Bunuh diri...?siasat dulu..!
Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya
SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.
Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.
Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.
Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.
Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.
4 comments:
salam...
saya xrasa arwah bunuh diri...sbb sy knl sgt dgn arwah..die kt thai pom sbb trnsit nk blk msia...de kenduri tahlil 100hari mak die meninggal!
apepom y terjadik..hanye Allah y lebih mengetahui...sebagai y hidup, jgn la kiter terlalu mudah membuat andaiaan daan konklusi=)
al-fatihah~
Salam bro. I'm a friend of arwah. What I can say is don't speculate & assume this & that. Fyi, arwah hilang kat Jepun, jumpa mayat kat Pattaya with a ticket to KL dated 22nd July. Dia takde tunjuk depress, sedih or anything towards suicidal. Nak cakap kuat agama who am I to judge but compared to me, he's way better. Kami rakyat Johor. Rakyat Johor sekolah 2 jenis sekolah, 1 is main school the other 1 is religious school. I don't think this is suicide. Please respect arwah, his family & friends. Kitorg sedih org speculate macam2. Let the investigation result comes out 1st. So, I humbly asking u to delete your comment on this post. Post tak salah bro, tapi comment awak tu yg agak keji pada saya. Tolong hormat kami semua. Thanks. -Muhaimin, rakan kelas arwah dari darjah 3 hingga tingkatan 5-
tq and sorry ..for the comment..i dah delete kan..
Bijan, thanks for understanding... :)
Post a Comment