Kira-kira 300 orang penduduk di sekitar Lukut, Negeri Sembilan berang dengan tindakan pasukan Polis apabila kereta peronda Polis menolak untuk menghantar seorang kanak-kanak
berusia 13 tahun yang baru telibat kemalangan dengan sebuah kereta pacuan 4 roda untuk dihantar ke hospital.
Kereta peronda Polis yang kebetulan lalu di tempat kejadian telah diminta oleh penduduk di situ untuk menghantar mangsa ke hospital. Tetapi anggota Polis tidak mahu berbuat sedemikian dan berkata, itu adalah kereta peronda, bukannya ambulan.
Bagaimana pun, mangsa kakak-kanak berketurunan India yang menaiki basikal itu telah di hantar dengan kereta lain ke hospital bersama dengan pemandu kereta yang terlibat dengan kemalangan itu.
Namun, kakak-kanak yang tercedera parah itu telah meninggal dunia semasa didalam perjalanan menuju ke hospital.
Kejadian ini berlaku selepas tengah malam pada 19 September lalu.
Keengganan Polis untuk membantu kanak-kanak tersebut betul-betul menimbulkan kemarahan orang ramai. Di dalam suasana kelam kabut itu, seorang anggota polis berpakaian preman telah mengugut untuk menembak orang ramai jikalau mereka tidak bersurai.
Kira-kira jam 1 pagi, ADUN Port Dickson, YB Ravi Munusamy (PKR) tiba di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan dan menuntut anggota Polis yang berpakaian preman itu memohon maaf kerana mengugut untuk menembak.
Bagaimana pun, anggota Polis itu berkeras tidak mahu memohon maaf. Ini telah membangkitkan lagi kemarahan orang ramai dan akhirnya pegawai Polis itu akur untuk memohon maaf.
sumber:
No comments:
Post a Comment