata jabatan kerjaan..cuma kalau mangsanya orang awam yang kurang pengetahuan akan jadikan santapan siPegawai yg berotak dungu lagi remote UMNO..sepatutnya pegawai yg terlibat diambil tindakan keras sebagai contoh Kera Jaan prihatian pada Rakyat..saya sendiri memang pernah hadapi kerenah sebegini ,tapi bila kita mengeras dan cakap ala politik sikit terus pegawai terbabit tolak masaalah kita pada pegawai lain..binawe betul makan gaji dari wang rakyat tapi buat kerja untuk UMNOBN..
Isu MyKad: JPN mohon maaf pada Mufti Perlis
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.
  
Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.
  
"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.
  
Jumaat lepas, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.
  
Jariah berkata kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.
  
"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya

Saturday, December 24, 2011

Kan elok..guna sikit otak sebelum buka mulut..

NASI DAH JADI KANJI.....APA BOLEH BUAT..HENTAM SAJA LABU..JANJI JANGAN SELEPAS INI NAK SOKONG KEMBALI SI umnO SIOOT ITU...
Hasan tarik balik kritik negara kebajikan
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

NONESebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan (kiri) sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Friday, December 23, 2011

Lembu pulak bakal diUsung...?

hi hi hik...mungkin selepas ini LEMBU LEMBU...akan diusung ..Tilam dah jenuh diusung..nanti pakat ramai ramai usung Lembu Lembu diladang untuk dijadikan bukti...apa macam..?


SPRM serbu pejabat NFC
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.
NONEPegawai berkenaan dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut yang diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.
Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Thursday, December 22, 2011

Deyyyy MELAyu UMNO tengok sini

wahai penyokong dan pengampu UMNO..tengok menteri luorang apa dia buat dgn duit zakat yang diperuntukkan untuk rakyat Miskin..walaupun mereka telah mengantikan semula tapi macam ini ke tindakan Pihak yang diamanahkan menjaga wang zakat kutipan dari orang ramai...cehhhhh..masih ada lagi yg mahu membela mereka mereka ini..kenapa siooot terlampau le koorang ini..
Wang zakat diguna bayar kos guaman menteri
Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Ketua Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.

Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit.

Wednesday, December 21, 2011

MCA tidor lagi ke...?

DULU MEMANG SEMUA PERCUMA SEBAB HARTA RAKYAT DISANGKA HARTA EMAK PAK KOORANG...KALAU TAK MAMPU NAK BAYAR SEWA.KENAPA DOK SIBUK NAK BUAT PROGRAM..KONON UNTUK MASYARAKAT..DEYYY MCA LU ORANG LAGI BAIK MASUK BILIK TONTON VIDEO BOSS KOORANG ADAJUGA STIM NYA...KASI KACAU DAUN AJE...MELALAK TAK TENTU PASAL...

Dulu dewan percuma kini kena bayar RM760


INILAH Dewan Seri Setia di Sungai Way Petaling Jaya yang didakwa mengenakan sewa terlalu mahal.


PETALING JAYA – Penduduk membantah tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang didakwa mengenakan kadar sewa terlalu tinggi bagi orang ramai menggunakan Dewan Seri Setia di Sungai Way di sini.
Pegawai Penyelaras MCA di Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Kelvin Chong berkata, caj yang dikenakan sebanyak RM760 sehari itu dianggap terlalu tinggi
“Bayangkan, kami menggunakan dewan itu untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan selama enam jam sahaja tetapi kadar sewa yang dikenakan begitu mahal,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Menurut Kelvin lagi, pihaknya tidak kisah untuk membayar sewa seperti yang diarahkan MBPJ, namun ia perlu ditetapkan pada kadar yang berpatutan.
“Jika untuk aktiviti bersama masyarakat pun mereka nak ambil kesempatan, kami menganggap itu tiada sifat timbang rasa.
“Lagi pun, sebelum ini, dewan tersebut digunakan secara percuma untuk kegunaan aktiviti masyarakat tetapi selepas kerajaan negeri bertukar, kami kena sewa pula,” katanya.

Lunak le sikit..dari komen Hasan ali..

‘Tiada niat sebesar zarah untuk sertai Umno’| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).
“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.
Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.
“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan  politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.
Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.
Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.
Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.
“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.
“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi.

HAJI NAJIB@LEBAI SONGLAP...?pIMPINAN uMNO DENGAN SKIM CEPAT KAYA..Lahabauu

mampus le woooi ..kalau macam ini punya geng masih ;lagi rakyat mau sokong hancusssssss..Negara..akan tergadai bersama dengan kedai pajak gadai sekali pada negara Luar....mau lagi sokong orang macam ini ke woooi..?
Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.

Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.
(Laporan akhbar Harian Metro)

Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.

Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.

Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.
(Gambar kanan, tandatangan  kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini)
Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.

Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.

Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.

Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.

"Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu

"Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
(Surat Setiausaha Sulit Najib yang mengesahkan sokongannya)

Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J".

Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.

"Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.

"Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya.

Dengar Boleh...PERCAYA....?ek eke ke..

MACAM CERITA..KENTUT DAN BUSUK...SIAPA KENTUT..AKU TAPI BUSUKNYA BUKAN SEBAB AKU KENTUT...MACAM ITU LE CERITANYA..BILA UMNO BUKA MULUT..INI BUKAN RASUAH TAPI SUMBANGAN
Awang Adek akui terima deposit, tapi...
Aidila Razak
12:11PM Dis 21, 2011
Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.

Tuesday, December 20, 2011

Kesan..bila Tukang merapu dilantik jadi Menteri

APAKAH JADAHNYA NAK DISAMPAIKAN OLEH SIMENTERI BENGKANG INI..DAH PUSAT PUSAT...MEMANG LE PERUNTUKKAN KENA BANYAK DAN LEBIH..SEBAB SEGALA HASIL KUTIPAN DARI CUKAI DAN MACAM MACAM LAGI ADALAH MILIK PUSAT....SO APA YANG DI DOK MOMOK KAT SINI NI...ADOOOH..KALAU DAH TUKANG PENCACAI DILANTIK JADI MENTERI AKHIRNYA ..MACAM INILAH STANDARD OTAK MEREKA..
Noh: Peruntukan pusat lebih berbanding negeri
Peruntukan yang disalur kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau memberi contoh peruntukan tahun ini yang mana kerajaan pusat menyalurkan RM2.7 bilion untuk negeri itu.
NONEDi bawah Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan pusat untuk melaksanakan 628 projek di negeri itu, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian, katanya kepada pemberita, di Shah Alam.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata selain itu, sebanyak RM16.95 juta disalurkan untuk 11 projek yang diminta pemimpin tempatan ketika lawatan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Selangor sebelum ini membentangkan  belanjawan berjumlah RM1.43 bilion, yang mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri untuk tahun ini.
Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan surat pelantikan kontraktor untuk fasa kedua membina dan menaik taraf perhentian bas di seluruh Selangor, merangkumi 67 projek bernilai RM9.1 juta.

Monday, December 19, 2011

Kenapa harus berlaku sewaktu Suami berkuasa..?

PIMPINAN PR SEBOLEHNYA ELAKKAN SITUASI SEBEGINI...INI BERLAKU SEWAKTU SUAMI ATAU ISTERI MEREKA BERKUASA..KENAPA INI HARUS BERLAKU DIWAKTU ITU..?NAFI MEMANG SEMUA ORANG BOLEH..TAPI KITA KENA SELIDIK DAHULU A..ADAKAH SYARIKAT INI SEBELUM INI MASUK TENDER DIMANA MANA JABATAN KERAJAAN..KALAU ADA KIRA OK JUGA...TAPI KALAU HANYA MASUK TENDER SEWAKTU KAUM KELUARGA BERKUASA...KESAHIHAH MASIH BOLEH DIPERTIKAIKAN..?APA MACAM...KALAU NAK ADIL KENA ADIL DALAM SEMUA HAL DAN SITUASI....TAMBAH LAGI SEKALI MASUK TENDER TERUS BERJAYA..INI LAGI PROBLEM...
Kontrak lounge suit: Penulis blog dicabar lapor SPRM
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mencabar penulis blog pro-BN untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat isterinya.

Beliau turut mengakui bahawa syarikat isterinya, Wong Seow Ching memenangi kontrak untuk membekalkan pakaian lounge suit kepada ahli majlis kerajaan tempatan Ipoh pada 2008.

Syarikat Ethan & Elton Sdn Bhd itu bagaimanapun mendapat kontrak berkenaan melalui proses tender terbuka melalui Majlis Bandaraya Ipoh, katanya yang menegaskan perkara itu berlaku dengan bersih dan telus.

Menteri besar pada waktu itu, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin dan juga beliau sendiri tidak terlibat dalam lembaga tender, kata Nga.
Mereka juga tidak terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nga berkata syarikat yang membida untuk membuat pakaian berkenaan pada kadar RM650 sepasang itu diuruskan oleh rakan kongsi Wong.

"Isteri saya cuma rakan kongsi lelap," kata ahli exco Perak itu lagi.

Sunday, December 18, 2011

Semalam ..awang adek..melalak kat bachok..arini...!

wahai ahlee..semalam orang bachok dah sedaq..! arini pulak orang terengganu dah lupa diri ke..?
Permainan politik berbagai ragam..jangan kembang punggok nanti disumbat Tilam...hi hi hi..YANG SEBENARNYA ADALAH....BERJUANG KERANA ALLAH...KERANA ISLAM..DALAM SATU JEMAAH...ADAKAH ITU JEMAAH UMNO..?KHIK KHIK KHIK..JEMAAH ARI JUMAAT AJE YOB....

Bekas ketua puteri Umno ikrar menangkan PAS
Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 18 Dis: Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN.

Bertempat di Dataran Pasar Maras di Batu Rakit di Terengganu baru-baru ini beliau menjelaskan beliau serta 80 orang yang lain menyertai PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu," katanya yang dipetik Buletinonline.

Ruhani yang pernah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008 berkata, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Ekoran itu beliau mengambil sikap meninggalkan mesyuarat tersebut dan tawar hati dengan sikap Umno yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

Sambil menyifatkan Umno sebagai ‘tuli’ dan 'pekak', beliau telah nekad untuk menentang projek itu biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran dari dalaman parti sendiri.

“Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,

“Inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya,”katanya tidak puas hati.

Namun ujarnya, Umno kemudian bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“Kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,” jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,” tegasnya

Saturday, December 17, 2011

Kelantan Lumpuh....!

Habis selepas ini Kawasan Bachok dan seterusnya Kelantan ..tiada lagi ahli PAS..mungkin yg tinggal hanya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa saja...ha ha ha ha..kalau ya pun cari la tajuk yg lebih sesuai dan serasi dengan UMNO..zaman kadok pun naik segan dgn UMNO...ini pulak anggota Pas yang dikatakan masuk UMNO..ceh....adek sungguh siYB ini...
120 anggota PAS Bachok sertai Umno
Seramai 120 penyokong PAS di Kampung Beoh di Bachok mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru Umno di kampung berkenaan, hari ini.
Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.
"Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.
Mohd Nor berkata ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.
Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi nama cawangan Umno Redang.
Ia bakal menjadikan jumlah cawangan dalam bahagian itu 151 buah.

Syabas MB..cadang Bubar Syabas..untung goyang teloq..

Minta SYABAS dibubarkan
erujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.
Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?
Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.
Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.
Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.
Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.
Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.

Friday, December 16, 2011

Eloknya Letak Jawatan..

KALAU DAH MACAM INI PERANGAI MEREKA ELOKNYA LETAK JAWATAN..DAH TAK HADIR MESYUARAT MANA NAK TAHU PERKEMBANGAN DAN TINDAKAN...MASUK AJE UMNO BOLEH JUGA BELA LEMBU ..KAYA YOP...... 
Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat - Mustafa
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Thursday, December 15, 2011

1000kali pun Aiman tak kisah..

Lagi seribu kali pun Aiman UMNO tak kisah..duit "LEMBU" masih berbaki lagi... 
selepas bayar rm200 ribu teruskan fitnah.cukup simple dan mudah...nak tunggu bangkrap..duit "LEMBU" boleh tampung ..apa nak diherankan !
Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

NONESehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema  'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.

Tuesday, December 13, 2011

Berdesing..WALAU PUN TIDOR SEKELAMBU..!

ADA APA...RIDHUAN TEE SEMBUR 

BERDESING..DAH SEDAR DAN INSAF ATAU 

ADAMAKAN TANPA BAYARAN..?



RIDHUAN TEE: JANGAN HINA HUKUM HUDUD

POSTED BY ADMIN ON DECEMBER 13TH, 2011
Kolumnis akhbar Utusan Malaysia Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah ‘penzina’ dan yang ‘berlatar belakang menjijikkan’.
Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, ‘jangan terlalu kurang ajar’.
“Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.
“Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau,” tulisnya
Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.
Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.
“Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
“Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’?
“Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?” soalnya lagi.
Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud.
Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain.
“Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan,” tegasnya.
Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.
Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.
“Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.
“Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional,” kata Ridhuan (gambar).

Friday, December 9, 2011

Mamak Melayu UMNO yang Paling Hina..

Geng Mamak sendiri tak sanggup mengaku Jiman ini sebagai bangsa keturunan mereka..yang layak dan mahu Jiman bersama adalah UMNO sebagai mereka serupa....AKAI TERLEBIH BODOH DARI LEMBU..TAK MUNGKIN ADA MANUSIA YG WARAS BERTINDAK SEMACAM MAMAKMELAYU JIMAN INI...ADOOOH TERUSKAN TINDAKAN SEBEGINI BUAT BANYAK LAGI MAJLIS SEUMPAMA INI BIAR RAKYAT NILAI SENDIRI..SIAPA SEBENARNYA UMNO AND THE GENG...AKHIRNYA TAK BERBATU NISAN DIPP DALAM PRU 13 NANTI

awas.....Jangan adakan Tahlil atau Majlis bacaan Yasin tanpa permit..!

Hancur..campur tangan UMNO..akhirnya ..masyarakat yang mahu mengadakan majlis bacaan Yasin Perlu mohon Permit..kalau ada kaum keluarga yg nazak..beritahu pada siPesakit itu jangan nazak sebelum mohon permit "POLIS"Jangan mati sebelum Mohon Permit Polis,Jangan buat Tahlil sebelum mohon Permit Polis...Jangan Jangan..buat sebarang majlis agama sebelum Mohon Permit Polis..kecuali kalau nak buat dangdut,karaoke,jemput artis separuh bogel dan macam macam maksiat silakan tanpa gangguan mana mana pihak KHASNYA DARI UMNO.....hancussssssssss..kalau dah macam ini pun masih lagi ada Insan yg gelar 'MANUSIA"mahu lagi sokong puak puak dajjal ini..?waaaa betul betul konfiusssssssssss.
Ada cubaan sekat program bacaan Yaasin muslimat
Harakahdaily   
PASIR MAS, 9 Dis: Kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar di sini hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.
“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.
Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.
”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya.

Kaki Bodek di samun Mat rempit..?

Kalau saifool pun boleh adu pada PieeM..takkan tukang bodek takleh adu..so apa kata buat PC dan Live diTV 3/4 perjumpaan dgn PieeM...PieeM kita untuk semua

ND Lala disamun pelesit rempit


Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.
Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.
Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.
Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.
Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.
"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Wednesday, December 7, 2011

TUDIAAAAAA..Hebat 1Malaysia..

Malaysia memang Hebat/Disana siPemberi Rasuah telah diHukum atas kes memberi Rasuah pada sianu sianu..Tapi Hebat macam Lembu kat 1Malaysia sipenerima rasuah yang dimaksudkan..bebas dan relax kerana atas alasan OKU....itu aje...MAMPUS.....Lain kali kalau nak ambil Rasuah isi borang UMNO dulu dan Jak Pimpinan tertinggi..mungkin anda selamat dalam kawalan mereka..!

SPRM digesa siasat sepenuhnya dakwaan Alstom
Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.

Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah "melawat" pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.

Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star.
"Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia," kata satu kenyataan TI.

Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa.

Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

NONEIa berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an.

The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut
Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas.

Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah "mangsa salahlaku kakitangannya", tetapi enggan mengulas lanjut.

Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara.

Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif," serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia.

Tuesday, December 6, 2011

Lapor apa bendanya yop..?

Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Seorang blogger, Amin Iskandar akan membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Amin hari ini, laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Jalan Travers petang ini.

"Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM," kata Amin dalam kenyataannya.

Ini bukan pertama kali penulis ini membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS.

Moto perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM.

Sekarang ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Bung mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan diselewengkan untuk lain-lain tujuan.

Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete.

Menurut Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan beliau  terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian Insider.

"Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

"Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak," katanya dalam tulisan itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails