BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, November 30, 2009

Berita Putar Alam ..dari Sinar harian..

Konvensyen DAP Perak kecoh


IPOH - Konvensyen DAP Peringkat Negeri Perak ke-15 di Ipoh, semalam, kecoh apabila berlaku kejadian memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti hingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), awal tahun ini.

Pada konvensyen berkenaan, poster yang memaparkan wajah tiga ADUN, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk dan delegasi supaya memijak poster terbabit.

Memetik laporan sebuah portal berita online :Malaysian Insider:, sesetengah delegasi yang melalui laluan poster tersebut kelihatan tidak selesa dengan idea meletakkan poster itu untuk dipijak dan ada delegasi mengelak daripada memijak gambar terbabit.

Antara delegasi yang mengelak daripada memijak poster itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dijemput merasmikan konvensyen di Hotel Tower Regency.

Sebahagian ADUN, termasuk dari Sungkai, A Sivanesan dan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow pula kelihatan tidak ragu-ragu memijak poster itu ketika menuju ke dewan konvensyen.

Kelihatan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang sambil diiringi Ahli Parlimen DAP dari Taiping, Nga Kor Ming turut sama memijak poster terbabit sambil menggayakan aksi di hadapan jurugambar.

Selain itu, bekas Speaker DUN, V Sivakumar dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham kelihatan melayan permintaan jurugambar untuk beraksi memijak di atas poster terbabit.

Konvensyen itu diadakan untuk meluluskan beberapa resolusi yang melibatkan cadangan menentukan polisi Pakatan Rakyat dan juga mendesak kerajaan BN dalam hal-hal berkaitan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan dan krisis negeri itu.

sinarharian

berita dari Malaysia Insider ..

Delegates step on ‘frogs’ at Perak DAP convention

Ipoh Timor MP Lim Kit Siang steps on the ‘doormat’ as Perak DAP secretary Nga Kor Ming (right) ushers him into the hall for the convention.

By Clara Chooi

IPOH, Nov 29 — A banner bearing the faces of the three political “frogs” that caused the fall of the Perak Pakatan Rakyat government was the source of much mirth for DAP delegates arriving for the party's state-level 15th convention here this morning.

The banner was conveniently placed like a doormat on the floor of the entrance into the convention hall at the Tower Regency Hotel, forcing delegates to step on the faces of the three — Barisan Nasional-friendly independents Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering).

The three defectors had left their respective PR parties last February and threw their support behind the BN, causing the controversial switch in government and the impasse that the state is still embroiled in until today.

Some delegates looked uncomfortable at the idea of stepping on the trio's faces and made a big show of avoiding the banner while others gleefully jumped on them, targetting Hee's face above the three.

Several state assemblymen, including Sungkai assemblyman A. Sivanesan and Tebing Tinggi assemblyman Ong Boon Piow, had no qualms over stepping on the banner as they made their way into the hall.

Others like ousted Speaker V. Sivakumar and Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham entertained requests from photographers to pose for pictures as they walked in.

Party secretary-general Lim Guan Eng, who was invited to open the convention, however decided to avoid the banner as he stepped in.

The convention will go on until 6 this evening and will seek to pass resolutions including suggestions on policies for the PR as well calls on the BN government on matters involving politics, the economy, education, religion and the Perak power grab.


kalau dah umno perangai tetap..putar alam...

Ketua Bahagaian ,,,pun mula nak suara...

Nik Aziz patut letak jawatan: Fatmi


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya berundur dan meletakkan jawatannya sebelum lebih banyak kerosakan yang berlaku dalam Pas.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Saleh berkata, seperti yang kita ketahui banyak kenyataan oleh Nik Aziz mencetuskan banyak kontroversi secara nyata.

Fatmi berpandangan sedemikian selepas diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang menyifatkan tempoh 20 tahun Tok Guru mengemudi Kelantan sudah memadai.

“Pada pandangan saya perkara yang sebenarnya itu sama ada Nik Aziz perlu berundur atau tidak mestilah keputusan parti Pas itu sendiri.

“Keadaan ini juga mempamerkan Tok Guru tidak ada kewibawaan sebagai pemimpin dan Menteri Besar. Malah ia juga banyak menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu beliau bersama-sama kira-kira 100 ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) meraikan Hari Raya Aidiladha di kediaman pengerusinya, Abdul Halim Chua di Tanjung Chat, di sini.

Beliau memberi contoh seperti kes tajaan haji Nik Aziz dan beliau menyifatkan sepatutnya perkara berkenaan tidak berlaku.

“Saya bimbang kenyataan Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan disalah tafsirkan oleh orang ramai dan seterusnya masyarakat beranggapan haji dengan tajaan tanpa menyiasat sumbernya adalah sesuatu yang normal.

“Sebelum menjadi lebih teruk sewajarnya Nik Aziz meletak jawatannya dengan segera,” katanya.
sinar.

aiii mamat Fathmi..kau diam aje,,,,jaga jawatan kau dgn selamat....malas aku nak dengar..kau nampak tak kaum kerabat kau...


.

Bangunan tertinggi di dunia...


Dubai..ketinggian 2684 kaki..818 m....pembinaan bermula 21 sep 2004 dijangka siap.4 jan 2010.162 tingkat...anggaran kos 4 Billion USD..termasuk pembinaan dalaman.

elok SPRMbn menyewa bangunan sedemikian....hancusss....

senarai..bangunan tertinggi...

YB Nizar Ahli parlimen Bukit Gantang.


dlm kenangan..sejarah

salam peringatan dari persatuan cina KG Seberang


gaya bakal YB....ust Man

apahal pun kena sign dulu.....kehadiran..

Sunday, November 29, 2009

woooooow fesyen terbaru>>>>>


terkezut....dgn fesyen...sila lihat dibawah..

Askar Amerika yang dibodohkan..

Ahli Parlimen...DS Nizar.....program bkt gntg


beramah mesra dgn penduduk kurnia jaya

29hb nov....DS HJ Nizar..mengadakan program qurban di parlimen bkt gantang.
bermula 8pg di kpg kurnia jaya,kamunting dalam DUN kuala sepetang.

.selepas itu,YB dibawa ke taman kuning sari untuk menyembelih lembu di Taman Kuning Sari , mengadakan satu perjumpaan dgn penduduk kawasan Air Kuning di markas Negeri.

Ydp bersama c,din dan sdr Fadhil membawa YB ,ke kenduri Kahwin sekitar Kawasan Bkt Gantang bermula dari Rumah Mentua C,din di Assam Kumbang.

sebanyak 6 kenduri kahwin yang akan mereka hadiri,dan solat maghrib dimasjid Kuala sepetang ,selepas solat YB akan ke Kg Seberang untuk meraikan satu Jamuan Kaum Cina.
Akhirnya pada jam mlm Yb akan ke ceramah umum di Sg ceh Rahmat dalam dun Trong.



sembelih di Kurnia Jaya



di Taman Kuning Sari...

sumber:parlimen Bukit gantang

Saturday, November 28, 2009

Program Qurban..MTI jebong..&sumbangan MTI


28-11-09,Jebong ,Matang.
Aktiviti tahunan Madrasah Tarbiyah Islamiyah,jebong berjalan lancar bermula 8 pagi..berakhir sekitar jam 2 t/hari tadi.

Sebanyak 7 ekor lembu diqurban dalam majlis itu bersama tazkirah/ceramah ringkas disampaikan oleh Ust Idris Ahmad,Ajk Pas Pusat merangkap ketua penerangan Pas Pusat.
penduduk tempatan dan ibu bapa Murid MTI hadir menyerikan majlis itu.

Pengerusi ,merangkap Mudir MTI ust Hafizul, turut mengalu-alukan para tetamu yang hadir dan dermawan yang budiman agar dapat menyalurkan sumbangan untuk menampung kos membaiki pulih bangunan madrasah yang uzur dan memerlukan pembaikpulihan segera.

Cadangan pihak MTI untuk membina sebuah bangunan 2 tingkat dengan menelan kos anggaran rm400 ribu dalam masa terdekat ini.Bangunan baru adalah untuk kemudahan para pelajar yang semakin bertambah dan penyedian kemudahan Asrama.

Pihak MTI akan melancarkan kutipan Derma secara rasmi dan beliau merayu para penderma budiman hulurkan sumbangan agar dapat perancangan pihak Madrasah berjalan lancar .

Untuk sebarang Maklumat lanjut boleh hubungi Ust hafizul :0195182767 atau Pengerusi MTI :Hj Zahari :0192766249.







ust idris..sdng mengahikan daging korban

Friday, November 27, 2009

Nordin MaT tOP MASIH HIDUP?



NEW DELHI, 27 Nov (Bernama) -- Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?

Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja.

Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top. Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti Al-Qaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.

Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas.

-- BERNAMA

Nik Abdul Aziz perlu namakan ?

APA HALA..DEMO SIBUK SANGAT..ada hati nak jadi ahli pas ke...

RANTAU PANJANG 26 Nov. - Barisan kepimpinan Pas Kelantan perlu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hanya dengan cara ini nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Abdul Aziz sekarang bercelaru dengan masalah dalaman parti.

Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi Pas negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah.

"Sudah jelas mereka akan kekurangan tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana lebih menumpukan kepada masalah dalaman parti.

"Setakat ini kita tidak nampak lagi bahawa hal ini akan selesai. Isu pengganti ini memanglah satu isu yang harus diputuskan lebih cepat," katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Rantau Panjang di sini hari ini.

Konflik dalaman Pas Kelantan semakin parah baru-baru ini sehingga menyebabkan Nik Abdul Aziz mengarahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, banyak pihak mula mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Mursyidul Am Pas itu sebagai pentadbir negeri ini termasuklah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Mohd. Amar semalam menyarankan Nik Abdul Aziz agar menamakan penggantinya lebih awal untuk mengelakkan timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.

Dalam hubungan ini Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.

"Macam kita di peringkat Pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya.

ketua Hakim Negara Rupanya......?

Lembaga Disiplin UMNO

Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.

Naik mendadak

Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.

Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]

Isteri kedua

Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)

Pernah beri rasuah

Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 [5] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[6] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan. [7]

Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. [8]

Kes perbicaraan

Pada 16 Oktober 2008, Presiden Mahkamah Rayuan , Tan Sri Zaki Azmi melepaskan bekas pengawal keselamatan Mohd. Abbas Danus Baksan (52) daripada hukuman mati kerana wujud pihak ketiga dalam pembunuhan mangsa. Tan Sri Azmi , Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 24 kali terhadapnya atas kesalahan merogol Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor. [9]Kehadiran pihak ketiga itu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan kesan air mani pada sehelai tikar yang dijumpai di luar pondok pengawal itu.


kalau macam inilah perangai Tan sri zaki..aduh kesian Negara malaysia.....yang mempunyai seorang seperti ini dgn jawatan tertinggi dalam sistem perundangan...bala..bala....bala...1malaysia

Teks Khutbah Idul Adha 1430 Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

KLIK DISINI

Thursday, November 26, 2009

DS Nizar di Bukit Gantang 29 November -Ahad-Raya ke 3

Jadual DS Nizar 29 November 2009

Pergerakan DS Nizar bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 malam.DS Nizar telah menyumbang tiga ekor lembu untuk ibadah qurban ,bagi disumbangkan kepada masyarakat Parlimen Bukit Gantang.

Jadual jangkaan:

8.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Kg Kurnia Jaya.
9.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Taman Kuning Sari
10.00 pagi- bertemu orang kampung,Bilik Mesyuarat,Markaz Pas Air Kuning.
11-3.00 petang-ke Majlis Perkahwinan Rakyat.
4.00 petang-sembelih lembu Qurban di Sg Baru,Trong
7.00 petang- ke Jamuan Makan Masyarakat Cina,Kuala Sapetang.
9.30 petang-Ceramah Penerangan di Sg Che Rahmat,Jln Pantai Remis,Dun Trong.

Masyarakat setempat boleh bertemu DS Nizar di tempat yang berkenaan.Jumpa DS Nizar di sana!

woooooooow video mesti tengok....cantikkk

Sexy Striptease

Tender Kanopi....program subur...

Ceramah isu-isu semasa di Kg Kurnia Dun Kuala Sepetang.



Ceramah Umum.di Kg Kurnia dalam Dun Kuala Sepetang.

YB DS Hj Nizar,YB HJ Ramli Tusin dan YB Dato Mahfuz omar,






diantara isi ucapan menarik Dato mahfuz untuk direnungi:
Mesyuarat Qurban peringkat kampung sekurang-kurannya 2 jam baru selesai,

*mesyuarat Pinggan mangkuk peringkat kampung pun sekurang-kurangnya 1 jam

*macam mana BN kerajaan Haram Perak boleh buat mesyuarat Dun yang melibatkan belanjawaan sebanyak rm800juta boleh selesai dalam masa kurang dari 20 minit,cuba tuan-puan fikirkan,belanjawan apa ini,selepas itu dok kompong merata.k`jaan kudeta berjaya bentang belanjaawan untuk kesenangan rakyat...?

*hatta kalau kaki judi kalau mesyuarat bawah pokok buluh pun mau 30 minit.

*kalau tanya pada YB YB Bn diperak apa isi kandungan belanjawan perak...emmm taktau jawab mereka,mereka sendiri pun taktahu ,kalau tanya zamri sendiri pun saya percaya dia tak tahu isi kandungan belanjawaan yang di bentang.

*10bulan PR memerentah Perak dapat pujian dari ketua Audit Negara..ini BN perentah sampai mereka sendiri tak dapat audit apa perbelanjaan yang telah mereka lakukan ,macam contoh satu set screw driver kita biasa beli dipasaran +- rm40 macam mana mereka beli satu set screw driver yang sama dengan harga rm400 lebih,dan macam mana orang -orang seperti ini boleh kita memberikan mandat untuk urustadbir wang rakyat..?

*satu lagi ...beli Lap top dengan harga rm 40 ribu lebih takdapat dibayangkan LapTop jenis apa yang harga sebanyak itu sedangkan ,bila kita servy harga LapTop berkenaan hanya +-rm4ribu saja.

*urusan pentadbiran mereka cukup lemah ,dan mereka hanya pentingkan untuk kepentingan mereka dan kaum kerabat mereka saja, tiada satu pun mereka fikir untuk kepentingan rakyat.

+++
ini slogan baru pulak BN menang Kedah senang...kahk kahkk..bukan macam itu Bn Menang Pemimpin Kenyang.tambah Yb Mahfuz.

*ini sekarang program subur,yang dilancarkan disgbesar..tender pemasang kenopi(arabian canopy)
.tender dibuka 27hb okt,tutup 2hb nov ,keputusan siapa berjaya mendapat tender pada 3hb Nov,tapi kenopi telah dipasang pada 31hb okt oleh kaum kerabat menteri Pertanian..apa ini tuan-puan...tender pulak bernilai rm428ribu untuk memasang khemah sebanyak 77 buah selama 3 hari...majlis pelancaran SUBUR(beras percuma)...
yang buat duit kaumkerabat mereka rakyat dipermain-mainkan dengan nama-nama tender terbuka dan sebagainya,,,...macam ini nak sokong UMNO BN...tinggalkan UMNO BN ..kerana tiada satu pun benda sejak akhir-akhirini yang mereka buat untuk kepentingan rakyat,


dijamu buah-buah oleh tuan rumah Durian d24..kena seulas..kenyang..

parlimenbukitgantang

Aduh...sudah takut ke...Kuli darah ..ok lagi

Ku Li diminta fikir dulu sebelum sertai kaukus

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya
sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.
BERNAMA

Wednesday, November 25, 2009

Agen umno dimana-mana waspadalah...

Kickidefella....betul-betul ditendang

Petang dua hari lepas semasa saya diselimuti gugusan awan yang gelap gulita, saya merenung jauh dari tetingkap ‘bebelon’ firefly yang membawa saya pulang dari perkhemahan tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia selama tiga hari di sebuah kem perkhemahan di pinggir bukit di hutan Sepang, Selangor.

Pandangan saya sepi. Kosong sekosong pamandangan di luar. Gunungan awan gelap merempuh kuat menyebabkan krew kapal dua kali memberi peringatan berjaga – jaga. Ia seperti ingin menyentap khalayan jauh saya untuk membenarkan laporan keadaan cuaca dan banjir di Kelantan dan beberapa negeri lain yang semakin teruk. Saat kapal merendahkan ketinggian untuk mendarat, saya menghulur kepala menekap di cermin untuk melihat genangan air memenuhi kawasan rendah dan pinggir yang melimpah keluar dari liuk lampai sungai – sungai yang telah bekerja dan bertasbih siang dan malam melimpahkan seribu rahmat kurniaan tuhan ke atas rakyat negeri Kelantan Darul Naim tercinta.

Awan dan angin begitu kencang melanda dan hujan turun begitu lebat sedang saya begitu ketagih untuk melihatnya segera reda dan berlalu. Biarlah ia reda sebagaimana pengumuman ayahanda yang mengarahkan menantunya, juga ipar saya, Abdul Ariffahmi bin Hj Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK sehari sebelum itu telah meredakan kepanasan suhu politik negeri Kelantan, apatah suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

Moga awan hitam berarak lalu meninggalkan kami sekeluarga sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit.

Semasa saya dan para sahabat Dewan Pemuda PAS, termasuk Ketua Pemuda, ustaz Nasrudin Tantawi bersenda loka sambil melihat ringan tubuh Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bergayut di antara dahan – dahan pohon rambutan menggapai dan memetik buahnya yang manis lalu menghulurkannya kepada kami di bawah sementara kami bersiap – siap untuk mula meninggalkan kem perkhemahan, saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.

Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas – desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi.

Ayahanda sentiasa hebat. Ia dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42.

Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian tuhan yang datang secara bertubi – tubi. Daripada isu EGM dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah, kemudian ia menerkam kepada isu PMBK dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karektor dan karier.

Kecuali isu EGM, ia telah turut meruntun keharmonian di dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang.

Tetapi ayahanda sentiasa teguh. Apabila dia melangkah, dia tidak teragak – agak. Apabila teragak – agak, dia tidak akan melangkah. Apabila terlangkah, dia sedia mundur. Tiada siapa tidak memahami ayahanda, kawannya mahupun lawannya.

Saya pula mencuba untuk sentiasa keep in touch dengannya dari tepian mencari pembukaan kepada yang kusut. Saya akan berlari ke Pahang mencari sepupu saya Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, atau saya memohon berjumpa tuan presiden atau bersegera kepadanya jika dijemput. Saya cuba untuk membantu merungkai simpulan yang sukar.

Setidak – tidaknya saya, selepas kejayaan seminar memperkasakan parti telah menyumbang sedikit saham di dalam memberikan ketenangan kepada ayahanda dan kekuatan baru kepada tuan presiden. Saya juga bersama ayahanda semasa merumus yang terbaik dalam isu tajaan haji yang tamat dengan agak lenang.

Adapun isu PMBK yang melibatkan ayahanda dan ipar saya, Ir Abdul Ariffahmi, ia cukup menyentuh perasaan kami sekeluarga. Ia musibah yang walaupun begitu sukar untuk ditempuhi, ia telah menyatukan kami sekeluarga. Kami sepakat untuk berkongsi kesusahan, kesukaran dan memadam fitnah yang datang berdentum – dentum membedil Ariffahmi dan ayahanda sekali.

Saya bukanlah orang pertama yang menyokong perlantikan Ariffahmi ke kerusi panas CEO PMBK oleh ayahanda. Beliau tahu bahawa sedari beberapa tahun lepas lagi saya tidak menyokong perlantikannya ke jawatan tinggi di PMBK hatta untuk untuk jawatan COO sekalipun. Masa itu, saya memberi pandangan dan menasihatinya dan saya tahu beliau mungkin tidak senang dengan pandangan dan nasihat saya.

Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melandanya dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya yang saya cuba memahamkannya. Saya memberitahunya bahawa kita ini memang terkenal kerana kita ini anak MB dan menantu MB. Tetapi dalam terkenal, kita ini sukar untuk dipercayai dan sukar diterima. Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak.

Itulah antara peringatan saya kepadanya. Tetapi Ariffahmi adalah seorang yang optimis. Dia yakin kemampuannya membantu ayahanda terutama di dalam bidang yang dimahirinya. Maka beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam siap siaga jika ayahanda memilihnya ke jawatan tersebut. Tidak pelik jika sikap dan kesediaannya menjadikan ayahanda meyakininya. Saya sendiri dalam teguran saya menyimpan rasa hormat terhadap kesungguhannya menyumbang untuk ayahanda.

YB Salahuddin Ayub pernah meminta pandangan saya untuk pencalonannya ke jawatan naib presiden PAS. Saya menasihatinya untuk tidak menerimanya. Saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung. Saya tidak tahu perasaannya ketika itu. Apabila menasihat, saya mesti memberi yang terbaik daripada diri saya. Selepas beliau menunjukkan kesediaan bertanding, saya mencadangkan nama beliau dicalonkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan. Beliau menang dan telah menunjukkan prestasi yang agak berkesan juga hari ini.

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Apabila saya diberitahu bahawa ayahanda akan segera melantik Ariffahmi ke jawatan CEO, saya bersegera mengintai masa ayahanda untuk bersendirian bersamanya seketika untuk memberi pandangan yang agak kontra. Dalam setengah jam perbincangan, saya tunjukkan kepadanya sebab dan keresahan saya terhadap kemungkinan yang akan menimpa Ariffahmi. Saya memberitahunya mengenai sikap kawan dan lawan yang tidak menyetujui keputusan tersebut. Tujuan saya agar ayahanda berfikir semula atau lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang saya resahi akibatnya.

Tetapi ayahanda telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap pendiriannya dan Ariffahmi sendiri. Beliau menjawab dengan penuh yakin segala persoalan saya. Apabila saya mendapati ayahanda tidak akan berganjak lagi, saya titipkan untuknya beberapa pesanan yang paling berguna daripada saya agar disampaikan kepada Ariffahmi. Saya boleh saja membilangnya sendiri kepadanya, tetapi melalui ayahanda, saya yakin ia jauh akan lebih berkesan. Malam itu, saya mengambil keputusan untuk mendukung kehendak ayahanda dan memuliakan keputusannya di hati saya. Saya mesti seupayanya membantu ayahanda.

Dua hari selepas perlantikan, saya di rumah Ariffahmi lebih dua jam berbincang panjang dengannya. Dia mengesahkan ayahanda telah menegurnya sebagaimana yang saya sebutkan. Perbincangan kami panjang dan saya mengingatkannya untuk bersedia menghadapi hukuman yang adil dan tidak adil untuk dirinya. Masa itu, bahang panas semakin terasa.

Saya memberitahunya, ” Arif, Abang Duh akan mempertahankan Arif sebagaimana ayahanda, tetapi sebahagiannya mestilah dengan kekuatan Arif seorang diri. Tanggungnya dengan penuh rela.”

Ia tidak pun mencecah dua bulan sehinggalah isu PMBK pecah. Ayahanda dan Arif diserang hebat. Saya menjadi bungkam tak terkata..

Anda telah melihat bagaimana cekalnya ayahanda mempertahankan keputusannya. Bagaimana ayahanda mengulas isu kroni dan isu berkaitan Ariffahmi yang melingkari keputusannya itu. Saya diberitahu beberapa kumpulan daripada dalaman parti datang menemui ayahanda dan memberi pandangan. Mereka keluar tanpa berjaya mengubah keyakinan ayahanda.

Tetapi ia tidak mampu untuk menahan ipar saya daripada menerima tikaman demi tikaman dari segenap sudut yang menyukarkan pergerakannya.

Keluarga agak bersedih. Kami melalui saat sukar. Tetapi ia bukanlah yang pertama. Ia tidaklah sesukar saat kekanda saya, ustaz Nik Adli ditahan di bawah ISA hampir 10 tahun yang lepas. Tetapi ia adalah dua yang berbeza. Melawan kezaliman UMNO tidaklah sukar. UMNO di sisi ayahanda adalah kemuncup dalam perjuangan. Jika ia menyalak, ayahanda adalah bukit. Jika ia bising, ayahanda adalah rotan.

Tetapi isu PMBK lebih bersifat dalaman. Ada sesuatu yang tidak kena yang mula dirasai ayahanda. Saya doakan ayahanda menemui jawabannya. Jawabannya ada di sekeliling ayahanda di sisi pembantu – pembantunya yang setia yang tidak pun terfikir untuk membuat onar dan masalah selain membantunya dengan setia.

Saya tahu mereka tidak menyetujui perlantikan Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda. Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.

Beliau mungkin telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS. Tetapi modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur ayahanda, idola dan pujaannya yang pernah menggeli – gelemankan hati saya lewat hamburan puji – pujiannya yang melampau. Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu.

Beliau bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak.

Mengapa menghulur mawar kepada ayahanda di hari terakhir, kemudian menikamnya sebaik keluar dari Kota Darul Naim? Ayahanda bukan Pak Lah yang menutup pintu sehingga anda terpaksa menggunakan blog mengkritiknya dan menikam Ariffahmi. Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain. Tiada seorang pun yang digertak ayahanda kerana mengkritik menantunya itu. Tidakkah anda ada tulang belakang yang gagah? Ke mana pergi tulang belakang anda?

Aib anda ada disimpan di sisi bukan sedikit, bahakan ramai, tetapi setiap muslim tidak gemar melondeh apatah menambah perisa fitnah yang membakar diri. Tak perlulah mengajak Ariffahmi ke mahkamah, cukuplah anda bersiap ke mahkamah untuk kes saman fitnah timbalan presiden PAS ke atas anda. Jika timbalan presiden terasa penangan fitnah anda, apa pelik untuk kami merasa penangan yang sama. Itu lebih mudah buat anda. Sekadar menantu. Sambil – sambil tu bolehlah anda mula berfikir untuk bikinan ‘ Bicara Tentang Kita – 2′. Mungkin meletup dan ada hadiahnya daripada dunia perfileman.

Oh ya, berapa jumlah yang anda minta daripada Ariffahmi untuk menerajui Darul Digital? Siapa pula yang anda kutuk di hadapannya hari itu?

Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Saya mengucap tahniah kepada tuan presiden dan rombongan yang telah memainkan peranan meyakinkan ayahanda perlunya mengekang fitnah yang sukar dipadam. Ayahanda telah akur dan bersedia berkorban dan mengorbankan.

Saya mengucap tahniah kepada ipar saya kerana mendengar nasihat saya agar sentiasa bersama ayahanda. Pertahan jika disuruh dan berhenti jika disuruh. Ariffahmi adalah maruah seorang tuan guru. Saya melarangnya bercakap walaupun beliau berhak bercakap dan mempertahankan diri. Fitnah apabila datang tidak mengenal Uthman dan Ali, apatah ayahanda, apatahlah lagi Ariffahmi sendiri. Dia semakin diam semakin selamat.

Tetapi tiada tahniah daripada saya buat orang yang telah meleburkan semangat amal jamaie di dalam jamaah dan perjuangan parti. Susah berbahasa pada orang – orang yang hidup menumpang tuah bauan mawar jirusan ayahanda. Merajuk pun masuk akhbar. Macam artis.

Saya bersetuju Ariffahmi meletak jawatan. Ia kerana ayahanda bersetuju dan tuan presiden bersetuju. Jika anda mahu lebih, bercakaplah dengan Ariffahmi sendiri. Anda akan terpegun dengan jawabannya sebagaimana anda terpegun dengan skrip gubahan Kickdepella. Hanya menghukum melalui tulisannya samalah seperti sang hakim menghukum dalam mabuk kedarah arak terlarang.

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.

Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.

Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”


nikabduh

NANGKA BENTUK MUKA ORANG Maka Ujudlah Amalan Syirik

nasib baik kat luar negeri..kalau kat tempat aku ramai jadi business man mee segera....

tq 4the email:amiwelder


ayyyyooo annne..BN kantui lagi......

Mhlamah arahkan..NST membayar rm100 ribu dan tambahan rm20 kepada Anwar kerana memfithnahkan beliau.

Anwar wins suit, NSTP ordered to pay RM100,000Hafiz Yatim
Nov 25, 09
4:55pmThe High Court today ordered New Straits Times Press (M) to pay RM100,000 in damages to Anwar Ibrahim over a defamatory article published in 2002.

malaysiakini..padan muka korang...

Susah-susah kita..ada lagi yang lebih susah..


belajar berjalan.....

sila tengok dibawah.....











inilah dia orang yang kat atas tu..orang 1/2

Bahaya-bahaya..pendatang semakin maharajalela..

Ahli Parlimen mendadahkan bagaimana raminya pendatang tanpa izin...telah menjadi kakitangan kerjaan seperti,Polis,cekgu dsbnya...apa nak jadi dengan Malaysia...hasil perancangan UBN untuk mengekalkan Undi mereka...hasilnya rakyat yang kena tanggung.
sila baca disini:

Some illegal immigrants have become cops, says MP


By Joseph Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah Progressive Party deputy president Datuk Eric Majimbun claimed today that Illegal immigrants granted citizenship and MyKads by the Federal Government are now holding important posts in the Sabah State’s administration.

Some of them have become teachers while others are in the government enforcement units and several are in the police force, said Majimbun who added: “I have evidence, this is not mere allegations.”.

They are sitting comfortably in the administration of the State and in government enforcement units, he added.

Majimbun, who is the member of Parliament for Sepanggar, told FMT that such were informations reaching him from Sabahans who are disappointed with the ways the Federal Government was handling the illegal immigrants problem in the State.

He also alleged that the illegal immigrants were getting better treatments from the government than the local people, untouched, enjoying government facilities for free and living on State’s lands.

Majimbun maintained that there were hundreds of thousands Illegal immigrants in Sabah whom the Federal Government had granted citizenship and issued with MyKads.

He also said that he was really amazed to note reactions from State Government leaders when it comes to individual status touching on the so-called sensitivity racial so much as to push to the extend of cornering the enforcement authorities such as the police to take action.

He was referring to the State Government’s move in setting up a special committee to investigate how DAP assemblyman for Sri Tanjong (rpt Sri Tanjong) obtained his Native/Citizenship Certificate.

State Local Government and Housing Minister Datuk Haji Hajiji Noor announced the formation of the committee during the State Legislative Assembly sitting last week. Earlier in the week, Barisan Nasional – Umno assemblyman for Sekong Datuk Samsuddin Yahya had questioned how the Sabah DAP deputy chairman secured the certificate.

Wong welcomed the probe, saying that the certificate was issued to him in the early 1980s after his application and that of his brother was vetted by six Native Chiefs (Judges) of the Kota Kinabalu Native Court.

Majimbun pointed out that the State Government should protect the statue on Native Court which is headed by a District Officer as well as the District Chiefs and Native Chiefs at district level as well as the Village Chiefs or Ketua Kampung at village level, all of whom are appointed by the State Government.

‘It seems that some political leaders are now questioning the State Law, especially CAP 64 Interpretation (Definition of Native) Ordinance 1952. Yet the State Government has no political will to amend the Ordinance concerning the issuance of Native Certificate (Citizenship Certificate or Sijil Anak Negeri) which had been frozen since 1984.

Majimbun, who was a former chief judge of the Kota Kinabalu Native Court said, having not lifted the ban on issuance of the certificate, thousands of young generation of natives had been deprived of their rights as `sons of the soil.’

Majimbun said political leaders in the present government seemed trying every means to divert the people’s attention from the severe problem on the illegal immigrants in hundreds of thousands the Federal Government issued with MyKads.

“Worst our rural Sabahans as well as in urban areas have to compete with the illegal immigrants in their daily life,” he said.

GEMPAR..SEPERAK..KEDAI ROTI CANAI KADIAQ..BANGKRAP...

Zambry pinjam duit Baitulmal ubahsuai rumah?


Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?

sumber:ajijol

Tuesday, November 24, 2009

Mahkamh Rayuan.....hancusss

Berita TV 3/4..jam lapan..Mahkamah Rayuan membenarkan Menangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi..kekosongan DUN Kota Siputeh.....
hancus....hancus...dah memang agak..dah..
Rayuan Kompenan BN yang kelima belas(spr) diterima.....Mahkamah Rayuan...

macam cerita kartun pulak bila ada kes dirujuk ke mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan...

Tarian Hebat....mesti tengok...

gempar...dubur Saiful diGerudi......












bagi kecik sikit..serammmmmm

kh akhkk akhhkk.DUBUR saiful digerudi...........nampak kepala Shit

Tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlakunya penetrasi ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, inilah yang diberitahu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pelik bin Ajaib. Bukti perubatan tiada. Habis tu yang si Saiful bahalol tu cakap dan hebahkan 1 Malaysia bahawa dubur dia kena saprah, siapa yang balun dubur busuk dia tu? Pelik Pelik!!

Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0XlIMNrU7

Panggilan langsung dari DS Nizar,teruskan usaha murni

Penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong membersihkan rumah penduduk Encik Naim ,terkejut kerana DS Nizar menelefon penulis untuk mengucapkan terima kasih kerana menjayakan program murni membantu rakyat.Panggilan DS Nizar telah didengari oleh penduduk Kg Chengal Jantan setelah disambung dengan "microphone" dan "p.a .system"DS Nizar membuat panggilan dari lobi Bangunan Parlimen,mengucapkan setinggi tahniah kepada masyarakat kampung yang menjayakan program membantu mangsa banjir.DS Nizar juga merakamkan jutaan ribuan terima kasih kepada pasukan Unit Amal ,Ketua Kampung ,JKKK,pimpinan Pas semua peringkat.Beliau menyatakan masih berada di Parlimen untuk mengikuti persidangan parlimen.Untuk makluman DS Nizar melalui Pusat Khidmat Parlimen telah membiayai membuat parit mengelak banjir dan jamuan kenduri.DS Nizar menolong rakyat,bukan kerana dicabar mana-mana individu,'Apa Nizar boleh buat?'Kita buktikan ,dengan peruntukan yang dirampas Ketua Umno Bahagian,kita akan bantu rakyat mengikut kemampuan dan keperluan.

Gambar sekitar gotong-royong Kg Chengal Jantan.Inilah bukti ,jika kita mampu!

Rumah Sdr Naim,yang kini baru boleh dicuci.
Unit Amal Kawasan Bukit Gantang bersedia menabur bakti.
Tekunnya rakyat marhaen,menebuk lubang untuk aliran air,jika rumah dimasuki air.
Pas sedia berkhidmat,Sdr Basher Ahmad Ajk Pas Bukit Gantang dan juga P.A DS Nizar.
Parit yang telah dibuat. Sdr Basher Ahmad memantau perkembangan projek.

Monday, November 23, 2009

Poning Kepala den..???

SPR siapa dia....adakah komenen BN atau Umno...atau pun jabatan Kerajaan.....beria-ia sangat tak mau PRK,atau ada agenda jahat dia

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh
Nov 23, 09 3:30pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.
Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

telepone dalam ayer...



Pemandangan pelajar..SM Agama Mahmudiah..kuala berang....

DS...ditanggung beres.

23/11/09 Batu9...JPS tolak..permintaan penduduk untuk mendalamkan parit.,,,,YB DS pulak sponser sepenhnya....kos Backhoe,dan esok pulak ada gotongroyong dikawasan rumah Naim.cuci rumah dia le...lepas banjir..nak cuci tak boleh sebab ada takung air...kalau parit dah siap korek...ok gak...

ikut maklumat naim..bil dia rujuk kepada ketua kampung BN,kata dia kenapa tak suruh nizar buat....ahhhh la padan muka hangpa BN...ingat DS tak mampu nak buat ke?..

ini korek siap dgn jamuan..esok penuh rumah Naim..kk BN berak kapur...tngk petugas dari PAS..dah le kerajaan haram.....nak ekkkk pulak..





Sunday, November 22, 2009

Ada POLIS baik dan ada POLIS Jahat.

Pasukan Khas Polis Bagi Pastikan Siasatan Tidak Berat Sebelah


ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) -- Pasukan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden amuk di Guar Sanji, Perlis 15 Nov lepas bertujuan memastikan tidak ada unsur berat sebelah dalam siasatan kes itu.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pasukan yang ditubuhkan itu akan menyiasat kejadian terbabit daripada setiap aspek.

*"Pasukan ini terdiri daripada pegawai-pegawai saya dan mereka akan menjalankan siasatan supaya tidak ada unsur berat sebelah.

*"Kalau Polis Perlis yang jalankan siasatan, mungkin akan dipertikai...jadi inilah keputusan terbaik yang diambil oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup belia bersama PDRM mencegah jenayah di sini pada hari Ahad.

kalau ketua Polis pun beranggapan macam ini..apa nak dikato...pada rakyat.

selanjutnya baca disini
sumber:

FW: Nak order call saya


kalau tak pun CALL tukang kayu berhampiran.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails