Katanya, menurut pegawai kedutaan Malaysia di Santiago, semua petugas kedutaan dan anggota keluarga masing-masing serta para usahawan Malaysia yang berada di bahagian tengah negara di Amerika Selatan yang dilanda bencana itu, selamat.
Beliau berkata demikian malam tadi ketika dihubungi bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan rakyat Malaysia di Chila, negara yang mempunyai 17 juta penduduk, ekoran kejadian gempa itu.
Jabatan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan gempa bumi itu berlaku 90km dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer, kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia).
Laporan radio dan televisyen tempatan menyebut beberapa bangunan runtuh di bandar raya Curico dan terdapat kerosakan pada bangunan bersejarah di tengah ibu kota Santiago.
Lapangan terbang antarabangsa di Santiago terpaksa ditutup dan sebuah jambatan runtuhumsia
No comments:
Post a Comment