BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, November 2, 2010

Bila Jenayah ,Kezaliman ,kematian dijadikan Bisness..

TUNTUT TIDAK SALAH...yang salahnya bila Sipenjenyah tidak dilaksanakan Hukuman yang setimpal dgn perbuatan mereka....(ikut kepala otak aku aje)sepatutnya....harta-harta curi sipenjenayah dirampas..boleh le diberi kepada keluarga mangsa..selepas itu...DARAH DIBAYAR DARAH ..BUNUH DIBAYAR BUNUH..cuba peraktikan dihadapan Rakyat banting..amacam...ramai yg pengsan ramai yg terpadam kerana terkejut ..barule...rakyat dapat merasai/menghayati.....kesan/.hasilnya perbuatan jenayah dan kezaliman.(zalimke kalau hukuman sebegitu dikenakan kepada sipenjenayah..soalan ini kena tanya keluarga mengsa..?kalau tepat jawapan..tak mungkin anak mangsa menjadi ahli puteri amnooo)

Keluarga Sosilawati Fail Saman RM60 Juta

SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya hari ini memfailkan saman terhadap N. Pathmanabhan dan lima pekerja ladangnya yang didakwa terlibat dalam kes kematian jutawan kosmetik itu bagi menuntut ganti rugi RM60 juta.

Keenam-enam anak Sosilawati, iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari, Rizuwan Buhari, Md Erwan Nasri Buhari, Erni Rineelawati Buhari dan Siti Nur Fatimah Buhari memfailkan saman itu melalui Tetuan Kamarudin & Partners di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 8.45 pagi.

Selain Pathmanadhan, mereka juga menamakan K.Kathavarayan, R. Mathan, T. Thilailayagan, J.Sarawanan dan U.Suresh sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, kesemua anak Sosilawati antara lain mendakwa bahawa kematian ibu mereka pada usia 47 tahun telah menyebabkan mereka mengalami trauma dan penderitaan yang berterusan.

Peguam mereka, Kamarudin Ahmad ketika ditemui media, berkata keluarga Sosilawati menuntut ganti rugi RM60 juta selepas mendapat maklumat terbaru bahawa Sosilawati berhasrat menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia.

Kesemua anak Sosilawati bagimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails