BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, June 5, 2010

eh wa eh waa....

Polis tolak rasuah dihargai

agaknya berapa ramai masyarakat yang akan percayai isu macam ini..kalau boleh kena buat undi sms..ha ha ha ha ha haha..?


polis dan rasuah bagaikan ...ular dengan Bisa..(peribahasa baru)..sebut ular konfirm berbisa..hi hi hi hi

AMPANG: “Kami menolak rasuah RM20,000 itu kerana integriti dan nama baik pasukan polis,” kata Inspektor Suhaimi Omar, 29, dan Lans Koperal Fauzi Mustafa, 27, yang masing-masing menerima penghargaan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana jujur dan amanah ketika bertugas.

PENGHARGAAN...(dari kiri) Dr Ma’amor, Abdul Jalil,  Suhaimi dan Fauzi.
PENGHARGAAN...(dari kiri) Dr Ma’amor, Abdul Jalil, Suhaimi dan Fauzi.
Kedua-duanya menerima sijil dan RM1,000 seorang kerana penolakan sogokan daripada seorang lelaki untuk membebaskan empat rakannya yang ditahan pada Khamis lalu.

Suhaimi berkata, dia sebelum itu kerap dihubungi lelaki terbabit untuk diberi sogokan, tetapi tidak pernah mengendahkannya, malah menyuruh individu itu melupakan niat jahat itu.

“Bukan saja dia selalu menghubungi saya, malah datang ke balai polis untuk memujuk kami. Cukup biadab perbuatannya itu,” katanya.

Fauzi berkata, dia berharap penghargaan itu dapat dijadikan contoh kepada anggota polis lain untuk menolak rasuah.

Sementara itu, Setiausaha PPIM, Datuk Dr Ma’amor Osman, berkata anugerah dan penghargaan berkenaan sebagai motivasi kepada polis lain untuk menolak rasuah

Bagi saya, sekiranya anggota polis itu tidak menerima sogokan, saya menganggapnya sebagai ‘hero’ dalam masyarakat. Oleh itu, saya minta orang ramai untuk terus menyokong kerja polis yang berterusan menyelamatkan nyawa masyarakat,” katanya.

Suhaimi dan Fauzi menerima penghargaan itu berikutan menolak cubaan sogokan RM20,000 daripada seorang lelaki bagi membebaskan empat individu yang ditahan dalam kejadian di Balai Polis Ampang, Khamis lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails