BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 26, 2009

Nizar News... Hendak Berpolitik? Sila Turun Tahta -

Titipan ini saya tujukan khas buat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Assalamualaikum, saya (Maaf saya tidak tahu berbahasa bangsawan. Malahan saya membahasakan diri saya 'Aku' pabila doa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. dan ingat, antara Tuanku dan saya tiada bezanya di sisi ALLAH kecuali amalan masing-masing) terbaca kenyataan Tuanku di sini.

Antara yang dilaporkan seperti berikut:

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.


Sebagai rakyat saya amat berbangga kerana ada raja Melayu yang cuba mempamerkan keperihatinannya kepada rakyat. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kerana kenyataan tersebut lebih berunsur politik kepartian, maka nasihat dan pandangan saya kepada Tuanku Sultan hentikanlah ucapan atau kenyataan yang meloyakan ini.

Tidak dapat dinafikan ada kerabat Pahang yang aktif berpolitik malahan menyertai kabinet. Kalau itu yang diimpikan oleh mana-mana raja atau sultan, tahniah. Tetapi perlu ingat, lakukan yang satu ini - turun tahta dan masuklah gelanggang politik secara sopan dan bertamadun. Apalah hebatnya berpolitik dari atas singgahsana!!!

Kepada Sultan, nasihat saya berikan

Kepada ALLAH SWT keampunan hamba Mu pohonkan.

*ini dah cerita lama dah....rasa macam campur pakistan..sal tu tuanku gayut kat BN
sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails