BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, February 17, 2010

Jawatan Kosong..Presiden Parti...khas buat Zamberi

boleh le zamberi..tawar diri untuk menjadi presiden..parti kimma..baru kena dengan gaya...mamak putarscrew...

Kimma jumpa PM, mohon restu sertai BN

KUALA LUMPUR - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) terus berharap mendapatkan sokongan dan restu kerajaan menyertai komponen Barisan Nasional (BN) kerana yakin kaum yang mereka wakili mempunyai kekuatan sendiri mengukuhkan BN.

Presidennya, Mohd Fazil William Abdullah berkata, selama ini, Kimma bergerak dalam kelompoknya dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN dan komponennya.

Namun begitu, menurutnya,Kimma semakin dipinggirkan kerana tenggelam di dalam parti yang tidak memberi ruang dan peluang bergerak membantu kerajaan mahupun menguatkan parti.

“Walaupun kaum India Muslim mempunyai keahlian 800,000 orang di seluruh negara, Kimma kini semakin ketinggalan dalam banyak aspek kerana tiada saluran untuk menyuarakan pandangan atau masalah yang timbul. :

“Meskipun kerajaan memberi layanan yang cukup adil dan sama rata kepada semua kaum, namun Kimma masih belum mempunyai tempat yang selayaknya,” katanya.

Menurutnya, beliau masih lagi menunggu jawapan untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mengenengahkan hasrat dan masalah yang dihadapi kaum India Muslim negara ini.

Katanya, walaupun jelas sejarah memberi parti ini hak mewakili kaum India Muslim, tetapi sudah sampai masanya Kimma diberi peluang menjadi sahabat BN kerana kaum ini mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi imbangan kuasa politik di Malaysia.

Sebelum itu, Kimma telah melakukan kunjungan hormat terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed di Putrajaya baru-baru ini.

Fazil berkata, mengambil iktibar dari contoh Tun, Kimma akan terus mempergiatkan usaha membantu ahli-ahlinya dan kaum muslimin yang lain menerusi program dan aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. :

“Program ini akan merangkumi satu dasar yang menyeluruh untuk bekerjasama dengan program kerajaan dan meningkatkan kerjasama dengan semua kaum demi mencapai visi Malaysia untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kunjungan hormat ini juga adalah untuk merakamkan penghargaan rakyat di atas jasa Tun yang tidak ternilai kearah memperkukuhkan negara dan bangsa Malaysia.

Menurutnya, pada masa sama, Kimma juga telah mendapatkan nasihat Tun di atas permohonan Kimma untuk menyertai BN sebagai parti komponen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails