buat stadium runtuh.buat kondo runtuh,buat tren elektrik cable runtuh..ini baru nak mula ..belum operasi sepenuhnya...kalau dah permulaan pun macam ini..apa lagi dimasa akan datang...RASUH DIMANA MANA SELAGI ADANYA UMNOBN
Perkhidmatan tren tergendala
KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan tren yang melalui laluan antara Kuang–Rawang–Kuang, terhalang sejak pukul 1.13 pagi tadi berpunca daripada insiden kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan jatuh melintang di laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM375.721.
Menurut kenyataan KTMB hari ini, kabel yang mengalirkan tenaga elektrik 33KV itu menyebabkan beberapa kabel talian atas milik KTMB yang berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik kepada tren KTM Komuter dan ETS turut terputus.
Ekoran insiden itu beberapa perkhidmatan terpaksa dijadualkan semula iaitu: * Perkhidmatan KTM Komuter laluan Rawang–Sungai Gadut akan bermula dari Stesen Sungai Buloh. Pengguna dari Rawang akan dibawa ke Stesen Sungai Buloh dengan perkhidmatan bas.
* Ekspres Langkawi (Padang Besar–KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang.
Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.
* Ekspres Senandung Mutiara (Butterworth–KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.
* Bagi perkhidmatan Ekspres Sinaran Mutiara (KL Sentral-Butterworth), jika laluan terhalang dapat dibebaskan sebelum pukul 8.30 pagi, perkhidmatan ini diteruskan namun jika lewat dari waktu tersebut perkhidmatan akan dibatalkan
No comments:
Post a Comment