BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, November 24, 2009

Panggilan langsung dari DS Nizar,teruskan usaha murni

Penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong membersihkan rumah penduduk Encik Naim ,terkejut kerana DS Nizar menelefon penulis untuk mengucapkan terima kasih kerana menjayakan program murni membantu rakyat.Panggilan DS Nizar telah didengari oleh penduduk Kg Chengal Jantan setelah disambung dengan "microphone" dan "p.a .system"DS Nizar membuat panggilan dari lobi Bangunan Parlimen,mengucapkan setinggi tahniah kepada masyarakat kampung yang menjayakan program membantu mangsa banjir.DS Nizar juga merakamkan jutaan ribuan terima kasih kepada pasukan Unit Amal ,Ketua Kampung ,JKKK,pimpinan Pas semua peringkat.Beliau menyatakan masih berada di Parlimen untuk mengikuti persidangan parlimen.Untuk makluman DS Nizar melalui Pusat Khidmat Parlimen telah membiayai membuat parit mengelak banjir dan jamuan kenduri.DS Nizar menolong rakyat,bukan kerana dicabar mana-mana individu,'Apa Nizar boleh buat?'Kita buktikan ,dengan peruntukan yang dirampas Ketua Umno Bahagian,kita akan bantu rakyat mengikut kemampuan dan keperluan.

Gambar sekitar gotong-royong Kg Chengal Jantan.Inilah bukti ,jika kita mampu!

Rumah Sdr Naim,yang kini baru boleh dicuci.
Unit Amal Kawasan Bukit Gantang bersedia menabur bakti.
Tekunnya rakyat marhaen,menebuk lubang untuk aliran air,jika rumah dimasuki air.
Pas sedia berkhidmat,Sdr Basher Ahmad Ajk Pas Bukit Gantang dan juga P.A DS Nizar.
Parit yang telah dibuat. Sdr Basher Ahmad memantau perkembangan projek.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails