BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, December 4, 2011

Menteri BN yang semakin menggongggggggg

dey nonya..itu Projek kerjaan BN le yg suruh LGE bertanggung jawab kenapa le woooi..hang belajar macam mana dan macam mana jib boleh  lantik hang jadi Menteri ..aku naik poning..dah gagal dapat CF bermakna Projek sakit ...peruntukkan mungkin disalahgunakan atau beli kondo untuk parking kereta.....siooooot

Projek letak kereta: Guan Eng perlu bertanggungjawab

04/12/2011 12:04pm

JOHOR BAHRU 4 Dis. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Dr Yen Yen, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.
"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fabulous Food 1Malaysia - Street Food Festival 2011 di Johor Jaya malam tadi.
Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.
Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.
Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails