apa lama sangat PieeeeM peram hasil laporan itu..?
Mimpi ngeri' keluarga Teoh belum sudah Dua tahun selepas kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, keluarganya masih terseksa pada kematian misteri, antaranya kerana laporan suruhanjaya diraja masih belum didedahkan.
Semasa menghadiri majlis peringatan di Seri Kembangan, adik perempuannya Lee Lan membuat rayuan penuh emosi supaya laporan itu dikeluarkan.
"Saya tidak faham kenapa perdana menteri tidak mahu dikeluarkan. Kenapa?
"Laporan itu bukan untuk kami, ini semua untuk rakyat Malaysia," kata Lee Lan yang bergenang air mata dalam ucapan 30 minitnya.
Laporan itu diserahkan pada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.
No comments:
Post a Comment