khak kahk kahk..KATAK DI KETUK KEPALA..
sebelum ini mamat binggai sibuk nak bagi bukti..tapi sebagai manusia yg bertanggung jawab Datuk Zaid jelaskan bukan setakat bertemu siap p cari katak di Padang..kahka kahak kahahk kahhh..
Datuk Zaid Akui Jumpa Raja Petra & Isteri di London, Siap Belanja Tengok Bola Lagi...
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.
Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.
“Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri,” katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.
Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi.
“Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” katanya.
Peguan Negara mesti Marah Gila Punya..
kalau nak harap keputusan adil dari 4tahil..renti sat..tukar aje....senang..
Tukar Penasihat Undang-Undang, Kajian Selama Dua Tahun
Pakatan Rakyat sudah membuat kajian undang- undang selama dua tahun sebelum membuat keputusan melantik peguam bebas sebagai penasihat undang- undang negeri menggantikan peguam dari Jabatan Peguam Negara.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat mengambil keputusan demikian berdasarkan pengalaman mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, yang dinafi nasihat perundangan yang jujur.
“Kita kurang mendapat kerjasama dari penasihat undang-undang yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Kita tak ambil tindakan segera ketika itu sebab kita kaji undang-undang.
"Adakah kerajaan negeri tertakluk pada undang-undang yang hanya boleh lantik peguam dari jabatan peguam Negara sahaja?
"Kita diberi nasihat bahawa kerajaan boleh lantik penasihat undang-undang sendiri, ini berkait dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya kepada TV Selangor.
Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berkata tindakan ini perlu lantaran penasihat undang- undang lantikan Pejabat Peguam Negara dikatakan memberi nasihat yang hanya menjurus kepada kepentingan kerajaan Persekutuan.
“Penasihat undang-undang negeri didapati tidak menjalankan tugas nasihat kepada kerajaan negeri sebab mereka dilantik oleh Peguam Negara. Jadi mereka terpaksa tunduk pada mereka.
"Contoh kes royalti Kelantan. Penasihat itu tidak bagi nasihat yang sepatutnya pada negeri. Sebab itulah kita hendak lantik peguam yang bukan Pejabat Peguam Negera supaya tiada jurang antara penasihat undang-undang dengan dgn kerajaan negeri,” katanya.
Azmin menegaskan Peguam Negara wajar menghormati keputusan Pakatan Rakyat.
“Sudah tentu Peguam Negara ada pandangan dia tersendiri. Tapi perkara ini kita tak ambil tindakan terburu-buru. Dua tahun kita teliti. Kita boleh lantik peguam sendiri untuk nasihat kita berkenaan undang-undang,” kata Azmin.
“Kita akan tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara dulu. Kita hanya cadangkan semalam, dan kita akan tunggu jawapan dari Peguam Negara,” kata Salehuddin pula.
Katak berlagu..bila lama dah tak Hujan..
duduk dihotel yg sama...apa cerita dulu dok heboh ...ada pimpinan tinggi umnoBn duduk dihotel yang sama..dengan pimpinan yahudi..?hang ni sizahrain ..takut tenggelam sat sat hang buat bising..lagi hang bising lagi org tau hang mmg tin kosong belaka...tapi wa caya..sekarang hang kalau buat sidang media..ada masyuk punya.... MP: Zaid tinggal di hotel sama dengan RPK |
Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.
"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.
Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.
Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.
"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.
Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.
weeei weii..walhasil balik asal...
benda memang dalam jangkaan...takut terbongkar isu sebenar...mana ada berani SPRM..selepas spr dan spm dimansuhkan elok sangat SPRM pun dimuzieum kan.. SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London | |
|
Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.
Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.
ha ha ha silap pejabat kut...atau ahli UMNO dah jadi Penoroka..?
Kira-kira 200 orang menyerbu pejabat organ PKR Suara Keadilan di Shah Alam alam bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap laporan terbaru di muka depannya yang berjudul 'Felda Bankrap', kata ketua editor akhbar berkenaan.
Dzulkarnain Taib berkata, sejak jam 1.30 tengah hari tadi, kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.
"Saya difahamkan mereka datang daripada sekitar Selangor, Johor dan Perak. Terima kasihlan sebab datang jauh-jauh. Bagi kami tidak ada apa, ini merupakan satu proses demokrasi," katanya.
Menurut Dzulkarnain lagi, kelihatan juga beberapa naskhah Suara Keadilan dibakar.
Tambah lagi koleksi..
SPRM berjaya tambah lagi koleksi LAPORAN RASUAH...kali ini koleksi melatar belakangan Neg Sarawak...?aduan akan tinggal sebagai aduan..Pengadu akan kepenatan ..naik turun Pejabat SPRM...yang sikena tuduh bebas bagai Burung diangkasa..akan terus dgn usaha menambah hasil Poket mereka...itu le kisah Benar Negara Ku Malaysia...! Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat |
Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.
Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.
Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.
"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.
Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.
Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.
"Kami d
Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.
Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.
26..Pegawai Polis di bunuh......
26 polis India terbunuh dalam serangan Maoist
RAIPUR, INDIA 29 Jun - Seramai 26 pegawai polis terbunuh hari ini dalam satu siri serangan maut terbaru oleh pemberontak Maoist di negeri Chhattisgarh yang terletak di tengah negara ini.
Mereka diserang oleh sekumpulan besar militan itu yang lengkap bersenjata ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perasmian sebuah jalan, jelas ketua operasi anti-Maoist di negeri berkenaan, Ram Niwas.
"Sekurang-kurangnya 26 anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa anggota tercedera.
“Sesetengah anggota yang tercedera dipindahkan melalui helikopter dan pasukan bantuan dihantar ke kawasan itu," katanya. - AFP
piket..piket...demo demo..
sebelum ini Perkeso nak adakan Piket juga..akhirnya tak jadi....aiii banyak sangat jabatan K`jaan dan syarikat pro k`jaan nak Piket..apa hal pulak ni..duit tabung dah habis ke..habis disapu pihak-pihak tertentu...? baca disini.. Kakitangan PERKESO tangguh piket hari ini Pekerja KTMB cadang piket pada 7 dan 21 Julai |
Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata, jika Aminuddin enggan melepaskan jawatan, Kementerian Kewangan hendaklah menilainya melalui petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tempoh 11 bulan beliau menerajui KTMB.
Seramai 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam di perkarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini, manakala satu lagi piket di 10 cawangan di seluruh negara akan diadakan pada 21 Julai, katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Razak berkata kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota dan keputusan berpiket merupakan tindakan awal membantah pelaksanaan ETS di bawah anak syarikat.
Beliau mendakwa antara lain, langkah itu akan mengurangkan faedah kesihatan pekerja, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.
"ETS dengan nama anak syarikat ET Sdn Bhd adalah awalan kepada penstrukturan baru, selepas ini semua jabatan yang wujud dalam KTMB mengikut perancangan, akan dianaksyarikatkan atau dijadikan usaha sama atau penyumberan luar, atau mungkin diswastakan sepenuhnya," katanya.
Tuesday, June 29, 2010
Persitiwa bergambar ..ceramah..
Ceramah Taman Damai...
Semalam di Taman Damai,Simpang satu program ceramah telah diadakan.Ceramah ini dianjurkan oleh PAS kawsan Bukit Gantang bersama-sama dengan DPP Perak.Isi-isi ceramah adalah mengenai hal-hal semasa termasuklah lesen judi bola yang telah ditarik oleh kerajaan juga mengenai perihal 40 orang ulama yang telah menyertai UMNO.Penceramah jemputan khas adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Presiden PAS).
kerana letih nak nulis..ana
copy terus dari:Adun Gunung Semanggol..
Monday, June 28, 2010
RM 50 boleh bertahan 5 Tahun...
LIMA TAHUN SEKALI DAPAT RM50?
Posted by admin |
KERJA politik bukan semudah 'cakap' kalau tidak cekal hati dengan niat ikhlas turun padang menemui rakyat berkongsi derita mereka di kampong-kampung bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jika rakyat tidak didekati, manakan tahu apa derita dalam hatinya?
Mereka yang tinggal terpencil di pedalaman Sabah yang sudah turun menurun selama tiga generasi semakin malang dan tidak pernah mengecap nikmat kemerdekaan kerana tidak mempunyai tanah walau sekangkang kera.
Nasib mereka tidak terbela dalam keadaan rumah usang mereka yang hampir roboh sedangkan YB-YB BN terus berdendang dan menabur garam di dada rakyat yang luka parah.
"Mana sudah janji keramat YB-YB BN ketika berkempen PRU12 di kampung ini? Tidak hairan kalau mereka datang lagi kerana dekat sudah berakhir tempoh mereka menjadi YB, maka mereka perlu khidmat undi dari kami lagi macam lagu 'tipah tertipu lagi',” keluh seorang ibu, Ramah Bte Kuit ketika dilawati oleh rombongan Info & Komunikasi PKR Sabah yang diketuai oleh Datuk Halik Zaman di rumahnya di Kuala Tomani, Tenom, Sabah.
Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yasundang mengatakan. tidak ada jalan singkat untuk mengatasi masalah rakyat selain menukar Kerajaan Pusat Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
"Lihatlah sendiri rumah berlantai dan dinding bambu ini. Ada rumah pun yang baik sikit kelihatan ia adalah rumah dipunyai oleh orang kanan YB. Nasib kami ini bagaimana? Kalau tidak ditukar Kerajaan BN ini mungkin kami cuma harap lima tahun sekali baru dapat RM50 sahaja, RM50 itu bolehkah cukup untuk menampung hidup kami untuk 5 tahun?" kata seorang penduduk lagi, Danil B. Ural.
Manakala Jimi B. Manggi pula berharap sangat jika Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Pusat dalam PRU13 nanti, mereka hanya mahukan tiga ekar tanah sahaja untuk bercucuk tanam.
“Kerajaan BN layan kami seolah-olah sebagai pendatang asing di negeri kami sendiri,” ujar Jimi yang sudah jemu memohon tanah kerana karenah birokrasi dan rasuah yang menjadi-jadi di Jabatan Tanah tidak memungkinkan penduduk kampung sepertinya mendapat walau seinci tanah selagi Sabah diperintah BN.
nASIHAT pADA pOLIS iNDON
ELOKNYA pOLIS iNDON MINTA BANTUAN POLIS mALAYSIA..MALAYSIA MMG CEKAP SOAL SOAL MENCARI BHN BUKTI KES SEUMPAMANA INI...BOLEH TERUS CONTACT SIMUSA...
Coli Cut Tari bahan bukti
JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.
CUT TARI... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.
“Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.
Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.
Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.
“Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.
Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.
Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.
Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.
Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.
Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya.
Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.
Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.
“Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu. - Agensi
ORANG MAKAN ORANG....
KEJAM:GADIS DISEMBELIH DIPUJA DAN DIMAKAN DEMI SEKS?
Tradisi yang Aneh di cina, tradisi yang dilakukan oleh masyarakat cina ini dilakukan setiap imlek, mereka melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.
Desa ini amatlah terpencil, setiap wisatawan yang ingin ke pedalaman China, harus melewati desa tersebut. Namun harus hati2 bagi anda yang berjalan sendirian, dan jangan sesekali untuk menginap disalah satu rumah disana.
Apalagi jika anda wisatawan wanita, mereka akan menangkap anda kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Anda akan diberi makan dan tempat tinggal gratis oleh warga sekitar. Jika anda wanita yang masih perawan anda tidak diijinkan mendekati lelaki lainnya.
Ketika menjelang imlek, si wanita akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga sekitar. Wanita itu akan di cuci bersih terdahulu lalu dicabut seluruh bulu yang ada dibadannya. Lalu wanita itu di telanjangi dan kaki tangannya diikat kencang2 lalu dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan si wanita. Berikut ada beberapa foto proses pemotongan :
Lelaki di desa tersebut dilarang menikahi wanita dari luar, karena wanita dari luar hanya untuk penyembahan dan makanan untuk mereka.
SUMBER:BRIGED MP SEGAMBUT
Sunday, June 27, 2010
aduh aduh..kantoi lagi lagi gerombolan UMNOBN..
umno terlepas lagi..usaha usaha jahat utk melagalagakan pimpinan PR khasnya PKR..gagal..sampaikan ketua cawangan yang tak bayar duit yuran ahli pun nak komen...chittttt..bertambah botak si anak toyo.... PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid |
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.
Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.
Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.
Anwar nafi cubaan MP guling Khalid
Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.
Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.
Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.
"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.
Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.
"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.
"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.
GEMPAR..KATAK BERUBAH MENJADI LEMBU..
katak dan Lembu kesamaan nya dua-dua takberakai...ahh ahha hha agg sendiri mengaku..jadi Lembu..layak disembelih aje...
Ibrahim: Saya bangga dilabel KJ ‘jaguh kampung’
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy semalam, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
Melayu Islam ke Jenis INI..?
kalau rasa hati nak tengok klik link youtube disini:
kalau buat majlis membakar GAHARU..lagi bagus..
ah ah ah umno pun leni dah pandai membuat majlis untuk membakar...buat pulak majlis membakar kertas JUDI kan elok..yang ketua nya ALI RUSTAM...lagi nak tergelak...ahah ahaha haha.siap si Ali Rustam ini ah...? ' FELDA Bankrap': Umno bakar Suara Keadilan | |
|
Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.
Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.
Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.
Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".
bacalagi....
Baru dalam pembinaan..dah jadi macam ini..
Projek 800juta..Gaji pekerja dah 3 bulan tak bayar...nanti pekerja buat kerja cincai..taklama lagi satu lagi trajedi pulak..istana runtuh,le dah ada stadium.station bas dan macam-macam lagi..ditambah lagi dengan ISTANA PASIR..?OHHH malaysia ku dibawah UMNO..mencipta macam-macam sejarah...
Foreigners hired to build palace claim they have not been paid
KUALA LUMPUR: Many foreign workers hired to build the RM800mil Istana Negara claim that they have not received three months’ wages from some project sub-contractors.
There are over 1,000 migrant workers hired by 130 sub-contractors working at the project site.
The Star, responding to an SOS call, visited the site in Jalan Duta and found the workers living in frustration and fear as many do not have work permits or cannot afford to renew their permits which have expired.
The project’s main contractor, Maya Maju Sdn Bhd, said it is the responsibility of the sub-contractors to pay their workers.
The Human Resources Ministry has asked the Labour Department to investigate the matter and take immediate action while the police has asked the workers to come forward to lodge complaints.
Bawa Pulang..he he he..?
yang situduh dalam Lokap..enjinya dah dibawa Pulang...kira Ghani4tahil cekap lebih dari FBI dan Bukit Aman..?macam ada share aje....?yang simenteri pulak masih lagi ngok sampai bila sampai dimsia pun dia tak tahu..bukan enjin honda cup..enjin yang menggegarkan malaysia...tapi elok sangat diaberucAP SEDEMIKIAN dalam persidang Perwakilan UMNO bhg pengkalan chepa..yang mana seluruh ahlinya mudah dicucuk hidung dan telinga..kos sekupang dua..palaing mahal pun NASI BUNGKUS.....ini standard SIRIM tahap otak ahli UMNO..?iso 20 Enjin pesawat F-5E yang hilang sudah dibawa pulang |
"Saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini, tetapi ia adalah atas usaha daripada Peguam Negara yang pergi secara fizikal ke negara berkenaan (bagi menguruskan proses membawa pulang enjin pesawat berkenaan kembali ke Malaysia)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
Pemergian Abdul Gani ke negara Amerika Selatan itu adalah bagi menguruskan beberapa dokumen perundangan sebelum dua enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini
YB Nizar bersama penduduk di dun Kuala Sepetang
Saturday, June 26, 2010
UMNO BN ..GAGAL LAGI..
Pemimpin PKR nafi ada pakatan tumbangkan MB
Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini.
Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid.
"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.
Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.
Khalid jalankan tugas dengan baik
"Tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dari segi ini, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik.
"Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi.
Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi.
Katan
"Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi
Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar.
"Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus.
"Tidak ada petisyen, tidak ada memorandum seperti yang dilaporkan. Kalau ada saya akan tahu," katanya kepada media ketika ditemui di permukiman parti itu.
Buat spekulasi
K
"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.
"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.
Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.
"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”
"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.