MANA PERGI POLIS ATAU FRU..semua telah dipindahkan ke Galas dan Batu Sapi..huhhh kalau PR yg buat macam ini..cukup laju dan pantas mereka akan bertindak...tapi elok juga..Polis tak hadir..dapat juga tengok beruk beruk makyeh bergajut kat PAgar.....HA HA HA TUNGGU ..pUKULAN maut dari k`jaan negeri tak lama lagi....yg ini pimai pimai mesti ada tangan-tangan jahat dari ubn....Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.
Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.
DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.
Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.
Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat
Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambil-alih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.
Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
No comments:
Post a Comment