BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, February 19, 2010

Mustiii.NAIK SAWAN..sigembala Kepala Lembu dan si Pencabut GIGI..

SEKUMPULAN PENGEMBALA LEMBU..KEPALA sahaja DAN SIPENCABUT GIGI mesti meroyan dan naik.syeik atau dihinggap penyakit gilababi....dengar berita ini..maaaa...ada botoike....kaha hahah hahah hahhha....mampus umno..

300 terima kunci rumah dari Anwar esok

Seramai 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Penduduk berkenaan akan menerima kunci rumah masing-masing di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong dari Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, demikian kenyataan pejabat penasihat ekonomi Selangor itu.

Kos pemulihan projek-projek berkenaan dianggarkan berjumlah RM5 bilion, membabitkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai di 141 kawasan perumahan di Selangor.

"(Pemulihan rumah terbengkalai ini bertujuan) membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.

"Kerajaan negeri akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting (jaminan bayar balik) bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.

"Kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai," kata kenyataan itu lagi.

Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib (kanan) dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.

Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Menurut kenyataan itu lagi, lapan projek perumahan berjaya disiapkan, manakala 42 lagi diambil alih dari pemaju dan kontraktor bermasalah sehingga Jun tahun lalu.

"Kerajaan Selangor mensasarkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan unit, dapat dipulihkan dan diserahkan kepada pembeli bagi tahun 2010," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails