Penduduk Islam Harus Tunjuk Orang Islam Tadbir Negara Secara Aman - Dr Mahathir
KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab menunjukkan kepada negara lain cara orang Islam mentadbir negara dengan rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan harmoni, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk menunjuk dengan jelasnya bahawa orang Islam, apabila mereka memerintah, mereka adalah adil dan bertimbang rasa dan mereka tidak akan mencetuskan huru-hara dalam negara sendiri," katanya pada majlis makan malam sempena kunjungannya ke Sabah di sini.
Katanya umat Islam di negara ini bernasib baik kerana mampu mengamalkan ajaran agama dengan selesa tanpa keganasan.
"Kita harus bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah banyak kali kerana ini adalah kurniaan Tuhan kepada kita. Janganlah kita membuat sengketa sesama kita dan membuat sesuatu yang mungkin akan menyebabkan pandangan orang lain terhadap agama kita menjadi buruk.
"Walaupun kita boleh dikecam orang lain dan begitu memandang hina terhadap orang Islam, tetapi kita juga harus mengkaji tingkah laku kita, cara-cara kita mengamalkan ajaran Islam supaya tindak-tanduk kita itu tidak menyebabkan orang menganggap bahawa agama Islam ini adalah agama yang bengis, yang tidak bertimbang rasa dan yang tidak adil," katanya.
Dr Mahathir juga berkata umat Islam seharusnya berusaha untuk memajukan diri mereka agar dihormati dan dipandang tinggi oleh kaum dan agama lain.
raja ular dalam semak
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment