MIC hari ini membuat keputusan mengejut dengan menggantung keahlian seorang perwakilannya ke mesyuarat agung parti itu Ahad lalu yang mencadangkan kalungan selipar diletakkan di potret Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau memutuskan tindakan sedemikian serta-merta terhadap perwakilan itu, yang tidak dinamakan, sementara menunggu keputusan jawatankuasa disiplin parti.
Bekas menteri kerja raya itu semalam berkata perwakilan tersebut akan menghadapi tindakan disiplin berhubung kenyataannya itu terhadap mantan perdana menteri.
Samy Vellu dan MIC menerima tekanan hebat daripada Umno khususnya agar memohon maaf kepada Dr Mahathir susulan kenyataan yang disifatkan "biadap" oleh, antaranya, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
"Saya berharap, dengan keputusan ini, isu tersebut akan selesai," kata bekas ahli parlimen Sungai Siput dalam satu kenyataannya.
Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu.
No comments:
Post a Comment