BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, September 15, 2009

FW: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung


Subject: FW: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung
Date: Mon, 14 Sep 2009 11:20:58 +0800
From: muhammad_sabri@rhbbank.com.my
To:

Salam semua,

Teruskan lah amalan sedekah dan amal jariah dan menyumbang kepada yang perlu

Firman Allah yg maksudnya: -

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Surah Al Baqarah 2:276

Mudah mudahan dengan usaha kita ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua, Insya Allah


From: Mariyah Bt. Rajak
Sent: Monday, September 14, 2009 11:06 AM
To: Muhammad Sabri Bin Muhammad Salleh
Subject: RE: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung

syukran ..

biasa aje ... btw en. sabri tolong gtau kak nab sumbangan dari Qanaah juga telah sy sampaikan. Adik Ibtihal sekeluarga suka sgt dgn pemberian tersebut .. byk katanya. Alhamdulillah. Pesanan dari kak nab pon dah sy sampaikan bersama name card dan brochure Qanaah

-----Original Message-----
From: Muhammad Sabri Bin Muhammad Salleh
Sent: Monday, September 14, 2009 10:51 AM
To: Mariyah Bt. Rajak
Subject: RE: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung

Salam,

Sy sangat terharu dengan usaha yang Hajjah lakukan … teruskan lah usaha murni ini

Wassalaam


From: Mariyah Bt. Rajak
Sent: Monday, September 14, 2009 10:45 AM
Subject: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung

frens.. yg bertulis merah tuh akaun maybank ye

-----Original Message-----
From: Mariyah Bt. Rajak
Sent: Monday, September 14, 2009 10:28 AM
Subject: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung

Salam...

Frens, sy dan kawan2 telah pergi semalam dan menyampaikan sumbangan anda semua. Semasa ketibaan kami hanya adik Ibtihal (anak yg kedua) bersama 2 org adiknya (seorg pompuan 18thn baru memasuki matrikulasi UM di Kelantan dan adik lelaki 9 tahun yg turut sama kemalangan, ada di rumah) bersama opah mereka yg dari Perak. Kami difahamkan yg lainnya telah dibawa keluar sebentar untuk membeli kasut raya.

Dari perbualan, kami difahamkan yg emak mrk masih lagi di ICU, keadaannya baik sedikit cuma ingatannya tidak stabil lagi akibat kecederaan di kepala dan terdapat sedikit kecederaan di tangan. Adik Ibtihal mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH dan berkirim "ASSALAMMU'ALAYKUM" pada anda semua yg membantu.

Sekiranya ada lagi yg ingin menghulurkan bantuan satu lagi akaun kakak sulongnya Imtinan Abdul Karim iaitu 1-62021-391312. Apa yg dpt kami lihat bantuan dari mrk yg perihatin alhamdulillah. Cuma kebimbangan kami survival anak2 ini setelah perginya ramadhan. Adiknya yg kemalangan hanya berdiam diri sepanjang kami di rumah. Beliau maklum akan pemergian ayah tercinta. Adik Ibtihal yg bekerja di Shah Alam akan berhenti bekerja dan cuba mencari pekerjaan yg berdekatan dgn rumah. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6092590 atau 013-3639629.

Pada rakan2 semua Jazakallahu khairan katsiran.

From: Mariyah Bt. Rajak
Sent: Friday, September 11, 2009 11:32 AM
Subject: DERMA KILAT - 12 beradik hilang tempat bergantung

Assalammu'alaykum..

frens,,sekiranya ada diantara kita yg ingin menderma sila beri pd sy. Mungkin sy dan kawan akan ke sana i'allah. Oleh kerana kesuntukan masa derma anda dlm bentuk wang sgt di alu2 kan. Wang blh diberi terus kepada sy atau dikredit ke akaun sy. 2-14129-00100845 .

Moga dlm 10 hari terakhir ramadhan ini segala amal perbuatan kita mendapat rahmat Allah. Sy dahului dgn ucapan jazakallahu khairan jazak.

HARI INI SAJE YE

*******************************************

Assalamualaikum,

Sekadar menyampaikan.

" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Tolong panjangkan email ini kepada sahabat anda yang lain . terima kasih.

TAZKIRAH RAMADHAN :

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada' Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

Rasullullah dalam Hadis : خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


DISCLAIMER
This information transmitted is intended only for the person or entity to which it is addressed and may contain confidential and/or privileged material. Any review, retransmission, dissemination or other use of, or taking of any action in reliance upon, this information by persons or entities other than the intended recipient is prohibited. If you have received this message and/or its attachment in error, please contact the sender and delete the material received from any computer. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to the official business of Celcom (Malaysia) Berhad Group ("Celcom") are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by Celcom. Celcom accepts no liability for the content of this e-mail, or for the consequences of any actions taken on the basis of the information provided, unless that information is subsequently confirmed in writing.

This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is addressed and may contain information that is privileged or otherwise protected from disclosure.If you are not the intended recipient you are hereby notified that any use, review, disclosure or copying of this message and the information it contains is prohibited. If you receive the message in error , please notify the sender by reply e-mail and discard all its contents. Thank You.


With Windows Live, you can organize, edit, and share your photos.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails