BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, October 17, 2009

Satu Malaysia...........HA HA ha....

Geng curi motosikal ‘1Malaysia’ tumpas

SUNGAI SIPUT (U) - Hasil operasi yang dijalankan secara berterusan menerusi Ops Lejang bermula 1 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Siput (U) berjaya memberkas sembilan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini.

Sebanyak empat kumpulan yang terdiri daripada kamu India, Melayu dan Cina berjaya ditumpaskan menerusi operasi berkenaan termasuk satu geng samun.

Mereka yang ditangkap berusia dalam lingkungan 13 hingga 30 tahun dan dua daripadanya adalah pelajar sekolah menengah, manakala kes samun membabitkan seorang penuntut kolej tempatan.

Ketua Polis Sungai Siput (U), Azman Salim berkata, dengan penangkapan tersebut pihaknya berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian motosikal sebelum ini.

Menurutnya, 14 motosikal dirampas dalam operasi berasingan yang dilakukan termasuk sebuah kereta membabitkan kes samun.

“Tiga geng curi motosikal yang melibatkan semua kaum berjaya ditahan iaitu satu kumpulan Melayu, Cina dan India manakala satu lagi geng samun dilakukan kaum India.

“Seramai 10 orang berjaya ditangkap termasuk seorang suspek kes samun di sebuah kedai telefon di kawasan ini dan atas maklumat orang ramai dia berjaya ditahan di Chemor kira-kira sejam selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, polis juga masih dalam operasi untuk menangkap dua lagi suspek kes samun yang sama.

“Semua kegiatan curi dan samun ini dijangka aktif sejak pertengahan tahun ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan IPD tersebut, kelmarin.

Azman berkata, kesemua yang ditangkap kebanyakan masih muda dan boleh disabitkan dengan kes kesalahan juvana serta masih tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Dipercayai dua pelajar sekolah yang ditahan juga sudah digantung sekolah.

“Mereka curi motosikal, buka dan pilih komponen yang mereka suka untuk dijual kepada rakan-rakan serta barang-barang yang tidak dikehendaki akan dibuang di dalam sungai berhampiran,” katanya.

Katanya, tangkapan ini akan dilakukan secara berterusan sehinggalah berjaya menangkap rakan-rakan suspek yang berkaitan.

“Ops lejang akan diteruskan sehingga tamat Oktober dan akan beroperasi selama sebulan,” katanya.
sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails