BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, July 18, 2011

Banyak sangat lawak giler zaman leni di1malaysia..

khak kahk kahk 1malaysia semakin menggong kepe..?semakin hari semakin lawak jadinya..pakai baju kuning dalam bilik pun boleh siMalaun report Polis dan Polis boleh datang menangkap mereka atas "ISU KESELAMATAN NEGARA"..kahak kkkahik khik khik..auw auw auwwww....macam ini punya cara pun adakah..apa kata kalau Jib bogel dalam bilik dan ada report yang dia tak pakai baju dan seluar..boleh ke Polis datang serbu atas keselamatan Kak Mah...aduhhh aduh aduhhhh

Percutian terganggu gara-gara baju-T BERSIH

Joseph Sipalan & Kow Gah Chie
Ia sepatutnya satu percutian hujung minggu bagi sekumpulan empat remaja ke Cameron Highlands untuk menikmati keindahan alam semula jadi di pusat peranginan tersebut.

azlanSelepas hujung minggu yang begitu sibuk, apatah lagi dengan
perhimpunan BERSIH 2.0 dan pelbagai kontroversi yang timbul, maka ia adalah masa untuk berihat bagi tiga pembantu ahli parlimen Parlimen Seputeh yang juga setiausaha organisi nasional DAP, Teresa Kok (kiri).

Namun apa yang mereka tidak sangka ialah stigma BERSIH 2.0 itu terus menjejaki mereka hingga ke pusat peranginan tersebut.

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling dan Chin Kah Wai, bersama dengan seorang lagi rakan mereka, telah merancang untuk bercuti selama dua hari satu malam di Cameron Highlands Sabtu lalu untuk melunjur kaki dan mungkin juga untuk aktiviti meredah hutan.

bersih 2 shirt demandsNamun begitu, apabila waktu malam sudah berakhir, mereka telah hilang semua keinginan untuk menghabiskan percutian tersebut.

Teh berkata, mereka balik ke bilik hotel untuk berihat selepas makan malam dan mengunjungi pasar malam, apabila seorang kakitangan hotel mengetuk pintu bilik mereka pada kira-kira jam 12.45 tengah malam.

"Mereka meminta kami menukar bilik kerana terdapat satu keluarga
yang menginap di bilik sebelah dan kami mungkin agak bising.

"Pada masa itu, saya fikir dia ternampak kami memakai baju-T BERSIH di dalam bilik. Selepas kita bertukar bilik, kira-kira 10 minit kemudian, ada orang mengetuk dengan kuat pintu bilik kami."

Bila pintu dibuka, kata Teh, sekurang-kurangnya 13 orang yang menunggu di luar terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa memperkenalkan diri mereka.NONE"Saya bertanya siapa mereka, dan seorang daripada mereka
menunjukkan ID - ketua inspektor Basar Safar. Dia berkata, pihak pengurusan hotel telah menghubungi pihak polis, memaklum ada sekumpulan orang yang memakai baju-T Bersih," kata Teh (tengah)

Katanya, Basar meminta mereka mengikut mereka ke ibupejabat polis daerah Cameron Highlands, dengan hanya memberi alasan bahawa ia adalah "isu keselamatan awam"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails