Nik Aziz patut letak jawatan: Fatmi
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewajarnya berundur dan meletakkan jawatannya sebelum lebih banyak kerosakan yang berlaku dalam Pas.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Saleh berkata, seperti yang kita ketahui banyak kenyataan oleh Nik Aziz mencetuskan banyak kontroversi secara nyata.
Fatmi berpandangan sedemikian selepas diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang menyifatkan tempoh 20 tahun Tok Guru mengemudi Kelantan sudah memadai.
“Pada pandangan saya perkara yang sebenarnya itu sama ada Nik Aziz perlu berundur atau tidak mestilah keputusan parti Pas itu sendiri.
“Keadaan ini juga mempamerkan Tok Guru tidak ada kewibawaan sebagai pemimpin dan Menteri Besar. Malah ia juga banyak menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Terdahulu beliau bersama-sama kira-kira 100 ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) meraikan Hari Raya Aidiladha di kediaman pengerusinya, Abdul Halim Chua di Tanjung Chat, di sini.
Beliau memberi contoh seperti kes tajaan haji Nik Aziz dan beliau menyifatkan sepatutnya perkara berkenaan tidak berlaku.
“Saya bimbang kenyataan Tok Guru yang juga Menteri Besar Kelantan disalah tafsirkan oleh orang ramai dan seterusnya masyarakat beranggapan haji dengan tajaan tanpa menyiasat sumbernya adalah sesuatu yang normal.
“Sebelum menjadi lebih teruk sewajarnya Nik Aziz meletak jawatannya dengan segera,” katanya.
sinar.
aiii mamat Fathmi..kau diam aje,,,,jaga jawatan kau dgn selamat....malas aku nak dengar..kau nampak tak kaum kerabat kau...
.
No comments:
Post a Comment