BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 19, 2009

Ujian DNA sah Noordin Mohd Top

Polis Indonesia hari ini mengumumkan ujian DNA yang dijalankan mengesahkan bahawa pengganas paling dikehendaki yang ditembak
mati di Solo, Jawa Tengah dua hari lepas adalah Noordin Mohd Top.

Ketua Bahagian Penerangan Polis Indonesia Nanan Soekarna berkata semua ujian lain yang telah dilakukan terhadap jenazah Noordin di Hospital Polis Kramat ati di sini juga positif menunjukkan jenazah itu adalah Noordin.

"Semuanya 100 peratus sepadan. Dari ujian cap jari dan hasil ujian DNA
semuanya membenarkan jenazah itu Noordin," katanya seperti dipetik detikcom hari ini, lapor Bernama.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri sebelum ini telah
memberikan pengesahan kepada media massa bahawa lelaki yang mati ditembak bersama tiga pengganas lain itu ialah Noordin, namun beliau tetap meminta unit forensik polis menjalankan ujian pengesahan DNA.

Laporan itu menyebut bahawa keluarga Noordin di Johor, Malaysia juga sudah diberitahu mengenai hasil ujian DNA itu.

malaysiakini..
nanti ada pula keputusan yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails