BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, July 31, 2011

Kenyataan Polis semenjak dua menjak ini semakin Merapu..?

Kenapa jadi gini..?semenajak dua menjak ini kebanyakkan kenyataan Polis yg dikeluarkan Media lebih Mirip kenyataan Pimpinan UMNO yg bangan kenapa..?terlalu "Taksub" dengan Guru menggongke..?

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi
Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

- Bernama

Saturday, July 30, 2011

Lahir lelaki.meninggal sebagai wanita..?

ALLAH MAHA MENGETAHUI...apa disebaliknya..!No komen...

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal dunia












Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

2+2=4...Doktrin UMNOBN 2+2=6 atau ikut suka aku.

sepatutnya sebagai Manusia yang mengaku Islam dan bertanggungJawab letak saja Jawatan kerana dah Jelas SPR tidak dapat melakukan sebarang kebaikkan kecuali semua diikuti apa yang diarahkan..dalam kes ini walau Pun nampak kerjaan tidak Adil tapi sebagai orang yg memegang Kuasa tiada sebarang Kuasa kecuali kena akur pada segala Arahan walau pun nampak arahan itu tidak betul..LETAK SAJA JAWATAN..apa yang nak diampu sangat..soooo Kau itu terlalu Hina dalam geng Manusia 1Malaysia..rela dijadikan Kuda Tunggangan dan Anjing Suruhan

SPR berdepan krisis kepercayaan?
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah.

Mamak Ghani Jiman yang berotak Jimak..

buat malu seluruh Geng Mamak sedunia sepesis mamak UMNO ini..

Peniaga gagal serah seluar dalam, coli pada Guan Eng
Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.

Bebas..selepas berbagai kerenah dan mogok Lapar

Kesilapan demi kesilapan bagaikan mengali kubor diri sendiri siPimpinan UMNOBN..Tahanan EO yang konon kononnya membawa ajaran komunis sepatutnya dibebaskan sewaktu awal dulu dengan mohon maaf oleh pihak yang bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa telah berlaku kesilapan dan silap maklumat selepas saja ditangkap beberapa hari..maka tindakan demikian akan dipandang lebih telus dan yakin dgn pihak bertanggungjawab..ini dah lah ditangkap ikut sedap hati mereka bantahan dan rayuan rakyat dari berbagai lapisan diendahkan siap dibantah macam macam dan ada juga ayat ayat membela penahan mereka tepat dan betul ..akhirnya tekanan demi tekanan dan yg terakhir siap dengan ugutan MOGOK..baru nak dibebaskan..Tahniah sekali lagi buat seluruh Jentera yg telah bekerja Keras untuk
mengoncangkan sikap sombong Pihak Pihak yg tak bertanggungJawab dan akhirnya berjaya membeaskan seluruh tahanan yang diTahan dibawah EO itu.







Pembebasan PSM6 disambut meriah ala karnival

Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini disambut meriah ala karnival oleh rakyat pelbagai kaum.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

psm eo6 release pc 290711 jeyakumarMereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.

Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.

psm eo6 release pc 290711 left lechu and suguBerucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.

"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata menyifatkan mendapatkan layanan yang baik, terutamanya daripada warden.

"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathyBeliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.

Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".

"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.

Friday, July 29, 2011

Gagalllllllll..Nasib kao tak tersembur,air liur basi macam geng seorang lagi

GAGAL APA NAMA...YANG KAU NAK PERTAHAN BUKANNYA KEADILAN NAK PERTAHAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN UMNOBN.....SOOO MANA TAK KENA BOOOO..ITU PUN NASIB BAIK KAO TAK TERSEMBUR AIR LIUR BASI...KIRAAA BERJAYA JUGA KAO..BUKANNYA PENONTON TAK FAHAM MAKSUD WACANA TAPI DAH SERIK DAN LALI DENGAN KOMEN KOMEN PENGAMPU...

SPR dakwa objektif wacana gagal, tapi Wan Ahmad-Ambiga muncul lagi esok



KUALA LUMPUR, 28 Julai — Timbalan Pengerusi Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) menyifatkan wacana Apa Selepas 9 Julai kelmarin, yang dihadirinya bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, tidak tercapai seperti yang beliau harapkan ekoran “tindakan” pihak tertentu.

Kata beliau, matlamat wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu telah terjejas ekoran kedatangan mereka yang tidak begitu faham tentang maksud wacana.

Seorang lagi ahli panel wacana itu ialah Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Susulan kemunculan kelmarin, Wan Ahmad dan Ambiga akan berada di pentas yang sama disediakan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia di bawah tajuk “Undang-undang Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pembaharuan Pilihan Raya” di Dream Centre, 2 Jalan 13/1, Seksyen 13, Petaling Jaya, petang esok.

Ia disahkan oleh ahli jawatankuasa Proham Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Seorang lagi anggota panel esok ialah Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Asean.

“. . . ia dirosakkan dengan kedatangan golongan yang tidak begitu faham tentang maksud wacana yang beranggapan dengan turun padang untuk menunjukkan kekuatan politik . . . kebanyakannya penyokong ‘Bersih’,” kata Wan Ahmad dalam satu rencana dikeluarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Rencana itu mendakwa “sebetulnya Wan Ahmad tidak diberi peluang langsung untuk meluahkan pemikiran SPR. Semuanya ‘dikunci’ oleh hadirin. Kalau tidak secocok, mereka terus menghalang penjelasan suruhanjaya itu.”

Malah rencana itu mendakwa “sampaikan ada kalangan mereka seolah-olah tidak pernah mendengar apa yang pernah diperjelaskan SPR tentang segala dasar SPR termasuk isu pengundi hantu.”

“Datang ke majlis itu dengan ilmu pengetahuan sifar dan cetek tentang apa yang telah dilaksanakan SPR.”

Tambah rencana itu, cuma kelebihan Wan Ahmad ialah keupayaannya menerangkan tentang sistem biometrik yang berkaitan hujahnya tentang cap jari.

Tulisan itu menambah, kalau untuk kerja pembersihan daftar pemilih, biometrik adalah jawapannya yang boleh mengesan dua atau tiga nombor kad pengenalan yang bertindih.

Dalam hujahnya pada wacana itu, yang pertama bertemukan antara Wan Ahmad selaku wakil SPR dan Ambiga di pentas yang sama, beliau berkata, agensi itu mahu Bersih 2.0 mengemukakan usul lapan tuntutan transformasi pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Ini kerana jelas Wan Ahmad, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan memerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mengikut laporan media Selasa lalu, Wan Ahmad juga dikatakan dicemuh dengan hebat oleh orang ramai kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Wan Ahmad ditenangkan moderator Wan Saiful Wan Jan.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 badan bukan kerajaan turut disokong Pakatan Rakyat.

Ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan lebih 1,600 orang telah ditahan.

Standarad Katak Puru aje...

Kalau setakat Taraf "KATAK PURU" aje lompatnya tak konsisten tak perlu bangga diri yang diri dicemburi oleh orang Lain...kalau ada manusia yang cemburu pada kita pun ada tahapnya diri kita dimata masyarakat baru layak dicemburi..kalau setakat kau aje..berahim puru..takde siapa pun teringin nak cemburu kat hang le ooooi..sedaq le sikit...

Anugerah Ibrahim Ali: 'Saya jadi mangsa cemburu'
Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

NONE"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,
kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

azlan"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.

NONEAnugerah itu - yang dicadang diperkenalkan untuk menghargai mahasiswa yang terbukti "bersih dan konsisten" dengan prinsip memperkasa Melayu - telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk BN dan Pakatan Rakyat.

Sekalipun Naib Canselor UiTM Prof Sahol Hamid Abu Bakar telah mengeluarkan surat meminta pencalonan untuk anugerah itu pada awal bulan lalu, beliau kemudiannya menjelaskan ia adalah satu "kaji-selidik" untuk mendapat maklumbalas dari pensyarah, kerana ia belum diluluskan lagi oleh pihak Univesiti.

Senat univeristi itu akan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan anugerah tersebut dalam mesyuaratnya esok.

Thursday, July 28, 2011

Mogok Lapar..akan disediakan Makanan VVip yang bernilai ratusan ringgitke..?

MP Jeyakumar mulakan mogok lapar
Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut isterinya, R Mohanarani, Jeyakumar memberitahunya berhubung mogok lapar itu semasa beliau melawat suaminya semalam.

jerit habitat day forum 011007 mohanarani“Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

“Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan,” kata Mohanarani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar,” katanya.

NONEJeyakumar baru-baru ini dikejarkan ke hospital kerana komplikasi jantung sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Mohanarani berkata bertekad meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

“Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.

“Sekarang SB (polis cawangan khas) telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat semua siasatan sebagai sia-sia sahaja,” katanya.

NONEDalam kenyataan media berasingan setiausaha agung PSM S Arutchelvan beliau akan ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kesihatan ahli parlimen itu.

“Oleh tida pengesahan daripada pihak berkuasa, kami percaya Dr Jeyakumar telah memulakan mogok lapar dan kami amat bimbang dengan keadaan kesihatannya,” katanya.

Tengok dan dengar dengan dekat Polis menggong yang derhaka pada AGUNG.

sampai bila le nak jadi LEMBU DICUCUK HIDUNG...Berani takkena tempat dan Ikut arahan yang bukan kepentingan Rakyat hatta arahan menderhaki AGUNG dan menunguntungkan Pimpinan UMNOBN..sampai bila nak jadi cerdik sikit ..?sampai bila..

Pimpinan yang mengku Islamik dibawah sekular.zalim dimana mana..

Bimbang dengan syiar Islam, remaja bawah 18 tahun dilarang ke masjid


WarkahDaily – Islam dinafikan di negara umat Islam. Walaupun berada di negara yang dipimpin orang yang mengaku Islam, tetapi kehidupan umat Islam ditekan dan ditindas dan didikriminasi secara teruk oleh pemimpin yang menjadi tali barut barat konon untuk memerangi keganasan.


Pemerintah sekular Tajikistan cuba menghalang remaja mendekati Masjid kerana bimbang dengan perkembangan syiar Islam.
Begitulah nasib penduduk di sebuah negara bekas Soviet yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan kehidupan cara Islam oleh pemerintah yang mengamalkan pentadbiran sekular walaupun umat Islam merupakan umat majoriti di Tajikistan.

Minggu lepas, parlimen Tajikistan sebulat suara telah meluluskan satu rang undang-undang yang melarang sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun daripada mengunjungi dan bersolat di masjid sambil mewajibkan mereka belajar di sekolah sekular kerajaan.

Dipetik dari laporan agensi berita antarabangsa, undang-undang berkenaan didakwa bertujuan untuk melindungi kepentingan generasi muda Tajikistan, kata pengerusi Dewan Rakyat, Makhmad Ubaydullayev dalam satu kenyataannya.

Menurut pihak berkuasa negara yang bersempadan dengan Afghanistan itu berkata, undang-undang baru ini perlu bagi mengelakkan penyebaran ideologi fundamental namun, tindakan diskriminasi kerajaan itu telah mendapat kecaman dari pemimpin agama negara itu.

Ulama terkenal Tajikistan, Akbar Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam.

“Ini satu hari yang menyedihkan bagi orang Islam.

“Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” kata Akbar Turadzhonzoda yang juga merupakan mantan timbalan perdana menteri.

Bagi ulamak itu, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.

“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” kata Turadzhonzoda.

Pemerintah sekular negara yang mempunyai 7.5 juta penduduk itu menuduh kumpulan agama sengaja membangkitkan kekacauan dalam usaha mewujudkan negara Islam.

Sebelum itu, pemerintah Tajikistan juga telah melarang pemakaian jilbab bagi wanita dan memelihara janggut bagi kaum lelaki, menutup sebahagian masjid, dan juga turut meruntuhkan sebahagian masjid yang lain dengan alasan dibina secara haram, di samping menutup sejumlah sekolah yang mengajarkan berkaitan Islam dengan alasan yang sama pada tahun lalu.

Presidennya, Emomali Rahmon yang telah memerintah Tajikistan sejak awal 1990-an turut memanggil balik para pelajar yang menuntut di institusi agama di luar negara pada musim luruh lalu dengan alasan menghalang lahirnya golongan pengganas di tempat terbabit.

Leeeee.UMNO ada mahu keadilan dan Bersihke..?

fuuuuuhyooo wayangnya ada banyak jenis..wayang kulit,wayang karut,wayang blue dan ini dalam kategori wayang apa wahai pemuda UMNO..?

Selepas Bersih, Pemuda Umno-Pakatan ganding tuntut reformasi pilihan raya

July 28, 2011

PUTRAJAYA, 28 Julai — Tiga minggu selepas Himpunan Bersih 2.0, Pemuda Umno menyeru Pakatan Rakyat agar bekerjasama mendesak pembaharuan sistem pilihan raya dengan mengatakan kedua-dua parti perikatan itu mahu melihat transformasi sistem itu.

Datuk Zaki Zahid, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Putrajaya, memberitahu malam tadi semasa dialog umum dengan pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Umno juga mahukan pembaharuan sistem pilihan raya dilakukan dengan betul tetapi menegaskan, ia bolah dibuat melalui dialog awam dan debat bukan “demonstrasi jalanan.”

“Pemuda Umno juga mahukan daftar pemilih dibersihkan, kami bersetuju bahawa sistem dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dikaji, tapi kita boleh lakukan tanpa demonstrasi jalanan.

“Kita ada persamaan . . . mari bekerjasama, kita dalam satu haluan,” katanya.

Sementara itu Nik Nazmi yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR membalas dengan menekankan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mewakili 62 badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai niat menjatuhkan pentadbiran Najib, cuma mahukan transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia ini berkata, Bersih 2.0 telah menemui kerajaan dan SPR “banyak kali” sebelum 9 Julai, namun tiada usaha proaktif yang diambil.

“Saya rasa itu yang menyebabkan Bersih 2.0 turun ke jalanan, untuk meneruskan tekanan agar transformasi pilihan raya dilakukan,” katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan menggunakan polis untuk menahan peserta Himpunan Bersih 2.0 serta menapis laporan media arus perdana — tidak memberi Barisan Nasional (BN) imej yang baik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Sebuah kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang tidak takut kepada demokrasi.

“Saya rasa kebimbangannya di sini adalah di mana anda mempunyai dua pasukan dalam satu padang tetapi tiada persaingan yang sama dan anda meragui pengadil (ketelusan),” katanya.

Zaki bagaimanapun menegaskan Umno tidak gentar untuk bersaing dalam pilihan raya yang adil.

“Umno tidak pernah takut dengan pilihan raya dan kami boleh menerima keputusan pilihan raya dengan hati yang terbuka,” katanya.

Zaki dan Nik Nazmi juga bersetuju supaya lebih banyak forum dan dialog terbuka diadakan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

BN dilihat terpaksa bersikap mempertahankan diri mengenai Himpunan Bersih 2.0 sejak seminggu lalu kerana masyarakat antarabangsa dari Singapura dan United Kingdom mengkritik cara kerajaan menangani perkara itu.

Bersih 2.0 mendakwa 50,000 rakyat telah menyertai perhimpunan pada 9 Julai walaupun dihalang polis yang hanya menganggarkan 6,000 orang yang berada di ibu negara.

Perhimpunan yang turut disokong Pakatan Rakyat itu menjadi huru-hara apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap ribuan peserta yang menyaksikan hampir 1,700 ditahan, ramai yang cedera dan satu kematian — Baharuddin Ahmad, seorang ahli PAS.

Kerajaan telah berjanji akan menyiasat tuduhan tentang keganasan polis manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga akan mengadakan satu siasatan awam bulan depan.

Alahai Katak Tua yang semakin diLupai..

leeee ingat dah kena gelek dan penyek gak stimroll..ada lagi siKatak Tua ini...kahak kahak kaaaaa...eloknya sikatak ini diam lebih baik untuk dirinya dan kesihatannya....

Ibrahim Ali: “Ambiga tidak beradab”

Posted by admin on July 27th, 2011

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan yang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mesti dilucutkan kerakyatannya. Menurutnya, Ambiga biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar tidak membuat demonstrasi jalanan pada 9 Julai lalu.

Menurutnya, wanita ini (Ambiga) tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi yang dipijak.

Malah pengakuannya, kata Ibrahim, membuktikan betapa angkuh dan biadapnya beliau.

” Ambiga jelas menderhaka dan menghina Agong, selepas diterima menghadap, beliau mempermainkan Tuanku pula.

” Jadi pada Perkasa, Ambiga mesti dilucut kerakyatan agar menjadi pengajaran kepadap pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Semalam Ambiga mengakui yang Tuanku Mizan menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

“Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

“Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu… semua orang pun tahu mengenainya,” katanya pada majlis Wacana Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

Wacana bertajuk ‘Apa selepas 9 Julai’ itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.

Berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

“Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

“Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,” katanya.

Malaysia Negara Polis..atau Polis semakin Banggan..?

aiii sejak bila nak jumpa PieeeM negara kita pun takleh..nak surat pada PieeM pun takleh..ini negara demokrasi ke atau Negara KukuBesi..sampai macam ini jadinya dan nampak sangat Polis semakin Banggan terlebih banggan dari Lembu cucuk Hidung...kenapa..?takkan takde akai kut jenis manusia ini..

Wednesday, July 27, 2011

Nak serah surat pada Jib pun ditahan Polis UMNO>>?

apa cerita ini..Pieeem 1Malaysia rakyat nak hantar surat aje pada PieeeeM itu pun takleh ke..?
macam macam le negara 1malaysia pimpinan JIBMAH..yang Polis pun 2 x samdol ..jadi pencacai tak sudah..

10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Dalam diam diam Mangsa akan dibayar Pampasan.

Masa kejadian heboh satu malaysia hinggakan menteri banggan ke negeri china utk memohon maaf..siasat punya siasat rupanya Melayu Asli ..akhirnya kes didiamkan walau pun saman berjalan dimahkamah...apa sebab kerana MELAYU takde maruah ke..?mana perkasa pejuang bangsa dan agama..?
Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan
Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

NONEHemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

Dari Malysia ke jepun..Tapi bunuh diri diThailand..Kenapa..?

Bunuh diri...?siasat dulu..!

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

hmetro.com.my

SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
SYAFIQ...terjatuh dari kondominum

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.


Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.


Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.


Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.

Maki ke kena boo ke..belakang kira JANJI AMBIGA KU GENGGAM ERAT


KALAU DAH OTAK JAHAT BUKA KIRA APA HALAL HARAM BUKAN KIRA KAWAN MUSUH...

Tuesday, July 26, 2011

Pencacai UMNOBN diBOOOOOOOO...khik khik

Bila agama diabaikan..Manusia menjadi kejam

manusia tidak kira siapa bila agama tidak dijadikan panduan Hidup..akhirnya menjadi kejam dan tak bertanggunjawab...lihat video dibawah ini..bagaimana haiwan ini diperlakukan...dan mengikut berita kucing ini akhirnya dihumban kedalam basementberdekatan
span class="fullpost">

Polis Polis...baca lah warkah ini..

Warkah buat saudaraku anggota polis
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Kalu video Heroinnya Indon leh juga tengok..best hi hihi

jenuh tengok sebab Ketua Penerangan buat kija dalam keadaan terang..khik khik khik

Bersih: Geli hati Rais suruh tengok video polis
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Geli hati apabila membaca seruan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

“Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Katanya, saranan Rais di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab menyebut "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

“Macam mana beliau yang memegang kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

Sekarang, jelasnya ialah zaman lebuh raya maklumat yang begitu pantas.

Beliau berkata, tentu Rais masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihan raya tahun 1990.

Katanya lagi, zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.

“Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

“Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman,” katanya lagi.

apa nak jadi apa nak jadi..!

buat stadium runtuh.buat kondo runtuh,buat tren elektrik cable runtuh..ini baru nak mula ..belum operasi sepenuhnya...kalau dah permulaan pun macam ini..apa lagi dimasa akan datang...RASUH DIMANA MANA SELAGI ADANYA UMNOBN

Perkhidmatan tren tergendala



KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan tren yang melalui laluan antara Kuang–Rawang–Kuang, terhalang sejak pukul 1.13 pagi tadi berpunca daripada insiden kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan jatuh melintang di laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM375.721.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, kabel yang mengalirkan tenaga elektrik 33KV itu menyebabkan beberapa kabel talian atas milik KTMB yang berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik kepada tren KTM Komuter dan ETS turut terputus.


Ekoran insiden itu beberapa perkhidmatan terpaksa dijadualkan semula iaitu: * Perkhidmatan KTM Komuter laluan Rawang–Sungai Gadut akan bermula dari Stesen Sungai Buloh. Pengguna dari Rawang akan dibawa ke Stesen Sungai Buloh dengan perkhidmatan bas.

* Ekspres Langkawi (Padang Besar–KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang.


Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.


* Ekspres Senandung Mutiara (Butterworth–KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.

* Bagi perkhidmatan Ekspres Sinaran Mutiara (KL Sentral-Butterworth), jika laluan terhalang dapat dibebaskan sebelum pukul 8.30 pagi, perkhidmatan ini diteruskan namun jika lewat dari waktu tersebut perkhidmatan akan dibatalkan

Bekas Polis berakhir diTangan samseng..

pukul sampai mati..kenapa..?Tak mau siasat ke..?bekas Polis apa isunya sampai diketuk sampai mati..?

Nyawa diragut 6 samseng


DIREMAN...dua suspek direman untuk membantu siasatan.
DIREMAN...dua suspek direman untuk membantu siasatan.

IPOH: Sepuluh tahun lalu, ibu dan adiknya maut ditetak seorang pesakit mental dan kini bapanya turut menemui ajal dengan tragik apabila kepala dan mukanya dihentak dengan kerusi dan batu-bata oleh sekumpulan samseng dalam kejadian Jumaat lalu.

S Yogesh, 21, berkata, ayahnya, S Sunther, 50, bekas anggota polis berpangkat lans koperal dan pernah berkhidmat selama 26 tahun dalam pasukan keselamatan, meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sejak Jumaat lalu.

Menurut Yogesh, ayahnya diserang sekumpulan lelaki kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika minum di sebuah restoran tidak jauh dari rumah mereka di Taman Desa Pakatan, Pengkalan di sini.

Katanya, ketika minum, sekumpulan enam lelaki tiba-tiba muncul sebelum memukul ayahnya bertubi-tubi dengan kerusi dan batu-bata.


“Ayah sempat melarikan diri sejauh 10 meter, namun ditangkap semula kumpulan samseng itu yang kemudian memukulnya lagi hingga dia tidak sedarkan diri.

sebulan Ramadhan dan Nilai RM18000

uhhhhhh...hina islam(takrif UMNOBN)..sehari didenda rm3ribu..masyuk lagi...kepala otak sekular...kot mana pun dia kira nak masyuk juga..puasa pun dia nak masyuk tak puasa pun dia nak masyuk...terapaan nilai nilai Islam ala UMNO..

Denda RM3,000 ponteng puasa


Sikap segelintir umat Islam enggan berpuasa pada bulan Ramadan boleh dituduh hina Islam. - Gambar hiasan.


KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.

Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam. Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.

Auta Polis dah menjadi ..dulu kini dan selamnya nak AUTAkaree..

lihat sendiri..Polis Punya kerja..Polis sendiri jatuhkan Pegawaidia..tapi dalam video keluaran Polis 1Malaysia dia kata itu kerja orang awan...macam ini nak diharap jaga ketenteraman dan jaga negara...keselamatan ditangan PEMBOHONG DAN PENIPU..


KAT BAWAH NI..VIDEO TERBITAN POLIS...pembohong

UMNO demi kepentingan akan buat apa sahaja..

keluar aje dari UMNO jika anda Ulama sebenar..UMNO bukan tempat untuk golongan yang beragama...

Isu Wahabi: Asri nasihat ulama muda kaji kedudukan mereka dalam Umno

July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MK) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.

Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri (gambar) berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata “pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih.”

“Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya.”

Malah kata Asri, “(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik...”

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu tahun lalu tetapi dinafikan oleh mereka dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Difahamkan mesyuarat pagi semalam merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.

Mesyuarat itu adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.

Difahamkan mesyuarat semalam telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Selain Asri antara nama yang disebutkan ialah Fathul dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam komen awal semalam, Asri berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah “reda.”

Sementara itu, Fathul Bari memberitahu semalam bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini.

Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Mengulas lanjut, Asri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihak berkuasa boleh memanggilnya untuk mendapatkan penjelasan pada bila-bila masa, bukannya membuat tanggapan sedemikian.

“Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada datang berjumpa saya di rumah saya (di Pulau Pinang). Ketika masa perhimpunan Bersih 2.0, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga ada menghubungi saya untuk berkongsi pandangan.

“Jadi, mereka (pihak berkuasa) boleh menghubungi saya bila-bila masa jika memerlukan maklumat dan penjelasan... bukan menyenaraikan dan melabelkan seperti ini,” kata tenaga akademik Universiti Sains Malaysia ini, yang akhir 2009 dikenakan dakwaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan kuliah agama tanpa tauliah di Hulu Klang.

Bertolak daripada pendiriannya berkaitan dengan isu-isu politik mutakhir, Asri juga berkata, pihak-pihak tertentu menentang fahaman Wahabi kononnya membawa fahaman sempit dan bertentangan dengan prinsip sebenar Islam.

“Saya menyokong usaha menentang jika fahaman Wahabi membawa fahaman sempit. Tetapi pihak yang membawa amalan Wahabi cuba membawa unsur progresif dan unsur-unsur yang sesuai dengan persekitaran moden, tetapi tidak meninggalkan prinsip Islam... misalnya isu kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Seperti yang dikatakan oleh Barat, kita patut menentang dan mengelak perkara-perkara yang membawa kepada fahaman sempit,” kata Asri sambil menambah, “dalam perkembangan sekarang, mereka yang menentang kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun juga seharusnya dianggap sebagai mereka yang mengamalkan fahaman Wahabi.”

“Sebab mereka tidak dapat membezakan antara fahaman progresif dan konservatif,” katanya lagi.

Asri merupakan antara tokoh agama progresif memberikan pandangan dan pendirian terbukanya mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu. Ia dikatakan kurang disenangi oleh sesetengah pihak dalam kerajaan dan Umno.

Memang betul apa yang dicakap Najib..Tapi tindakannya..?

memanglah betul apa yang dicakapkan oleh Jib tapi apa tindakan pada 9 hb July semua nampak dan satu dunia dah tahu..macam mana punya tindakan untuk melindungi..tembak sana sini..sedangkan Rakyat cuma mahukan Perhimpunan Aman..tiada siapa pun nak kan rusuhan..

Najib: Tugas k'jaan lindungi nyawa, harta benda rakyat
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam blognya, www.1Malaysia.com.

najib tun razak may 2011Beliau berkata perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara baru-baru ini telah menunjukkan rakyat menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.

"Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumpur," katanya.

Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.

"Tanpa menghiraukan janji-janji untuk demonstrasi aman, ia hanya mengambil sebilangan kecil kumpulan yang terlampu ghairah untuk mencetuskan keadaan bertambah buruk dengan menyerang penonton tidak berdosa atau merosakkan harta benda.

bersih rally petaling street 090711"Adakah berbaloi untuk kita mengambil risiko? Oleh itu, sebagai Perdana Menteri, ia menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi segera kepentingan masyarakat umum berbanding kepentingan sekumpulan kecil penentang," katanya.

Najib berkata baru-baru ini Malaysia menduduki ranking ke-19 negara paling selamat dalam dunia dan pertama di Asia Tenggara.

"Selama beberapa dekad kita telah membina sebuah negara berbagai budaya dan etnik atas dasar toleransi bersama dan saling menghormati," katanya.

NONEKatanya pengalaman peribadinya semasa insiden 13 Mei, 1969 telah membentuk pemahanannya mengenai kepimpinan apabila beliau melihat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak, ketika itu menjadi Perdana Menteri, menangani krisis tersebut.

"Sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Allahyarham mempunyai kuasa Kabinet dan Parlimen dalam tangannya.

"Ayah saya takut dengan kuasa mutlak dan tidak boleh menunggu untuk hari yang beliau boleh menyerahkan kuasa kepada rakyat menerusi Parlimen dan memulihkan demokrasi berparlimen," katanya.
declaration of indepenceKetika Malaysia melalui transformasi secara besar-besaran, Najib mengesa rakyat supaya tidak tunduk kepada gesaan bagi tindakan yang hanya memenuhi kepentingan segelintir untuk memecahbelahkan negara.

"Biar kita tidak tunduk kepada cita rasa mereka yang menuntut balasan yang hanya akan mengakibatkan semangat muhibah dan kerja keras yang dibina sejak sekian lama lenyap begitu sahaja.

"Biar kita semua bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni," katanya.

Saturday, July 23, 2011

Baharuddin dihargai oleh Ambiga..apa cerita PEKASAM..senyap dan sunyi...

Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat

July 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga (gambar) dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.

ceramah penerangan..diDun Kuala sepetang..





Bukan diLucutkan Jawatan..cuma disekat dari operasi siasatan..senang banyak maaa..

akhirnya setelah bermacam ragam akhirnya mereka yg didakwa terlibat sama masih disitu..cuma dilucutkan kerja menyoal siasat itu sahaja..hebat hebatttt..tambah lagi disekat dari sebarang tugas operasi siasatan lagi hebat..MAKAN GAJI BUTA LE WOOOI MAKSUDNYA..khik khik tidak akan bertolak ansur..hampehhh.



Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.

NONEKetiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.

SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

NONE“Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan 'Video Interview Room' (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.

“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.,” petik kenyataan itu.

Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

Mtd Changkat Jering..sumbangan sempena Ramadhan..

Mtd Changkat Jering bersama Pas Kawasan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan kepada 100 orang yang kurang kemampuan diMarkas Pas Batu 6 Changkat Jering pagi tadi 23hb July.
Ust Idris Hj Ahmad turut hadir dalam majlis penyampain itu selain YDP Pas Kawasan Ust Nordin Jaafar.dan ketua Penerangan dewan Muslimat Pas Kawasan Puan zulina..



seperti biasale..sebelum sumbangan dihulurkan..tazkirah disampaikan oleh YDP dan juga Ust Idris Hj Ahmad.


lagi gambar difacebook.Teknologi Maklumat Pas Kawasan

Negara Giler warna..satu satunya diseluruh DUNIA...

  • Bermula dari Hijau..Papan tanda Peteronas jadi mangsa ,wang rakyat jadi sandaran,papan tanda UMNo turut berubah jadi Hijau sebab dikhabarkan Ramalan tok Nujum dari India..
  • Dari hijau beralih angin ke Hitam atas Tajuk Black Perak..dikhabarkan warna hitam sama colour dgn muka siKetuanya..bukan Muka sama warna dgn Hitam.
  • Entah apakejadahnya Kuning mengambil tempat jadi igauan Pimpinan bertalam talam dari BN sehingga tersepok malu dan kemaluan bagaikan kepala kura masuk dalam sangkarnya bila terpandang baju siputeri England menyambut dgn berbaju kuning.
  • dudok tak dudok demam tak kebah yang dibawa dari England HITAM METALIK pulak bakal mengambil tempat..sehingga bakal menaikkan bil elktrik bulan depan yang memang dah sedia tinggi melangit kerana tak mau lena dalam kegelapan malam..
kalau ada yang berminat cari sendirile dimana pengedarnya sebab saya sendiri pun tak tahu lagi dimana agennya..


Friday, July 22, 2011

kenapa diTahan...takut terburai perut busuk ke..?

Peguam 'Scorpene' ditahan, dijangka diusir pulang
Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pemimpin kanan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdon

Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails