BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, February 28, 2010

ooooo..muka tak jelas..

ini rupanya kau..nyaris-nyaris terperangkap dek gila komu....he he he he ..ikut makumat kau masih singel..kenapa tak kahwin lagi..cuba kau goda SIPANGKOR MARI...ada juga can jadi wanita 1berak..ha ha ha ha ha tersilap wanita 1perak...

Inilah wanita cantik yang cuba merosak Imej DS Nizar.

Posted by Cikgu Din On 2/28/2010 02:53:00 AM
Sebentar tadi bersama DS Nizar dalam program masyarakat.DS Nizar bertanya berkaitan wanita yang cuba memfitnah Pegawai Khas beliau.

Kita menerangkan SMS yang Dato Seri Nizar terima itu merupakan datang dari wanita yang cuba memburukkan DS Nizar sejak DS Nizar menjadi Menteri Besar sah rakyat lagi.Namanya
kita tahu Nis..

Apabila kita merujuk gambar perempuan ini kepada Sdr Fadhil Idris ,Fadhil menyatakan beliau berkeyakinan wanita itulah berususan dengan beliau tempohari.

Apabila timbul perkara menyatakan Pegawai Khas cuba mengambil kesempatan keatasnya,kita terfikir rancangan jahat musuh PR rupanya berterusan.

"Cikgu mungkin wanita ini SB,"jelas DS Nizar kepada kita.DS Nizar berpesan supaya berhati-hati
dengan fitnah dan niat jahat musuh!

DS Nizar menyatakan wanita itu sepatutnya berurusan dengan YB kita,Adun Pokok Asam dan Aulong apabila kita beritahu wanita itu tinggal di Taiping.

Jamuan TBC.....

Jamuan Tahun Baru Cina Anjuran bersama Ahli Parlimen dan Adun Kuala Sepetang mendapat sambutan yang baik dari kalangan Penduduk setempat.
28hb Satu Majlis Jamuan TBC telah diadakan di padang Kota jaya simpang anjuran bersama ahli parlimen DSNizar dan Adun YB Tai seng eng .

diantara ucapan yg disampaikan oleh DSN:
*umnoBn memenag bekerja untuk menanamkan sifat perkauman dan membenci kaum yang lain,seperti ucapan pimpinan mereka :BASAHKAN KRIS DENGAN DARAH CINA,JUMPA ULAR DAN INDIA PUKUL INDIA DULU,ORANG CINA DATANG KE MALAYSIA UNTUK MENJUAL TUBUH,ORANG INDIA DATANG KEMALAYSIA UNTUK MEMINTA SEDEKAH,ini lah agenda-agenda jahat mereka,sedangkan tiada sesiapa pun insan didunia ini berhak memilih untuk dilahirkan dalam mana-mana kaum.

Seseorang manusia lahir kedunia ini dalam mana-mana kaum atau bangsa adalah hak mutlak Allah swt,macam mana kita yg lemah boleh mempersoalkan sesiapa pun yang bukan dilahirkan dalam Bangsa kita.ini umpama mempersoalkan Hak Allah swt.

serang mereka keatas kaum-kaum lain sebenarnya bersifat untuk kepentingan diri dan parti mereka yang semakin hilang kepercayaan rakyat seperti dalam kes Speaker Sivakumar,yb Hamidah pernah mengatakan didalam DUN..beetulke peptah melayu JUMPA INDIA DAN ULAR PUKUL INDIA DULU.dengan tujuan menyindir YB Sivakumar yang tegas,tapi dimasa yang sama dia juga mempertahankan Speaker Haram Lantikan UBN bukan YB pun Ganeson..Ganeson itu bukan Berbangsa India ke???

Inilah agenda jahat mereka untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka ,Kita dari Pakatan Rakyat tiada agenda sedemikian,agenda kita untuk terus mempertahankan kebenaraan tanpa mengira perkauman.

DSN:akhirnya saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan Jamuan ini dan diucapkan selamat Tahun Baru Cina





DSN ..berucap

ydp Kaw..bagi angpaw...
slide Penuh..



Kemaruk cinta.biasale..ini peem 1Malaysia kemaruk.surat bodek...

kemaruk surat cinta..biasale itu..ini peem 1malaysia kemaruk surat bodek dari murid-murid sampai sidalang jadi balang kosong...gaji Guru Besarrr.tapi kija Kaki Bodek,,peem....cilak betoi akai demo...itu salah satu tanda..kalau kuat makan rasuah..otak jadi berserabut,lagi bangan

Perihal pengetua SBT ‘bodek’ PM 1Malaysia
Ibu pelajar SBT
Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.
Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat 1Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).
Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.
Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat 1Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?
Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.
Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.

Gempa bumi...chile

Vehicles that were driving along a highway that collapsed during the earthquake near Santiago are seen overturned on the asphalt after an 8.8-magnitude earthquake struck central Chile early Saturday. -AP Photo/David Lillo) Rakyat Malaysia di Chile, negara yang dilanda kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter semalam, selamat, kata Timbalan Menteri Luar Senator, A. Kohilan Pillay.

Katanya, menurut pegawai kedutaan Malaysia di Santiago, semua petugas kedutaan dan anggota keluarga masing-masing serta para usahawan Malaysia yang berada di bahagian tengah negara di Amerika Selatan yang dilanda bencana itu, selamat.

Beliau berkata demikian malam tadi ketika dihubungi bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan rakyat Malaysia di Chila, negara yang mempunyai 17 juta penduduk, ekoran kejadian gempa itu.

Jabatan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan gempa bumi itu berlaku 90km dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer, kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia).

Laporan radio dan televisyen tempatan menyebut beberapa bangunan runtuh di bandar raya Curico dan terdapat kerosakan pada bangunan bersejarah di tengah ibu kota Santiago.

Lapangan terbang antarabangsa di Santiago terpaksa ditutup dan sebuah jambatan runtuh
umsia


Saturday, February 27, 2010

Mai tengkok..Pejuang Islam konon..

Align Leftah ah ah mengaku Pejuang Islam..sendiri pun tak terurus..nak juang Islam.chitttt..shit,

gambar ehsan :sendiri Mau Ingat...

52.sudah..dididik.....ada lagi sekejam ini.......


Update- Kanak-kanak Perempuan 4Tahun Mati Dipercayai Didera

Kuala Kubu Bahru
Selangor
26 Feb 2010

berita awal di bawah hanya mengandungi beberapa fakta asas yang akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Shafia Humairah Sahari - 4 tahun

Saya mendapat maklumat mengenai kes ini kira-kira 11 malam, Khamis 25 Feb lalu.

Ketika maklumat diterima, saya masih samar-samar akan bagaimanakh ianya berlaku.

Dan akhirnya, pada pagi tadi, 26 Feb 2010, saya menghubungi Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi meminta pengesahan.

Seperti biasa, Supt Norel Azmi merupakan seorang pegawai polis yang amat 'friendly' dan terus memberikan maklumat dan pengesahan seperti di dalam entry di bawah.

Beliau ketika itu, sedang proses check-in di KLIA untuk keluar negara beberapa hari atas urusan beliau, tetapi tetap meluang masa memberikan fakta kes.

Dan sebelah petang, saya segera ke Hospital Kuala Kubu Bahru bagi mendapatkan butiran lebih jelas.

Banyak maklumat dan keterangan diperolehi dan anda boleh perolehi di dalam akhbar hari ini.

Banyak 'behind the scene' yang tidak akan saya ceritakan di dalam blog ini kerana bimbang ia boleh menganggu siasatan polis.

Bagaimanapun, apa yang pasti. adik Shafia dari foto di atas, seorang yang comel, dan sukar diterima akal, bagaimana ada manusia sekejam itu terhadapnya.

Laporan bedah siasat ke atas mayatnya akan diketahui hari ini dan disitu kita akan mengetahui punca kematiannya termasuk banyak lagi fakta lain.

waaaaaaaaaaaaa..

waaaa tengok banner ini..tergelak sampai terkinCINgggg.wakh wakha...mana melayu amno...sanggup mati kalau nak pertahan Islam,kalau mati macam mana mau buat duit..harta sapa naka jaga..koikkk JANGAN CABAR KESABARAN MELAYU..BIAR UMNO GADAI DIRI DAN TANAH KEPADA CINA..he he he he ..tapi kami akan tuduh PR yang buat kija jual tanah kat cina..yg kami jual macam Gula perak,YTL(kilang simen Perak Hanjoong) bukan macam PR bagi tanah utk Tapak rumah 60 x70..kami jual berhektar-hektar..so JANGAN CABAR KAMI ,KAMI ADALAH TUAN SEBENAR...yang tanah orang asli pun kami Jual...khak kahk kahk..SPESIS TERMAGKUK ABAD INI..





muka Hensem..Otak Penuh dgn Pekasam..kahk kahk kahk..Melayu Konon..kurangkan makan belcan kalau tak otak oenuh dgn otak udang..nasib malang sipompuan yang sanggup jadikan hang sebagai suami..he hee hihihih

Mana Pegi..beruk-beruk dan jantan-jantan Pekasam

tak lama lagi akan ada pulak siberuk beruk makye dan Ahli-ahli Pekasam buat demo kat kedutaan kanada ke??,tapi kan walau apa pun bantahan dari mana-mana pihak.Pimpinan cool blooded dari UBN akan terus dengan rancangan mereka kecuali bila ada sebarang Kesan terus keatas mereka.....

Bekas PM Kanada Desak Najib Gugur Kes Terhadap Anwar

Oleh Dzulkarnain Taib

KUALA LUMPUR 26 Feb - Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kuncu-kuncu beliau di dalam Umno dan Barisan Nasional sibuk merancang pelbagai helah untuk menafikan Ketua Umum KEADILAN sebarang akses kepada keadilan berhubung perbicaraan "ala Gestapo" yang dihadapi beliau, kerisauan dan tekanan masyarakat antarabangsa semakin meningkat.

Terbaru bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin memberi amaran supaya kerajaan Najib mengugurkan tuduhan yang berunsur politik terhadap Datuk Seri Najib sekiranya Malaysia masih impikan untuk berada dikalangan negara-negara progresif dunia.

Dalam satu artikel beliau bertajuk "Speak Out For Anwar Ibrahim's Sake" dalam laman web akhbar "The Globe And Mail" Martin berkata Datuk Seri Anwar hendaklah dibenarkan bergerak bebas merealisasikan visi beliau terhadap Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

"Kehadiran ramai perwakilan asing semasa perbicaraan Anwar adalah bukti amat jelas betapa prihatinnya masyarakat antarabangsa terhadap kes beliau.

"Ini adalah satu isu di mana seluruh dunia perlu bersuara lantang mengenainya," kata bekas Perdana Menteri berusia 71 tahun itu.

Martin yang menerajui kerajaan Kanada dari 2003 hingga 2006 berkata beliau mengenali Datuk Seri Anwar sejak kedua-dua mereka menjadi Menteri Kewangan bagi negara masing-masing pada tahun 1990an.

"Anwar adalah seorang yang amat komited kepada demokrasi, keadilan dan negara hukum. Saya menyaksikan dengan penuh rasa takjub bagaimana beliau telah diperlakukan sebegini rupa hanya kerana komitmen beliau kepada prinsip-prinsip tersebut.

"Beliau kini dilihat sebagai ancaman kepada pegangan kuasa kerajaan yang memerintah pada pilihan raya akan datang - faktor utama yang mendalangi tuduhan terbaru terhadap beliau," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu Martin bersependapat dengan Ahli Parlimen Australia Michael Danby bahawa seluruh institusi kehakiman Malaysia dimanipulasi demi menyingkirkan Datuk Seri Anwar daripada arena politik tanahair.

"Danby berkata pendokong demokrasi Asia terkejut besar melihat apa yang berlaku kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia berserta masyarakat antarabangsa maklum bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes ini," kata Martin lagi.

Ributkan Otak...................

Madrasah Tarbiyah Islamiyah Matang(MTI),berjaya mengadakan satu Program BrainStroming di Seratak Anjung Resort Kuala Trong,dalam kawasan Dun Trong bermula 26 hingga 27hb Feb.

Mudir Ust Hafizul yang ditemui,memberitahu 17 orang peserta terdiri dari guru,Ajk Pentadbiran dan PIBG mengambil bahagian dalam majlis itu.

Jumlah keseluruhan bersama keluarga adalah 44 orang dimana sebanyak 8 bilik disewa di Seratak Anjung Resort tambah beliau.

Keadaan persekitaran cukup nyaman ,sesuai untuk membuat program -program sebegini,gangguan nyamuk agak ketara,kerana tapak tersebut terletak ditepi Kuala....sg Trong.
Makan dan minuman boleh ditempah bersama dalam Pakej penginapan,setiap bilik ada kemudahan Penyaman Udara anggaran kos untuk 1 malam (bilik sekeluarga) rm90 dan kos makanan rm25 untuk untuk 6 kali setiap orang.

untuk maklumat lanjut tentang Anjung Resort ..tanya sendiri le di Kaunter..saya bukannya Prometer heheheh....



para peserta dalam dewan.


sdr Zamri..Pengerusi PIBG

Mudir Ust hafizul..nama glamour Ust Joe

diberi penerangan oleh Mudir..Pengerusi..Hj Zahari


anak sahabat..sempat Pose.....

Friday, February 26, 2010

he he he ..pencuri mana ada yang mengaku mencuri..

sapa pulak yg tuduh UMNO.....awal-awal lagi dah dinafikan..kenapa???he he tanya macam tak tau pulak...tanya lagi diterbitkan k`jaan selangor...he he..satu dunia dah kenai perangai Kaum Puak MU>>>

Umno Selangor: Bukan kami terbitkan ‘Selangor Kita’

Dr Che Rosli menunjukkan akhbar ‘Selangor Kita’ yang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat.

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, 26 Feb — Umno Selangor menafikan pihaknya mendalangi penerbitan akhbar baru “Selangor Kita”, tanpa permit, yang diedarkan di negeri itu sekarang dengan mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Apa itu? Adakah ia dicetak oleh kerajaan Selangor?” soal Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Tidak, tidak. Kami bukan di belakang terbitan akhbar ini,” kata Abdul Shukur sambil menambah Umno Selangor tidak menerbitkan sebarang akhbar.

Terdahulu pada sidang media, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosli Che Mat menggambarkan akhbar berkenaan ditujukan kepada PR dengan membawa kandungan berbaur fitnah.

Ahli Parlimen Hulu Langat ini yang memperoleh naskhah akhbar itu selepas sambutan Maulidur Rasul di Stadium Shah Alam mengecam mereka yang bertanggungjawab itu mengambil kesempatan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Akhbar tabloid yang berharga RM2 itu tidak mempunyai identiti pencetak dan penerbit, yang wajib bagi setiap akhbar di negara ini.

Antara tajuk dibawa akhbar Bahasa Malaysia itu ialah “Arak menu biasa di Selangor”, “Selangor Darul Urut” dan “Pengakuan mangsa liwat Anwar”.

Akhbar itu turut membawa satu rencana terbitan 6 Sept 2000 iaitu temu bual dengan wartawan homoseksual Ashley Lee dengan tajuk “During the Anwar trial it was easy to get lucky”.

Rencana-rencana akhbar itu menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri Ronnie Liu dari DAP dan Naib Presiden Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

CILAKA.CILAKA.CILAKA..SELAMANYA ......

DALAM MAJLIS sambutan Maulidur Rasul dengan dihadiri Sultan Selangor..pihak-pihak anak haram buat kerja sebegini...cilaka cilaka cilaka..kaumkerabatMU....

No ceasefire in Selangor, even for Maulidur Rasul

Dr Che Rosli Che Ma holidng up a copy of Selangor Kita. - Picture courtesy of Suara Keadilan

By Neville Spykerman

PETALING JAYA, Feb 26 — Pakatan Rakyat (PR) leaders in Selangor slammed the distribution of a “newspaper” at the official Maulidur Rasul celebrations which they claimed was defamatory and designed to undermine the coalition.

The 17-page tabloid Selangor Kita which was distributed to the public at the Prophet Muhammad’s birthday celebrations at the Shah Alam stadium, raised the ire of Selangor Pas deputy commission Dr Che Rosli Che Ma.

The Ulu Langat MP, who was speaking after a press conference to announce the state PR convention, described the contents of the newspaper as highly defamatory, adding he was shocked there were those who would distribute it at the Maulidur Rasul celebrations, attended by the Selangor Sultan .

Among the headlines of the Malay language newspaper was ‘Arak Menu Biasa di Selangor’ (alcohol freely available on Selangor’s menus), Selangor ‘Darul Urut’ (land of massage parlours) and Pengakuan Mangsa liwat Anwar (confession of Anwar’s sodomy victim).

The newspaper also carried a Sept 6, 2000 Timeasia.com interview with openly gay journalist Ashley Lee, with the headline ‘During the Anwar Trial it Was Easy to Get Lucky’.

“I can’t believe there are those who would use the opportunity to distribute the newspaper during the religious event.” he said, pointing out that it was handed to him as he left the event.

Dr Che Rosli said the tabloid, which had a cover price of RM2, did not appear to have a printing and publishing licence which is mandatory for newspapers in the country.

The articles in the newspaper also targeted Shah Alam MP Khalid Samad, Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim, state executive councillior Ronnie Liu and the PKR’s Azmin Ali.

Besides Selangor Kita, Dr Che Rosli said he had collected a bundle of other pamphlets also targeting the state government.

He said they will study the contents before taking the necessary action.

khuikkkkkk.Rumah wanita 1malaysia ..cari tak dijumpa..??

apahal pulak ini..Pindah tak kasi tau ke???...macam macam di malaysia ini,,,
kitA syorkan syarikat itu diC4 kan kerana tidak kenal wanita 1malaysia..apalah punya bangan..sipenghantar surat ini..satu dunia sampai ke angkasa terlepas dah kenai..ini hang yg dok KL tak kenai...khuik kuik khuik...

SECUREXPRESS TIDAK KENAL DSP ROSMAH MANSOR? PDF Print E-mail

Friday, 26 February 2010 09:12

Oleh: MUTALIB M.D

AMAT malang bagi Wanita ‘1Malaysia’ yang dijulang sebagai ‘Wanita Nombor Satu Negara’ kerana tidak dikenali oleh sebuah syarikat penghantaran cepat, Securexpress yang beribu pejabat di Selangor, Darul Ehsan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),, Datuk Patrick Sindu mendesak kerajaan mengkaji semula kelayakan dan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada sesebuah syarikat penghantaran cepat (kurier) agar tidak memalukan Malaysia di mata dunia.

Patrick membuat desakan sedemikian setelah menerima aduan daripada seorang pengguna di Lahad Datu bahawa Securexpress telah mengembalikan surat yang diamanahkan untuk dihantar kepada Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor pada 24 Februari 2010 melalui ‘consignment’ bernombor 600212405483.

“Menurut aduan, surat tersebut telah diserahkan kepada Securexpress Lahad Datu pada 4 Februari 2010 dan gagal diserahkan selepas 20 hari. Memang amat mengejutkan kerana mereka tidak mengenali siapa Datuk Seri Rosmah Mansor sekalipun alamat yang disertakan amat lengkap,” ujar Patrick yang kesal kerana syarikat berkenaan tidak kompetan untuk menjulang imej 1Malaysia.

Bukan surat itu sahaja yang gagal disampaikan, kata Patrick malah surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bernombor 600212405472 juga dikembalikan ke Lahad Datu kerana tidak berjaya dihantar kakitangan Securexpress yang bertugas di ibu pejabat selepas 20 hari dikirim.

“Dulu kita terima aduan pos laju yang lambat sehingga kerajaan benarkan penubuhan syarikat kurier. Tapi Securexpress keterlaluan kerana gagal menemui Kediaman Perdana Menteri yang tersergam indah dan Pejabat KSN di Putrajaya,” kata Patrick yang menyifatkan kes ini amat menakjubkan.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menjalankan siasatan rapi dan membatalkan lesen yang diluluskan lesen kepada Securexpress di bawah Akta Perkhidmatan Pos 1991 sebagai pengajaran kepada syarikat kurier yang cuba ‘menghina’ isteri Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, Securexpress di Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan ada di Lahad Datu kerana gagal disampaikan oleh kakitangan mereka di Kuala Lumpur setelah 20 hari mencari lokasi alamat berkenaan di Putrajaya!

sumber:

Ramai yang Meroyan...

ini mesti lepas ini LGE kena melawat Hospital...kes ramai yang meroyan dan hilang akal..dan ramai yang tetiba berperangai Keldai tahap Cipan...he he ha hah a h aaa

gambar:http://paritbuntar.pas.org.my/index.php
Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.

Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.

Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.

Thursday, February 25, 2010

Dah takde kerja Lain..makan duit Liwat aje...


ayyyyoiiii..siapa pun boleh pening ooo kalau ini macam itu polis punya keija...itu punggung baik baik dia orang suruh cakap lobang ada koyak..ciiiit busuk punya orang...belajar tinggi tinggi gaji tarak kira itu masuk punya pun sudah banyak..tapi jaga itu punggung punya hal saja...ha ha ha ha ha hah wire ada short kahhh...

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar
MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.




YB Khalil Idham...kemalangan..

Yb Khalil Idham Lim terlibat dalam kemalangan petang tadi 25hb sekitar jam 5 .
Saya yang mendapat maklumat bergegas ke tempat kejadian,syukur kehadrat Illahi tiada sebarang kecederaan.

mengikut maklumat dari pemandu,semasa menaiki bukit berapit lori dihadapan tiba-tiba memotong dan menghimpit ,kereta YB kemek sebelah kiri dan tayar hadapan pancit dipercayai kena besi Lori tersebut.

selepas ditukar tayar,kami bersama YB Khalil ke Balai Polis Kuala kangsar untuk membuat Laporan.

agak Panik ..,,,


YB zainnudiin ,Ydp Kaw Bkt Gantang..turut ditempat kejadian

kemek......boleh bergerak lagi

diBalai Polis..KK


Bencana...............


hangussssss....

Kebakaran -mari kita bantu mereka.

23hb -Kg Tengah Changkat Ibol..

Rumah saudara Osman Mad hangus dalam kebakaran sekitar jam 4 petang Selasa.Sdr Osman Mad tinggal menetap di rumah itu bersama isteri.

Osman bersama isteri ke Kuala kangsar untuk menghantar Mak Mertua.Mak Mertua Osman tinggal di Kuala Kangsar. Beliau,terkejut menerima panggilan telepon dari jiran mengenai rumah beliau yang terbakar.

Rumah itu hangus tidak sampai 30 minit.Kami tiba sekitar jam 5 petang.Tiada apa yang dapat diselamatkan.Jalan yang sempit menyukar pihak bomba untuk sampai dengan cepat memberi bantuan.Namun pihak bomba menggunakan sebuah van dan motorsikal berkuasa tinggi untuk membantu.

Kami mewakili YB DS Nizar menghulurkan sumbangan awal kepada Sdr osman,dan seterusnya meminta beliau membuat laporan Polis.

Kelmarin 24hb Sdr osman di bawa ke JKM dan Baitulmal untuk membuat laporan mengenai Bencana Kebakaraan oleh Pegawai Pusat Khidmat,Sdr Zainudin Hamzah.

Mereka yang ingin membantu untuk meringan masalah Sdr Osman Mad boleh terus berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang-05-8483950






Seekor kucing rentung terperangkap dalam rumah tidak dapat melarikan diri.

NegaraKU Malaysia....

sewaktu Pimpinan BN.dok sibuk berbicar soal pembanguan yang hebat-hebat,projek berbillion-billon.rasuah sana sini..sedarke mereka bahawa masih ada ramai lagi rakyat Malaysia yang jadikan Air Hujan sebagai sumber Utama kegunaan harian mereka.

Kuala sangga yang sejauh 15minit perjalanan dari Pekan Kuala Sepetang ...sejauh +- 5km dari tanah Besar..masih tiada bekalan Air Bersih.macam mana pulak dengan Pulau Langkawai yang berkali ganda jauh disediakan dengan segala kemudahan.? Kenapa.

Hanya kerana di Pulau Langkawai..didiami/dimiliki kaum kerabat Puak-Puak UMNO...itu saja alasan..sedih sedih...Malaysia hanya untuk penduduk-penduduk UMNO sahaja?.kalau mmg begitu pendapat maka tidak perlu dikutip sebarang cukai..ini tidak soal cukai kalau tidak dibayar ,pegawainya akan sampai ke Pulau Sangga..inilah mentaliti..manusia segama dengan KU....

Sunnah Nabi dan Kalimah Allah diabaikan ,tapi hari Lahir nabi..diagung-agungkan,bahlolnya spesis sehinggakan ramai dah Malu Mengaku Sebangsa dengan Mereka..semua ini terjadi kerana dihina Allahswt dengan mencacatkan AKAL sehingga fikiran terganggu tidak dapat membezakan yang mana Benar dan Palsu.

susana sewaktu Hujan..tong disusun dengan harapan hujan beterusan hingga tong-tong dipenuhi Air

Wednesday, February 24, 2010

AWAS..kau UMNO.....Black Power...on the ROAD..

mana kau nak lari..BUMIPUTRA yang asli mula bangkit...angkara perbuataan sidajjai..suatu masa nanti semua yang hidup di Bumi msia akan bangkit menentang Puakpuak ini...pejuang MELAYU konon..adiyechittt...

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva dan juga kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Shafie Apdal.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

Kong xi Fa Cai...gong gong gong...



Sambutan Tahun Baru Cina-Anjuran Pakatan Rakyat Bukit Gantang

Posted by Cikgu Din On 2/23/2010 07:01:00 PM
Masyarakat setempat dan sekitar dijemput hadir ke sambutan jamuan Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat Bukit Gantang pada 28 Februari ini.Masyarakat tempatan boleh bertemu dan bersama MB pilihan rakyat nanti.



Tarikh:28 Februari 2010

Masa: 10.00 pagi-12 .00 tgh

Tempat:Padang Taman Kota Jaya Simpang

Bersama: 1. YAB MB Rakyat-DS Nizar Jamaluddin
2. Adun Kuala Sapetang-YB Tai Sing Ng

YB..Yang Bangang...???

betoi ke dia ini Bangan?..sondiri Nilai.....banggau atau Bangan tapi kalau dok dalam UMNO...musti selalu kena kencing dengan BOSS..ahaha ahha hahah

Hamidah Tak Tahu Undang Undang Ke?


Kelmarin Exco Kanan Kerajaan BN Perak, Datuk Hamidah Osman merapu lagi, minta Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin bersama ADUN ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak menerima Datuk R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Permintaan Hamidah itu bolehlah disamakan dengan menerima yang `haram' untuk dijadikan yang halal, dengan itu yang halal itu boleh digunakan walaupun asalnya sudah `haram'.

Bolehkah kita terima yang haram dalam masa yang sama kita sudah ada yang halal?. Bagi pemimpin pemimpin Umno tidak ada masalah kerana bagi mereka halal dan haram sama sahaja. Pemimpin pemimpin Umno/BN diketahui umum menghalakan cara demi matlanat tercapai. Boleh guna sogokkan wang dalam pilihanraya, boleh memperalatkan jentera kerajaan, yang penting BN mesti menang.

Ini samalah dengan matlamat menghalalkan cara, sogokan wang adalah `haram' tetapi untuk kemenangan BN, tidak ada salahnya. Bagaimana ADUN ADUN Pakatan Rakyat boleh menerima Ganesan sebagai Speaker DUN yang sah sedangkan beliau seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, malah Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dalam masa yang sama beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

KIta minta Hamidah melihat dan memahami laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24 Ogos2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17 Ogos 2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.

Ini jelas menunjukkan Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak.

Hamidah dan Ganesan Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh tiga bulan dari tarikh memegang jawatan.

Ganesan sebelum ini mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7 Mei 2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7 Ogos 2009.

Hamidah tidak tahukah Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak? Kalau tidak tahu malu kat oranglah, jadi Exco kanan tak tahu Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Atau Midah buat buat tak tahu saja.

Hamidah mahu ADUN ADUN Pakatan Rakyat menerima Ganesan sebagai Speaker DUN sedangkan jelas menunjukkan bahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau.

Dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11 Ogos 2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.

KIta mahu Ganesan menjawab hujah yang menyatakan bahawa Ganesan cuba menyembunyikan fakta tersebut menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13 Ogos 2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6 Ogos 2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13 Ogos 2009 tetapi berkesan mulai 6 Ogos 2009.

Masih ingatkah Hamidah tragedi sidang DUN pada Mei tahun lalu, Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7 Mei 2009.

Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Yang Dipertua Dewan menggantikan Yang Dipertua Dewan yang sah, Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.

Pada hari dan waktu yang sama, Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol. Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Pada ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan. Adakah Midah masih ingat, atau Midah sudah lupa saperti kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa.

Tahu tak ke Hamidah bahawa Ganesan bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan ianya juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah.

Permintaan ataupun paksaan Hamidah kepada ADUN ADUN Pakatan Rakyat supaya menerima Ganesan sebagai Speaker DUN yang sama samalah dengan meminta ADUN ADUN PR menerima atau memakan ayam yang tidak sembelih mengikut hukum Islam sedangkan ayam yang halal sudah ada kerana ia disembelih mengikuti aturan Islam.

Pastinya ADUN ADUN Pakatan Raskyat tidak akan memakan ayam yang haram kerana tidak disembelih secara Islam, tetapi ADUN ADUN BN terutamanya Umno bagaimana?

Dalam hubungan itu Hamidah perlu faham mana satu Speaker DUN yang sah mengikut undang undang, bukannya dengan memakai baju yang bertanda SAH Speaker, maka Ganesan pun diktiraf sebagasi Speaker dan meminta Pakatan Rakyat menerima yang tidah sah dari kacamata Pakatan Rakyat.

Yang halal tetap halal. haram tetap haram, tidak boleh campur, dan tidak boleh paksa orang lain supaya menerima yang haram.

Kuala Sanga...

Kuala sangga.Sebuah Kuala di Hujung sungai Kuala sepetang,yang mempunyai 50buah rumah dengan penduduk seramai 250 orang 100% berbagsa cina,kg Kuala sangga berusia lebih dari150 tahun.
Tiada kemudahan Air atau pun Letrik ,hujan merupakan rahmat buat Penduduk kuala sangga,kerana tadahan Air hujan dijadikan kegunaan utama Penduduk disitu,dari membasuh ,mandi dan juga untuk diminum.
Dimusim kemarau,mereka menghadapi masaalah,mereka terpaksa ke Pekan Kuala sepetang untuk mengambil air ,dimana buat masa sekarang bill air untuk kegunaan penduduk kuala sangga di bayar oleh Ahli Parlimen DS Nizar.
Tiada juga kelinik kesihatan cuma ,adanya Doktor dan Jururawat datang melawat ,tiada jadual tetap.
Pagi tadi setelah saya berbincang dengan Pegawai Perubatan dari Ipoh yang datang melawat kesitu,beliau setuju untuk mengadakan Lawatan berkala iaitu 2minggu sekali beliau juga setuju untuk mengadakan sekatan didewan orang ramai,untuk kemudahan rawatan ibu mengandung.




pegawai kesihatan

air tadahan hujan..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails