BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, December 9, 2011

awas.....Jangan adakan Tahlil atau Majlis bacaan Yasin tanpa permit..!

Hancur..campur tangan UMNO..akhirnya ..masyarakat yang mahu mengadakan majlis bacaan Yasin Perlu mohon Permit..kalau ada kaum keluarga yg nazak..beritahu pada siPesakit itu jangan nazak sebelum mohon permit "POLIS"Jangan mati sebelum Mohon Permit Polis,Jangan buat Tahlil sebelum mohon Permit Polis...Jangan Jangan..buat sebarang majlis agama sebelum Mohon Permit Polis..kecuali kalau nak buat dangdut,karaoke,jemput artis separuh bogel dan macam macam maksiat silakan tanpa gangguan mana mana pihak KHASNYA DARI UMNO.....hancussssssssss..kalau dah macam ini pun masih lagi ada Insan yg gelar 'MANUSIA"mahu lagi sokong puak puak dajjal ini..?waaaa betul betul konfiusssssssssss.
Ada cubaan sekat program bacaan Yaasin muslimat
Harakahdaily   
PASIR MAS, 9 Dis: Kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar di sini hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.
“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.
Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.
”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails