PR takut lepas jawatan: Ravi

Exco Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Ravi Chandran berkata, jika betul pembangkang mendakwa mendapat sokongan daripada rakyat, elok mereka bubarkan semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Bagaimanapun, mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka takut. Tetapi pada masa sama, mereka tidak habis-habis meminta DUN dibubarkan, namun apabila diminta letak jawatan, mereka pula takut.
“Sepatutnya inilah masa sesuai bagi pembangkang membuktikan kepada rakyat dan untuk mendapatkan keadilan serta mengembalikan mandat kepada rakyat. Elok mereka buktikan dengan meletak jawatan terlebih dahulu dan biar pilihan raya diadakan semula untuk melihat mereka benar-benar kerajaan dipilih oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Ravi berkata, apa yang dapat dilihat ialah pembangkang tidak sanggup melepaskan jawatan masing-masing kerana takut tidak dapat bertanding.
Menurutnya, ini jelas menunjukkan mereka gila kuasa dan bukan benar-benar hendak berkhidmat kepada rakyat.





No comments:
Post a Comment