BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 28, 2011

Alahai Katak Tua yang semakin diLupai..

leeee ingat dah kena gelek dan penyek gak stimroll..ada lagi siKatak Tua ini...kahak kahak kaaaaa...eloknya sikatak ini diam lebih baik untuk dirinya dan kesihatannya....

Ibrahim Ali: “Ambiga tidak beradab”

Posted by admin on July 27th, 2011

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan yang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mesti dilucutkan kerakyatannya. Menurutnya, Ambiga biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar tidak membuat demonstrasi jalanan pada 9 Julai lalu.

Menurutnya, wanita ini (Ambiga) tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi yang dipijak.

Malah pengakuannya, kata Ibrahim, membuktikan betapa angkuh dan biadapnya beliau.

” Ambiga jelas menderhaka dan menghina Agong, selepas diterima menghadap, beliau mempermainkan Tuanku pula.

” Jadi pada Perkasa, Ambiga mesti dilucut kerakyatan agar menjadi pengajaran kepadap pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Semalam Ambiga mengakui yang Tuanku Mizan menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

“Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

“Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu… semua orang pun tahu mengenainya,” katanya pada majlis Wacana Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

Wacana bertajuk ‘Apa selepas 9 Julai’ itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.

Berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

“Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

“Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails