BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, November 6, 2009

Musim Buah-Buahan Melanda Bkt Gantang


Rambutan Bkt gantang

manggis Bkt gantang

Durian Bkt gantang

Musim Buah-Buahan Melanda Bkt Gantang
Lupakan seketika tentang harapan pembubaran DUN Perak kerana semalam perbicaraan kes Rayuan Menteri Besar Perak ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Saya difahamkan Makhamah Persekutuan menangguhkan keputusan kerana kesuntukan masa untuk penal hakim mengumunkan keputusan,semalam ketika jam telah menunjukan pukul 5.30 petang peguam yang mewakili Zambry masih belum habis berhujah. Tidak mengapalah itu adalah proses makhamah,kita semua tahu bukan mudah sebuah makhamah itu ingin menbuat keputusan.

Namun disini,tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menbuat
analisa peribadi tentang penangguhan keputusan ini dan harapan pembubaran DUN.Tetapi,saya ingin memaklumamkan kepada semua rakan yang berada di luar kawasan Bukit Gantang bahawa ketika ini Parlimen Bukit Gantang sedang dilanda musim buah-buahan

Pelbagai jenis Buah-buahan tempatan menjadi kali ini seperti Buah Durian,Manggis,dan
Rambutan.Ketiga-tiga jenis buah ini sudah lazim dengan Parlimen Bukit Gantang.Paling
popular adalah Buah Durian, juga dikenali sebagai Raja Buah.Kebanyakan hasil buah durian dari Bukit Gantang ini telah di ekport ke luar dan dalam Negara.

Sebab itulah,Datuk Najib sering ke Bukit Gantang setiap kali musim buah-buahan.Tujuan Datuk Najib ke Bukit Gantang adalah untuk menjamu orang-orang UMNO makan Durian Bkt Gantang.Selain menjamu org Umno, Datuk Najib juga sering mengadakan Pertandingan makan durian.Pemenang berturut-turut ialah Datuk Muhidin kerana perut Muhidin lebih besar.

Oleh itu,saya secara peribadi ingin mencadangkan agar selepas ini Pusat Khidmat Masyarakat
Parlimen Bukit Gantang,PKR Cabang Bkt Gantang, atau PAS Kawasan Bkt Gantang dapat mengadakan satu Majlis Jamuan Makan Durian untuk semua rakyat.
Selain Buah Durian,Bkt gantang juga terkenal dengan Buah Manggis dan Buah Rambutan.Hasil buah manggis dan buah rambutan dari Bkt Gantang ini juga sering di ekport ke dalam dan luar Negara. Di kesempatan ini, saya menyeru semua anak Bkt Gantang yang berada di perantau pulang ke kampung untuk menikmati musim buah-buahan ini.

dari:
Muhamad Faisal Zainal
Kg Sungai Petai..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails