ELOK DINAIKKAN..Tambah lagi..selama ini Rakyat telah diajar BN..kalau YB aje mesti banyak duit..pantang jumpa YB..minta duit utk ini dan itu hinggakan nak beli seluar dalam pun ada yang minta duit dari YB..ini yang telah diajarkan selama ini..agar dapat rakyat ditundukkan oleh YB YB BN..lagi pun kalau YB PR dibiarkan..kesempitan wang..maka unsur-unsur Rasuah amat mudah meresap dalam diri mereka...elok sangat kalau dapat Pihak k`jaan PR mengkaji isu ini dan seterusnya..naikkan sedikit elaun mereka..
Mana boleh hidup naikkan elaun kami, kata Adun Sekinchan
SHAH ALAM, 12 Nov – Wakil rakyat Sekinchan Ng Suee Lim mengesyorkan agar elaun Adun Selangor dinaikkan sekurang-kurangnya sehingga RM8,000 berbanding sekitar RM4,000 sekarang.
Menurut Ng, keseluruhan nilai elaun termasuk perumahan, hiburan dan tuntutan khidmat pemandu, yang jumlahnya RM8,000 tidak cukup jika diambil kira kos hidup yang terus meningkat.
“(Jadi) saya meminta agar elaun asas sekurang-kurangnya antara RM8,000 hingga RM10,000,” kata Ng pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
“Kos hidup harian semakin meningkat ... macam mana nak hidup? Perlu pinjam daripada ah long,” katanya.
Ng juga mendakwa kadar elaun semasa menyebabkan wakil rakyat dengan sendiri tidak boleh membiayai pengajian tinggi mereka.
Dalam resposnya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneliti saranan itu dengan mengambil kira kadar diamalkan di seluruh negara.
Ketika ditemui wartawan kemudian, Ng berkata, Adun di Sabah menikmati kadar elaun RM5,000 iaitu lebih tinggi berbanding wakil rakyat negeri lain.
No comments:
Post a Comment