BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 26, 2012

Penyamun Modennnnnn...Trkejut tangkap atau didakwa..!ila mau diTa

NFCorp ‘terkejut dan keliru’ dengan kenyataan awal Bukit Aman

February 26, 2012

Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negri Sembilan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Feb - NFCorporation (NFCorp) melahirkan rasa terkejut dan keliru dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam bahawa pengarah-pengarah syarikat itu disyorkan didakwa atas kesalahan pecah amanah.
Sambil menyifatkan kenyataan itu “terlalu awal”, NFCorp mempersoalkan motif di sebaliknya kenyataan itu mendakwa Syed Ismail bertindak di luar bidang kuasa.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, NFCorp berkata, oleh kerana polis sendiri mengatakan siasatan masih dijalankan, kenyataan sedemikian adalah sesuatu yang bersifat tiba-tiba.
“Kedua, nampaknya Ketua Pengarah Jenayah Komersial telah lupa bahawa syarikat-syarikat berkaitan NFCorp di mana dana disalurkan adalah anak-anak syarikat NFCorp,” kata syarikat yang diterajui keluarga  Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Kata kenyataan itu lagi, Syed Ismail seolah-oleh tidak memahami fakta penting dan undang-undang dalam isu NFCorp.
“NFCorp terkejut dan keliru dengan kenyataan yang terlalu awal oleh Syed Ismail walaupun beliau mengaku siasatan masih berjalan dan masih belum lengkap.
“NFCorp mempersoalkan motif di belakang kenyataan itu, dilihat satu percubaan secara tidak adil untuk mempengaruhi keputusan Peguam Negara. Adakah Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial cuba menggunakan kuasa Peguam Negara, jika mengikut undang-undang merupakan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memutuskan jika terdapat satu jenayah atau bukan untuk tujuan pendakwaan,” katanya.
Semalam polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.
“Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah,” kata Syed Ismail.
Hari ini Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset NFCorp sama ada di Malaysia atau luar negara.
NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.
Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails