BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 28, 2012

Kerana Halal...disekat..cuba kalau Haram..siap ada yg bela..

Nasib norfadilla..mengandung secara Halal..macam macam kerenah..kalau mengandung Haram..akan tampil macam macam beruk dan Lembu membela mereka..
2.dalam komen artikel aku sebelum ini:

Tak mustahil....tak lama lagi 1malaysia akan diPimpin oleh" Raja Seks"

ada mangkuk mana entah komen..kenapa tak mau percaya video yg disampaikan oleh ambiga dan anwar bersama mereka...:::apalah punya siot...dia ni..dah didepan mata...dan bersepah kejadian dalam era Pemerentahan UMNOBN...yang sedang merobekrobekan Islam..yg itu kenapa sipengomen tak nampak..siapa Anwar sekadar seorang YB Pembangkan..apa kuasa yg diada..dimana yg berkuasa..bertindak bawa kemuka pengadilan..apalah punya siooot..yg dok tayang video seks kat carocosa..hotel bertaraf berbintang bintang oleh siPemfitnah kenapa tak mau bertindak tapi siap diberi kawalan dan penuh dgn Immuniti..takpayah lah koorang cakap soal Ambiga..dia dah sedia Kafir...luorang tengok dan tanya..Pimpinan Islam yg berselimut bersama siPencaci Islam..dah bermacam macam kerenah..tapi tindakannya hampeh....lu buang karen waaa kalau komen macam cibai ini....


Penghakiman kesaksamaan gender berdepan rayuan

Ia merupakan satu penghakiman yang amat penting yang telah dicalonkan untuk anugerah 'International Gender Justice Uncovered' tahun ini. Bagaimanapun, ini tidak menghalang kerajaan untuk merayu keputusan tersebut.
NONEItulah nasib Norfadilla Ahmad Saikin, 29 (kiri), yang menyaman Kementerian Pelajaran dan kerajaan kerana menarik balik surat pelantikannya sebagai guru sandaran  tidak terlatih (GSTT) di sebuah sekolah menengah di Kajang tiga tahun lalu, hanya kerana dia hamil  tiga bulan.
Beliau menamakan dua pegawai daerah, Jabatan Pelajaran Selangor, kementerian dan kerajaan sebagai defendan dalam samannya, untuk memohon pengisytiharan bahawa pembatalan tawaran penempatannya itu menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan.

Norfadilla telah berjaya dalam satu temuduga dengan jabatan tersebut yang menawarkan penempatan pada bulan Januari 2009.

Bagaimanapun, beliau dan dua lagi guru sandaran ditanya sama ada mereka hamil atau tidak, dan apabila dimaklumkan yang mereka mengandung, surat tawaran itu terus ditarik balik.

Tidak putus asa, Norfadilla dan suaminya menulis surat kepada kementerian berkenaan untuk meminta penjelasan, dan kemudiannya mereka mengambil keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

Dalam penghakimannya pada 12 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusof mengisytiharkan bahawa Malaysia terikat dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), yang ditandatanganinya sejak 1995.

Dalam penghakimannya yang terdapat di lamanweb loyarburok,Hakim Zaleha memetik Artikel 11 (1) CEDAW di mana negara anggotanya hendaklah mengambil segala langkah-langkah sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan, atas asas persamaan antara lelaki dan wanita, hak-hak yang sama khususnya dalam peluang pekerjaan, dan kriteria yang sama untuk pemilihan.

Beliau juga menyatakan bahawa Perkara 11 (2) CEDAW menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengambil langkah-langkah untuk melarang pemecatan atas alasan mengandung.

Kementerian Pendidikan dan jabatan memutuskan tidak menerima Nurfadilla berdasarkan satu surat pekeliling bahawa guru GSTT tidak boleh hamil kerana sepanjang tempoh tersebut selama dua bulan di antara masa bersalin hingga sihat sepenuhnya, wanita berkenaan mungkin kerap tidak dapat bertugas atas pelbagai sebab kesihatan, dan apabila bersalin, dia perlu perlu diganti dan guru ganti tidak boleh mengisi tempat guru GSST.

Bagaimanapun, Hakim Zaleha berkata CEDAW bukan setakat satu pengisytiharan tetapi juga merupakan satu konvensyen.

Memetik kes Ezam Md Nor, Hakim Zaleha berkata CEDAW "mempunyai kuasa undang-undang dan mengikat negara-negara anggota, termasuk Malaysia".

"Ini lebih-lebih lagi memandangkan Malaysia telah mengikrarkan komitmen berterusan untuk memastikan amalan di Malaysia serasi dengan  peruntukan dan prinsip CEDAW seperti yang terbukti dalam surat dari Misi Tetap Malaysia kepada Misi Tetap negara anggota PBB bertarikh 9 Mac 2010," katanya.
NONE
Peguam Edmund Bon (kiri), yang merupakan peguam utama Norfadilla,apa bila ditanya mengenai keputusan kerajaan untuk merayu, berkata sudah tentulah pihaknya merasa kecewa.

"Kerajaan telah menandatangani CEDAW dan meminda perlembagaan untuk mengharamkan diskriminasi jantina pada tahun 2001, dan ia secara nyata membuat komitmen kepada masyarakat antarabangsa dan khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendukung piawaian antarabangsa mengenai kesaksamaan gender," katanya.

Sebaliknya, kata Boon, kerajaan perlu menerima keputusan itu, maju ke depan dan memastikan tiada kes-kes seperti ini berlaku.

Friday, January 27, 2012

Tak mustahil....tak lama lagi 1malaysia akan diPimpin oleh" Raja Seks"

HA HA HA ADA LAGI....AYYYYYOOO..TAK LAMA LAGI ,TIDAK MUSTAHIL RAJA BURIT,RAJA FITNAH AKAN DIANGKAT MENJADI PIMPINAN TERTINGGI 1MALAYSIA ...kalau masih membiarkan siPembawa Fitnah dan siPenanyang Video Lucah..bermaharajelela....
Datuk T dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat'
Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

datuk t charged 240611 shuib lazimDalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu -Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.

Thursday, January 26, 2012

RAMAI YG SANGGUP MENJADI LEMBU HANYA KERANAAAA..

SEMATA MATA NAK SELAMATKAN JUHI CAWATLE RAMAI MELAYU SANGGUP DIGELAR LEMBU DAN DILEMBUKAN..TAMBAH LAGI BILA RAJA KATAKIS TURUT MELOMPAT TAK TENTU ARAH DLM KES NFC....WAAAA INGAT LEMBU LEMBU DINFC MESTI SENYUM MELIRIK PANJANG...MELIHAT GELAGAT MANUSIA MANUSIA YG BERIA RIA MENJADI LEMBU...
Jingga 13: 'Lagi Usaha untuk Selamatkan Shahrizat'





SHAH ALAM 26 JAN : Jingga-13 menyifatkan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai 'pelik' memandangkan pendedahan berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC)telah dilakukan sejak beberapa minggu lalu.

Semalam Jabatan Audit Negera menjelaskan Laporan Audit Negara tidak menyebut perkataan kucar-kacir atau penyelewengan dalam laporan pengauditan terhadap projek NFC.
Pengerusi Jingga-13, Fariz Musa ketika dihubungi TV Selangor mempersoalkan, mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan di saat isu ini sedang memuncak seolah-olah perkara ini dilihat sebagai satu 'konspirasi' dalam usaha menyelamatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selain cuba untuk mengelirukan rakyat.
Katanya, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, jelas berlakunya kucar-kacir dalam pengurusan NFC yang menyebabkan sasaran yang sepatutnya diperolehi oleh NFC gagal dicapai berdasarkan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini.
"Persoalannya sekarang pusat fidlot dikendalikan oleh keluarga Shahrizat yang harus bertanggungjawab terhadap kegagalan yang bukan sahaja dalam mencapai sasaran tetapi apabila dibongkarkan penyelewengan dan kucar-kacir pengurusan yang dilakukan oleh keluarga shahrizat mengurus tadbirkan perjalanan fidlot ini.
"Jadi apa yang kita lihat sekarang adalah cubaan untuk memecahkan isu diantara NFC dengan NFCorp. Itu yang cuba dilakukan oleh kerajaan dengan tujuan untuk menyelamatkan keluarga Shahrizat," katanya.
Mengulas lanjut perkara ini katanya, terdapat kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid dan Tan Sri Ambrin Buang.
"Banyak persoalan yang masih belum terjawab. Pertama kita nampak terhadap kekeliruan dalam kes yang disebut oleh Datuk Seri Azmi Khalid bahawa pengeluaran wang berlaku pada tahun 2008/2009 dan perjanjian ditandatangani pada tahun 2010. Dinafikan oleh NFC bawaha ianya diluluskan pada tahun 2007.
"Tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara semalam, bahawa kelulusan pada Mac 2010. Jadi kita nampak bahawa ada kekliruan di sini. Maknanya kenyataan Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini betul.
Perjanjian antara Kementerian Pertanian dengan NFC ialah pada tahun 2010. Dan disangkal oleh NFC baru-baru ini dalam Malaysiakini mengatakan bermula pada tahun 2007 kelulusan dibuat kepada NFC untuk menguruskan perbadanan fidlot ini," katanya.
Selain itu, Jingga-13 turut mencabar NFC supaya mendedahkan butiran penggunaan kad kredit yang dikatakan berjumlah hampir RM600,000 memandangkan sebelum ini NFC menafikan perkara berkenaan

Sunday, January 22, 2012

SEJAK BILA KATAK MENJAGA LEMBU

Pemberi maklumat NFC telah mencuri RM2.7 juta, dakwa Ibrahim Ali

January 22, 2012

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.
Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.
Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.
"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.
Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.
Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.
Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.
Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.
Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.
Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.
PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.
Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.
NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.

Friday, January 20, 2012

Kahk kahk..setakat hari INI..cerita tak lari dari SKRIP..


khik khik..skrip cerita Punggok masih mengikut Landasan yg ditetapkan....kita Tunggu dan Lihat destinasi terakhir cerita Punggok Busuk saiffol...tajaaan umnogk...
AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat II
Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.
Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
  
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
  
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
  
Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".
  
Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.
  
Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan  Peguam Negara.
Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang, adalah terlaksana.

"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar. Kepada Allah saya berserah," tulis Saiful.

Thursday, January 19, 2012

Macam cerita Pencuri saman Tuan Rumah kerana report

macam macam le zaman 1malaysia ini...Penyamun zaman Ali Baba ada Public Holiday..tapi zaman 1malaysia dah cenggih macam Pencuri mengadu kerana Tuan Rumah yg dicuri report Polis..aiiiis aku pon naik poning...kereranh 1Malaysia ini..

Saman dari Shahrizat memang ditunggu - Rafizi

Harakahdaily,19 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pengarah Starategi PKR, Mohd Rafizi Ramli(gambar) berkata, saman daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya berhubung pendedahan isu NFC sememangnya ditunggu-tunggu.

Katanya, ia kerana mereka mahu menggunakan peluang mahkamah untuk terus mendedahkan secara lanjut dakwaan penyelewengan dalam projek NFC tersebut.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya.

Beliau mengulas saman RM100 juta terhadapnya dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin oleh Shahrizat yang difailkan di mahkamah hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

Sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi.

Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.

"Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan
mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya

Wednesday, January 18, 2012

Dari Pekan sampaile ke Hutan semua diPaksa jadi 'BALACI"umnok...!

saMPAI KE FELDA PUN DIKERAHKAN BALACI BELAAN UMNO..KERANA TAKUT TERBONGKAR DAN DIRI MEREKA TERBURAI......cinabeng tulll..

Felda guna polis bantuan halang Anak ke Perasu

M Faqih | Foto Rizal Tahir,18 Jan 2012
GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit.
Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut.
Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu.
“Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan.
“Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini,” kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam.
Rupa-rupanya tambahan anggota polis bantuan Felda didatangkan khas ke Felda Perasu bagi menghalang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengadakan pertemuan dengan peneroka di kawasan itu.
Dua laluan utama ke Felda Perasu dikawal ketat oleh anggota polis bantuan Felda. Setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu disekat dan menanyakan apa tujuan kedatangan mereka.
Lebih aneh lagi program Anak bersama peneroka Perasu sudah mendapat kelulusan polis melalui permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.
Bagaimanapun hasil rundingan Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah Kesedar (Waris), Hamdan Jusoh dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin serta peneroka hanya beberapa kenderaan termasuk dinaiki Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dibenarkan masuk.
Sekatan tersebut menyebabkan perjumpaan dengan peneroka dan jamuan laksa yang sepatutnya diadakan jam 3 petang terlewat.
“Saya tidak pasti apa sebenarnya laporan dihantar pihak pengurusan Felda Perasu kepada pihak atasan sehingga dikerah begitu ramai anggota polis bantuan ke sini.
“Tidak pernah berlaku lagi kawalan yang begitu ketat dibuat, seolah-olah akan berlaku rusuhan di sini,” kata seorang peneroka yang enggan mendedahkan identitinya.
Mazlan berkata, beliau bersama rombongan Anak dan Waris datang sekadar untuk bertemu mata dengan peneroka bagi menyelami masalah dihadapi mereka.
Lagi pun kata beliau, perjumpaan itu mendapat kebenaran pihak polis melalui permit yang dikeluarkan, namun Felda pula cuba menghalangnya.
“Saya datang ke sini dijemput peneroka tempatan bagi berbincang dengan mereka. Ia tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan pasukan khas (task force) yang diseliakan anggota Exco berkaitan Felda dan Kesedar.
Menurutnya pasukan khas seperti itu sudah diwujudkan di Selangor dipengerusikan seorang anggota Exco berperanan menangani masalah yang dihadapi peneroka Felda.
Kedatangan Mazlan dan rombongan Anak juga dikecam melalui beberapa sepanduk yang digantung di kawasan Felda terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu.

Tuesday, January 17, 2012

sekarang Bekas Menteri UMNOBN dedahkan..tak percaya lagi..?

isu yg dah basi...sebelum ini sampai kering tekak..Pembangkang dedahkan..takde yg mau percaya..nak sekrang bila dah jadi bekas bekas....luah dari mulut sendiri...apa macam...?
Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai


Oleh Lee Wei LianJanuary 17, 2012PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.



Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.



“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.



“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”



Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.



Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.



James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.



Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.



Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.



“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.



“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.



“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.



Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.



“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”



Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.



Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

Monday, January 16, 2012

Lembu 1Malaysia ..guna kad kredit..

ARAHAN PiEEEm KITA BEKUKAN SYARIKAT NFC TAPI BEKU APA KALAU MASIH MENJALANKAN PERNIGAAN...KAHK KAHK KAHK ..ARAHAN DIATAS PENTAS SAHAJA KE..?adooooh poning lagi..
Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC
Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.
Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.

"Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

"PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.”

Saturday, January 14, 2012

Beku yang boleh dicairkan atas kehendak Kuasa Tinggi..

hi hi hi ..Lembu Punya Pasal Ijat bercuti.....Hebat le Lembu Kondo.....
Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.
    
Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.
    
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk  Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.
    
Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
    
Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.
    
"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.
    
"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC

Friday, January 13, 2012

Jawatan Exco hilang...tak de Problem..selepas ini lebih hebat.

oooit setakat hilang Jawatan Exco apa nak diheran...selepas ini akan menjadi superExsos..Perkasa..taklama lagi mungkin ada majlis Pertabalan Hasan Ali..sebagai" Exsos Perkasa".sama naik dengan serikandi lopong kak umi..
Hasan Ali digugur dari jawatan exco k'jaan S'gor
Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.
Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.
"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.
Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.
"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.
Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.
Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

Thursday, January 12, 2012

kahk kahk kahk Punya le serius..Di Tawar RM10 rIBU...

ah ah ah Tawaran Hebat rm10ribu...siapa yg kenal atau cam wajah wajah diMalaun itu..lekas ..report pada Polis...Ongkos nya jangan dilupa..Rm10ribu..

RM10,000 ganjaran untuk tangkap ‘pengebom’ di mahkamah

January 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.
Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.
"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.
Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.
Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.
Siasatan polis membawa kepada penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.
Menurut Mohamad, letupan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan keadaan huru-hara kerana kawasan perkarangan mahkamah pada ketika itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai ekoran perhimpunan pembebasan Anwar 901.
Mohamad sebelum itu berkata, "bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan menggunakan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar berdasarkan penemuan yang ditemui di kawasan letupan."
Menurutnya, bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.
Letupan tersebut telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.
Bom pertama meletup sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan disusuli letupan kedua selang beberapa minit kemudian berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.
Letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.
Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan lain.
Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan di bawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan mengagapnya "anggapan kecil media", malah menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.
"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.
Sebarang maklumat berkaitan insiden pengeboman tersebut hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan  IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Tuesday, January 10, 2012

Pencacai BERONG....dari geng 1malaysia..

kahk kahk..Lembu Punya pasal..banner jadi mangsa..Pencacai Berong naik minyak sebab susu Lembu diperah orang..bioool punya mamat

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

Harakahdaily,
(Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh)
TEMERLOH, 10 Jan: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.
Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.

Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails