Judi sukan: JAIS lambung balik kepada Khalid | |
|
JAIS juga mempertahankan kedudukan pengarahnya yang hanya berkhidmat sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD), tanpa pembabitan dengan parti politik.
"...ingin ditanya juga kepada Khalid Samad, isu judi ini adalah isu nasional. Kenapa ingin dikaitkan dengan isu peribadi?
"Pengarah JAIS bukan Umno, bukan PAS dan bukan PKR, tetapi hanya seorang PTD yang berkhidmat secara profesional," menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu hari ini. (professional konon..selepas begitu banyak insiden dan kebanyakkan tindakan berlawanan dgn k`jaan negeri duit k`jaa neg nak tapi kerja dgn arahan pimpinan pusat..apa sikit heret istana..bukan nya rakyat bodoh macam pegawai banggang yg terlibat)..
Dalam kenyataan tersebut, JAIS turut mempertikaikan mengapa baru kini Khalid bersuara dalam isu judi bola sepak.
"Bagaimana pula dengan isu judi empat nombor ekor dan (judi Sports) Toto, adakah ia tidak haram di sisi agama Islam?kalau dah tau haram kenapa hangpa selamaini tak pernah buat bantahan...selama ini siapa yg perintah selangor kalau bukan kaum puak hangpa..sebelum ini jadi tali barut dan pak turut saja kenapa..?)
"Kenapa baru sekarang (pemimpin PAS) ingin membuat demonstrasi? Adakah Khalid Samad bersetuju dengan judi empat nombor ekor dan (judi Sports) Toto?," menurut kenyataan yang dikeluarkan unit perhubungan awam jabatan itu lagi.
(jgn jadi mangkuk hayun ..masa bila Pas setuju dgn judi..yg setuju dgn judi adalah umno dan pegawai-pwgawai banggan sahaja..tunjukkan satu perjudian diperingkat negeri yg diluluskan oleh pas atau pun PR..semua yg ada di luluskan oleh BN..soal kuasa le mat hayun..selama ini yg berkuasa siapa ..BN..PR kuasa terhad di negeri..ada pejabat agama tak mau beri kerjasama..kenapa..ada share ke..?sebab kuasa terhad ..PR kena berhati hati dgn sebarang tindakan..takut nanti jadi mangsa BN dan pegawai banggang)
"Di sini dimaklumkan bahawa lesen premis judi bukan dikeluarkan oleh JAIS, sebaliknya dikeluarkan oleh PBT. (Jadi), kenapa Khalid Samad tidak membuat usul supaya semua judi yang ada diharamkan di negeri Selangor ini?" (macam PTD kekampung aje...mmg nak haramkan le kena berperingkat-peringkat...soalnya yang ditambah baru..?)
Ia juga menyebut, JAIS berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas orang yang melakukan kesalahan judi atau berada di tempat perjudian, bawah Seksyen 17(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
No comments:
Post a Comment