BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, November 19, 2009

Polis tercekap...di pulau pinang

Polis ambil kenyataan KM dan Exco
Mohd Sabri Said
GEOGETOWN, 19 Nov: Polis mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh di pejabat masing-masing semalam berikutan isu penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) bantuan fakir miskin umat Islam dibuat tokong.

Setiausaha akhbar Ketua Menteri, Cheong Yin Fan memberitahu , polis datang ke pejabat YB Phee Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu pada jam 11.00 pagi manakala Ketua Menteri pada pukul 2. 45 petang di pejabatnya aras 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Kedatangan polis itu dibuat ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Pembantu Khas Phee Boon Poh di Ibu Pejabat Polis Jalan Penang iaitu beberapa meter dari Komtar.

Baru-baru ini berita SMS dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab kononya Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng memestikan bantuan fakir miskin di tokong berasingan iaitu di tokong Telur Air Tawar bagi Parlimen Tasek Gelugor manakala Parlimen Bagan di tokong depan Mahkamah Butterworth.

"Semalam polis datang mengambil keterangan daripada Ketua Menteri dan juga YB Phee Boon Poh berkaitan dakwaan fitnah tersebut, " ujarnya.

Guan Eng pada 16 November lalu seperti dilaporkan Harakahdaily telah menafikan dakwaan SMS tersebut.

Beliau fitnah sebegini bukan pertama kali berlaku tetapi telah berlaku sebelum ini untuk memberikan gambaran buruk kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," katanya.

Menurut Guan Eng, jika benarpun ada sumbangan yang diberikan di tokong sebagaimana yang didakwa ia bukan sumbangan kerajaan negeri tetapi oleh orang persendirian.

"Semua sumbangan kerajaan negeri kebanyakannya dibuat di dewan orang ramai. Kita tidak pernah bagi sumbangan kepada orang Islam di tokong tetapi kita pernah buat dalam masjid.

"Saya harap rakyat tidak percaya dengan sms ini kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan buat diskriminasi kaum dan akan layan semua kaum dengan samarata," kata Guan Eng.

Beliau menganggap pihak musuh yang cuba menyebarkan fitnah ini, namun beliau tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab.

"Siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya," katanya.

yang melayu ramai kat gereja sebelah selangor..terlepas pandang ke...


melayu yang rosak akhlak macam ini...polis pandang saja ke?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails