26 polis India terbunuh dalam serangan Maoist
30/06/2010 2:47am
RAIPUR, INDIA 29 Jun - Seramai 26 pegawai polis terbunuh hari ini dalam satu siri serangan maut terbaru oleh pemberontak Maoist di negeri Chhattisgarh yang terletak di tengah negara ini.
Mereka diserang oleh sekumpulan besar militan itu yang lengkap bersenjata ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perasmian sebuah jalan, jelas ketua operasi anti-Maoist di negeri berkenaan, Ram Niwas.
"Sekurang-kurangnya 26 anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa anggota tercedera.
“Sesetengah anggota yang tercedera dipindahkan melalui helikopter dan pasukan bantuan dihantar ke kawasan itu," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment