BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 7, 2011

Tadika pun dah tak selamat..main dengan UMNOBN

33 orang jadi tebusan di tadika Muar

Posted by admin on July 7th, 2011

Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dekat sini.Laporan Bernama Online menyebut polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Sehingga pukul 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi tempatan yang dipanggil pihak polis, Dr Lau Keen Lee kini sedang berunding dengan lelaki tersebut dari luar kawasan banglo dua tingkat itu dan dilaporkan lelaki itu nampak dalam keadaan tenang.

Menurut Keen Lee, lelaki itu kini lapar dan meminta diberikan makanan untuknya dan juga kesemua tebusan di dalam pusat itu.

Trak-trak Unit Tindakan Khas (UTK) dilaporkan sudah tiba dan bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Ibu bapa dan kaum keluarga para tebusan serta pihak media sedang menunggu di luar kawasan rumah banglo tersebut.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails