BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, July 16, 2011

Dialog bersama Penduduk cina..

baru sebentar tadi sebelum saya copy pastekan artikel ini..saya ke Pekan dan bertemu seorang kenalan cina yang dah lama tak jumpa.
aku:waaa lama takrak jump u ..sekarang buat apa..?
cina:ada sini maa ..lepas balik singapore saya buka kilang bungkus beras dekat hujung bangunan ..
aku;ooo yang dekat hujung sekali ke?
cina:ya..lu sekarang meniaga apa..?
aku:takde apa tapi kalau ada apa apa kerja yang kawan punya saya tolong,lagi sekarang saya banyak kerja parti
cina:lu orang Pas ke.?
aku:ya looo
cina:ini pas sekarang sudah bagus bukan macam dulu..itu u punya kawan yang buat baju dia pun pas punya orang ke..?
aku:ya dia pun pas..ini pas dulu pun bagus tapi kita kurang ada berita ttg pas,pasal itu ramai tak nampak.
cina:ini sekarang kedah apa cerita dia orang cakap bulan puasa tak boleh minum arak dan judi apa pasal.?
aku:bukan macam itu..bulan puasa ke bulan apake luorang mau minum atau mandi arak pun lu orang punya suka tapi kasi tutup sikit bikin kerja dalam rumah siapa mau kacau.itu angkat lesen punya meniaga mau kasi jaga sikit hati orang Islam maa dia orang ramai diKedah.bikin terbuka macam sekarang takde baik..dengar berita dan paper mau betul dan tengok apa berita.
cina:saya sudah agak ini kerja UMNO Jahat punya masuk TV kasi tau orang cina minum arak bulan Puasa kerajaan kedah tak kasi,ini UMNO dulu pun jahat sekarang lagi jahat...aiiiya tak boleh percaya sikit pun ini umno punya orang.
aku:ok le kwn jumpa lagi ...baca paper kasi betul dengar TV pun mau betol kalau tak faham lu tanya ini Pas punya orang.
cina:ok...ini Pas sekarang banyak baik...NO1...

Hiburan: Tindakan Azizan betul, tidak perlu runding
Harakahdaily

BANGI, 15 Julai: Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyokong penuh tindakan tersebut kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum.

“Tindakan Datuk Seri Azizan adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang. Oleh itu, Isma menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula,” kata presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia, pihak pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan tersebut walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan sahaja pada bulan Ramadan semata-mata.

“Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam, maka ia perlu dihormati dengan menghentikan aktiviti hiburan dan maksiat. Ia bukan sahaja patut diharamkan pada bulan ini, malah sepanjang tahun,” katanya.

Tambahnya, Isma juga berpendapat bahawa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Mengulas berkenaan tuntutan pihak DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah menyatakan bahawa tindakan melaksanakan undang-undang dan menegakkan syiar Islam tidak perlu dirunding sebaliknya harus dihormati oleh semua pihak.

Merujuk kepada kenyataan MCA pula, Abdullah mahu MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan memiliki undang-undang sendiri.

“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri. Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails