BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 16, 2012

sejak 1990..baru nak sedaq...atau baru teloq berbulu..?

NASIB BAIK KOORANG MENANGKAN PR..BOLEH JUGA UGUT ATAU DEMO TUNTUT HAK SEBAGAI RAKYAT..kalau biar BN terus perentah selangor..TAK MERASALE KOME BULU DITELOQ KOME..YAK....!isu semenjak 1990 bukan baru...dah nak palam dah hidung kome...baru ada akai...dalam itu pun skrip bikinan UMNOBN gelong juga...kilangnya sejak 1990 bising dan berabuk tapi awatnya kena tunggu 18 tahun baru ada PENCEMARAN....loooo bodoh sokme kome..

‘Kami beri masa sebulan’

hmetro.com.my
 Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTAH...penduduk membuat demonstrasi membantah operasi kilang simen.
BANTAH...penduduk membuat demonstrasi membantah operasi kilang simen.
MERU: “Kami beri masa sebulan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu bunyi bising dan habuk kilang simen yang terletak kurang 50 meter dari rumah penduduk.
“Jika kerajaan negeri gagal berbuat demikian, kami akan mengadakan demonstrasi aman di depan pintu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” itulah amaran yang diberikan penduduk, S Hassan Kuthoos Syed Ahmad Kaber, 38, berhubung pencemaran berpunca daripada sebuah kilang simen di Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru, di sini, semalam.

Penduduk tidak tahan hidup dalam keadaan tidak selesa disebabkan habuk dan bunyi bising yang dikeluarkan sebuah kilang simen sejak tahun 1990-an lagi. Katanya, masalah pencemaran itu sejak dari 2008 sehingga kini dan masalah semakin meruncing sehingga membahayakan kesihatan penduduk.
“Tahap kesihatan kebanyakan penduduk terjejas dan sering diserang penyakit seperti asma dan batuk.

“Jika dibiarkan masalah ini berlarutan, dikhuatiri pelbagai lagi penyakit akan menyerang penduduk dalam jangka masa panjang,” katanya.

Tambah rumit apabila lori dari kilang simen dan kilang berhampiran turut melalui kawasan berkenaan mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak.
Beliau berkata demikian sewaktu melakukan demostrasi di hadapan kilang simen berkenaan yang dihadiri kira-kira 50 penduduk dari kedua-dua taman perumahan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Daya Maju, Muhamad Haswar Ewan berkata, pihaknya sudah menghantar pelbagai aduan kepada pihak bertanggungjawab sejak 2008.
“Namun aduan itu seolah-olah tidak diendahkan dan dipandang sepi kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami sudah hantar pelbagai surat kepada Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor semenjak 2008, tetapi tiada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya.

Haswar berkata, pihaknya pernah dihalang pekerja ketika ingin berjumpa dengan pemilik kilang itu.

“Kami pernah bersemuka dengan pemilik kilang itu dan pemilik kilang itu pernah berjanji akan memindahkan operasi kilangnya.

“Namun janji tinggal janji dan pemilik kilang itu sehingga kini gagal memindahkan operasi kilangnya,” katanya.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang tegas mengenai isu ini secepat mungkin bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

4 comments:

CIFUT said...

Baru nak sedaq?
Apa punya bangang soalan tu.
Kan dah tertulis dlm laporan tu, penduduk dah bantah lama dah.
Tutup je lah blog sampah ni!!

Anonymous said...

Pasal tu org2 selangor menangkan PR PRU12 ari tu. Ingatkan boleh harap ler.. rupa2nya x leh buat kerja jugak, lagi hancor ada la. Hahahaha!!

Suhaimi said...

Ni taman aku ni bro...taman ni baru lg le ..kilang ni sebelum ni gudang pastu tahun 2008 br aktif beroperasi...2008 br le start buat aduan...dah sebelum ni taman ni pun xde lg takkan le kitorang nak buat aduan bg pihak org kampung...siasat dulu le baru bleh masuk urusan taman orang...

Anonymous said...

mmata ciput ...tak faham ke..baru sedaq sebab baru berani demo..kenapa lama dulu tak demo..takut taukeh kilang ke..?lagi pun kilang dibuka tahun 1990..faham faham aje siapa dalang disebalik itu..selama ini didiamkan..sekarang kan dah musim PRU..kena war warkan...mamat suhaimi pulak tak kesahlah kalau taman itu baru atau lama...isunya kilang itu..kenapa awal awal tak buat bantahan macam kes lynas dipahang..takut umno sabotaj ke...dah musim PRU jadi sibok sgt masuk tv 3/4 dan media kroni...pirahaaaaaa...memang umnobn dajal 1dunia le woooi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails