BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 7, 2011

UMNO Penderhaka Sultan dan Negara yang sebenarnya !

Kabinet Najib didakwa ‘derhaka’

Posted by admin on July 7th, 2011

PKR mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak berupaya untuk mengawal Kabinetnya sendiri ekoran pendirian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akur kehendak Yang di-Pertuan Agong dan terus menghalang Himpunan Bersih 2.0, Sabtu ini.

Sayap Wanita PKR berkata arahan Hishammuddin kepada polis supaya terus menahan penyokong Bersih 2.0 dengan mengatakan gabungan itu masih haram satu bentuk penderhakaan terhadap Tuanku Mizan Zainal Abidin yang sudah pun memberi perkenaan kepada perhimpunan aman.

Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membiarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein terus mengarahkan polis menahan individu yang didakwa terbabit dengan perhimpunan berkenaan.

“Ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Ini kerana, secara jelas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini.

“Maka Hishammuddin seharusnya taat dan patuh,” katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Membaca satu kenyataan, Zuraida mendakwa, Najib sebaliknya “memberi perlindungan tertinggi” kepada menterinya itu untuk mengambil tindakan sewenang-wenang.

“Walaupun Agong dah jumpa pemimpin BERSIH, mereka tetap ambil tindakan ke atas BERSIH,” ,” katanya.

“Ini tindakan menghina Agong,” tambahnya yang turut menuntut suapa Hishammuddin segera membebaskan seramai hampir 200 orang yang ditahan berhubung BERSIH dalam serbuan polis yang dijalankan sejak 25 Jun lalu.


2 comments:

Pak Oncu said...

Bro,, apa Agong boleh buek,, dia ibarat burung di dalam sangkar ????

Penebang Gharqad said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, wa'ali ibrahim wa’ barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, wa'ali ibrahim filalamamin innaka hamidun majid

Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim,

Ya Allah janganlah engkau biarkan kami di kedudukan ini diselubungi dosa kecuali engkau ampunkan, sebarang halangan kecuali engkau lepaskan, sebarang hutang kecuali engkau tunaikan, sebarang penyakit kecuali engkau sembuhkan, sebarang kezaliman kecuali engkau menangkan, sebarang hajat daripada hajat-hajat duniawi dan ukhrawi kecuali engkau permudahkan dan tunaikannya, ya rabbalalamin.

Ya Allah muliakan kedudukan Islam dan orang-orang Islam
Ya Allah bantulah Islam dan orang-orang Islam.
Ya Allah bantulah Mujahidin fi sabilillah di setiap tempat.
Ya Allah hancurkan kekufuran dan kekafiran.
Ya Allah hancurkanlah syirik dan orang-orang musyrik
Ya Allah hancurkan musuh-musuh dan pemimpin UMNO/BN zalim yang ketakutan ini.
Ya Allah hancurkanlah pembantu-pembantu kezaliman UMNO/BN.
Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh Islam.
Ya Allah pecahkan pakatan, kumpulan,ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah kaki-kaki mereka.
Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu, YA Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim Ya Allah.
Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami keatas mereka.
Ya Allah binasalah mereka semuanya dan jangan seorang pun engkau lepaskan.
Ya Allah kekuasaanMu mengatasi mereka sesungguhnya mereka tidak mampu melemahkan kuasaMu .
Ya Allah satukanlah hati-hati orang Mukmin dan perelokkan diantara mereka.
Ya Allah bukakanlah petunjuk dan kebenaranmu kepada kami dan masyarakat kami dan engkaulah sebaik-baik pembuka petunjuk dan kebenaran.

Amin, Ya Rabbalalamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails