Bimbang dengan syiar Islam, remaja bawah 18 tahun dilarang ke masjid
WarkahDaily – Islam dinafikan di negara umat Islam. Walaupun berada di negara yang dipimpin orang yang mengaku Islam, tetapi kehidupan umat Islam ditekan dan ditindas dan didikriminasi secara teruk oleh pemimpin yang menjadi tali barut barat konon untuk memerangi keganasan.
Pemerintah sekular Tajikistan cuba menghalang remaja mendekati Masjid kerana bimbang dengan perkembangan syiar Islam.
Minggu lepas, parlimen Tajikistan sebulat suara telah meluluskan satu rang undang-undang yang melarang sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun daripada mengunjungi dan bersolat di masjid sambil mewajibkan mereka belajar di sekolah sekular kerajaan.
Dipetik dari laporan agensi berita antarabangsa, undang-undang berkenaan didakwa bertujuan untuk melindungi kepentingan generasi muda Tajikistan, kata pengerusi Dewan Rakyat, Makhmad Ubaydullayev dalam satu kenyataannya.
Menurut pihak berkuasa negara yang bersempadan dengan Afghanistan itu berkata, undang-undang baru ini perlu bagi mengelakkan penyebaran ideologi fundamental namun, tindakan diskriminasi kerajaan itu telah mendapat kecaman dari pemimpin agama negara itu.
Ulama terkenal Tajikistan, Akbar Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam.
“Ini satu hari yang menyedihkan bagi orang Islam.
“Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” kata Akbar Turadzhonzoda yang juga merupakan mantan timbalan perdana menteri.
Bagi ulamak itu, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.
“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” kata Turadzhonzoda.
Pemerintah sekular negara yang mempunyai 7.5 juta penduduk itu menuduh kumpulan agama sengaja membangkitkan kekacauan dalam usaha mewujudkan negara Islam.
Sebelum itu, pemerintah Tajikistan juga telah melarang pemakaian jilbab bagi wanita dan memelihara janggut bagi kaum lelaki, menutup sebahagian masjid, dan juga turut meruntuhkan sebahagian masjid yang lain dengan alasan dibina secara haram, di samping menutup sejumlah sekolah yang mengajarkan berkaitan Islam dengan alasan yang sama pada tahun lalu.
Presidennya, Emomali Rahmon yang telah memerintah Tajikistan sejak awal 1990-an turut memanggil balik para pelajar yang menuntut di institusi agama di luar negara pada musim luruh lalu dengan alasan menghalang lahirnya golongan pengganas di tempat terbabit.
2 comments:
kenapa PAS sekarang ini begitu zalim terhadap negara dan umat Islam di Malaysia ini? apakah maki-hamun, carut, fitnah dan memutuskan kebenaran sudah jadi intipati perjuangan PAS?
kalau dah mata subur dgn yg haram memang tak nampak yang mana zalim dan yang mana baik...eloknya kau bersama dgn UMNO..sebab kau tau UMNO Pejuang Agama yang terhebat sampai PieeM dia nak tegur bini tutup aurat pun tak sempat..hi hi.lagi pun Pieem hang tu setiap Jumaat membaca khutbah dimasjid Putrajaya yang mana hang seorang sebagai makmum dia..elok sgt hang terus dgn UMNO..pas tidak memerlukan org seperti hang..
Post a Comment