BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, October 28, 2009

Gambar Sekitar Tragedi di Sk Kuala Dipang

Hari ini merupakan hari kedua tragedi Runtuhan Titi Gantung yang berlaku di Sk Kuala Dipang Kampar.Sekitar jam 3.30 Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin tiba di sana bagi melihat sendiri apa yang berlaku pada kejadian semalam.Kehadiran Beliau disusuli dengan ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.Dato Seri yang ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan bahawa ia bukan berpunca dari bahan yang digunakan akan tetapi dari faktor pembinaan yang mempunyai kepincangan dari segi struktur binaan.

Pada sebelah petangnya pula telah berangkat hadir Raja Muda Perak Tuanku Nazrin ke tempat kejadian.Ketibaan Beliau disambut oleh Rakyat yang hadir dan turut sama menyambut kedatangan Tuanku ialah Dato Seri Nizar yang bersama-sama mengiringi Tuanku Raja Muda ke Lokasi kejadian.Turut sama hadir ialah Datin Seri Wan Azizah ke kawasan tragedi.

Selesai disana Dato Seri Nizar melawat pula ke khemah unit penyelamat yang terdiri daripada anggota Unit Amal yang mana salah satu kejayaan penemuan Mayat mangsa yang pertama pagi tadi ialah atas usaha unit ini.Selesai itu Dato Seri Ir Hj Nizar meluangkan masa pula ke rumah mangsa pertama di Mambang Di Awan.Beliau turut menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa.Dato Seri juga berdoa dan mengharapkan agar kedua-dua mangsa yang masih hilang ditemui.

frm:sya,...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails