BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, February 15, 2012

Taiping Bakal Mengatasi Genting Highland..?????

Nak buat macam mana..Polis hanya boleh bertindak kalau ada laporan...Tapi bila dah ada laporan Polis kena tunggu siasatan yg menyeluruh...GITULAH TAIPING TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...SUATU MASA TERKENAL DENGAN KEINDAHAN TAMAN TASIK,ZOO ,MUZIUEM DAN CUACA YANG NYAMAN...Tapi masa berlalu...sekarang dah bersepah sepah pusat judi ..laporan penduduk pun dah bersepah...setiap kali sebelum sebarang tindakan dari Pihak berkuasa...semacam mereka memiliki BOMOH TERHANDAL..dapat menghidu dengan Pantas...anak anak muda semakin liar dan ganas...gara gara mencari duit utk berjudi dimesin mesin judi yang semakin bertambah bagai..cendawan racun...

ini kes yang terbaru..bagaimana seorang Penduduk berbangsa Melayu memenangi RM17juta melalui Permainan Judi mesin online..akhirnya..diburu sikuncu kuncu Taukeh....

‘Bukan dia saja diberi perlindungan polis’



KUALA LUMPUR: “Bukan saja dia, tetapi seluruh rakyat negara ini akan diberi perlindungan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan.
Beliau mengulas mengenai nasib seorang lelaki dikenali sebagai Alwi, 35, yang diburu serta diancam bunuh kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber berang apabila dia memenangi pertaruhan RM17 juta.

Menurut Abd Jalil, pihaknya sudah menerima laporan mangsa di Balai Polis Jinjang, di sini, semalam dan kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan, Abd Jalil berkata, mangsa baru membuat laporan dan polis memerlukan masa menjalankan siasatan.

“Apa yang pasti, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan lengkap kerana itu hak setiap rakyat Malaysia,” katanya yang mengakui mangsa menemuinya dan meminta pendapat berhubung insiden berkenaan.

Mengulas mengenai perbincangan mereka, Abd Jalil berkata, dia menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana ugutan berkenaan membabitkan keselamatan dan nyawanya.


“Polis hanya boleh melakukan siasatan selepas kami menerima laporan,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang pakar permainan judi komputer yang memenangi pertaruhan RM17 juta bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga dia terpaksa mendapatkan perlindung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails