BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, December 17, 2011

Kelantan Lumpuh....!

Habis selepas ini Kawasan Bachok dan seterusnya Kelantan ..tiada lagi ahli PAS..mungkin yg tinggal hanya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa saja...ha ha ha ha..kalau ya pun cari la tajuk yg lebih sesuai dan serasi dengan UMNO..zaman kadok pun naik segan dgn UMNO...ini pulak anggota Pas yang dikatakan masuk UMNO..ceh....adek sungguh siYB ini...
120 anggota PAS Bachok sertai Umno
Seramai 120 penyokong PAS di Kampung Beoh di Bachok mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru Umno di kampung berkenaan, hari ini.
Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.
"Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.
Mohd Nor berkata ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.
Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi nama cawangan Umno Redang.
Ia bakal menjadikan jumlah cawangan dalam bahagian itu 151 buah.

1 comment:

ahlee said...

nampak sangat selama ini telah dibodohkan alhamdulilah dah sedor bagoslah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails